Tuesday, October 30, 2012

Babymoon at Kundasang








Haritu rina dan husband ke Kundasang Sabah. For me, ini second time. Husband first time :)

Mula mula malassss nak pegi sebab penat balik raya tak habis lagi. Tapi memandangkan tiket dah beli dan mr zauj teringin nak ke sana, jadi jomlahhh kita ke sana!

Pergi hari jumaat sampai ahad je. Duduk hotel strawberry garden je macam rina pergi dulu. Murah sikit.

Then sewa kereta & drive sendiri. Tak akan sesat sebab semuanya di papago! Sign board pun banyak.

Dipendekkan cerita :p malas nak type hahaha dasar malas berblog sekarang..

Ok sambung, hujan je dekat sabah ni. Tak ke mana melainkan tidur di hotel :p

Nasib baik ahad pagi tu cerah, sempat kami ke dairy farm untuk bergambar dengan gunung kinabalu. Lepas tu ke spa ikan di ranau. Ikan yang besar besar tuuu (ada cerita di entry lama ke sabah dulu)

Okla banyak rehat. Memang aim taknak jalan sakan pun. Nak rehat je. Tambah mr zauj pun baru baik demam. Tapi pada hari terakhir rina tak sihat. Asyik muntah. Lepas makan muntah. Hampir 10 kali kot.

Disyaki keracunan makanan. Sebelum tu cirit birit je. Memang tersiksaaaa. Masa nak balik tu, rina terbaring je dekat airport...macam gila sekejap..

Tapi sekarang dah ok. Macam serik sikit nak jalan jalan dah. Nak rehat rehat je dekat rumah..

Dah lah lepas ke sabah kami balik kampung kelantan pulak. Untuk sambut raya haji. Jem 16 jam uols!!! Memangggg letih yang amat.

So minggu ni nak tdurrrr aje



Sekian wassalam



- Posted using BlogPress from my iPhone

Read more...

Friday, October 26, 2012

Salam aidiladha

Salam aidiladha dari kami sekeluarga :)




First time uols sambut raya aji hahah. Kecik kecik dulu sambut kot. Semenjak dah tua ni macam takde perasaan je. Lagi lagi raya di KL. adik beradik pun takde..

Tapi kini tidak lagi :p

Walaupun penat 14 jam pejalanan balik kampong.. Tapi best jugakla dapat sambut aidiladha bersama suami dan keluarga mertua :)

Mak abah di KL, nanti lagi 2 hari kita jumpa, takmau sedih3 hehe..macam mak baca blog.

Ok bye


- Posted using BlogPress from my iPhone

Read more...

Sunday, October 14, 2012

First kick from my baby

Hee terus bukak blog :p pagi ni agaknya lapar kot tetibe tengah pegang perut time rehat rehat atas katil terasa baby kick. Debushhh! Tendang tangan ibunya hihi! Tekezut mak ok!

Baru baru ni just rasa baby movement je sikit sikit tapi pagi ni dapat rase baby 1st kick, siap terasa dengan tangan!

Perasaan? Happpyyy ofcourse! Plus pelik & takot hee..ada something hidup dalam perut ku T_T ohhh ngilunyaa bayangkan :p

Tapi baby, teruskan tendangan & movement tu..ibu love to know that u r doing well in there..ibu love you sooooo much!

Alhamdulillah :)


- Posted using BlogPress from my iPhone

Read more...

Thursday, October 11, 2012

Assalammualaikum..lama dah tak update blog. Kalau dulu makan apa pun nak tulis kat blog.

Sekarang nak bukak laptop pon malas. Aiyooo!

1) rina nak wish congratesss to my bestie, gie! Dah bergelar isteri orang hehehe!





Rasa macam sedih je lagi lagi bila tengok video dia. Semoga dia berbahagia dengan suami yang tercinta :)

Bila tengok balik, rina baru 4 bulan kawin tapi rasa dah lama and the same time rasa banyak lagi yang perlu diperbaiki..

2) sangattt tak sabar nak duduk rumah sendiri. Alhamdulillah dah start renovate rumah. InsyaAllah bulan 12 dah boleh pindah barang sikit sikit. Beli perabot sikit sikit. So sekarang masa untuk berjimat. Tapi kenapa makin membazir??!


