Saturday, December 31, 2011

AZAM TAHUN BARU 2012

Assalammualaikum..

Syukur pada Allah, diberi kita peluang bernafas sehingga kini..
as for me..it's my 25th year in HIS world..
Thank you Allah for giving me the chance..thank you for everything..for every single thing..
I love YOU

 Seperti biasa..setiap kali tahun baru, pasti ada azam baru yang perlu dicapai sebelum tahun yang berikutnya
bagi rina, azam tu penting untuk memastikan progress dan pencapaian kita pada satu satu tahun tu..

adakah kita menjadi lebih baik dari yang sebelumnya?
adakah hidup kita mempunyai arah dan tujuan?
apakah sumbangan kita sepanjang setahun tu?

andai no development in ourself..maka, sia sia lah setahun yang Allah beri tu..

this is my thought & opinion laa...others may be different ^__^

So, here goes my list~

LOVE

the MOST important thing in my life and I bet everyone too.
alhamdulillah..rina sudah bertunang pada tahun ini dan merancang untuk berkahwin pada tahun hadapan..
sangat tak dijangka kan? masa rina tulis azam untuk 2011, rina masih tiada siapa siapa waktu tu..
memang betul betul single..
tapi sejujurnya...rina memang berdoa hari hari..
semoga hati ini tertutup pada yang lama..dan semoga jodoh yang terbaik buat rina cepat sampai..
alhamdulillah..Allah yang MAHA mendengar kabulkan permintaan hambaNYA yang hina ini..
memang betul betul cepat hihi..^o^
and of course, I still keep praying for the best to happen.

ok stop membebel.

so azam rina untuk 2012 ni..
rina nak berkahwin dengan en Tunang hehe!
rina sangat berharap dia lah jodoh rina dunia dan akhirat..amin..=)

ATTITUDE

Memang banyak rina nak baiki..
kalau boleh rina nak jadi sempurna..biar semua suka rina..
tapi do you realize?
sempurna atau baik camne pun seseorang tu, tak akan semua orang suka

the nearest example, our prophet Nabi Muhammad SAW
He is so perfect tapi tak semua suka baginda..
but definitely ALLAH love him a lot.
jadi kesimpulannye..tak perlu nak buat orang suka kita..
just make sure, Allah suka kita..sudah cukup!

rina mahu jadi muslimah yang solehah..
lagi beberapa bulan rina akan bergelar isteri orang (InsyaAllah)
banyak perkara yang rina perlu belajar dan perbaiki.

tapi, baik buat sikit sikit dulu, takut tak tercapai

1) Bangun awal pukul 5 pagi every morning.
rina yakin, dengan bangun awal banyak kelemahan rina dapat perbaiki..bila bangun awal, kita akan lebih banyak ruang untuk bermuhasabah diri, baca Al Quran, baca buku agama, study, rajin mengemas, rajin eksesais hehe..lagipun nak prektis nanti after kahwin, perlu bangun awal

2) nak jadi lebih matang..tak nak bersifat budak budak dah..cewah =p

3) nak jadi lebih penyabar..nak belajar hormat En Tunang, supaya tak kekok nanti bila dah begelar isteri.

4) Tutup aurat dengan sempurna (sambung azam 2011, hoh..nampak senang..tapi serius kena ada taufik kekuatan dalam diri)

ok tu jek hihi

CAREER

1) Nak update buku log sambil revise dan sharpen ilmu yang telah diperoleh
2) Nak dapatkan sijil CP
3) dan seperti selalu, mahu ikhlaskan hati, niat kerja sebagai satu ibadah

MONEY

1) Nak beli kereta baru!
2) Nak pergi honeymoon~
3) Nak berjimat..tak mahu spent duit kepada yang tak perlu..priority to my life after marriage


OTHER THINGS MATTER

1) Nak diet & fit ! nak kahwin dah ni..
rina aim size seluar from size L reduce to M
2) Nak cantikkan diri, buat spa di rumah selalu =P
3) oh..kan rina buat Master..rina harap lulus semua subject dan dapat buat research dengan lancar

emmm itu je kot for now..

doakan rina dapat capai semua azam azam ni ye!
aminn


Read more...

