Monday, August 31, 2009

Merdeka!~*

"eh! arini medeka!"
bleh lak CC telupe ari ni medeka.
Abes telepas nak tgok bunga api dari rumah CC (tingkat 7)
cis btol!

Seperti biasa, macam xde pape medeka..
melainkan sale yang meriah pada hari medeka..
langsong xde semangat patriotism dlm diri CC kan?
huihui..

Mungkin susah nak rasakan betapa payahnye,
orang dulu nak dapatkan kemerdekaan untuk tanah air ni
tapi pape pon..CC tetap sayang kan MALAYSIA!!
btol x tpu :p

ade satu cerita CC nak share..
sabtu aritu CC balik rumah,
terawikh kat surau rumah.
lepas 8 rakaat, CC pon balik..malas nak wat 20 whaha
penatla..perut sendat susah nak rukuk (alasan2) :p

tetiba CC tdengar bising2 dari arah sekumpulan kanak2 perempuan yang berumur dalam 8 - 12 tahun..
CC tekejut giler ble nampak ade sorang dak perempuan ni siap pakai hood tengah pegang pisau yang panjang gakla. (bolela kalo nak bunuh org isk)

die jerit2 cakap "sape tadi yang berani sangat haa? meh sini. aku nak tgok!"
abes semua budak2 dah takut2.
ade lagi sorang jerit "hoi nak gaduh pon, gadoh kat tamanla, ni tepi surau, hormat skitla!"
pastu die jerit lagi, "aku memang pantang orang cabar aku ni, mane budak tu?!"

CC?
CC jalan terus je ahhaha..
malas CC nak masuk campur. xpasal2 kang budak 2 cocok perot sendat CC ngan pisau.
teburai lauk bebuka pose hihi.
adeh xkelaka pon ok.
memang CC takut..

da jauh ckit, CC rasa nak patah balik..
risau lak kat budak2 tu..
ble CC patah balik, nampak budak2 tu da besurai..

adeh...giler la budak2 sekarang..
dulu time CC rasanye xde lak gaduh macam tu..
gune pisau pakai hood tuu..
nampak sangat pengaruh cerita..

kecik lagi kot,
dorang nye ketinggian separuh dari CC yang "tinggi"
so kecikkkkkkkkk lg weh..

haih..camne la anak kita nanti ye. cewah. anak kita..
risau2..



Read more...

Sunday, August 30, 2009

Stereograms~*

Untuk sape2 yang xtahu, Stereograms ni merupakan..merupakan ape ek
hahah susa lak nak terangkan..

macam ni, setiap gambar di bawah ada "gambar sebenar" yang tersembunyi
"gambar sebenar" tu dalam 3D!
and yang paling besh, die macam begerak2.
n korang leh tgok dalam pelbagai sudut!

korang kene focus gle2, sampai juling2 hehe
baru leh nampak
memang pening gle la
tp once korang nampak mesti rase puasss!! hehe

tapi CC nasihatkan, wat sekeping2 dulu..
jangan wat straight, kang lari anak mata korang CC xtau :P

ok ni cth2 gambar..
JOM KITA TEKA, APA GAMBAR TERSEMBUNYI!

(1)

(2)

(3)

(4)

(5)

(6)

(7)

(8)

(9)

(10)

Try it first. Nampak x?

Jawapan akan diberitahu dalam comment or maybe in the following post.
Good Luck All!

update : jawapan ade kat Comment. Check it out!

Read more...

Saturday, August 29, 2009

Boleh ke nak warnakan rambut ek?

Hari tu Kak Mila (cousin CC) kasi bende ni :


Kak Mila : nak x ni?
Lia : Erk? nak nak!

lol laju je kan..
pastu balik rumah, CC tnyla mak, nak pakai bende ni bleh ke?
pastu mak cakap, "mak rasa, inai wane itam ngan merah je, xde warne emas ni. kalo mak, mak x pakai"

adehhh..trus tebantut hasrat nak pakai..
then, balik UNITEN, CC belek2 lagi..
tanya Adah leh ke, Adah pn x sure.
tapi CC baru teperasan ade ni :


Colour Enriched with Curcuma Longa
(kunyit)

kre wane emas tu dtg dr kunyit la kot huhu

CC teringin la nak pakai...saje gatal..nak melawa sendiri2..
CC pakai tdung, x leh pn nak tnjuk kt org hehe..
tapi still ragu2..

So CC pon wat la research then tjmpe ni :


Hukum mewarnakan rambut

SOALAN: Saya seorang remaja berusia 20-an. Saya mewarnakan rambut, kerana terikut-ikut dengan kawan. Saya merasa keliru tentang hukumnya, kerana terdapat pada pewarna itu tanda logo halal, seperti yang terdapat pada barang-barang keluaran yang dijamin bersih, tetapi sesetengah ustaz pula mengatakan haram.

Soalan saya, apa hukum mewarnakan rambut dengan warna-warna perang dan hitam. Bagaimana dengan mandi hadas bagi mereka yang memakai pewarna rambut. Apa hukum jika tujuan mewarnakan rambut itu untuk menutup uban atau supaya dikata orang usianya masih muda. Jawapan tuan sangat saya hargai. - NOR, Alor Gajah, Melaka.

Jawapan: Soalan tentang hukum mewarnakan rambut perlu dilihat dari pelbagai aspek, seperti tujuan mewarna, jenis-jenis warna dan pihak-pihak yang terlibat dengan kegiatan mewarna serta kesannya kepada diri, keluarga dan masyarakat.

Sehubungan ini ada sebuah hadis berkaitan dengan penjagaan rambut yang diriwayat Abu Dawud daripada Abu Hurairah r.a. Rasulullah s.a.w. bersabda yang membawa maksud: Sesiapa yang menyimpan rambut hendaklah ia mengemaskannya. (Miskat, 2/491). Mengemaskan rambut ertinya tidak membiarkannya kusut masai, tidak terurus, berterbangan apabila ditiup angin atau dibiar menjadi sarang tempat kutu membiak dan sebagainya.

