Tuesday, July 24, 2012

Mengidam biskut raya

Huhu boring betul..dalam banyak banyak makanan sedap kat dunia ni, rina mengidam biskut raya je hehe..rina dah order semperit & almond suji! Tak sabar nak tunggu dapat!! Lapar giler bila terpikir biskut tu T_T

Sabarlah wahai perut..kalau berbuka sekarang pun bukan nak makan..

Semalam rina berbuka after separuh hari. Sebab rasa lemah dan tak yakin dengan sahur dan makan time berbuka..terlalu sikit..

Tapi hari ni sahur, alhamdulillah rina habiskan 1 pinggan nasi dengan bantuan ubat muntah yang doktor bagi..hilang la rasa loya :)

Jadi walaupun sekarang rasa nak pengsan tapi rina yakin, cukup bekalan ni untuk baby dalam kandungan..

Jap lagi en zauj balik. Lama gila ok tak jumpa...dah 10 hari :'( hari hari menangis bila terjaga malam malam..takde orang kat sebelah..

Orang kata emosi tak stabil sebab pembawakan budak hahaha rasa kelakar je..budak pun takde lagi dalam perut..ade ketulan darah je..tapi minggu ni dah mula membentuk sifat kot..

Berdebar rasanya..semoga sempurna lah sifat dan akal baby ibu ini..

Semoga kuat lah dia didalam sana dan adalah rezeki rina untuk mendapat zuriat..aminn

Ok, nak tidur jap. Halfday hari ni..nak pergi jemput en zauj di lcct..

Nite


- Posted using BlogPress from my iPhone

Read more...

Saturday, July 21, 2012

Berbuka puasa tak macam selalu

Selalunya rina lah orang first dekat meja. Dah siap nasi penuh pinggan dengan lauk, air jus gelas terbesar. Hehe..

Tapi hari ni totally lain.. So, peristiwa ini perlu dicatat dalam blog! Kihkih ;p

Tadikan rina cerita rina pesan dekat mak abah yang rina nak bubur lambuk & laicikang.. Tapi tiba tiba mak balik dia cakap takde..ada cendol dengan murtabak je..

Sedihnya rasa siap drama mengalir air mata hahah..adoi emosi apekah ini..

Pastu mak pujuk buat air teh o ais limau..rina pulak plan nak buka dengan horlicks oat je

So masa azan, baru la nak buat horlicks oat..minum sikit..

Tibatiba rasa teringin dengan murtabak. Makan separuh gak lah..dengan serunding. Lepas tu teguk sikit cendol.

Then tekak dah rasa lain macam..tapi tahan je..minum air teh o ais limau bagi lawan rasa mual..makan kurma bagi manis sikit mulut.

Tapi tadi masa nak ambil wuduk untuk isya..tanpa sedar rina termuntah..5 kali gak lah..sampai last last keluar air je huhuhu..penat je makan murtabak..dah keluar balik. Membazir ;p

Walaupun letih tapi rasa sangat lega..jadi dapatlah solat, recite quran & terawikh sendiri..

Sekarang tengah baring baring nak tidur..sahur je lah makan semula..hilang dah selera teringat murtabak yang terkeluar balik tadi ;pp

Ini lah pengalaman hari pertama puasa. Apepun rina bersyukur dapat puasa penuh yay!




- Posted using BlogPress from my iPhone

Read more...

Pengalaman 1st day puasa

Sementara menunggu berbuka..saje nak update blog :)

So far today alhamdulillah. Mampu bertahan. Rasa segar dan sihat sampai lah jam 3 petang.

Dan sekarang lembik jap. Nak berdiri jatuh balik. Maybe low blood pressure. Bahaya lak huhu perlu makan kurma banyak2!

Mak masak masak lemak udang. Dulu favourite tapi hari ni kembang tekak memikirkannya huhu..

So tadi mak abah pergi bazar ramadhan, rina kirim air laicikang & bubur lambuk.. Tu je rasa tekak dapat terima.

Hee rasa macam still single. Mak abah take care lagi :p
Orang lain sibuk masak untuk suami. Huhuhu..sesunggugnya rasa diri ini tak berguna :'(

Nasib baik en zauj outstation..mudah mudahan next week rina dah makin kuat..rasa nak try masak jugak lah sikit sikit..

Teringin sangat nak masak untuk suami...sobsob..

Ok bye


- Posted using BlogPress from my iPhone

Read more...

Salam Ramadhan

Salam ramadhan kepada semua yang membaca :)

Baru je lepas sahur ni..
Rina bangun dari pukul 4 pagi lagi. Macam biasa..rina pasti akan terjaga 2,3 kali pada waktu malam..
Jadi malam tadi rina terjaga pukul 11.30 malam dan pukul 3.30 pagi..

