Tuesday, August 31, 2010

Shopping sampai pengsan hihi

Akhirnya tadi, rina pegi gak shopping.
depan rumah rina ada komuter, memang senangla.
seberang naik tangga then tunggu je sampai komuter datang.

tapi paham paham jela..
komuter tu setengah jam sekali dan pasti penuh, mampat.

so train pertama rina da terlepas, naik train yang kedua.

tu pun naza and the gang tak sampai sampai.
kesian dorang, sure jem teruk lah

tengok Sogo hari ni,


macam takde ruang nak berjalan pun
so da agak, parking mesti susah nak dapat

sementara tu rina jalan jalan dulu sorang sorang
tiba tiba tengok, apsal sesak sesak kat SimplyCT?

rupa rupanya ada Siti Nurhaliza!
apa lagi, rina pon semangat lah nak tengok sama.

sampai makcik makcik belakang tak puas hati tarik tarik tudung gua!
bengang oh!
terus batalkan niat nak tengok rapat rapat :p


lepas tu, sempat rina buat Sogo Card.
yuran RM24, mahal tak?

tak lama kemudian, Naza, Adah, Mun, Adik Naza, Faiz Bf Naza dan Jerm pon sampai
kami pun meneruskan perjuangan ke Jalan Tar.

sesak tu memang susah nak digambarkan dengan kata kata
nasib baik faiz tinggi, so kalau berpecah senang nak cari hehe

*Haha, dorang panggil Naza Mummy, Faiz Daddy. Berlatih hihi*

walaupun sesak dan menyebabkan nafsu bershopping berkurang,
tapi masing masing sempat lah beli something.
penat kot datang.
harus beli something.

*abaikan posing dan tudung serabut itu*

rina dapat beli sepasang baju kurung raya yey!


santek tak?
RM 70 je, kat Jackel
actually kaler die gelap lagi sikit.
camera cikai harap maklum

 lepas tu, kami pon patah balik ke Sogo
berehat rehat

tak larat dah nak shopping :p

nak balik naik komuter pon dah tak larat nak jalan.
nasib baik abah rajin nak ambik :p

lepas tu, mak ajak singgah pasar sayur kat belakang jalan tar.
semua jual sayur.
tempat borong sayur kot

lepas tu, singgah bazaar Ramadhan kat Pantai Dalam

then balik rumah.
pengsan.



Read more...

Dah pernah baca Blog Zack Zukhairi?

Rina baru je terjumpa blog beliau last week.
Terus rina letak status kat facebook.
"Blog Zack Zukhairi memang terbaik!"

Esoknya, rina pegi rumah member lepak lepak.
tengok tengok 1 rumah layan blog tu haha!

Sape sape yang tak tahu lagi blog ni,
lebih lebih lagi yang lahir tahun 80-an

blog ini merupakan blog paling best bagi rina setakat ni.

memang layan lah!

Ada comic, cerita seharian, dan dia selalu imbas balik kenangan masa dulu dulu.
game dulu dulu
junkfood dulu dulu

memang kuat betul daya ingatan!
respek lah kat blogger yang dapat mengarang dengan begitu baik macam ni..

ok malas nak cakap panjang.
pegi lah melawat blog dia.


kalau korang tengok, katun die comel comelkan?
tapi simple je die buat,
semua orang boleh buat, tapi siapa lagi kreatif, lagi best hasilnya

rina dah belajar buat


hakhak!
buruk giler
hihihihi

dah cukup cukup gelak.
korang plak buat tengok???

Tutorial Lukis Kartun oleh ZackZukhairi


kita tengok, jadi ke tak jadi :p



Read more...

Scare Tactics - Memang betul betul takutlah hehe

saja nak testing, Che Arm baru buat tutorial macam mana nak letak video dari facebook ke blog
so kepada sahabat yang dulu tertanya tanya boleh la klik sini untuk belajar




thanks ye che armster!



Read more...