Sebaliknya, rambut hendaklah dibersihkan setiap hari, diikat dan disapu minyak, supaya kelihatan sentiasa berseri. Bagi wanita pula hendaklah didandan atau diikat kemas, diwarnakannya jika sudah beruban dan tidak lagi diminati suaminya, tetapi hendaknya tidak dipamer kepada lelaki bukan mahramnya. Bagi wanita yang sudah lanjut usia dan tidak bersuami, tidak perlu lagi berbuat demikian, kerana tiada motif sebenar daripada pewarnaan rambutnya.

Sebahagian ulama melarang perbuatan mewarnakan rambut secara mutlak, seolah-olah warna rambut tidak boleh diubah daripada warna asalnya, namun sejauh yang diperhatikan, dalil-dalil yang dikemukakan bagi pengharaman itu tidak lengkap, atau larangan itu hanya kepada lelaki sahaja, sedangkan wanita dikecualikan, atau larangan dikhaskan kepada wanita tua yang mewarnakan rambutnya, supaya kelihatan muda dan bergaya, lalu diminati lelaki yang tertipu dengan rambut kepala yang kononnya masih hitam.

Saya berpendapat, mewarnakan rambut hukumnya harus bagi wanita yang bersuami, jika tujuannya memperlihatkan kecantikan kepada suaminya sahaja, tetapi hendaklah tidak mempamerkannya kepada umum. Amalan ini boleh dimasukkan di bawah tuntutan penjagaan rambut, sebagaimana dalam hadis di atas.

Selain itu menjaga keharmonian antara suami dan isteri sangat besar tuntutannya. Isteri tidak sia-sia, jika rambutnya yang putih itu tiba-tiba kelihatan hitam di hadapan suaminya. Bagaimanapun, wanita lebih suka memperlihatkan kecantikan dirinya kepada orang lain, bukan kepada suaminya.

Abd. Rahman ibn al-Jawzi (114-1201 M.) berpendapat, lelaki juga harus mewarnakan rambut ubannya dengan apa jua warna, termasuk hitam. Beliau menjawab hadis-hadis yang melarang mewarna rambut itu sebagai khusus kepada mereka yang bermotif untuk memelihara nafsu mudanya, sekalipun usianya sudah cukup tua, sehingga tiada tanda-tanda ingin insaf atau semangat kembali kepada cara hidup yang mengutamakan hari akhirat.

Sehubungan ini juga ada riwayat menyatakan, kaum Yahudi dan Nasara beranggapan mewarnakan rambut itu menjejaskan nilai-nilai agama dan ibadat seseorang manusia, justeru itu, kalangan agama dan paderi-paderi Yahudi dan Nasara tidak mewarnakan rambut mereka. Anggapan ini dikira suatu keterlaluan dalam agama yang tidak sesuai dengan ajaran Islam.

Baginda Rasulullah s.a.w. melarang umat Islam mencontohi Yahudi dan Nasara, sebaliknya mereka hendaklah menunjukkan cara hidup dan budaya yang berbeza dengan budaya mereka. Dalam konteks ini baginda dalam sebuah hadis riwayat Bukhari daripada Abu Hurairah r.a. bersabda yang bermaksud: Kaum Yahudi dan Nasara tidak mewarnakan rambut mereka. Warnakan rambut kamu supaya tidak menyerupai mereka.

Bagaimanapun, ulama sepakat berpendapat, mewarnakan rambut itu tidak wajib, ia hanya sunat sahaja. Sahabat-sahabat nabi yang arif tentang sunah seperti Ali ibn Abu Talib, Ubayy ibn Ka'b dan Anas ibn Malik tidak mewarnakan rambut mereka.

Saya lebih cenderung kepada pandangan Ibn al-Jawzi yang dinyatakan di atas, iaitu setiap orang harus mengenali dirinya sendiri. Jika mewarnakan rambut itu bertujuan memungkinkan dirinya bersama-sama orang muda dalam gelanggang maksiat dan memuja nafsu, pada hal usianya sudah tiba untuk kembali bertaubat dan sentiasa ke masjid, sebenarnya orang ini masih belum sedarkan diri. Uban pada hakikatnya adalah penanda bahawa usia sudah tua, perjalanan hidupnya mungkin lebih separuh usia telah berlalu.

Soalan selanjutnya, apakah jenis-jenis warna yang dibenarkan? Adakah meliputi semua warna seperti hitam dan perang atau warna-warna tertentu sahaja. Ulama berpendapat, orang tua yang rambut kepala dan janggutnya sudah beruban putih, tidak wajar lagi memilih warna hitam, kerana warna ini hanya sesuai bagi orang muda. Jika berminat, pilihlah inai bagi mewarnakannya.

Keharusan bagi orang tua, sesuai dengan sebuah hadis yang menyatakan, tetakala Abu Quhafah, iaitu bapa Abu Bakar al-Siddiq dibawa kepada nabi s.a.w. pada hari pembebasan Mekah, apabila baginda melihat rambut kepala dan janggutnya beruban putih, lalu bersabda: Warnakan rambut dan janggutnya, tetapi jangan pilih warna hitam. (Muslim: bilangan 2102). Warna hitam dilarang, kerana Abu Quhafah adalah seorang tua yang tidak lagi sesuai dengan warna itu.

Hadis ini menurut sesetengah ulama bermaksud, jika orang muda ditumbuhi uban pada kepala dan janggutnya, sedangkan ia masih pada usia yang biasanya belum lagi beruban, maka harus baginya mewarnakan rambut kepala dan janggutnya dengan apa jua warna termasuk hitam, lebih-lebih lagi jika jiwanya merasa keberatan menerima kenyataan bahawa ia beruban pada usia itu.