Friday, December 30, 2011

17 Perkahwinan Selebriti Malaysia Paling Popular 2011

1. Nurul Syuhada dan Raja Amir – wanita idaman jejaka satu Malaysia akhirnya telah selamat bergelar isteri kepada Raja Amir sekitar bulan Julai 2011. Wajah kedua-dua pasangan pengantin ini memang seiras. Semoga jodoh dipanjangkan sehingga ke akhir usia.
kahwin selebriti

2. Ayu Raudhah dan Zaquanramai wanita yang patah hati apabila si kacak Zaquan berkahwin dengan Ayu Raudhah. Namun tak dapat dinafikan lagi pasangan ini memang secocok sungguh. Tak gitu?

kahwin selebriti

3. Tomok dan Ayubercinta hampir 8 tahun, akhirnya Ayu sah menjadi isteri Tomok. Kini Ayu dikhabarkan sedang hamil cahaya mata pertama mereka. Abang Nara doakan agar kebahagiaan rumah tangga Tomok dan Ayu semakin erat dengan kehadiran insan baru kelak.
kahwin selebriti

4. Noh Hujan dan Mizz Ninasalah satu perkahwinan yang membabitkan 2 insan seni di Malaysia. Semoga perkahwinan ini berkekalan forever and ever.
mizz nina noh hujan
5. Nabil Raja Lawak dan Ziraselepas pelbagai kontroversi membabitkan wanita di tahun 2010, Nabil mengambil keputusan untuk menyunting Zira sebagai isterinya. Majlis resepsi yang dijalankan di ICT memang tersangat meriah.
kahwin selebriti

6. Shuib Sepah dan Siti Sarah - percintaan yang dirahsiakan daripada pihak media akhirnya menjadi kenyatan apabila disahkan melalui pernikahan. Kini sudah pun bergelar ayah dan ibu, Abang Nara doakan kebahagiaan anda berkekalan selamanya.
shuib
7. Chef Riz dan Ana Dahliakalau dah jodoh tak ke mana. Walaupun Ana Dahlia sudah gagal sebanyak 2 kali dalam perkahwinan , Chef Riz tetap memilih Ana Dahlia sebagai isterinya. Ternyata suatu pilihan yang tepat dengan kecantikan wajah Ana Dahlia memukau para tetamu yang hadir di majlis perkahwinan mereka.
ana dahlia

8. Ashraf Muslim dan Dayana - memilih 1 Syawal sebagai tarikh bersejarah pernikahan mereka, ramai wanita-wanita di luar sana yang kecewa kerana tidak dapat menjadi surirumah kepada Ashraf Muslim. Kini Ashraf Muslim dilihat lebih menghabiskan masa dengan menjalankan perubatan Islamik yang dimiliki oleh ayah Dayana.
ashraf muslim
9. Zahiril Adzim dan Shera Ayob - memang sama cantik dan sama padan sungguh pasangan mempelai ini. Tak gitu?
kahwin selebriti

10. Dira Abu Zahar dan Helmimemilih Helmi untuk menamatkan zaman jandanya, Dira kelihatan sangat bahagia di samping suami tercinta. Majlis resepsi yang dijalankan pun lain daripada yang lain apabila menggunakan motosikal berkuasa besar

dira abu zahar

11. Eira Syazira dan Azadkemelut percintaan yang membabitkan Azad dan Faezah Elai tidak langsung membantutkan kemeriah majlis perkahwinannya dengan si manis Eira Syazira. Siap buat style anak mami lagi.
eira

12. Faezah Elai dan Heykal Hanafiah – penafian Faezah Elai tentang dirinya yang menjadi punca penceraian kepada perkahwinan Heykal Hanafiah sebelum ini tidak langsung menghilangkan kemeriahan perkahwinan merpati dua sejoli ini.
faezah elai

