Tuesday, June 26, 2012

26 haribulan

26 haribulan bulan lepas, rina busy giler!
Pagi pagi bangun untuk masukkan barang dalam goodies bag. Alhamdulillah ade sahabat sahabat baik yang datang membantu :)
Ada juga yang datang melawat.
Pagi tu sempat lagi ke Jalan Masjid India untuk berinai. Lepas tu ke Butik Dina Halim ambil handbouquet free hehe.
Time tu jugak muffin untuk goodies bag sampai.
Kelam kabut ok.
Sampai je rumah MUA dah ready. So terus mandi dan pakai baju.
Lepas make up nak pakai tudung, tangan menggeletar giler :p hanya Allah yang tahu tahap gementar tu.
Semua tenangkan rina. Dorang pun pelik kenapa rina yang over nervous..bukan rina yang nak akad nikah pun hihihi
Lepas siap semua, time untuk berjalan ke surau sebelah.
Rina nikah di surau sebelah rumah rina.
Masa duduk tunggu nak akad tu rasa tenang sikit. Tak rasa apa.
Tapi lepas je akad, hati punya sebak..air mata mengalir tanpa henti! Lama pulak tu :p
Masa tu perasaan berbaur baur. Rasa macam sangat bersyukur..rina telah dipertemukan jodoh dengan seorang lelaki terbaik yang rina pernah kenali. Bersyukur kerana Allah permudahkan. Segala kesedihan dan kekecewaan yang pernah dilalui terubat sekelip mata. Syukur Allah kerana memberi dia kepada saya..
Perasaan sedih sebab mak abah sedih pun ada jugak. Tiba tiba mak abah menangis nangis haha. Kononnya setelah penat lelah membesarkan rina akhirnya rina diserahkan kepada orang lain pulak. Konon sedihlaa. Tapi bukan berpisah jauh pun mak. Tetap jumpa setiap hari pun sekarang hehhe. Mak drama lebih :pp



Dan hari ini dah sebulan berlalu. I really miss the moment.. Untuk suami tercinta.. Lia sangat cintakan abang..semakin hari semakin kuat..lia akan berusaha berubah, perbaiki diri menjadi isteri solehah buat abang..=)
Okbai!
- Posted using BlogPress from my iPhone

6 footprints here! Thanks! (◕‿◕):

Ardini Humaira 26/6/12 10:34 AM  

amin...
InsyaAllah.. dni pun nk jadi isteri yg solehah :D

eLyA 26/6/12 5:05 PM  

Alaa...jeles nye tgok gamba rina n hubby. Neh yg x saba nak abes exam neh. Rindu kat en.hubby sy gak...huwaaaaaa T_T

hana 28/6/12 11:21 AM  

Hi rina, sorry off topic huhu nk tanya pasal master. Slalu kalau test advance eng math soalan dari homework atau lebih susah dr homework? Btw, rina still simpan tk soalan test advance math? Sorry ek, alwys keep bothering u with master studies questions. Huhu

hamzah ian 1/7/12 9:47 PM  

suwit betul kalau dah kawin.. =)

Hana 3/7/12 9:21 AM  

hi rina. out of topic sikit ni. sorry nak tanya pasal master. dulu rina ambil subject advanced eng math dgn dr burn ke? soalan test mcm mana?lebih kurang soalan homework yg dia bagi tu ke atau lagi susah? btw, rina ada lagi tak simpan soalan2 test?sorry sy takde senior nk tanya :(

Related Posts with Thumbnails

  © Rina Stories~* at Rinastories.Blogspot. All Rights Reserved. Powered by Blogger.

Goto Top