Hukum ini samalah dengan seorang yang cacat anggota, ia sangat malu dengan kecacatannya, maka Islam mengharuskannya memperbaiki kecacatan itu, supaya hidupnya lebih tenteram, perasaannya lebih tenang, kerana Allah tidak memberati seseorang, kecuali setakat termampu olehnya.

Sehubungan ini Imam ibn Syiba al-Zuhri menyatakan: Kami berpendapat harus memilih warna hitam, jika kulit muka seseorang itu masih belum berkedut, giginya masih belum goyang, maksud beliau ialah waktu umurnya masih muda. Antara sahabat yang berpendapat harus memilih warna hitam ialah, Sa'd ibn Abu Waqqas, Uqbah ibn' Amir, al-Hasan dan al-Husain, Jarir dan lain-lain.

Sebahagian ulama termasuk Imam Syafi'i berpendapat haram menghitamkan rambut uban, kecuali bagi tentera ketika perang. Tujuannya supaya musuh berasa takut dan keliru dengan usianya yang masih muda. Dalam sebuah hadis riwayat Abu Zarr al-Ghifari r.a. katanya: Sabda nabi s.a.w. yang bermaksud: Sebaik-baik pewarna bagi warnakan uban kamu ialah inai dan katam. Katam ialah pewarna yang diambil daripada sejenis pokok (Tirmizi: 1753. Abu Dawud: 4205). Hadis ini difahamkan warna inai hendaklah menjadi pilihan mereka yang ingin mewarnakan rambutnya.

Melihat kenyataan yang ada dalam masyarakat Islam hari ini, kalangan muda mudi Islam ada yang mewarnakan rambut mereka dengan warna perang, kerana meniru atau terpengaruh dengan orang Barat yang perang warna rambutnya. Sebahagiannya pula mewarna-warnikan rambut, kerana mengamalkan budaya punk kononnya. Fenomena ini tidak wujud pada zaman awal Islam, terutama ketika orang Barat belum dianggap sebagai bangsa yang maju di dunia.

Hukum Islam jelas dalam hal ini, iaitu melarang umatnya meniru dan menyerupai budaya dan cara hidup orang kafir. Dalam sebuah hadis riwayat Abu Dawud, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Sesiapa menyerupai sesuatu kaum, maka ia tergolong dalam kumpulan mereka. Tidak syak lagi, meniru budaya asing secara membuta tuli, tanpa memikirkan faedahnya, adalah suatu amalan yang salah dan membuktikan pendewaannya kepada bangsa yang dicontohinya.

Berbalik kepada soalan tentang bahan pewarna yang bertanda logo halal yang biasanya menunjukkan bahan itu bersih dan halal diguna. Saya kurang pasti sama ada pewarna itu untuk mewarna makanan dan minuman atau untuk mewarna rambut. Sepanjang pengetahuan saya, logo halal biasanya diletak pada makanan dan minuman sahaja. Barang-barang lain seperti pakaian dan alat-alat solek tidak diletakkan tanda itu.

Kita di sini berbincang soal halal haram bukan pada makanan, kerana makanan bergantung kepada sama ada suci atau najis sesuatu bahan yang hendak dimakan, sedangkan hukum mewarna rambut tidak kena-mengena dengan sama ada suci atau najis bahan itu, tetapi pada dalil, tujuan dan motif pewarnaan itu dilakukan.

Untuk pengetahuan puan yang bertanya juga, hukum mewarna rambut ini tiada kena-mengena dengan hukum mandi hadas dan wuduk kerana hukum mandi hadas dan wuduk ialah wajib meratakan air pada anggota badan yang wajib dibasuh. Jika bahan yang diguna bagi mewarnakan rambut itu menghalang sampainya air kepada anggota yang dibasuh maka hendaklah dibuang terlebih dahulu bahan itu, terutama sebelum wuduk dan mandi hadas.

Ini bermakna bukan semua pewarna menghalang sampai air, puan dengan mudah sahaja dapat membezakan antara pewarna yang menghalang dan tidak menghalang sampai air. Bahan-bahan seperti kunyit tidak menghalang, tetapi bahan seperti cat dan cecair getah tentunya melekat dan menghalang. Seseorang yang ingin mandi hadas atau berwuduk, hendaklah mempastikan diri atau anggota wuduknya bersih daripada bahan-bahan seperti cat dan getah terlebih dahulu.


hmm.. so korang rase cane ek...CC patut pakai ke x ek?
tingin ni hehehe..:P

Read more...

Friday, August 28, 2009

Perancangan masa depan!

Haha. ini namanya "sambil menunggu waktu berbuka, mari kita berangan" :P

Tetibe je terpikir...Pas kuar UNITEN, CC nak kerja ape? Bile nak kawin? Nak beli rumah ke? Nak tukar kereta ke? Nak buat master ke? atau nak jadi penanam anggur yang berjaya?