Monday, August 30, 2010

Hari yang agak malang sob sob~

Adoi. hari ni memang agak malang.

Pergi Uniten hari ni dengan tujuan nak dapatkan sign lecturer (IR) untuk borang BEM.
Kenapa pergi hari ni?
sebab ingatkan nak pegi tidur rumah naza & the gang 
since esok ingat mau join diorang pegi Jalan Tar

tiba tiba dah sampai Uniten
dapat message Naza,
"ktorang pegi naik kereta dengan faiz, so dah tak cukup space, ingat kau pegi dengan mak kau"

Sobsob.
rasa rasa macam dah cakap mak tak jadi ikot 
sebab dia penat nak jalan sangat bulan puasa ni lagi lagi esok sure ramai orang
tapi maybe rina cakap tak jelas kot hihi
*ketok kepala sendiri*
tapi dah bawak bantal, beg semua T__T
*ketok lagi kuat*

tapi takpela, kalau esok rina rajin, rina pergi sorang sorang dan meet diorang kat sana
haha
memang semangat nak pegi sebenarnya
nak beli baju raya jugak ~

nasib malang kedua,
bila rina sedar yang rina tak bawak transcript, salinan sijil degree untuk completekan borang BEM

huwaa!
camne tah leh terlupa
dah kena pergi uniten lagi sekali haha tension tension! :P

tapi takdela sia sia sangat pergi.
sebab lepas tu, rina dan sarah pergi buat bankdraft and cheque deposit kat maybank.

kami pergi bazaar
then balik rumah~

sekian saja.
^___^


Read more...

Telekung dari Vietnam hanya di My Boutique!

Assalammualaikum semua~!

Sahabat sahabat semua perasan tak??
 sempena Ramadhan yang mulia dan Hari Raya yang bakal menjelma,
memang banyak lah kedai kedai yang buat promotion
kedai online pon sama!

termasuklah 

Tapi My Boutique ni memang terbaik
sebab kedai online ini menyediakan pelbagai design Telekung
yang diimport khas dari Vietnam!

huh! jauh tu, Vietnam mari. hehe!


apa istimewa telekung dari Vietnam ni ye?

yang paling special ialah Telekung ini diperbuat daripada material yang lembut dan sejuk.
memang selesa lah nak dipakai ketika solat.
sejuk je.
kadang kadang kan, kain telekung kan licin, pastu tebal, berpeluh peluh ketika solat.
boleh bawak kepada tidak kusyuk tu hehe

memang banyak kerawang dan corak menarik yang disediakan

Testimonial :

Alya :
yg vietnam nye memg cntek..
alya pon de satu..
jahitan die kemas..suke!! hehehe




berwarna warni kan?

ni zoom-in pulak


kalau rina, rina suka yang colour purple, pink atau putih hehe

kalau taknak beli untuk diri sendiri, hadiah untuk yang tersayang pun boleh.
hadiah hari Raya kan?
sedekah lagiii bagus~

Ramadhan belum habis lagi ni!
kalau beli satu, then sedekah dekat masjid pun ok.

Pahala bersedekah dalam bulan Ramadhan memang berganda ganda tau.
 amal jariah ni adalah salah satu harta yang boleh dibawa mati.
lagi lagi kalau sedekah telekung.
setiap kali orang guna untuk solat,
insyaAllah ada saham untuk kita.

so apa lagi, cuba lah klik banner di bawah ni

rinastories

mana tahu ada yang berkenan di hati
jangan lupa klik tau!

MY BOUTIQUE



P/s : Review dan banner di atas dibawa khas oleh RinaStories. Klik SINI sekiranya berminat.





Read more...

Webcam dengan buah hati

Antara aktiviti wajib sebelum berbuka, dan aktiviti sunat selepas terawikh,
adalah webcam dengan buah hati rina




buah hati no. 1 : amira a.k.a kakak


buah hati no. 3 : Afrina


buah hati no. 2, aisya takde.

awal awal je ada, tak sempat rina nak print screen.
dia merajuk sebab kakak dia conquer semua.

kecian dia..
takpela..beralah je ye sayang.
nanti cik lia belanja aiskim.


