Friday, September 30, 2011

Idea : Outfit untuk nikah (Part 3)

kali ni rekaan dari Mr Hatta Dolmat

tak silap rina dia lah pereka utama baju baju Datuk Siti Nurhaliza

agak agak, lepas siti pakai dia buat ape ek?
mesti simpan je kan?
siti siti siti..boleh pinjam sehari buat nikah tak? T__T

dan berikut adalah rekaan Mr Hatta yang lain
yang rina rasa sesuai untuk nikah je lah ye

Irma pakai waktu ABPH kot? ni bukan takat nikah, sanding rina pun tak dapat nak secantik ni kot T_T



emm...model ni memang gemok ke ye..



kalau tengok dekat dekat macam ada tampal tampal kain ronyok ronyok kat baju tu..timbul timbul..
cantik jugaklah..


sarah raisudin punya pernikahan kot (ke tunang?)
sangat suka baju ni! sweet giler..
nak pinjam buat sanding boleh?


lawa..tapi..emm..lipatan tu..memang sengaja ke..seni ke tu @_@




tak tahu kaler ape, tapi rina sangat suka!!!
teringin nak pakai jubah time nikah...macam arabian sikit..sukaa!


tak silap rina ni memang dipakai waktu nikah tau. wowowow!



ni baju elyana time tunang ke nikah entah..cantik tak terkata. rasa nak curik :p




dan ini ialah Hatta Dolmat yang kachak bergaya~






Read more...

Idea : Outfit untuk nikah (Part 2)

kali ni rina come across designer Rizalman pulak
dan macam biasa, rina hanya tunjuk yang mana rina rasa sesuai je untuk majlis nikah :p

memang jimat baju gini. tak payah dah korang fikir pasal tudung :p
style kan?
tak baper faham kenapa nak guna background putih. macam tak nampak dah baju tu? hee
biasa je kot bagi rina, sebab tak nampak =_=
sangatt simple! agak agak material ape ye baju ni?
takkan lycra zz

siapa mahukan kelainan, amat digalakkan pakai baju gini hahah!
untuk rina yang low profile (lah sangat!) memang tak lah nak pakai macam ni

INI RINA SANGAT SUKA! T__T sukanye..

dan yang terakhir. perghh..bunga teratai tu :p
sesuai kepada mereka yang nak akad nikah di masjid terapung :p
cantikkan?

tapi apekan daya...rina hanya mampu berangan.. :)





Read more...

Kelas hari jumaat

Minggu ke dua untuk semester ke 2 master..


Rina ambil 2 subjek untuk semester ni. Power system protection dan power system steady state.

Macam best :)

Ok nak dengar kusyuk2 zzz


- Posted using BlogPress from my iPhone

Read more...

Thursday, September 29, 2011

Saya happy selalu :)

Salam semua. Rina di rumah kak emy, blogger http://sayahappyslalu.blogspot.com/







Comel kann anak dia? Muahh sikit :*

Ada jamuan hari raya walaupun dah habis raya hee. Thanks kak emy for the food!

:)

- Posted using BlogPress from my iPhone

Read more...

Personality audit

Ada kursus Personal Grooming. Sekarang ni Rina baru buat personality audit hehe.

Dalam bilik ni setiap orang perlu tick apa yang dorang rasa ada pada setiap orang :)

Ni rina punya result



Yeah! I'm a lovely warrior! :p

- Posted using BlogPress from my iPhone

Read more...

Idea : Pelamin Kerawang

Assalammualaikum semua.. ^__^

rina nak share sikit something yang rina found very interesting!
Pelamin kerawang!

wow..very the fairytale tauuu :D

ini sesungguhnya santek :)

sangat simple..sesuai untuk ruang yang sempit

emm..besarnya kerawang?

and the most beautiful one (for me laa)













jeng jeng jengg











tadaaa

cantik ke tak?

bagi rina cantik laa
rina macam dah terpikat dah dengan pelamin ni
tapi entahla..
macam masih belum kena dengan jiwa (koya)

tapi kan kan..
sekarang ni ada promotion tau untuk pelamin-pelamin di atas!





PAKEJ PUMPKIN DEWAN:
Lace sanding exclusive l/p,make up 1x,hair do,full aksesori,pelamin,
8pcs walkway,arch,red carpet.. 
RM2700
 
murah ke tak?
rina pun tak sure sebab rina baru je start survey hal kahwin ni..
huu..
korang rasa murah tak?

if berminat contact Nora Bridal : 0122458652
atau lawat facebook Nora Bridal
wah..patut boleh dapat upah iklan ni hihihi
banyak gak lahh jenis pelamin kerawang..
google je..keluar macam macam

walaupun cantik tapi bukan taste rina kot.
tapi still akan difikirkan :)






Read more...