Ade setengah kawan2 CC macam2 perangcangan dorang da buat. siap da tau nak kawin bila.
CC plak..macam xde plan je..macam hidup ini xde arah tujuan huhuk

Pening weh pk..
Nak kawin ngan sape ni..atau lebih tepat, ade ke orang nak kawin ngan aku ni??
haha..
tp harap2 jodoh CC bersama dengan si dia la..
harap2 sangat..bedoa sangat2...semoga Allah kabulkan..
Amin AMIN

eh da melalut lak. mcm org gtal nak kawin dah hihihi
geli i. i ade cite2 tau.
eh ape cita2 CC ek..

sesungguhnye, ENGINEER langsung x masuk dalam list cita2 CC
apsallaa CC g amik course ni?? adoyai.

tapi xpela..da teramik da pn. nak drop sekarang memang kelaka la. nak grad da pon kuikui
so setelah CC pk pk CC mcm da wat perancangan sikit. sikit jek.

jap2..tibe2 CC teringat, macam penah je CC wat post mcm ni hehehe
tapi xpe, da telanjur type, baek type sampai abes :P

ok..after CC abes s2d..CC apply PEP TNB..
jadik engineer kt TNB la..
lepas 2 dlm 2 thun, testing2..
besh ke x..tp mcm kompem x je hihi

CC apply lecturer la,
tapi xde master camne?
CC pn xtau camne..
ingat nak intebiu lecturer2 uniten yang macam CC..
yang terikat dengan YTN hoho..

so itu jelah perancangan CC kot..
lepas tu, mase tu lak pk..

CC hny mampu berusaha, bepk, berangan
tapi segalanya Allah yang tentukan
btol x?

Harap2 hari mendatang, menjanjikan kebahagiaan buat CC
WOW ayat nak power je hehe

kla. ilang tenaga da nak type lg. :P

Assalammualaikum dan Selamat Berbuka!

Read more...

Thursday, August 27, 2009

Outing ke Sg. Wang~*

Yey~* buat kali ke 2 CC ponteng kelas EIS (Engineering in Society) hihi..
ade macam pelajar otai x? :p

Bukan sengaja pun..CC nak ikut kawan2 pergi Sg Wang..
Bukan sebab nak shopping, sebab nak beli kan Mak HP baru..HP die da rosak..
da seminggu da rosak..hari2 mengeluh susah xde hp..pastu suruh CC belikan lepas xm
so da abes xm, n tbe2 ade kawan nak g Sg Wang, CC pn menumpang le..
amacam? ok x alasan :D :D

thanks Adah sebab bawak kitorang!
Blakang tu kete adah. Myvi Oren!

Mase ni Mun tukang amik gambar
Gie x turun lagi

Ekceli, Adah ngan Naza yang nak g wat treatment rambut kat Time Square
yang laen tukang nyibuk je hik2

Mase dorg g saloon, CC, Gie n Mun ronda2 Sg. Wang
CC beli HP utk Mak


Nokia 1208
RM130

rase2 bleh dapat lagi murah, tapi penat nak round2..
ala murah rm20 30 xpela kot..
cian mak gne HP cikai je
nanti da keje CC beli mak PDA ek haha

lepas tu ktorang buka pose. eh lupe nak cakap tadi g kol 4 lebeh
so dapat jalan sekejap je..

ktorang decide buke kat kFC

"Rina jangan la tgkap malu~" kate adah

tangkap dulu b4 makan. lapa ni lapa ni :P

Menu CC : Nasi ayam KFC

+ Krushers = Caramel Chocolate nyummy2!
(korang penah tgok x Krushers kat KFC laen?)

Lepas tu ktorang balik.

eh lpe2 before balik CC, Gie n Mun beli bende ni..

Nail Treatment. kilat2 woo kuku ktorang die wat cth.
terus CC membazir duet beli haha

RM19
orang tu cakap tahan lebih setahun
berbaloi kot..

nak tangkap gamba kuku, tapi bekilat sangat
silau plak
hahahahaaahahah :P
astaghfirullahalazim..
banyak ketawa arini..

x terawikh ngan isya lagi ni.
haih..ape mau jadi..

tapi still, hari ni CC sangat hepi hang out dengan dorang!
^_____________^

Edit (11.45pm) : rupe2nye kelas EIS kensel td hihi..alhamdulillah..xdla ponteng ^^

Read more...

Nuffnang~*

tetibe je rasa nak buat ads ni..macam snang je..leh gak dpt duet hehe..
die anta ke rumah. duet tu CC bg parent CC jela..

buat pengetahuan korang, ayah CC da x keje. Just jual2 paper je..

Haa kalo CC mcm pikir bnyak kali nak beli brg/makanan 2..bukan sebab CC kedekut ye (sbb org ske sgt ckp CC kedekut..huhu)

sebab utama CC tgh nak berjimat..CC sbenarnye bukanla sorg yg bejimat..tapi bila dah semakin dewasa, bila dah tau kepayahan parent bekerja..CC rasa kesedaran tu mula datang. cewahhh

yola..bapak I nak dapat rm10 sehari besusah payah jual paper tgh2 panas, aku plak skali makan rm10! hamboi2! :p

sebab kedua, CC mmg kedekut hhaha td ckp x kedekut aiyoyo
Kalau nak beli barang tu, CC mesti pikir dua 3 kali, berbaloi ke? cantik ke? nak beli ke xnak? ha mcm 2la..macam2 la nak consider..lagi2 harga..haih..kalo CC kayo, CC beli je sume xpikir panjang!! haha..

xpe2..xsampai setahun lagi CC da kerja..sabar ye mak abah sayang..pasni abah tdo je kat rumah, biar CC je support! macamla abah CC bce ni lol

entry ni bukan nak menagih simpati or ape2 ek
CC ank tunggal so alhamdulillah la cukup je makan minum ;)
pastu dpt biasiswa YTN..alhamdulillah lagikk
kalau nak diikutkan
ramaiiiiiiiii lagi yang lebih susah kan? kan?
so jangan mengeluh dengan dugaan yg dihadapi
^_^

tapi kalau korang ni baik hati,comel,hensem, penyayang, bijaksana dan pelbagai sifat2 mahmudah yang lain
JANGAN LUPA CLICK KAT NUFFNANG!

hahaha
Thanks Friends for alwayss be with me!
Love u all very strong :P

p/s: asal add Nuffnang xmuncul2 ek..bape kali CC refresh da hukhuk

Read more...