Read more...

Sunday, August 29, 2010

Bukan Senang Jadi Anak Tunggal

Hihi
Tajuk dicuri dari blog Adib :p

tak susah mana pun, lagi senang dari Anak Sulung rasanya
sebab beban kurang, takde adik adik yang perlu ditanggung.
tapi, mungkin susah sedikit dari anak bongsu.
sebab anak bongsu ada ramai tempat bergantung.

apa apa pun, bagi rina, it depends on the situation..
keadaan family tu sendiri.

Selalu, kalau orang tahu rina ni anak tunggal mesti ada satu soalan wajib,
"Best tak jadi anak tunggal, takde adik beradik?"

soalan ni memang general betul.
sebab rina tak biasa jadi anak sulung, anak bongsu atau anak tengah.
so rina tak dapat nak beza kan, lagi best ke tak.

tapikan, rina teringin nak jadi anak tengah.
nak ada abang,kakak, adik lelaki dan adik perempuan.
lengkap! :p

biar rina senaraikan apa yang best dan tak berapa best jadi anak tunggal.
ini version anak tunggal tak kaya ok.
anak tunggal orang kaya maybe berbeza..

Best

(1) Of course tak perlu bersaing dalam mendapatkan perhatian ibu bapa. hehe!

(2) Boleh makan part ayam favourite, ikan bahagian ekor, ketam 2 ekor tanpa perlu gaduh gaduh *Gemok*

(3) Minta hadiah selalu dapat ke? Bolehla~ Rina jarang meminta ni sebab dulu hidup susah. tapi masa zaman sekolah rendah, kalau exam dapat good result, boleh minta hadiah :D

(4) Dimanjakan. ok, mengaku. memang agak manja..tapi bukan spoilt tau hihi

Tak Best

(1) Kalau ada masalah family, terpaksa pendam sorang sorang..ni yang rina paling tak suka. Biasalah, setiap family sure kadang kadang ada problem kan

(2) Menjadi satu satunya harapan ibu bapa. fuh! memang pressure juga sebenarnya.

(3) Dikongkong. Zaman sekolah memang agak dikongkong..sekarang dah kerja baru bebas nak keluar (tapi stil kene bagitahu dulu). tapi ok gak..takdelah rina lepak tak tentu arah.

(4) Tanggungjawab menjaga ibu bapa terletak pada rina sorang je. takde istilah rotate ke etc. Rina tak kisah pun..harap harap dapat suami yang memahami *cewah* Tapi parent rina cakap, diorang boleh hidup sendiri...sedihnya...rasa malas kawin pun ada lalala

ok tu je kot.

sunyi tak?
kadang kadang.. bila cuti lama je
since rina duduk asrama dari form 1 sampai Universiti.
cousin yang rapat pun ramai.
dah macam adik beradik sendiri je.
so takdela sunyi sangat

sekian terima kasih.
soalan
"Best tak jadi anak tunggal, takde adik beradik?"
jangan tanya dah lepas ni heheh!



Read more...

Hati ini milik Ilahi


Sebagaimana yang diriwayatkan dari sebuah hadis,

Saad bin Abi Waqqas pernah bertanya kepada Rasulullah S.A.W.,


Siapakah orang yang paling berat cubaannya ?


Jawab baginda, Di antara orang-orang yang paling berat cubaannya ialah para nabi, kemudian mereka yang seumpama dan seterusnya. Seseorang itu diuji sesuai dengan kadar agamanya. 
Jika dia mempunyai kekuatan dalam agamanya, maka beratlah ujian yang diterimanya.
Sekira agamanya lemah, tentu dia akan diuji sesuai dengan kadar agamanya. 
Ujian akan selalu datang menimpa seorang hamba selagi dia masih berpijak di atas bumi, dan sehingga tiada lagi kesalahan padanya.
(Riwayat Tirmizi)


Wahai saudara-saudaraku, ingatlah....