3) ini adalah barang baby pertama yang rina beli..




Beli soft book. Nak buat library dalam baby coat nanti hikhik mesti tomeyyy! Harap harap baby nanti suka la membaca macam ibu ye! Ibu kecik kecik dulu sukaaaa sgt membaca! Tapi makin tua makin malas taktauuu kenapa hee :p

Perasaan kasih dan sayang pada baby semakin ketat. Rasa sayang sangat sangat dan tak sabar nak jumpa baby dalam perut hihi. Tendang tendang tak rasa pulak. Rina rasa ada tendang cuma rina je tak pasti lagi. Maybe 1st baby kan..

Ada rasa cramp je selalu. Sengal sengal dan asyik nak ke toilet.

Malam malam mesti tejaga 2,3 kali. Selalu borak dengan baby;
Baby saje je kan suruh ibu bangun malam malam nak practice susu dia la tuu

Hihi. Macam best bila berborak dengan baby. Taktau la dia dengar or faham ke tak hee tapi rasa macam fahammm je :p

4) rumah dah start renovate bulan lepas after go tru some process.




Tak sabar uols nak masuk rumah sendiri. I mean nak duduk secara tetap! Selama ni rina duduk weekend je semalaman. Harapharap murah la rezeki nak beli perabot semua.

5) kerja ok, officemate ade 2 orang pindah dan orang makin kurang jadi kerja sedikit bertambah tapi rina suka je. Macam lebih banyak belajar :)




Ini officemate rina yang sentiasa menemani mak buyung makan hahaha.. Biasala perutku kan sentiasa lapar..tak faham kenapa ;p

6) ni my husband




Hensem seperti selalu heee

7) dan juga ibubapa kesayangankuuu




Masa ni outstation ke penang. Bawak depa sekali. Tak sempat cerita kot dalam blog ni hee

Okla tu je. Sekian mashehh

- Posted using BlogPress from my iPhone

Read more...

Wednesday, October 03, 2012

18 weeks & counting




Alhamdulillah..syukur pada Allah kerana memelihara zuriat dalam kandungan ku ini..

risau weh..macam macam dengar cerita..kadang kadang kandungan dah 7 bulan tapi if Allah kata dah takde rezeki apa apa pun boleh jadi..

Semalam rina ke hospital pantai untuk check up dengan pakar iaitu gynae rina nanti time bersalin. Yes! Seawal ini rina dah decide nak deliver di hospital pantai dengan dr. Idora.

Google tentang dr idora ni banyak dapat positive review. Senangkan dapat doktor perempuan..islam.

Dia nak cek apa apa pun takdela malu sangat hihi. Harap nanti time nak bersalin dia ada je lah dan dapat sambut baby.

Semalam masa dia scan, nampak ketelitian dia tu. satu satu organ baby dia cek. Lepas tu siap confirm kan jantina. Tekejut rina. Macam awal lagi tapi dah confirm jantina. Tapi taknak percaya 100% lagi. Beli barang unisex dulu hee.

Cuba teka jantina apa? ;p

So far, rina dah semakin sihat. Perut semakin lapar hee. Pagi pagi ada jugak muntah. Malam malam kadang macam tak selera. Suka nak makan buah dan steak haha..

Takdelah mengidam teruk sangat. Setakat teringin ingin je. Kadang mr zauj malas nak layan. Yelaa..teringin makan rangka ayam?? Mau dia tak layan hihi

Perut ada rasa sengal sengal. Rasa letih bila da petang. Rasa nak tidur awal je selalu..

Ape lagi ye? Itu je kot.minta tolong doakan rina dan kandungan selamat hingga ke akhirnya :)


- Posted using BlogPress from my iPhone

Read more...
Related Posts with Thumbnails

Follow by Email

✿Visitors ツ


✿NotaKaki ツ

+ Semua gambar adalah hak milik peribadi Rina.
+ Penyalahgunaan gambar akan dikenakan tindakan.
+ Plagiarism is not allowed.
+ Blog ini akan di updet hari2. (maybe :p)
+ Ok. Itu je kot buat masa ni. Thanks for visiting ya!


  © Rina Stories~* at Rinastories.Blogspot. All Rights Reserved. Powered by Blogger.

Goto Top