Wednesday, August 26, 2009

lala~*

Lately ni CC bz gle..byk keje..pastu bz ngan Farmville hahaha

so jarangla updet blog..

malam ni pon xde mud nk becerite..

esok la kot CC updet cerite CC g Time Square~*

Read more...

Monday, August 24, 2009

Kisah hari ini~*

Akhirnye kira2 kol 4.45 pm td, CC da submit progress report CC..
huhu..gle last minute kan.

CC rase CC da stat awal tau untuk progress ni..
jumpe lecturer..wat research..try software..

Jumaat lepas macam letih gle lepas Xpower Training
Sabtu lak, pagi2 konon2 nak releks..ptang baru stat search2 ckit..kmpul2 data
then balik umah..
malam smbung skit..

pagi ahad da kelam kabut buat progress report2..sampai ke malam la.
makin malam makin laju tangan hoho

Jenis CC, xleh wat keje straight je.. kene ade rehat2..maen tenet jap
heheh

So akibatnye, arini kelam kabut gle
Kelas sume ponteng huhu..
sayang gle..haih

pastu dlm kol 4 nak g print tetibe plak kom tmpt print 2 ntah nape ntah
die g delete file dlm thumbdrive

kene la patah balik amik file dlm laptop
huk2..

sampai2 je COE, dah tutup!
da cuak da..baru kol 4.45. xkan da ttp kan?

tp sebaek guard tu suh lalu blakang
naseb baek sempat

huhu..tapi mcm xmemuaskan sangat
sebab CC rase leh wat better lagi..

Harap2 leh la dpt mrkah tggi..

Pasni xnakla da last mnit sgt..
penat tol arini..huhuuu
T__T

Read more...

Sunday, August 23, 2009

Progress Report 1 ?

Progress Report 1 is still in PROGRESS.
and
I think it will be in PROGRESS

forever!

Nanges.

Read more...

Saturday, August 22, 2009

FarmVille~*

Disebabkan Nurzanariah, CC telah addicted game bekebun ni. mari ramai2 salah kan dia hahahah :P

Tbe2 je rase pekebun bjaye yg sangat bz.
balik bilik je cek kebun. kua toilet cek kebun.
tgh makan, makan depan kebun.
buat asgmen gne mic word sebelah2 dgn window kebun.
LOL =_="

ape nak jadi ni weeii..isnin nak kene anta ngan FYP. tapi ari ni je da buang mase maen bende ni. haih~ x tdo la CC malam ni..

meh nak tunjuk ckit kebun CC hihi

besepah2 ckit..x susun n hias lawa2 lagi..still kumpul duet nak expand farm. strategi tuu :P


ni sume gift dr kwn2..xnak beli pape lagi..nak expand farm bagi besar dulu lala

whahaha. macam bebudak plak aku lalala..bia la kan kan. ble lagi nak jd bebudak. kang da keje kene jd matang hahaha

ok jom smbung wt fyp. eh ke bkebun. xde2 fyp dulu sambil bekebun haha ade gak :P
chaiyo!!~

Read more...

Friday, August 21, 2009

Marhaban Ya Ramadhan~*

Alhamdulillah..kita masih berpeluang untuk menyambut Ramadhan lagi..
still dipanjangkan umur..

Ramadhan ni adalah 1 bulan yang amattt dinanti nantikan oleh Umat Islam..

yela..time ni la setan sumer kene rantai..time nilaa dugaan paling kurang..
pastu time ni banyak pahala yang boleh kita kumpul

dan pada bulan ni juga ada 1 malam yang sangat istimewa sekali fadhilatnya..
Malam itu dinamakan Malam Lailatul Qadar. Malam al-Qadar adalah suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadhan dan amalan pada malam itu lebih baik dari 1000 bulan.

Hadoi..bedebar2 plak bila CC tulis..
rasa macam "waaa..takutnye..dapat ke x aku malam 2??
sempat ke x??"
hoho..

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

“Sesungguhnya Kami menurunkan al-Qur’an pada malam al-Qadar, tahukah engkau apakah malam al-Qadar itu? Malam al-Qadar itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turunlah malaikat-malaikat dan Jibril dengan izin Rabb mereka (untuk mengatur) segala urusan. Malam itu penuh kesejahteraan sehingga terbit fajar.” (al-Qadar, 97: 1-5)
Dan pada malam itu dijelaskan segala urusan yagn penuh hikmah:

“Sesungguhnya Kami menurunkan pada suatu malam yang diberkahi dan sesungguhnya Kami lah yang memberi peringatan. Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah, (iaitu) urusan yang besar dari sisi Kami. Sesungguhnya Kami adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (ad-Dukhan, 44: 3-6)

Pendapat yang paling kuat, terjadinya Lailatul Qadar itu pada malam-malam terakhir bulan Ramadhan berdasarkan hadis ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, beliau berkata bahawa Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa Sallam beri’tikaf di sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan dan beliau bersabda:

“Carilah Lailatul Qadar di (malam ganjil) pada 10 hari terakhir bulan Ramadhan.” (Hadis Riwayat al-Bukhari (4/225) dan Muslim (1169))



Sumber : http://fiqh-sunnah.blogspot.com

Jomla sama2 kita try pegi masjid tiap2 hari..
CC pon da lama gile xg masjid..pegi pon sebab meeting
T_T
trukkan perangai huhu..
tp seriously..rindu waktu duduk asrama..
hari2 pergi masjid.
sekarang makin jauh..patutla banyak dugaan..
Allah rindu rupanya..
Allah yang Maha Penyayang
CC yang teruk. huk.

Member2 UNITEN yang bace ni, jomla g sme2.
kte buke pose kat masjid..free lak 2.
leh solat trus..
CC da tanye Gie, Mun, Naza..ramaila nak buke kat masjid.
besh2. lagi ramai lagi baik ^_^
lagipon ni la puasa terakhir kita kat UNITEN ni
sob sob..sedih lagi hhadoi.