 Apabila ALLAH cepat memakbulkan doamu,
maka Dia menyayangimu. 
Namun bila Dia lambat memakbulkan doamu, maka Dia ingin mengujimu
dan apabila Dia tidak memakbulkan doamu,
maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik buatmu
kerana kasih sayang ALLAH melebihi kemurkaanNya

Jadi.. YAKIN DAN PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH menyayangimu...


so, takmau sedih sedih kalau terasa susah sebab Allah ada~
^___^


P/S : Entry semenjak dua menjak ni, banyak yang insaf insaf..hehe...terasa diri ini jahat giler sebenarnya...huhu....T__T...mahu jadi baik..tolong tolong




Read more...

Saturday, August 28, 2010

Jom join Contest Shawlsphere!!! :D




seperti biasa contest lagi..

ye rina memang gila contest.
anda perlu tahu.
dalam berpuluh puluh contest, rina pernah menang dua je.
satu hadiah tak sampai
satu hadiah sampai tapi jadi harta cousin rina
ceit!

ok. berbalik pada contest best ni
sebab dapat hadiah shawl tu!
di bawa oleh Shawlsphere

1st : Jenis Tudung atau shawl yang rina suka?

rina suka shawl chiffon kot. sebab senang lilit dan warna cantik cantik. plus murah haha
takpun tudung bawal. senang. kalau lapar, goreng je.

2nd : Upload gambar shawl tu


ni shawl chiffon. RM5 saje. santekkan??

3rd : Promote

Ok.
Sesiapa yang baca ni, pergi blog Shawlsphere dan beli sehelai shawl kat situ!
Ini adalah paksaan hahah!

tapi jangan amik yang kaler hitam gold ni


sebab kalau menang rina nak pilih yang tu hihi :p


 P/s : Buat Hamzah Ian, jangan risau, hadiah untuk lelaki memang takde heheh




Read more...

Seuntai Doa..

Ketika kumohon kepada Allah kekuatan
Allah memberiku kesulitan agar aku menjadi kuat

Ketika kumohon kepada Allah kebijaksanaan
Allah memberiku masalah untuk di pecahkan

Ketika kumohon kepada Allah kesejahteraan
Allah memberiku akal untuk berfikir

Ketika kumohon kepada Allah keberanian
Allah memberiku bahaya untuk kuatasi

Ketika kumohon Allah sebuah cinta
Allah memberiku orang orang bermasalah untuk ku tolong

Ketika ku mohon kepada Allah bantuan
Allah memberikanku kesempatan

Aku tak pernah menerima apa yang kupinta,
tetapi aku menerima segala yang ku perlu
Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain terbuka
tetapi sering kali kita terpaku terlalu lama pada pintu
yang tertutup sehingga tidak melihat pintu
yang di bukakan bagi kita

orang orang yang paling berbahagiapun tidak selalu memiliki
hal hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan
yang terbaik dari setiap hal yang
hadir dalam hidupnya.

mungkin Allah menginginkan kita bertemu dengan beberapa
orang yang salah sebelum bertemu dengan orang
yang tepat, kita harus mengerti bagaimana
berterima kasih atas karuniaNya.

Waktu kamu lahir, kamu menangis dan orang orang di sekeliling’
kamu tersenyum, jalanilah hidupmu sehingga pada
waktu kamu meninggal, kamu tersenyum dan
orang orang di sekelilingmu menangis.


 *Muhasabah diri mode : Ramadhan semakin berakhir, jangan dipersiakan lagi!

Read more...

Friday, August 27, 2010

Pep 36 - Tarikh Perlantikan

Ceit!


Hari ni tiba tiba dapat email yang ditangguhkan sampai 20 September.

tak tahu lah patut suka ke tak..

sebab kerja bosan, tak kerja pun bosan.

so rina terima je lah apa apa pun

T__T


Read more...