Golek golek sampai pukul 4, rina terus bangun buat horlicks with oat..

Minum slow slow..

Makan biskut sekeping..

Tiba tiba terluak balik tapi rina tak muntah keluar, rina telan je balik hahahaah :p
Rugi rugi kalau muntah balik! Penat paksa minum hee tak senonoh ;p

Kemudian dalam pukul 5 pagi sambung makan 2 biji telur ayam kampung separuh masak..

Curi 3,4 sudu nasi goreng mak dan abah..makan dengan ikan masin.

Sedap tapi dah rasa kenyang dan rasa nak terluak balik.

Soooo baby... itu saja la ibu mampu untuk bekalan hari ni..you have to be strong for us!

Hee gedik..baby pun tak bentuk lagi ;p

Hope everything will gonna be fine :)

Ini lah ramadhan yang pertama sebagai seorang isteri dan ibu-to-be !

Buat suami tersayang yang outstation..ingat kami dalam doamu hihi :') I never thought that I will miss you THIS much! Semoga rindu ini memberi pahala buat kita berdua..amin..




- Posted using BlogPress from my iPhone

Read more...

Thursday, July 19, 2012

Mak pernah gugur

Mak ade cerita dia pernah gugur masa kandungan 2 bulan. Masa tu ade segenggam gumpalan darah keluar..huhu!

Mak kata dia banyak berjalan kot masa tu dan mungkin juga takde rezeki..

Kalau tak mesti rina ada adik sekarang..

Itulah namanya takdir..

Hidup kita dah tertulis tapi kita boleh berdoa pada Allah agar yang tertulis tu yang baik baik saja buat kita..

Em saja nak cerita..
Rina dah seminggu lebih tak lalu makan..bila bau makanan rasa pening loya segala..

So bila nak makan rina jadi takut..
Takut jadi loya dan tak lalu..

Buat masa ni rina dah dapat ubat sementara..

Masa makan bubur atau mi atau mihun biar lembik dan berkuah dan perlu ada ikan masin..

No goreng goreng, pedas pedas, lemak lemak..boleh kembang tekak erghh

Hihi..rasa macam baru nak kenal badan..
Suka makan yang mana, tak suka yang mana?

Sangat pelik okeh. Rina bukan penggemar makanan goreng belemak dan pedas giler ke??

Bukan rina boleh payau ke kalau makan masin masin dengan tawar kee?

Tetiba jadi terbalik!

It's miracle! Apa yang berlaku pasti ada hikmahnya..

Hmmm apa ya hikmah kejadian ni? *think*




Anak nana farhana yang cute sesangat! :))))

- Posted using BlogPress from my iPhone

Read more...

Monday, July 16, 2012

Takut

Tetiba nak luahkan rasa takut dekat sini..

Sebenarnya rina takut nak mengandung..takut nak beranak..
Rina macam takut sangat kalau tetiba kena warded, cucuk air..
Takut kalau kena "seluk" yang digembar gemburkan sakit..
Takut time bersalin, time contraction sampai jerit jerit..
Takut tetiba bersalin tak normal, terpaksa belah perut..

Ya ALLAH..ngerinya membayangkan..
Sedangkan tercucuk jarum dekat jari sikit pun dah over macam jari kena potong..

Tapiii

Rina lagiii takut kalau ada apa apa terjadi pada 'dia' yang sedang membentuk dalam perut ni..

Harap sangat takde perkara tak baik terjadi..:'(

Tapi apa apa pun, semuanya adalah ketentuan Allah..kita hanya mampu berusaha dan berdoa..

Semoga semuanya baik baik..

Pada kawan kawan yang ambil berat pada rina dan mendoakan kami..semoga ALLAH melimpahkan segala kebahagiaan dunia akhirat buat kalian..Kawan sekali, kawan seumur hidup, insyaAllah :)



- Posted using BlogPress from my iPhone

Read more...

Sunday, July 15, 2012

9 days to go

Hm..haritu rina pegi kelantan meninggalkan en zauj takdela terasa sangat..tapi hari ni bila ditinggalkan sebab en zauj ke sabah untuk 9 hari rasa pilu sangat hati...mungkin time time ni emosi kurang stabil..huhuhu..en zauj ajak ke sabah weekend nanti, tapi rina macam tak larat..dah la puasa..rasa tak mampu lak nak travel bagai..duduk rumah jela..ok tu je nak tulis hehehe makin bosan blog ni sekarang ;p



- Posted using BlogPress from my iPhone

Read more...

Friday, July 13, 2012

Ye betul :)

Salam semua, wah..laju je orang teka ye..bila sebut loya, kurang selera makan ramai kata "tahniah!". Aik? Bukan patut kata "semoga cepat sembuh!" ke? Hihihi..