Eh. lupelak..
sempena bulan Ramadhan ni..
CC nak minta maaf pada semua orang.
semuaaaaaaaaaaa la sape2 je..
0-0 ek

Selamat berpuasa semua~*

Read more...

Thursday, August 20, 2009

10000~*

Eh eh. dah 10 000 ++ da pages CC!! hihi..tapi pages jela. visit baru 6900 ++

pages byk sebab CC slalu refresh kot haha. yela nak tgok ade org kasik komen ke x. dan slalunye mesti xde haha

agaknye sebab CC jrg bagi komen kat org kott..CC hny bagi komen kalo ade bende nak ckp. kalo xde malas aaa

xpon sume yg bace blog CC ni nak menyembunyikan identiti masing2. huehue. stalker la konon ye korangg.. xpe2. kang mesti ade widget canggih nak tau sape tgok. xpe2. i know i know. boleh agak laa tgok name tempat kan. igt orang tak tau keee (tbe2 syok sendiri hihi)

so sempena pages yg k 10 000, CC nak bagi hadiah misteri kat pengunjung yg ke 10 000 tu.
so sila mengaku la sape gerangan nya.
hahaha

Read more...

Malam Sahabat~*

Malam semalam ada Malam bersama Sahabat kat masjid

ada sahabat unicommserv --> volunteer utk aktiviti masjid dan ppip
sahabat al biruni --> student muslim yg dean list
sahabat al farabi --> Nasyid
sahabat al quran --> aa paham2 la he

ngan pesatuan pengajian Islam..

ade makan2. besh2. kyg2


ni skit gambar~

jemaah perempuan ngan baby lelaki comel sesat

ustaz adnan dan ustaz aziz

Anak ustaz aziz. COMEL GILE!
GERAM!

Read more...

Wednesday, August 19, 2009

Tests suda abes~*

akhirnya 2 tests pada minggu ni suda pon berakhir.yey~
tapi nexweek ade lagi 2 tests =_="
overall test tadi x memuaskan..
hvt n eis..ade 1 soklan xdpt jwb..haish..sedih btol..

minx2 yg laen btol..ckup makan or rendah pon xpelaaa..janji nanti final result A whaha.

waaaAAA! TAK SUKA SUBJEK HAFAL!! final ni sume subjek hafal!
saje nak menguji otak kanan CC tau!

beshla otak kiri releks je. huh!

okla nak pi meeting sahabat2 di masjid pulak.
babai~*
p/s : suke ketam ni. comelllll~

Read more...

Daily Life as a Student~*

click for a large view

hihi..same x? same kan?
haiyoo..leteh woo jd student.. tp lg leteh bekerja sbenarnye..
so kawan2, jom blaja btol2.
biar la susah sekarang untuk kesenangan di kemudian hari.
InsyaAllah..


Read more...

Tuesday, August 18, 2009

Are you skinny, average, fat or obese?

Again quiz facebook time konon2 da byk study padahal baru 2 baris bace =_="

and the result is :

Fat

Good food is important but so does good health. Take care of yourself by doing more exercises or incorporate some portion control. You'll regain your hot body in no time


HUWAAA!! FACEBOOK TIPU!!

Read more...

What's your perfect job?

Tadi jawab quiz facebook yg mengarut2 nih..biasala kan. kalo dekat2 nak exam, time tu laa paling besh nak maen kuiz facebook, time tu jugakk nak addicted ngan game, pastu time tu plak laa yg rasa nak post entry. CC pon xpaham kenape :P

So result untuk quiz "What's your perfect job?" is

Stay at home parent

Your children would be all that matters to you. You don't care about missing out on pubs, clubs and partying...as long as your children are happy. You are a soft and gentle person, but are able to stay strict and to the point when certain situations arise.



ok. esok benti skolah.

Read more...

Monday, August 17, 2009

Update sedikit2~*

Lame x tulis..ke baru seari x tulis? hihik. tp mcm byk je cite yg CC nak cite..tp malas nak tulis panjang2..
maka dgn itu, CC Update sedikit2 je la~*

En. Mahza Kawin~*

8 ogos aritu (da basi bekulat cte ni) En. Mahza kawin. Dia ni kawan engineer CC kat TNB-ES..so sebab dia dah beberapa kali jemput n CC pn nak jumpa kawan2 CC kat TNB-ES, CC pon joinla rombongan abg mat ke Pot Dikson sbab umah En. Mahza ni kt situ..

kecut je en mahza hihi..tp cute ^_^

tak semua ada dalam gambar ni..malas lak CC nak upload banyak2. kata nak update sedikit2 kan hehe :P
CC doakan, semoga En. Mahza dan isteri kekal bahagia dunia dan akhirat..kpd kwn2 tnbes yang laen. smoge cepat2 kawin. bole makan nasik minyak lagi. nyum2!