Pillow Talk ke?

After berbuka puasa di Village View,rina, erien dan sarah rancang nak tido di rumah sewa kawan kawan kami, Naza, adah, mun dan jem.

since dah lewat malam masa tu, so macam takut nak balik sorang :p

Sampai sampai je rumah, kitorang rancang nak tengok cerita.
mula mula nak tengok cerita hantu, tapi si erien nak sangat tengok cerita 3 idiots so kita ikot saje hehe


 gambar takde, actually tak menepati piawaian nak publish dekat sini hehe
so rina lukis kartun :p
comelkan? boleh lukis di www.toondoo.com
senang je.

ok sambung balik

mun dan jem dah masuk bilik dulu since mun ada exam, jem pulak nak keje esok
lepas tu diikuti adah dan naza sebab diorang dah tengok 3 idiots ni
then tinggal rina, sarah dan erien jela layan.
last last erien yang tido dulu, lepas tu rina.
sarah je yang berjaya habiskan. tahniah :p

ok, mesti readers bosan je baca hahah
tapi ni diari rina, of course kene tulis satu satu lalala :D

lepas tu, dalam pukul 4 lebih dengar diorang masak masak.
rina sibuk sibuk jap lepas tu tido balik :p

rupanya adah,mun dan naza masak untuk sahur


fuh! dah boleh kawin dah ni!

hihi.

then rina sambung tido, bangun sembang sembang jap lepas tu tido balik, bangun balik, tido balik
sampai pukul 11 lebih, bersiap untuk pulang ke rumah sendiri :p
*bagi can sikit, hari pertama tak kerje kan hihi*

balik rumah, bersiap nak pegi Medical Checkup.

buat kat Hospital Pantai
kene ambik darah. sakitttt

*google je*

nak buat camne, saya takut jarum :p

trauma time kena suspect denggi masa form 2,
banyak giler darah yang doktor amik.
sampai lebam lebam.
jadi letihhh je.
so result exam masa tu turun mendadak.
hehe
tapi alhamdulillah takde pape :)

result medical check up ni boleh ambil hari isnin.
harap harap everything is ok.

sekian sahaja. bye bye!

p/s : kalau rajin, tolongla jawab survey di sidebar atas tu..hehe..nanti rina bagi coklat dalam mimpi k :p


Read more...

Thursday, August 26, 2010

Cuba teka wajah siapakah ini?



cuba teka sape ni?

Heliza? Wardina? 

awww, janganlah teka yang cantik cantik macam tu

ni rina la

hakhak
sila muntah hijau sekarang.

ini adalah hasil dari Che Armster

rina tak bagi gambar besar besar, gambar header je hehe
yang lebih lebih adalah daya imaginasi dia

walaupun tak sama, tapi lagi comel dari yang sebenar hehee
I like~

 thanks Che Arm!

love it so much. janganlah sorry sorry pulak T___T


p/s : sape sape nak di sketch kan di conteng arang ke muka sendiri bolehla request dekat beliau ok? hehe ^_^
 


Read more...

Berbuka puasa di Village View

Semalam, rina dan kawan kawan rancang nak berbuka puasa bersama sama
tapi lambat sikitlah
after Terawikh (konon!)
padahal nak tunggu cukup korem, ada yang kerja kan

so, rina balik rumah dulu since jalan nak pergi Bangi after balik kerja dah tentu tentu jem.

Ingat taknak lah makan, tapi tak boleh tahan tengok sambal ikan bilis mak masak hihi

after Maghrib, rina pon bersiap siap nak pergi Bangi.