Wednesday, September 28, 2011

Kepada yang bakal bertunang..ketahui lah yang kita sebenarnya sudah pun bertunang..

Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu. Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada. Benar, aku berusaha berlapang dada. 

Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.

Aku hanya seorang Insyirah. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini. Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain. Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam. Aku hanya seorang Insyirah yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama... Negeri Barzakh, insya Allah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini.

Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabila melihat kedua tangan ku memakai cincin di jari manis. Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian.

Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila. "Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?" Aku menjawab tenang.. "Warna putih, bersih..." "Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat." "Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan." Ibu angguk perlahan. Beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu... helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh nubari aku sebagai hamba Allah. Malam Pertama... Sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah.

Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-Quran. Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan aku tenang...

As-Syifa' aku adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului. "Kak Insyirah, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?" Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dan keluarga. "Insya Allah, 'dia' tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang paling utama."

Berita itu juga buat beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi. "Jangan lupa jemput ana di hari menikahnya, jangan lupa!" Aku hanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan 'dia' yang mendekatkan aku dengan Allah. Sahabiah juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa' ku al-Quran, tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu. "Bila enti menikah?" Aku tiada jawapan khusus. "Insya Allah, tiba waktunya nanti enti akan tahu..." Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya. "Jemput ana tau!" Khalilah tersenyum megah. "Kalau enti tak datang pun ana tak berkecil hati, doakan ana banyak-banyak!" Itu saja pesanku. Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri.

Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati. "Insya Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti..." Rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya. Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untung aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti orang lain. Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan aku katakan sekali lagi kepada ibu... "Usah berlebihan ya..." Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata. "Insyirah, jom makan!" Aku tersenyum lagi... Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman. "Tafaddal, ana puasa." Sahabiah juga semakin galak mengusik. "Wah, Insyirah diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat... Tarikhnya tak tetap lagi ke?" "Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi." Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku, itu sahaja.

.......................................


"innalillahi wainna ilaihi rajiun..." "Tenangnya... Subhanallah. Allahuakbar." "Ya Allah, tenangnya..." "Moga Allah memberkatinya...." Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan aku pada ibu. Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabiah ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri. Akhirnya, mereka ketahui sosok 'dia' yang mendekatkan aku kepada Allah. Akhirnya, mereka kenali sosok 'dia' yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum. Akhirnya, mereka sama-sama mengambil 'ibrah dari sosok 'dia' yang mengkhitbah ku.

Dalam sedar tidak sedar... Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku... Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa'nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi. Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu. "Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan 'dia' yang mendekatkan dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui..."

Akhirnya, Khalilah bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian... "Insyirah bertunang dengan siapa, mak cik?" Ibu tenang menjawab... "Dengan kematian wahai anakku. Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, Insyirah hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh." "Allahuakbar..." Terduduk Khalilah mendengar, air matanya tak mampu ditahan. "Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama..." Ibu angguk, tersenyum lembut... "Ini nak, bukunya." Senaskah buku bertukar tangan, karangan Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk 'Malam Pertama di Alam Kubur'. "Ya Allah, patut la Insyirah selalu menangis...

Khalilah tak tahu mak cik." "Dan sejak dari hari 'khitbah' tersebut, selalu Insyirah mahu berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan..." Khalilah masih kaku. Tiada suara yang terlontar. Matanya basah menatap kalam dari diari Insyirah yang diberikan oleh ibu. "Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada ALLAH. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, kerana ibuku bernama Ummu Sulaim, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta. Dan ibu mengambil 'ibrah bukan dari namanya (Ummu Sulaim) malah akhlaqnya sekali. Ummu Sulaim, seteguh dan setabah hati seorang ibu."

** Cukuplah kematian itu mengingatkan kita... Cukuplah kita sedar kita akan berpisah dengan segala nikmat dunia. Cukuplah kita sedar bahawa ada hari yang lebih kekal, oleh itu sentiasalah berwaspada. Bimbang menikah tergesa-gesa, tahu-tahu sudah disanding dan diarak seluruh kampung walau hanya dengan sehelai kain putih tak berharga.**



~ Kullu nafsin za'iqatul maut ~ Insyirah Soleha, 19 Januari 2010 Baiti



Kepada yang bakal bertunang...ketahuilah yang kita sebenarnya sudah pun bertunang..
kita bertunang dengan 'kematian'
wallahhualam..