Present dari Mak~*

Yey~* Beshday aritu mak kasi CC rantai emas ni..sebenarnya saguhati yang dia dapat dari syarikat insurans..tp dia bagi CC as a present. thanks mak!! (mcm mak bace je lols)
lame gile la x dapat adiah dr mak.
tapi CC xkesa..CC fhm keadaan kewangan parent CC..
kasih syg dari mereka dah ckup wat CC..
dan spatutnya CC la yg kasi hadiah kan..Mak susa2 lahirkan kite, lagi mau hadiah ka? adoyai~

Paling terharu surat dari mak..meh nak share

Bismillah Hirah Manirrahim
Happy Birthday to my beloved
Daughter for your 22nd
Mak sentiasa berdoa agar Lia
di panjangkan umur, jauh dari
segala penyakit. sihat selalu
Achieve your ambition. Semoga
Tuhan Makbul Segala permintaan
yang baik dan jujur. Murah
rezeki. Semoga Tuhan
bertemukan dengan suami
yang beriman, jujur, bertanggungjawab
dan mempunyai pekerjaan..
Amin



sedih bila CC bace..sebab Mak jarang tnjukkan sayang dia melalui perkataan..n bila sekali die tulis camni.. rase cam nak meraung "waa makk, maafkan lia, lia cayang mak sgt2!" tapi malu plak hikhik :P

Semoga Allah sentiasa memberkati mak dan abah..smoga dipnjangkan umur, diberikan kesihatan..dan diberi kebahagiaan dunia dan akhirat..Amin...kalau tanpa diorang..CC x dapat imagine idup CC cane..sbab CC anak tunggal..act, i've brothers n sister yg sama ayah..cuma da lost contact..so..i've nobody but mak dan abah je..sedih kan jadi CC..memikirkan untuk prepare diri untuk hidup sebatang kara is really a nightmare to me :(

FYP Progress~*

Progress report 1 kene hantar isnin minggu depan tapi satu pun CC xwat lagi!!..so bz lately ni..
Rabu ada 2 test..Rabu depan ada test gak..waaaaa!
- CC xjumpa lagi en nordin
- CC kena install software ape ntah..blom wat lagi! esok kne jmpe Ismail Said n Sir..
- Tetiba CC rase FYP CC susa bangat..apsal ada electrostatic sume ni?? da mcm subjek EM je? mati i!
- Sir nak tgok CC wat satu exmple ringks gune FEM..tapi x buat lagi..

Hadoi..pengsan seminit. tapi stil sempat updet blog whahaha :P

Test~*

Rabu ni ada 2 test..lusa ok..dua2 subjek hapal ok..EIS n HVT
CC ade penyakit mudah lupa apabila nerves dan susa nak ingat..so tepakse bekeje keras...
Hope i can do well..pls pray for me..thanks sm if u really do..

Sekian saje update sedikit2 dari CC~* Chow Cincau soya cincau

p/s : CC ade bace blog beberapa org ni..tentang kisah cinta dorang..permulaan cinta dorang mesti sebab dorang curang dengan kekasih lama..lol..x takut ke kekasih baru curang balik ek..hm..dorg ni perempuan..so xsemestinya lelaki je suka curang sebenarnya..just it is depend on ur fate la dpt kekasih camne..but for me..setia la pd yang satu..lala..

Read more...

Saturday, August 15, 2009

15 Ogos 1987~*

Tanggal lima belas~
bulan lapan~
lapan puluh tujuh~
medeka medeka~
(sila nyanyi sepeti lagu medeka)

hehe. saje nk merepek.
akhirnya CC da medeka dr segala rase debar, cuak menanti tarikh ni hihi :P

Actually, ari ni beshday CC yg ke 22..alhamdulillah..pjg lagi umur CC..dose belambak2 hukhuk
CC cuak tgu tarikh ni sbab takut org xigt haha. lagi2 si dia tu..tp rpenye die still igt n wish mcm biase.
fuhh..lega i. xdla sedih2 hehe..poyo je kan :P

Nway thanks kawan2 CC yg wish samada call, msg, fb, fster, ym, n tru blog ni..maceh banyak2..
sayangggggggggg korang muah2~ (bg can la beshday girl gedik2 skali skala :P)

aaa..xleh hepi2 sangat..

sbab ayah kwn baik CC, Dayod baru je meninggal dunia ari kamis aritu..sedihkan..
dia sms CC..CC forward pd rakan yg laen..
so tadi, CC amik ksempatan "Maxis call free di hari jadi" bgayut la ngan dia..dengar luahan perasaan dia..pujuk..beri semangat dan sebagainya..
sedih gle..rase nak menangis skali je...tapi kene kuat..kalo CC lemah..camne nak bagi dia kuat kan..

Alfatihah buat En. Othman ayah kepada Norhidayah...smoga arwah berada di kalangan orang2 yang beriman dan diredhaiNya..Amin..

okla..nk tdo nntuk plak :p

Read more...

Friday, August 07, 2009

Cuti MidTerm @ H1N1?

Hari ni CC balik rumah..

semalam, kol 12 tgh ari, ada pejumpaan student uniten dengan pihak admin..
pihak admin gtau, dah 3 org students uniten bangi positive H1N1..tibe2 ramai bertepuk tangan. lol? adekah mereka gembira bile ada org kene H1N1? adekah mereka pon tringin nak H1N1? haa itu yang kite x tahu hoho

so pihak admin umumkan cuti..tapi kalau die xumum kan pon, still nexweek cuti midterm seminggu kot.

CC cuti sampai 15 ogos kot. mengharapkan pada tarikh itu ada pkare yg mnyeronokkan berlaku. nape? xnak gtau. malu. =_="
kalau xde pape belaku pn..CC balik aritu gak, nak study, Rabu pas bukak cuti ada 2 exam ok!

maybe pasni jrg la edit blog..ntah2 xedit lgsung..xnak dah gne tenet umah banyak2. mati aritu bayar bil tenet huhuk.

so jgn rindu CC ek. (buat2 ada org rindu)

cya~*
jage diri baek2. jgn pegi tempat crowded..dan pakai mask! (peringatan untuk diri sendiri juga xD )

hepi holiday too!~

Salam*

Read more...

