Thursday, December 02, 2010

Adakah azam 2010 anda tercapai?

Alhamdulillah...
sudah pon bulan terakhir pada tahun 2010..
Alhamdulillah kerana kita diberi peluang bernafas sehingga ke hari ini

masa masuk tahun 2010, rina ada list kan beberapa azam rina
boleh klik SINI kalau nak baca.

tapi rina nak paste jugak disini supaya rina boleh review
tercapai ke tak? ke jadi angan angan je hehehe

yang dalam kotak adalah azam rina untuk tahun 2010 ini

The last moment in UNITEN...


InsyaAllah April 2010, rina akan tamat belajar di UNITEN setelah 5 tahun kat sini...
so..rina nak kumpul sebanyak mungkin kenangan manis bersama kawan-kawan yang rina sangat hargai..
they always make me happy, give me the courage to live when i felt like dying..
thank you guys..hanya Allah mampu balas..
nak hang out selalu dengan korang :)


and it is already the last semester, of course i aim for the best result..
hope i will do well for my exams and project 2. chaiyo!!

 alhamdulillah...rina sudah pun tamat belajar di UNITEN dan rasanya, rina telah pun manfaatkan masa masa terakhir bersama rakan rakan yang tersayang.
in fact, rina rasa, kawan rina semakin bertambah masa final semester!

result pula, alhamdulillahh...tercapai target ^__^

Rockin' the Working World~*

pastuu keje plakkk.
cewah.
da tua aku rupenye whahha :p
poyo je..

rina berazam nak menjadi pekerja malas contoh setiap bulan hahha :p

hm..rasa2 rina akan bekerja di TNB nanti as i'm scholar ytn holder.
tapi rina sedang berusaha mencari peluang untuk menyambung pelajaran ke peringkat tinggi lagi
pergh ayat karangan hihi

tapi yang pasti after habis study ni rina x nak rehat2..nak teruss carik keje before kene panggil..
xkesala keje ape2
nak gain experiences
and of course i need the money..
why i need money?
meh nak citer :p


seperti yang di rasa rasakan, rina memang kerja dengan TNB hehe..
tapi rina tak dapat sambung Master lagi..
so maybe akan postpone ke azam 2011 kott hihi

tapi yang penting, memang after study, rina terusss kerja. takde rehat rehat.
rina jadi Research Assistant di UNITEN, Product Engineer di Cheras dan kemudian dapat kerja di TNB.
alhamdulillah ^_^

Money money where are you?

Firsssttt sekali, rina nak bawak abah pergi mekah..
mak dah pegi..
abah je..tak cukup duet lagi..for some reasons..
tak dapat  ikut mak dulu..
so..rina harap sangat dapat hantar abah pergi haji.
kalau ada rezeki lebih, dapat pergi 1 family lagi bagus
ini akan didahului dari semua perkara..

lepas tu, rina lak nak mlancong ke luar negara.
mana2 lah yang dekat..jepun ke aussie ke..
nak pergi masa winter yey!
nak tengok salji!!!
kecewa haritu pergi pavillion. salji dia buih je.
cis. i ditipu. huh.

pastu nak beli kereta untuk parent.
nak belanja diorang jalan2 melancong tp dlm negara je hahaha. x logikla kalo nak g ovesea lagi. tu azam tahun 2011 kang hihi :p
pastu kalau duit terlebih, nak beli handphone baru,nak beli rumah,kereta,rantai,jam, banyaklahh nak list hahahaha
*macam gaji 8 juta je kan :p*

aiseh...satu pon tak tercapai!
hahaha
failed :P

Welcome the new me..

Of course semua orang pun nak berubah ke arah kebaikan..
tak terkecuali rina..