Read more...

Pertunangan Budget Murah :p

Kali ni rina nak share budget pertunangan rina
takde niat nak menunjuk nunjuk
hanya sekadar berkongsi

sebab rina tahu, orang nak bertunang mesti sibuk google google baca orang punya
kalau boleh nak yang paling murah tapi paling cantik =_="
betul tak? hee

rina punya, paling murah belanja
tapi tak cantik
walaupun begitu (skema),
sangat meriah :)

rina sangat sangat berpuas hati dengan majlis.
kalau difikirkan memang bagi rina tiada kelemahan pun..Alhamdulillah
family happy, rina happy :)

ok mari teruskan~

Catering


Oleh sebab pihak lelaki datang ramai (dalam 45 orang) tambah pula family rina pun ramai dan masing masing pun kuat makan hehe
jadi, memang makanan yang banyakk dan sedap perlu disediakan :p

alhamdulillah, mak sedara rina memang ada bisnes catering.
oleh sebab family rapat, so dapat lah harga yang sangat rendah
kira bantu bantu la

dapat RM7 per person (untuk 100 orang)
nasi putih + sambal udang + masak lemak ikan masin nenas + ayam goreng berempah
mi jawa (kuah)
kuih muih 4 jenis (tak silap) - ni ada sedara lain sponsor
buah buahan
air kordial sejuk
air teh o panas

 semuanya sedap nyumm
maybe kalau orang luar RM9 kot per person..

khemah ambil 1, - RM250 (kot)
cantik khemah, tapi tak amik gambar pun ceh!

Total : RM950


sepersalinan baju

rina dah cerita dekat entry ni : Baju Tunang Baru!



haha..simple je kan..
kalau orang lain, buat pergi makan kenduri je :p

Total : RM281

Hantaran :


Hiasan hantaran cousin rina yang buatkan.
rina bagi dia pilih color tema sebab nak mudahkan dia cari barang
so tema hantaran rina : biru

Upah rasanya RM100 je kot (termasuk dia belikan manik,bunga reben haha..)
lapik nye rina belikan..
RM12 sehelai..beli 11 helai
untuk kahwin sekali :p

dulang pula, pinjam yang cousin punya.

Barang barang hantaran :

(1) baju nikah sepersalinan : rahsia haha
(2) buku agama : RM55
(3) Dipped Apple from Gorgeous Chocolate


cantikkan?
tapi harga RM75 T_T

(4) Oreo Chocolate : RM32 (kot)

takde gambar
tapi lebih kurang macam ni :
Credit : Google

(5) Kek dari Baker Cottage
tak ambil gambar pun hee
RM50 je sebab selebihnya cousin belanja :p

(6) buah buahan
budget tak tahu

(7) sampin : rahsia
beli lahh dekat kelantan..murah sangat..
kalau kenal tokei kedai tu lagi dapat murah ;)

photographer :
F.O.C
khidmat family :p

make up :
F.O.C
khidmat family :p

pelamin :

takde.
duduk atas bantal besar warna kuning (tengok SINI)
pinjam sedara punya

ambil gambar atas kerusi putih yang dicat bertungkus lumus oleh en Tunang hehe
kerusi, adalah kerusi kepunyaan sedara rina :p



ape lagi ye...

haa..bunga tangan tu..harganye, RM20 haha..


tu je lah kot.
kebanyakannya last minute plan tau.
bantal tu, last minute plan nak duduk bawah je.
kek pun last minute beli
buah buahan pun last minute
lapik dulang hantaran pun last minute
make up pun last minute minta cousin make up kan. ingatkan nak pakai bedak je :p
bunga tangan pun last minute beli
deco pelamin : bantal, pasu bunga, lampu semuanyaa last minute

choi! memang lahh banyak last minute. pengsan. hee

kesimpulannya, sedara mara rina memang terbaik lahh
tanpa mereka, memang hancur lahh majlis ku :p
sayanggg mereka!


Sebenarnya, bukan kos sesuatu majlis yang penting..
ape yang penting ialah kegembiraan tetamu yang hadir, dan kegembiraan organizer.

alhamdulillah, rina gembira.
dengar dengar pihak 1 lagi pun berpuas hati.
harap begitulah..

kepada yang bakal bertunang, jangan pening pening sangat..
simpan pening anda untuk persediaan kahwin pulak

kahwin lagi pening!!
apsal semua pon main ribu riban ni?
huwaaa :(




Read more...