Putrajaya Floria Festival 2009 ~*

Dari ari Sabtu aritu sampai lah ahad ni, ade Floria Festival kat Putrajaya.
besh gak..lagi besh kpd mat bunga sperti Paan hahah
so CC duk ajak2 la sape2 yang sudi menemani.
akhirnye CG willing nak tman wlopon dia dan bunga bagai langit dan bumi (tibe2)
CC g malam selasa haritu, ramai gle la org..ade mcm2 jenis bunga..
pokok buah pon ade ok. mcm kat Taman Syurga~ oh indahnya kuikui (tp dah tentu Syurga lagi xterkira indahnye kan)
pastu wangi jee~
So dgn bebekal kan kamera baru, murah, comel CC, CC pn sibukla tgkp gmbr.
CG pon nak gak tgkp gambar. xpela kasi can die pegang cmera pink CC tu hehe

Bawah ni antara gambar2 yang CC sempat upload..
n tiba2 nak upload lagi, asik error jee...malas akuu haha
n gamba2 ni pon xikut turutan hehe
layan kan aje ok??

tapir pon bole~
buntut nye pula :P

Patrick bunga2 hihi

ni plak Squidward bunga2..comelnyeee

ni ais kacang bunga2. nampak lazat haha
sangat geli dengan pokok ni!!!cantiknyee!! mesti susah nak wat kan? kan?nampak x bunga bulat2 putih tu? comel kan. macam nasik nyum2

Hujan Sakti lol

bunga2..xclear sgt sbab waktu malam..

p/s : baek korang g..ade lagi 2 ari tu lalala tp jangan lpe pakai mask :P

Read more...

Thursday, August 06, 2009

aik da ada

rupenye kene untick proxy...

so internet da kembali normal hehehe..

byk nak apdet ni..

tapi CC nak tukar layout blog dulu..buat kali ke 3 :P
tapi kali ni lagi PINK. lagi comel hihi..

so..

/!\BLOG IS UNDER CONSTRUCTION/!\

Read more...

Murni xde tenet!

waa..tensionnye apartment murni xde tenet!!!
saje nak suh CC stado kan..haih..da 2 ari lak 2..

ni kat ITMS..semangat x haha..nak cek emel je sbnrnye..

tapi alang2 updet kat sinila..kot2 ada org yg merindui CC lalala

nanti dah ada tenet CC akan updet scepat mungkin k

bye2

Read more...

Monday, August 03, 2009

Kejutan demi kejutan..

Banyak btol kejutan hari ni..

Mula2 terkejut dengan berita pemergian salah sorang kawan UNITEN CC, Gary Leon Robert..
tiba2 je dengar dia passed away pagi td..tekejut gle la kan..

baru je haritu time futsal kosmo borak2 dengan dia..still terbayang tubuh,muka dia semua..
huhu..menggeletar gak la kan bila tau berita ni..
camne die pergi, CC xnak cerita sangatla...tapi sebab perbuatan orang huhu..

papepon..takziah buat keluarga Gary..
Gary is very nice person..pandai,hensem plak tu..pakej yg sangat lengkap..
except die bukan muslim..(no offence ye yg non-muslim)
semoga pemergian dia, boleh menjadi renungan kepada kita semua..bahawa ajal maut, boleh datang bila2 je..
kita pn pasti akan pergi juga..cuma xtau bila..

satu lagi kejutan, bila dengar ada student yang tinggal kat apartment MURNI kene quarantine sebab H1N1..huhu..
cuaknye..CC duk Murni..tibe2 je rasa nak demam bila dengar berita ni..
dari semalam mcm bersin2...
pastu asik minum ais, rasa nak batuk..

terus CC xjadi pergi rumah Gary..esok nak test..kena jage kesihatan..sekarang pn rasa lemah je..
apsal ntah..hopefully xde ape2..huhu

okla..nak study lak

p/s : anyway, CC berpendapat x patut orang Islam cakap, "Rest in Peace, Gary"..sebab nya kita semua tahu kan tentang kehidupan di alam barzakh....(once again, no offence ye non-muslim)

Read more...

When you love someone....

...there's nothing u can do except forgive and forget.



p/s : esok test!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Read more...

Saturday, August 01, 2009

Honesty is the best policy or the worst enemy?

Sometimes I wondered..
Why being so honest if the honesty will hurt other people that you love and the most important is yourself?
If we were all given by magic the power to read each other's thoughts, I suppose the first effect would be to dissolve all friendships..
Plus reality is bad enough. Why should I tell the truth?

But if we think deeply, lie may take care of the present, but it has no future..right?
Don't you think, once you lied, it will hunted you endlessly?

Narrated Abu Umamah (r.a.) Prophet Muhammad (peace be upon him) said:

a) I guarantee a home in Paradise for a person who gives up arguments and disputes even if he is on the truth.

b) And (I (also) guarantee) a home in the middle of Paradise for a person who gives up lying (false statements) even while joking.

c) And (I (also) gurantee) a home in the highest part of Paradise for a person who has a high standard of character.”

This hadith is quoted by Abu Dawud, Al Trimidhi, An-Nasa’I and Ibn Majah

Source : http://islamicpoint.blogspot.com/2007/03/value-of-honesty.html

"Always tell the truth. Even if you have to make it up."

p/s : sepiking london plak arini..klo grammar sala, sila wat2 xnampak ye hihi.

Read more...

Jogging~*

Buat2 pakai kasut

ready untuk membakar lemak2 yg suda lama membiak
pusing 20x..haha.belakang apartmen jeee..senang, dekat, xde orang :P

tgok. orang jakun baru dapat camera. G joging pon nak begambar dulu :P

Read more...
Related Posts with Thumbnails

Follow by Email

✿Visitors ツ


✿NotaKaki ツ

+ Semua gambar adalah hak milik peribadi Rina.
+ Penyalahgunaan gambar akan dikenakan tindakan.
+ Plagiarism is not allowed.
+ Blog ini akan di updet hari2. (maybe :p)
+ Ok. Itu je kot buat masa ni. Thanks for visiting ya!


  © Rina Stories~* at Rinastories.Blogspot. All Rights Reserved. Powered by Blogger.

Goto Top