Alhamdulillah semua..betul la tu..rina masih di awal kandungan..tersangat awal untuk rina hebohkan sebenarnya..tapi dekat ofis macam perlu beritahu je..kang opismate tengok muke lembik rina nanti dikatakan malas buat kerja pulak hee :p

Apa apa pun, doakanlah yang terbaik buat rina..andai ada rezeki Allah ini, rina dan en zauj terima dengan hati yang sangat gembira.. Tetapi andai kata ada ujian dipertengahan, rina sudah bersedia..sesungguhnya Allag tahu yang terbaik buat hambaNya :)

Tetiba je macam puitis kuikuikui!

Oh ye! Sesiapa yang mohon PEP 42 TNB bulan lalu, dah mula dipanggil temuduga. Good Luck untuk semua! Mai mai masuk TNB! TNB best sangat ;)















Semuanya comel :))

- Posted using BlogPress from my iPhone

Read more...

Thursday, July 12, 2012

Bila nikmat ditarik

Bila nikmat makan ditarik..rasa sangat sangat lapar lepas tu teringin sangat nak makan..tapi bila bau je terus loya..try makan tapi lepas tu muntah..huhu..sabarlah diri..jadilah kuat mulai sekarang! Hiyakkk ;p

Lapar giler perut..sobsob


- Posted using BlogPress from my iPhone

Read more...

Tuesday, July 10, 2012

Bisnes jubah & botol susu

DITUTUP BUAT SEMENTARA WAKTU

sebab rina ada beberapa hal peribadi sikit...
I am so sorry...
doakan semuanya selamat ye..
^__^

Read more...

Dugaan kerja




Tiba tiba laptop tak boleh bukak pulak...semangat je datang awal awal. Sebab ada kerja nak buat. ERMS dan slide untuk presentation..semua nak kena siapkan hari ni..dah lah jap lagi perlu ke site..so sekarang tengah blank..
Semua dalam laptop ni..kalau tak boleh bukak langsung macam mana..
Dah report ke ICT..tapi jap lagi nak ke site..
Ok..fikiran serabut perut..
Sobsob :( apekah dugaan ini..






Tetiba gambar dinosor hihi :p

- Posted using BlogPress from my iPhone

Read more...

Monday, July 09, 2012

Open house





Hee ni gambar anak buah :p lama dah rina tak menaip blog. Laptop pun lama dah tak buka. Serius rina sangat busy. Masa terluang rina akan berehat takpun habiskan bersama suami je. Mood nak menulis pun dah makin berkurang tapi rasa rugi sangat kalau tak catitkan apa yang berlaku dalam hidup rina sekarang ni dalam blog..blog ini lah diari rina :) so last week rina ada kursus erms di Kelantan. Sangat sangat bz. Buat data tak henti henti. Rina tinggal dengan family mertua. Pergi balik kerja pun dengan abah mertua hihi. Segan tu memang segan tapi maybe rina ni jenis selamba kot. Takdela awkward sangat. Family sana pun baik baik je semuanya. Boleh je la nak tinggal sama sama. Tapi rina rasa cam nak belajar kecek klate lak. Sebab lagi best kot kalau rina pandai kecek. Senang sikit nak beramah mesra huhu. Lepas tu weekend lepas family mertua ikut sekali datang KL dengan ayah sedara. Ada hal sikit di Kl jadi mereka tinggal di rumah baru rina. Sekaligus merasmikan rumah kitorang tu hehe. Ade la orang buat doa selamat semua kan :) tapi macam bukan rina je tuan rumah sebab yang melayan tetamu dan memasak semua umi (ibu mertua) huahua. Tak senonoh punye menantu, takleh harap hihi. Sekarang ni rasa tak sabar sabar nak belajar masak. Kalau boleh next time diorang datang, umi dah boleh rehat je. Tapi lately ni rina cepat letih pulak dan rasa kurang sihat.. Harap tak lama lah :) ok lah tu aje buat masa ni .. Adios




Tempek sikit muka suami yang masak untuk isteri nya.. :)

- Posted using BlogPress from my iPhone

Read more...

Sunday, July 01, 2012

There's no place like home




Beli fridge magnet. Fridge belum beli lagi hakhak

- Posted using BlogPress from my iPhone

Read more...
Related Posts with Thumbnails

Follow by Email

✿Visitors ツ


✿NotaKaki ツ

+ Semua gambar adalah hak milik peribadi Rina.
+ Penyalahgunaan gambar akan dikenakan tindakan.
+ Plagiarism is not allowed.
+ Blog ini akan di updet hari2. (maybe :p)
+ Ok. Itu je kot buat masa ni. Thanks for visiting ya!


  © Rina Stories~* at Rinastories.Blogspot. All Rights Reserved. Powered by Blogger.

Goto Top