Monday, September 26, 2011

Oh? Rina terasa dengan entry terbaru Bro Framestone !

nak tahu lebih lanjut baca entry beliau di SINI

TERASA TAU!
hahahah :p

saja buat tajuk carik gaduh :p
biar Bro cuak :p
sebenarnya, rina baru jek buat entry pasal nak cari side income from blogging :p

pastu bro buat entry sebegitu hihi
mana tak terasa :p

a ah..memang rina sangat jujur cakap nak cari side income from blogging
salah ke?
tak salah kan..

rina berusaha kot
cari maklumat yang informative,
mengarang panjang panjang..
share kehidupan rina (malu tau sebenarnya..)

rina lebih suka private kan blog.
thats why, rina pernah private sekejap..

tapi sekarang ni, rina betul betul perlukan duit
so rina rasa, buat blog ni memang agak lumayan hasilnya.
lagi lagi kepada blogger tegar seperti Bro Framestone :)

blogger macam rina ni..dapatlah sikit sikit..
meh rina share
ok tak?
oklah kann?
sape nak bagi RM400 senang2..
tapi lama gak la nak mengumpul..sebabnye rina tak famous pun dan update ikut mood :p

selain tu rina pernah masuk contest, pernah mengiklan kan barang orang..
dapat gak lah RMxxx

tapi kebanyakannya datang dari Mr Nuffnang lah!
Alhamdulillah..thankss Mr Nuffnang :)
bila mahu beri saya STATUS GLITTERATI?
SAYA SETIA TAU! SIAP PUJI LAGI :P

kepada yang tak faham status glitterati tu, boleh baca SINI

sape nak baca tentang Nuffnang & me after almost 2 years (kot?) baca SINI

akhir kata, Bro Framestone, bila nak jadikan rina featured blogger di blog anda?
haha! :p


assalammualaikum :)





Read more...

Pengambilan eksekutif baru PEP 40 Tenaga Nasional Berhad

Assalammualaikum semua..
Rina dengar dengar pengambilan PEP 40 dah bukak.
Cuba cek dekat sini :
https://emadis.tnb.com.my/emadis

P/s : baru lepas restore iphone. Semua apps hilang. Pressure !

Read more...

Sunday, September 25, 2011

Like saya tak?

haha..
poyo..
orang nak letak like box kat sidebar,
rina pon nak ikut jugak :p

kalau nak like, like lah. kalau tak nak like pun takpe :)

esok kerja!
eh lupa
esok rina ada kursus selama seminggu!

yay takyah kerja hehe!

tapi kursus macam lagi bosan je.
tapi takpe, yang penting boleh jumpa kawan kawan PEP 36 
lama tak jumpa
rinduu..



Read more...

Idea : Outfit untuk nikah

 Assalammualaikum semua..

Hihi..
best pulak bila baca blog blog B2B (Brides to be)
boleh check dekat Blog list rina atas tu
baru sikit lah rina letak
ada beratus kot blogger yang nak kahwin tu

memang banyak memberi info
dan menyebabkan kita yang takde duit ni duk berangan macam macam
sobsob :(

takpelah..
berbelanja lah ikut kemampuan :)
mari lah berangan bersama sama rina~

Pertama sekali rina nak tunjuk design dari Arma Collection
tak semua..rina just pilih yang rina rasa sesuai untuk nikah, just my opinion je tau :)

 atas ni cantikkan? macam ala ala gaun. tapi macam tak sesuai untuk rina yang pendek gemuk zz

 yang ini palingg rina suka! sangatt sweet! tapi still rasanya rina akan nampak lebih pendek kot bila pakai baju ni =_=

 okeh. ini insyaAllah nampak tinggi hehe! tapi macam seksi sikit kot

 ha, ini pon boleh nampak tinggi tapi rina tak baper minat sebab nampak besar bahagian bawah haha
tapi sebenarnya cantik, kalau orang tu ada body yang cantik macam Irene pakai masa tunang hari tu

jeng jeng! ni paling rina suka!
rina suka suka suka suka!
T___T


tapi malangnye rina dah beli pon kain..
kalau nak design pelik pelik gini, patutnya jangan beli dulu..

nanti sambung lagi ye. baibai



Read more...