*teknik menyembunyikan pipi tembam*

rina bawak sekali Cheese Brownies yang tak habis semalam

 *blogger sejati memang macam ni, gambar brownies semalam pun nak ambik*

kami dah rancang nak berbuka di Village View.
Village View ni sebuah restoran kampung tak kampung sangat lah
yang terletak di Bangi (on the way nak pergi PKNS)

*kamera cikai harap maklum*

Village View memang glamour ketika rina zaman zaman foundation di UNITEN
sebab konon konon romantik dan mewah.
tapi lama lama, rina dah taknak pergi sini.
sebab harga sirap dia RM1.80 kot! tobat.

tapi sebab lama tak pegi, pegi jugaklah.
rina order ais limau

RM1.70 kot

dan fish & chip


RM13.80 kot

kuantiti sedikit tapi cukup cukup untuk rina. dan sedap :)

yang lain macam macam lah order, antara nya Lamb Chop

lupa harga.

eh, jangan salah anggap ek.
bukan Western Food je ada, semua pon ada.

tapi boringlah hari hari nasik. I orang London tak biasa you *sepak

tiba tiba ada kejutan budaya


Naza dan Adah datang bawak kek sambil menyanyikan lagu Happy Birthday ramai ramai
hihihi
tekezut saye. tak sangke.
yey!
dah tua tua pun ada yang sudi nyanyikan.
rasa nak nangis. TERIMA KASIH SAYANG KORANG!

tapi sebenarnya, bukan saje sambut birthday rina, tapi juga untuk meraikan rina, sarah dan erien yang baru sahaja dapat tawaran kerja.
SO SWEET kan??


tapi bagi rina, bukan untuk kami je, tapi untuk semua kawan kawan yang berjaya sambung Master, dapat biasiswa, dan berjaya dapat makwe. Ops! haha
tak lupa juga buat kawan kawan yang jauh, gie,miza dan elly. semua dah dapat kerja. Alhamdulillah~


muka muka kenyang dan kegirangan =_="

nampak tak geng tudung putih?
tu geng Master. hehehe!


ni pandangan dalam di Village View *tiba tiba masuk cerita ni balik*

*kelihatan saya begitu tinggi dan kurus, I like~ hahhaa*

lepas tu,

lepas tu next entry pulak ;p



p/s : rina nak pergi Medical Checkup ni, doakan rina sihat ye..malam ni rina blogwalking dan balas komen ^__^




Read more...

Wednesday, August 25, 2010

Hari terakhir~*

Hari ini adalah hari terakhir rina di Supreme Didactic (SD)

sebagai seorang Product Engineer, memang banyak pengalaman yang rina timba

contohnya..

*pikir*

*pikir*

rina belajar untuk lebih berani dan bersedia dalam apa jua keadaan
kalau boss bagi arahan, harus kata "Yes Boss"
then menggelabah sebab tak tahu

lagi..

*pikir*

*pikir*

hari hari bawa bekal dan makan di Pantry adalah satu penjimatan yang terbaik hehe :p

*pikir*

*pikir*

oh! rina juga telah berjaya menambah bilangan Unique Visitor sebab hari hari BlogWalking since takde kerja nak buat. 

*pikir

*pikir*

rina telah berjaya khatam 5 jenis games yang rina download dari Gametop 

*pikir*

*pikir*

itu je

secara kesimpulannya, nothing much I have learned..
sebelum mendapat tawaran TNB ni, sebenarnya rina dah cuba mencari cari kerja baru.

bukan apa, rina cuma nak cari lebih pengalaman..
apa apa pun, orang orang kat sini memang baik baik..

Nurul - Draftman, opismate rina
Kak Qila, Kak Ling, Kak Pah, Kak Lin, Kak Husni, En. Mazlan, En. Rosli, Abang TJ, Nizam, Chris, Joe, dan lain lain
memang baik baik
siapa lagi ye 
(saje nak senaraikan nama nama. biasa lah da tua memang suka lupa)
Mr. Ho, En. Rozmi, En. Kamal, Mr. Seaw, Miss Lim, sape sape tah lagi rina tak kenal :p

semoga kita bertemu lagi ye! nanti kalau rina kahwin rina jemput :p
*macam diorang baca je*


Bye!