13. Farah AF2 dan Johanpengantin perempuan memang nampak sangat manis menawan dengn busana pengantinnya. Pengantin lelaki tidak kurang machonya. Kesimpulannya kedua-duanya memang sama cantik sama padan.
farah
14. Yasmin Hani dan Sha’arin - akhirnya pengacara program Wachaa, Yasmin Hani telah selamat menjadi isteri kepada bekas suami Ida Nerina, Sha’arin. Kedua-dua pengantin nampak sangat putih berseri di hari bahagia mereka.
kahwin selebriti

15. Marion Caunter dan SM Nasarudinsalah seorang pemilik Naza ini akhirnya sah menjadi suami kepada Marion Caunter. Marion Caunter yang memeluk Islam telah pun memilih nama Marion Rose Caunter Abdullah.
marion caunter

16. Michelle Melodi dan Deqwan - akhirnya si comel Michelle yang sering menerjah para artis di rancangan Melodi telah pun selamat bergelar isteri kepada Deqwan. Michelle telah memilih nama Islam Dalili Michelle Abdullah Wee.
kahwin selebriti

17. Memey Suhaiza dan Norman Hakimdigelar “wedding of the year” oleh sesetengah pihak, perkahwinan yang ditunggu sekian lama oleh mereka yang mengikuti perkembangan kekasih ini akhirnya menjadi kenyataan. Ditambah pula dengan gaun Vera Wang dan sponsorship daripada Rafflesia, perkahwinan mereka berdua sememangnya gah tak ingat.
kahwin selebriti 


Rina paling suka perkahwinan Ashraff Muslim & Nabil ;p
rasa macam comel dan meriahh je ^_^
korang suka yang mana?
source : BeautifulNara





Read more...

Power System Protection

Alhamdulillah..
hari ni habis 1 paper..
lagi 1 paper on 3rd January..

susah giler..

susah bila asyik tak datang kelas sebab hal kerja
susah bila datang kelas tapi tak dapat focus sebab letih drive dari ofis sampai kelas dalam sejam sebab jem gilo
susah bila study jenis last minute
susah bila perasaan malas study tu semakin bermaharajalela dalam diri
susah bila otak ni makin susah nak menghafal (ataupun malas nak hafal)

so..kesimpulannya..paper paling teruk yang rina pernah jawab..

haish..rasa macam kena repeat jek..

=(
tak mau la repeat..

perlu score A untuk next subject.
WAJIB!

friends...please pray for me, will you?
Thank you =')


Read more...

Thursday, December 29, 2011

Siapa nak Hand Bouquet Fresh Flower bernilai RM80 secara percuma?

Alhamdulillah..

rezeki rina, sekali lagi memenangi Hand Bouquet Fresh Flower =)
Hari tu dah menang dari Dina Halim Bridal

dan kali ini rina menang dari
Wedding, House Decoration & Flowers Arrangement

Kami juga bersedia memberi 'consultation' mengenai hiasan decor rumah dan mengubah suai rumah anda menjadi RUMAH IMPIAN.
Alhamdulillah..ok lah kan?
satu untuk bersanding, satu untuk bertandang ^o^

tinggal nikah je takde lagi
tapi nikah takpe, boleh ambik yang bersanding punya
lagipun rina ada dapat hand bouquet free from Nurin MakeOver
tapi HB bunga tipu + manik la
boleh buat props ambil gambar =)

SO,SIAPA NAK MENANG HAND BOUQUET SECARA PERCUMA
ANGKAT TANGAN MACAM SAYA!

=P


masih ada peluang untuk anda!
tapi hanya lah untuk HARI INI sahaja

sangat mudah syarat pernyertaan.
Hanya buat status di Facebook mengenai Hand Bouquet idaman anda

boleh buat banyak kali untuk lebih peluang untuk menang since contest ini berkonsepkan lucky draw

more information, read HERE

GOOD LUCK!


Read more...