Result Master Semester pertama

Kalau ada yang tak tahu lagi, rina sambung Master di UNITEN
Master in Electrical Engineering

sudah pon habis 1 semester.
minggu ni, minggu pertama 2nd semester :)

rina ambil full time.
tapi di UNITEN, fulltime pon still luar waktu pejabat
start kelas pukul 6.30 petang

so sempat lah rina bergegas ke Uniten dari ofis yang memakan masa hampir sejam.
kalau nasib tak baik, 2 jam
biasa lahh KL..sikit sikit makan roti jem hihi

macam susah kan?
perlu betul betul ada kemahuan, determination baru boleh buat..
beza full time dan part time tak banyak
tapi rina tak berapa sure hahaha..
rasa nya beza jangka masa dan harga la..
full time perlu habis dengan lebih cepat.

dalam kes rina, perlu habis dalam masa 2 tahun.
sebab nye rina ambil MyMaster
nak tahu lebih lanjut tentang MyMaster klik SINI

nak kata susah tu, terus terang mula mula memang susah...
sangat letih..
tapi lama lama I get used to it.. :)

alhamdulillah, result first sem memberi semangat untuk teruskan perjuangan ni..
rina nak share kat sini..
dulu dulu time degree jangan haraplahh rina nak share result hahaha tak tahu kenapa
mentaliti orang melayu kot nak sorok sorok :p
ke bangsa lain pon sama? hihi

master rasanya takde ape sangat lah
so rina share jelah sini
mana tahu boleh jadi pemangkin kepada mereka yang nak sambung Master :)

alhamdulillah, lebih tinggi dari jangkaan.

master takde anugerah dekan pun
asal lepas 3.00 kira ok lahh :)

by the way, takde niat nak menunjuk tau..takde sebab nak menunjuk..bukan dapat naik gaji ke or bos jadi lebih sayang ke hahaha..

saje saje nak share..
time degree rahsia rahsia sangat

time master nak share share :)


Read more...

Saturday, September 24, 2011

Pameran pengantin di Ampang Point

Siap ade kompang ngan pngantin berarak hahah





Yang pasti walaupun selepas discount tetap mahal :(

-Posted using BlogPress from my iPhone

Read more...

16 September 2011 - Engagement Day

Bersamaan dengan Hari Malaysia :p

tarikh kami bertunang..

Sebenarnya bagi rina, takde ape pun tunang ni..
Cuma macam pihak lelaki cop pihak perempuan ni
yang lain jangan nak kacau!
haa..begitu
hehe!

lagipun kalau bertunang, lebih nampak objektif nak kahwin
kalau couple macam tak nampak..
couple hanya lah membuang masa dan penambah dosa..
rina pernah couple..dan rina menyesal..
aiyak..couple dengan orang lain, tunang ngan orang lain =_=
kalau tahu takyah couple..
agaknye berapa banyak lah dosa yang telah rina tanggung sepanjang tempoh couple
huwaa
*mode insaf*

okeh, kembali kepada cerita asal..

macam mana kami boleh bertunang?
biarlah rahsia..
takde kisah menarik pun, tapi tak perlu kot nak cerita pada 1 dunia hee

majlis pertunangan ini juga merupakan majlis merisik
dan buat pertama kali nya, rina  berjumpa dengan family En Tunang rina

yess!
1st time!

tak pernah berjumpa sebelum ini
tapi family En Tunang mudah saja bersetuju
alhamdulillah..
sangat bersyukur :)

keputusan bertunang juga adalah last minut, so, rina hanya merancang majlis makan makan je 
tak mahu lah meriah meriah..
lagipun nak simpan duit untuk kahwin :)

nanti rina share budget pertunangan rina
seriously,  Bloggers Bride to Be (B2B) yang paling banyak membantu rina

mane lahh rina tahu ape yang perlu ada masa majlis pertunangan..
dari pembacaan entries bloggers baru lahh rina kumpul sikit demi sdikit maklumat

thank you all!

ok, pictures sharing time!
 (maaflah tak ikut turutan :p)


 sebelah kiri ibu bapa pihak lelaki
sebelah kanan ibu bapa rina
 ini satu satunya gambar yang rina share di facebook :p
 saat yang mendebarkan

serius berdebar
tangan sejuk tak yah cerita laa hehe

masa nak keluar tu rina pegang tangan anak sedara rina, keluar sama sama (yang pakai baju biru tu)
gelabah sangat sangat!


tu je la gambar hehe!

cameraman ialah abang kepada En Tunang, Abg Yie
dia bukan photographer pun tapi dia ada DSLR
teruslah kami lantik beliau sebagai main photographer
haha
jimat.. :p




Read more...

Friday, September 23, 2011

Penyakit malas..