Read more...

Secret Recipe - Say Cheese! hehe

Yey!

Rina berjaya membeli cheese cake setelah mengidam 2 hari yang lepas :p


Marble Cheese Cake : RM 6.50


Cheese Brownies : RM5.00

semestinya dari Secret Recipe
malas mahu tangkap gambar

Both memang sedap, dan betul betul ber cheese!
tapi macam biasa, mesti muak punya
Blerghhh~~
makan dua cuit dah muak T_T belum makan 1 sudu lagi T_T

menyesal beli dua dua cheese.
patut satu beli lain, satu beli lain.
tapi time nak beli tu terasa cheese cake saje yang paling sedap, yang lain semua tak sedap hehe
so, tak habis pun. masih ada lebih dari separuh dalam peti ais.

Actually, semalam rina singgah di Cheras Leisure Mall after kerja untuk beli mouse laptop.
mouse lama sudah mati :p

so, singgah lah secret recipe untuk melunaskan nafsu yang tergendala hari tu :p

rina pergi sorang sorang je round satu Leisure Mall tu, cari cheese cake mouse punya pasal.

tapi apa ada hal setakat jalan sorang sorang ni, rina dah biasa..

rina pernah pergi Mid Valley, Alamanda, Sunway Pyramid sorang sorang..
Pasar Malam pun pernah sorang sorang..
Tapau makanan kat restoran restoran tak perlu cakaplah..
Bank, pejabat pos, isi minyak, semua pernah sorang sorang..
memang tak best kalau sorang sorang, tapi kita tak boleh lah nak berharap kat orang sangat..

See? rina tak manja tau. rina berdikari orang nya :p
siapa yang cakap rina manja lepas ni, meh sini pipi, lempang satu bagi hehe


P/s : tengok wayang je belum sorang sorang. kalau tengok Vampire Sucks sorang sorang ada gaya loser tak? hihi


Read more...

Tuesday, August 24, 2010

Rasa nak menangis tengok baju ni


SANGAT LAWA!

memang memenuhi citarasa, impian, jiwa dan raga rina!

tapi harga RM199

ada sape sape nak belanja tak?


Read more...

Blog lama tahun 2005 - sebelum masuk UNITEN lagi

Baru baru ni ada seorang kawan menegur rina di Yahoo Messenger
dah lama dah nick tu add, tapi baru je tegur
lebih kurang macam ni la perbualan kami


Kawan : Hi Rina
Rina : Hi Kawan. Sape ni ye?
Kawan : Saya Kawan.
Rina : Oh. yang add di facebook tu ke? *student Uniten thats why rina approve*
Kawan : Ha ah..tapi saya dapat email awak dari blog lama awak tentang Usrah tu
Rina : Blog tentang Usrah? Oh...yang **** tu ek?
Kawan : A ah kot. sekarang tulis blog lagi kan? ada publish kat facebook.
Rina : a ah..

teruss teringat kat blog lama, rina pon bukak dan baca kembali

dulu dulu, masa zaman after SPM, lebih kurang 5 tahun yang lalu,
rina ada buat blog jugak sekejap.

tapi tulis sikit sikit je time tu. 
dari waktu lepas SPM sampai awal awal di UNITEN.
masa tu join Usrah under PPI (Persatuan Pengajian Islam)
so rina ada share sikit tentang isi isi Usrah.

masa lepas SPM memang bosan lah.
bosan cuti lama. dah lah tak dapat PKN *kecewa*
nak apply mak tak kasi. semangat tak rina? hehe!

rina nak share lah satu post after dapat result SPM ni
*URL blog lama taknak bagitahu :p*

ini adalah entry copy paste yang dulu secara sebijik sebijik without edit hehe
so abaikan penggunaan bahasa yang berbeza dari sekarang :p


*****************************************************************************

IMPIANKU (5 May 2005)
Assalammualaikum

impiankuu..<–ahaks! x pasal2 je kasik tajuk ni..hihi..buhrinlaa.so aku ingat nak tulih pasal future plan aku rr kat blog yang x bape besh ni..