GIVEAWAY by RINASTORIES - I Win, U Win

 Sticky post. Please scroll down for new entry.

Assalammualaikum semua,

CONTEST INI BERAKHIR PADA 28 DISEMBER 2011 pukul 10 malam



Sebenarnya rina nak minta bantuan semua untuk LIKE gambar rina di Facebook
Sebab rina masuk satu contest ni anjuran Festival Pengantin Malaysia (Like FB diorang tau2!)

dan rina juga akan berikan HADIAH best! sekiranya rina menang :)
if I win, U win
cecewahh..hehe..sebab rasa tak best lahh, mintak like free2 jek :p
(rina kalah pun, u can still win ^^)


tapi kalau nak tolong Like je taknak masuk Giveaway ni pun boleh..terima kasih banyak banyak ^_^

ade 2 cara untuk masuk Giveaway by Rinastories ni

Cara Pertama

1) Like Gambar INI

*Klik SINI untuk Like*

2) Share gambar tersebut dan post di Facebook anda dengan ayat ini
"Simply Like & Share this picture to win a contest by http://rinastories.blogspot.com"
(nak tambah pun boleh)


Cara Kedua

1) Like Gambar INI

*Klik SINI untuk Like*

2) Share tentang contest ini di blog anda dengan tajuk post "Simple GiveAway by Rinastories"
Jangan lupa ada backlink ke contest ini :) or just copy paste ni


rinastories
Copy This Code,Paste On Your Entry

3) Tinggalkan link post anda di komen.


***********************************************

Boleh guna salah satu cara. 
Sekiranya nak buat dua dua pun boleh.
Rina akan kira sebagai 2 penyertaan, jadi lebih peluang untuk anda menang.

Pemenang akan dipilih melalui Random.org (konsep Lucky Draw)
Ada 2 hadiah bernilai RM65 ditawarkan



Tudung Bawal Asli bercorak penuh + Batu
(boleh pilih warna apa apa pun & boleh pilih nak corak batik atau sulam)


Tetapi sekiranya, rina tak menang..
rina still akan buat lucky draw..tapi hanya 1 hadiah untuk pemenang

Tudung Bawal Asli Airis yang bernilai RM25


sponsored by : RinaWardrobe




rinastories
Copy This Code,Paste On Your Site


akhir kata, Terima kasih kerana join! hehe :)



Read more...

Wednesday, December 28, 2011

Make Up by Fiza & Tempahan Baju Pengantin : Booked!

Assalammualaikum semua ~

Hari ini rina nak cerita tentang one of my vendor untuk Make Up nikah, Pelamin Sanding, dan Baju Tandang 
heheh..
semua untuk lain majlis kan?
sangat tak terurus =p

jangan tiru rina..
rasanya, if rina jumpa this vendor lebih awal..for sure, rina stick to her only..

Diperkenalkan~

Kak Fiza!!
the owner of Make Up by Fiza & Tempahan Baju Pengantin

Rina pernah perkenalkan dalam entry 7 Vendor Pelamin Dewan termurah di KL
dalam banyak banyak vendor,
akhirnya rina pilih kak fiza sebab :

a) She is my cousin's friend
b) Make up my cousin & has a good review (cantik giler makeup nye)
c) Pelamin cantik untuk budget macam rina
d) Baju pun cantik, banyak pilihan dan up to date
e) Good public relation, mudah bawa bincang
f) Area KL-Sri Damansara
g) paling penting, murah! 

banyakkan sebab? hihi..
rina harap hasilnya pun menariklah..nanti after kenduri, rina pasti akan buat review =)

rina memang rekemen kan Kak fiza ni tapi rina tak berani rekemen lebih lebih..
takut jadi macam Indahkarya..
ramai booked after rina rekemen but then, Indahkarya buat hal..
seriously..I feel guilty =(

tapi rina rasa Kak Fiza OK since my cousin pernah ambil make up dengan dia ^__~

jom tengok make up kak fiza ni






cantik kan??
rina sukaa make up macam ni!
nampak natural & sweet..
murah je tau make up dia!