Sekarang hampir pukul 12 malam. Rina plan nak pegi site. Lama giler tak g site malam. Dah sebulan kot. Tapi tak tahu kenapa.. Rasa malas sangat.. Nak tidur balik dah :(
Penyakit malas, cepatlahhhh sembuh!


- Posted using BlogPress from my iPhone

Read more...

Sedang mencari Side Income

yang RM100 sehari atau MLM cari orang dapat duit tu rina taknak ok hehe

rina tengah fikir macam macam cara untuk dapatkan duit..
orang kata, kalau nak kahwin rezeki dimurahkan
tapi kita perlulah berusaha jugak kan

mula mula rina dah start ber blog kembali
aktifkan Nuffnang kembali
(1 bulan aim RM50)

then rina aktif Churpchurp kembali
(1 bulan aim RM50)

pastu ada kawan promote ipanelonline
jawab survey dapat duit hee (1 malam dapat RM5)

ape lagi ye?

huhu..


Read more...

Ini lah tunang saya ~

Oleh sebab ramai nak tahu siapa tunang rina..
biarlah rina reveal kan disini
tunang saya yang hensem dan macho


1



2




3


tenenettt


teng 

tengggg


ayomattt









gesetttt












gooo!





booomm



















kebaboomm!










hahaha


















di mana diaa
























en tunang saya?




















dipersembahkan~~


























ekslusif kepada anda :p







































tadaa!!







hihihihi

hensem x? :p








Read more...

AirAsia buat promotion sampai 25 September ni!

Assalammualaikum semua

korang tahu tak Airasia buat promotion free seats dan low fares? 

semangat giler rina tunggu 1 jam before 12 tengah malam 21 september

bajet nak jadi orang first masuk website Airasia dan dapat beli tiket free secara mudah.
tapi memang TAKLAHH..

satu asia agaknye berebut..
langsung tak dapat booking
hasil sejam lebih usaha, hanya dapat survey tarikh mana yang ada low fares untuk Bali, Kota Kinabalu dan Miri.
tengok Krabi, takde.

Cari cari free seats, tapi hanya untuk ke Langkawi.

pelik?
sekejap betul habis free seats.
=_="

oleh sebab mata dah mengantuk sangat, rina give up
terus tidur.

rina dah set jam pukul 5 pagi nak bangun balik.

5 pagi rina try lagi
still bz
tapi after 15 minutes kot, dapat lahh masuk
laju laju rina book ticket ke Bali
RM50 sehala.
tapi campur tickets, insurance, makanan, pilih seats, bagasi, dan pelbagai lagi.
jadilah RM 553 untuk 2 orang

mahal ke murah?

boleh tahan kan?

tarikh pergi rahsia, hee..:p

lepas tu kann, rina cek tiket ke Kota Kinabalu jugak


ni memang murah.
ticket murah nak dibandingkan rina pernah pergi dulu (klik SINI)

tapi rina tak ambil bagasi, makanan dan insurance
since dekat je..
dan kitorang plan pergi on weekend

pergi jumaat, balik ahad
hahaha

nak jimat cuti :p

still ada lagi 2 hari lebih nak book tiket murah.
pergilaaa try tengok.
rina malas nak tengok dah

takut2 keluar lak yang lagi murah
nanti tension hehee..



Read more...

Thursday, September 22, 2011

Iphone hampir dicuri

Kejap tadikan rina tercicir iphone. Terjatuh. Bila rina melangkah baru rina perasan. Bile rina patah balik nampak sorang makcik india tukang kemas ambil iphone tu dan terus lari. Rina pun ape lagi kejar laaa pastu minta balik.
Rasa nak marah tapi takpela..

Alhamdulillah, syukur tak hilang. Kalaulah rina terlambat 2 saat tadi...

Ok sambung makan sambil pegang kuat kuat iphone :)


- Posted using BlogPress from my iPhone

Read more...

Open house TNB Kepong




Jemputlah datang semua. Best giler makanan2 tahun ni! Ayam golek pun ada :)

- Posted using BlogPress from my iPhone

Read more...
Related Posts with Thumbnails

Follow by Email

✿Visitors ツ


✿NotaKaki ツ

+ Semua gambar adalah hak milik peribadi Rina.
+ Penyalahgunaan gambar akan dikenakan tindakan.
+ Plagiarism is not allowed.
+ Blog ini akan di updet hari2. (maybe :p)
+ Ok. Itu je kot buat masa ni. Thanks for visiting ya!


  © Rina Stories~* at Rinastories.Blogspot. All Rights Reserved. Powered by Blogger.

Goto Top