I want to be a better muslimah, daughter, student, friend pape jela to others.
macam last year,
rina berazam tak nak marah2. and i think i did it kot..80% atleast hehe
rina rasa, rina dapat bersabar dalam banyak perkara.
soo.tahun 2010..
rina nak berubah jadi lebih matang.
tak nak bersifat kebudak-budakan..
nak menjadi wanita.
ok wanita tau hahaha!

nanti bila rina walking to the working world, rina nak org pandang rina sebagai seorang pekerja yang well rounded. i want to give my 100%.
dan
harap semua orang suka berkawan dengan rina lah..


then i want to improve my appearance.
i want to reduce my weight!!
waa gmok da wehh
Rina nak capai target berat 40 kg! haha!
Rina sekarang tengah menjalani program diet.
jurulatih nya adalah rina sendiri :P
harap2 habis sem ni which is bulan 4 tahun hadapan,
dapat lah rina capai target.
tapi macam x sempat je haha.
soo.. by next year da capai lah
mestiii!

 nak jadi wanita?? hmmm..hmmmmmmm
hehehehhehee
taktau lahh
tapi rasa rasa dah tak bersifat kebudak budakan kot
macam dah matang sikit rasanya.
terasa semakin bertanggungjawab..
so...tercapai jugaklah 60% :p :p hihik

pekerja tu pulak..rina rasa rina bukan lah pekerja terbaik hehehe
banyak main main je..tapi kerja tu tetap siap.
orang sekeliling suka kawan dengan rina tu...rina tak tau lahh..kena tanya diorang lah :)

ok. tentang reduce weight..
BOLEH SKIP. 
NEXT!!
haha!
 LOVE is CINTA 

rina nak belajar untuk cinta pada Allah, PesuruhNya, diri sendiri lebihh dari orang lain...
tentang cinta pada lelaki lain..
rina serahkan pada jodoh yang telah ditentukan..
rina berazam x nak couple dah..
seriously..rina serik..
serik untuk berpisah..
x mampu lagi rina nak menghadapi situasi tu lagi..
apparently.. i seem to be strong but inside, only Allah knows better..

alhamdulillah..buat masa ni..rina belum couple lagi..
jodoh pun tak sampai lagi..
dah setahun..tapi rasa baru semalam perkara tu terjadi. huhu..

Stories of Rina remain forever..

and lastly..
Rina nak jadikan blog ni se famous Red Mummy!
hahaha!
hihi. act nak menjana pendapatn dari blog.
and of course rina nak mencatatkan segala perjalanan hidup rina di sini.
tanpa noktah.


ok. ni langsung tak tercapai hihi. nak tarik baliklah...taknak famous lah..

tapi alhamdulillah, melalui blog, rina dapat lahh sedikit pendapatan tambahan.
thanks Nuffnang dan RinaWardrobe!

sekian saje review azam 2010 rina..

semoga Allah panjangkan umur kita semua agar dapat berazam untuk tahun 2011 pula..InsyaAllah..

8 footprints here! Thanks! (◕‿◕):

hamzah ian 2/12/10 10:32 PM  

seronok baca.. sedih pun ada.. hahaha

Unknown 2/12/10 10:34 PM  

saya doakan segala-gala yang terbaik untuk Rina :)

Rara 2/12/10 11:06 PM  

salam..Semoga impian awak tercapai nanti..
insyallah..^^

Ain Atika Zailani 3/12/10 4:53 PM  

aminnn moga tercapai semuanya...

hamzah ian 3/12/10 8:57 PM  

bukan rina update pasal cikgu skolah paling glemer ke td???

niesz 3/12/10 11:49 PM  

insyaALLAH, semue nye akan tercpai nnti

cimon 4/12/10 8:01 AM  

alhamdulillah...cita2 yg lain mungkin tercapai next year pulak kan?

hehehe (^v^)

CaDLyNN 6/12/10 3:45 PM  

satu dari azam dan impian saya akan tercapai jap je lagi..otw~ doakan ye :)

Related Posts with Thumbnails

  © Rina Stories~* at Rinastories.Blogspot. All Rights Reserved. Powered by Blogger.

Goto Top