rina booked kak fiza hanya untuk nikah..
sebab majlis sanding rina dah booked Kak Nurin
kalau belum booked Kak Nurin mesti rina dah book kak fiza ni, sebab murah lagi haha..
tapi takpelah, dah booked pun.
lagi pun memang sebelum bertunang lagi rina adore Nurin Makeover =)

nak booked untuk Majlis Tandang, jauh sangat pulak..nanti transportation fee mahal~

lepas tu nak tunjuk korang PELAMIN by kak fiza
rasanya dia ada join venture dengan orang lain tapi tak tahu siapa.

pelamin pelamin dari kak fiza seriously murah!
dah lah cantik cantikk





cuba teka mana satu rina punya?? =P
sape yang kenal rina mestii tahu my taste hihi..

and last but not least baju baju dari kak Fiza~

Rina hanya sewa je baju dari Kak Fiza
untuk majlis bertandang.
simple je but nice =)
my mother choice~
sopan sikit hihi..

pilihan baju memang banyakkk
masuk je bilik baju, terus peningg
semua cantik, semua lawa

kalau korang nak buat baju baru pun boleh
dekat Tempahan Baju Pengantin
HARGA adalah sangat berpatutan

tak percaya, boleh tanya =)

Contact Kak Fiza di 019-6649422
atau
di Facebook beliau di SINI


gambar masa berjumpa dengan kak fiza hehe..
En Tunang memakai tengkolok (how to spell?)
*hint warna untuk majlis tandang =)*

Ok bai!

P/s : Time minta quotation, jangan lupa mention my name tau ^__^



Read more...

Header baru Rina Stories

Alamak!
Buruk!

=P

time nak exam, time ni lah tiba tiba rajin nak edit blog
lepas tu buruk pulak..

haish..
buang masa betul!

hee..


Read more...

Tuesday, December 27, 2011

Idea : Baju Bersanding untuk Pengantin Perempuan that inspired me the most!

Assalammualaikum semua =)

Entry waktu lunch hehe!

Macam yang pernah rina cerita dalam entry INI,
rina akan buat sepasang baju baru dengan Nurin Makeover

so..puaslah rina mencari design yang berkenan di hati
dan asyiklah di reject oleh En Tunang
haha..
kalau boleh dia nak tengok rina pakai jubah je =)
jadi, rina pun berusahalah mencari design baju yang cantik di mata rina
dan dipersetujui oleh En Tunang secara terpaksa =P

InsyaAllah masih menutupi aurat, nanti masa fitting perlu minta longgar sikit..
dan rina perlu kurusss..zzz

okeh, back to the story

kali ni, rina nak share dengan korang,
semua baju baju yang rina jumpa dan jadikan inspiration 
banyak kott
rina jumpa je, rina save!

sebelum delete, rina nak tayang dekat sini dulu =)

(1)

 (2)

 (3)

 (4)

 (5)

(6)

 (7)

 (8)

 (9)

(10)

(11)

(12)

(13)

 (14)

 (15)

 (16)

(17)

 (18)

 (19)

 (20)

(21)

(22)

 (23)

(24)

(25)

 (26)


banyak kan? haha

cuba teka mana satu paling hampir menyerupai baju rina?
dan
yang mana satu palingg korang suka?


Notakaki : oleh sebab terlalu banyak..rina tak ingat untuk credit satu satu..maafla ye..bukan nak tiru..just for inspiration only =)


Read more...
Related Posts with Thumbnails

Follow by Email

✿Visitors ツ


✿NotaKaki ツ

+ Semua gambar adalah hak milik peribadi Rina.
+ Penyalahgunaan gambar akan dikenakan tindakan.
+ Plagiarism is not allowed.
+ Blog ini akan di updet hari2. (maybe :p)
+ Ok. Itu je kot buat masa ni. Thanks for visiting ya!


  © Rina Stories~* at Rinastories.Blogspot. All Rights Reserved. Powered by Blogger.

Goto Top