Dulu..b4 dpt result SPM..aku ade pikir2..pasni..ape aku nak jadik yer.. so..aku wat decision..kalu spm aku sme A1..aku nak amik doktor..kalu sederhana..aku amik engineer..kalu kurang sket dr sederhana..aku amik cikgu..kalu hancus..hikhik..xnak pikir r..

tetibee..dptlak..7a1 2a2..isk..Alhamdulillah sgt2 pasal aku x expect aku dpt result cenggini!! aku ingat aku dpt 17a1..hikhik..juz kddin’

aku pon wat keputusan nak jadik engineerr..sbenarnye..x minat pun..but aku rase aku bley berjaye..sbab aku okey gak in math n fizik(ye kot)…minat tu boley datang kemudian (dipetik dr kate² pengetua MRSMKK)

walaupun teselit jauh kat hati..tingin nak jadik Dr..tapi aku x sggup take risk..ahakss..susah woo..jadik dr..hihi

so..dengan keyakinan yg jitu (ce wah!) aku nak jadik engineerr..tapi aku rase aku xnak jadik engineer selame2 nyee..aku nak amik master..pastuh jadik lecturer..okey x? hihi..rase2nye..aku ni bejiwa pendidik sket..:)

pastuh aku ade gak angan2 nak bukak tadika..xpun nursery kee..besh gakk..leh rr aku jadik suri rumah tangge sambil jadik businesswoman yang berjaye!! hikhik..jauh tol pandangan aku yek.. tapi yg ni memang angan2 aku dari kecik2 agi..dan angan2 ni jadik impian dan cite2 aku biler aku dah besar..:)

tu je kot..future plan aku..:) hope jadik kenyataan impian aku yang tulus murni ni..hihi..:p

okies..tata..titi..tutu..

 *****************************************************************************

bila baca balik memang tak berubah kot impian sampai sekarang!

harap harap apa yang rina impikan menjadi kenyataan satu hari nanti, InsyaAllah..

^__^

Read more...

Perjuangan mencari baju raya bermula!

Rina tengah usya usya, ingat nak beli baju raya online, sepasang

hehe!

pastu jumpa satu blogshop ni

taknak bagitau lagi

rina nak pilih dulu :p

antara ni


atau


atau




erk. macam same je haha

atauu



opsss ni macam kak Jemah punya
amik kaler lain lah


atau ini


leceh sikit la kene pakai inner inner ni

ok. rambang mata.

@_@

Update : 
Rina dah booked yang BKC Pink tu hehe..tapi tak sure nak beli ke tak lagi..
Blogshop ni namanye : Dehotshop Online

 

Read more...

Monday, August 23, 2010

RAZIQINE CONTEST : Marsya Makan Apa ?

rinastories

ok. giveaway teka teka pulak :p

rina teka dia makan donut coklat

rina tag :

Shag dan Zqah

Read more...

Syifa 1st Giveaway



nasihat saya, semoga rin jangan putus asa dan terus berusaha!

Jom join Jom, klik banner je~

Read more...

Perasaan tu harus dikongsi bersama baru lah sahabat sejati

perasaan rina sekarang : teringin sangat sangat giler giler mahu makan Cheese Cake






Teringin jugak tak?

HEHEHE!




Read more...
Related Posts with Thumbnails

Follow by Email

✿Visitors ツ


✿NotaKaki ツ

+ Semua gambar adalah hak milik peribadi Rina.
+ Penyalahgunaan gambar akan dikenakan tindakan.
+ Plagiarism is not allowed.
+ Blog ini akan di updet hari2. (maybe :p)
+ Ok. Itu je kot buat masa ni. Thanks for visiting ya!


  © Rina Stories~* at Rinastories.Blogspot. All Rights Reserved. Powered by Blogger.

Goto Top