Thursday, August 30, 2012

Cerita raya rina & mr zauj

Salam.. Lamanye tak update. Mood takde nak menulis..tapi kugagahkan jua demi memori dimasa depan hehehe..jadi rina tulis pon ala ala bercerita dekat diri sendiri jela ye..

2nd day before raya
Khamis malam jumaat tu rina, mr zauj, his bro & his sis balik sekali ke kelantan. Yess, this year turn raya Kampung mr zauj dulu :) perjalanan mengambil masa 10 jam! Alhamdulillah takde muntah muntah. Cuma pening kepala je asyik tidur bangun hehe..

Oleh sebab malu nak makan siang2..rina pon puasa jugakla di kelantan..walaupun doktor pakar dah advice tak perlu puasa lagi. So total up 10 days rina tinggal puasa tahun ni! Bilaa laaa nak ganti adoi!

Best masa malam malam sebelum nak raya. Adik adik ipar sibuk buat biskut & kek. Rina pun jadi tukang sibuk nak belajar. Senang je rupanya nak buat hahahaha bajet :p tapi leceh hee. Dasar pemalas. Seronok buat kalau buat beramai ramai. Kalau buat sesorang untuk letak kat rumah yang takde orang mesti tak kuasa rina nak buat huhu.

Apepon, rina malu tak reti masak apepon..bila laaaa nak start belajar ni..asyik duk pening je bila bau tumis..
Hanya baking jela mampu buat sekarang ni. Okla kann janji belajar :))

Raya 1st day
Memangg meriah. Berbeza dengan raya di KL hee. Awal awal pagi dah ke masjid di Kampung Sabak untuk solat raya. Kemudian round 1 kampong untuk beraya. Alhamdulillah selera makan ada. Badan rasa sihat walaupun sedikit letih :)





Raya 2nd day & 3rd day
Sambung Raya ke rumah saudara mara dan juga melayan tetamu. Takde gambar plak :p best memang best. Sebab bila di sini takkan rasa bosan. Ade je benda nak buat. Jadi badan automaticaly rasa sihat hihi. Adela muntah sikit sikit tapi masih boleh tahan. Makanan di kelantan time raya ada sedikit berbeza di Kl. susah nak jumpa lemang & rendang. Ketupat pulak manisss. Adui..tak kene tekak. Banyak yang buat gulai..pon rina tak lalu. My family inlaw buat gulai itik serama..tak mampu untuk ku jamah hehehe..yang sedap ada rumah ni buat soto dan mi celup. Nyum nyum sedap!

Hari raya ke 4
Yay! Balik KL hehe. Sedih gak meninggalkan kampung. Kemeriahan still terasa. Lagi lagi anak buah kesayangan baru je sampai kampung




Sangat cecomey ye! Mata bolat! Suka ketawa :))

Tapi terpaksa balik la. Kesian dekat mak abah rina. Da la rina je anak dorang hee. Jadi after melawat sedara mara for the last time kami pon beransur pulang. Pun makan masa 10 jam gak. Tengah malam baru sampai KL. pergh..lama lama kematu montot ini ;p

Hari raya ke 5
Ke slim river perak. Kampung belah rina pulak. Nenek dah takde. Jadi, rumah makcik sedara paling sulung jadi tempat berkumpul kami. Nasib baik dekat je. Tak sampai 2 jam dah sampai ke destinasi.

Hari raya ke 6
Mandi air terjun dekat area slim river. Bestt! Mak tak kasi mandi, tapi rina degil rina mandi jugak :p sejukk best! Petang petang tu kami pulang ke KL semulaaa. Tapi tak direct balik rumah. Singgah2 di rumah sedara lain.

Hari raya ke 7
Sambung beraya di rumah sedara yang lain. Huihui penat uolss. Tak behenti keluar jalan. Sebelum balik rumah, kami ke rumah baru kami, untuk cek setelah lama tak pulang ke sana.

Hari raya ke 8
Hari ni da ahad! Esok dah nak start kijee. Tapi sempat kami ke mid valley. Nak pergi tukar mata wang. Ehem ;p nak pegi mana yeee? Will story later hihi.


K tu je bai!


- Posted using BlogPress from my iPhone

5 footprints here! Thanks! (◕‿◕):

ieza ashaari 30/8/12 8:34 AM  

wah, meriahnyer raya dier.. izfa pun xwat lg entry psl raya.. adoiyai, mls tul.. :P

selamat hari raya..

Cik Diana 30/8/12 8:41 AM  

selamat hari raya. syOkk la Org tu tahun nie raye berdua. :)

~ NANA ~ 30/8/12 9:31 AM  

mesti syok kn beraya dgn suami? hehe...nana dah lama x balik beraya kat kelantan

Unknown 30/8/12 10:05 AM  

sweet gitu.hehe pasni raya bertiga dah rina.

OKje 30/8/12 11:47 AM  

Semoga segalanya OK...

Related Posts with Thumbnails

  © Rina Stories~* at Rinastories.Blogspot. All Rights Reserved. Powered by Blogger.

Goto Top