Thursday, November 29, 2012

Rezeki

Alhamdulillah ade jugak bonus tahun ni. Rezeki anak semua ni. Kalau dulu mesti macam macam rancang dalam kepala apa nak buat, nak beli apa, nak melancong mana. Sekarang ni fikir nak simpan je untuk masa depan anak. Adakah ini tanda tanda pemikiran semakin matang? Hihi :)

Tapii cam teringin nak reward myself sesuatu..=p


- Posted using BlogPress from my iPhone

Read more...

Tuesday, November 27, 2012

Suppliment semasa mengandung

Salam... Hari ni rina saja nak share suppliment yang rina ambil semasa pregnant ni. As my reference actually. Nanti second time boleh refer balik post ni hehe!

Awal dulu, rina ambil acid folic. Memang sebelum kahwin lagi rina ambil. Kalau ikut info dekat kotak asid folik ni, orang yang merancang nak pregnant perlu makan asid folik atleast 3 months before. Rina ada pernah cerita dalam entry before ni. So rina makan sebulan sebelum kahwin. Tak tahu pulak cepat pregnant. Kalau tahu rina makan 3 months before haha. Yela tu kannn.

Tak boleh caya sangat rina ni. Sebab after kahwin dah tak makan asid folik. Asyik skip je. Yelaa bz kann. Tak ingat nak makan :p then after tu tahu pregnant. Doktor advice teruskan makan. So setiap kali check up memang dapat asid folik tapi masalahnya rina asyik skip je. Sebab tak boleh nak telan apa pun masa trimester pertama. Telan, muntah, telan muntah huhu!

Then masuk 2nd trimester, start check up dengan Dr. Idora, specialist from pantai hospital. Dia beri rina Obimin plus. Ape tah obimin ni, korang google la sendiri hahah :p tapi memang sangat famous dikalangan ibu mengandung. Dan ia juga sangat famous dengan side effectnya iaitu muntah. Rina baca pengalaman orang rina teruss jadi psycho. "makan obimin confirm ko akan muntah!" haha.. Padahal bukan semua orang makan obimin muntah. Agaknya, sebab dah psycho, bila rina makan obimin ni rina akan muntah. Sekali je rina makan terus taknak makan dah. Cukup cukup sudahhh..aku tak ingin muntahh.. LOL

Cukuplaaa alahan muntah masa 4 bulan pertama. Rina tak nakk muntah dah huhu. So rina teruskan makan asid folik tapi asyik skip! Huhuh. Sesungguhnya jangan dicontohi perangai ini.

Then, 1 day ni rina terasa sakit belakang yang amat perit. Lepas tu diikuti cramp kaki hampir tiap malam dan juga sakit pinggang bila duduk terlalu lama. So inform pada Dr idora and she gave me OBICAL. sejenis suppliment untuk calsium.





Besarrrrr gajah ok ubatnya. Kalau tersalah masuk melintang, boleh tecekik hehe. Mula mula rina makan lepas tu skip...sebab dah tak sakit belakang and cramp. Just sakit pinggang je hehe..:p

Then next check up iaitu sabtu lepas. Rina beritahu rina ada masalah keputihan. Doktor pon bagi suppliment ni;




Sila telengkan kepala anda haha



Dr idora berulang kali kata, ubat ni sangat bagus hehe..dia cakap sangat bagus untuk pekembangan otak bayi, keputihan dan macam macam lagi *lupa dah lalala

Lepas tu rina mengadu rina tak makan pun obimin dan asid folik. Rina takot muntah rina beritau doktor hee mengadakan? Doktor pon cakap, oklaaa dia bagi rina multivitamin. Dah tak perlu makan asid folik semua tu. ni dah cukup.







Tapi calcium tu tetap kena makan if rina nak elakkan cramp dan sakit belakang.

Kata doktor, semua suppliment ni TAK AKAN menyebabkan bayi membesar. Jadi tak perlu risau baby jadi besar sangat sebab ibunya makan supplimen banyak sangat huhu.

Jadi dengan azam yang baru, rina taknak skip dan makan hari hari without failed!!

Semoga saya berjaya :p

Sekian timakasih!


- Posted using BlogPress from my iPhone

Read more...

Saturday, November 24, 2012

November dan kisahnya

Pregnancy check up

Alhamdulillah..dah masuk 25 weeks means dah 6 bulan lebih kandungan rina. Sekejap je kan. Debarr! Doktor kata 37 weeks above will be the right time untuk bersalin. So bermakna ada lebih kurang 12 minggu untuk bersedia!!

Tadi check up yang ke 4 kot dengan Dr Idora. Lama gila tunggu. Ramai sangat orang. Dari pukul 9 lebih sampai dekat pukul 2 baru sampai turn. Phewww tobat nak buat check up on weekend. Lepas ni weekdays je la.

Alhamdulillah, baby dah 700 gram. Mak nye je yang naik lebih lebih hihi. Takpe, janji baby sihat dan membesar dengan cemerlang hehe. Jantina masih lagi sama. Takde perubahan. Jadi rina semakin yakin untuk membeli baju baby :p

Hari ni dah plan nak inform doktor mengenai masalah keputihan rina. Yerp, masalah normal tapi berbahaya untuk baby. Kuman kan.. So rina dah get ready untuk di cek bahagian bawah untuk pertama kali dalam sejarah. Nervous uolss. Seperti yang dijangka doktor cek keputihan dan teruk katanya. Terus masukkan ubat. Ngilu! Husband kata doktor masuk kan besi dan besi tu buka luas luas ok pitam. Takdela sakit pon cuma ngilu je la. Sekejap je pon. Sepantas kilat :) lagi takut lagi sakit sebenarnya.
So jangan lah takut sangat ye :)

Lepas tu doktor ada recommendkan satu set oil massage ni. Untuk perineal massage, cellulite & pelincir time baby keluar if bersalin normal nanti. I will make another post about that.

Dapat ubat namanya neurogen. Doktor kata bagus untuk keputihan, untuk kesihatan baby. Dah berazam nak makan hari hari without failed. Ye..selama ni suka skip makan vitamin :p dulu risau baby jadi besar sangat tapi haritu dah baca article, makan vitamin bukan penyebab baby besar ye!

Durian crepe

Tuka tajuk secara tetibe hehe..alhamdulillah dah merasa durian crepe. Lina officemate tempah kan. Tq lina! :))
Dapat rasa 1 pon jadila, takdela meleleh air liur anak nanti haha
Pendapat rina biasa je. Takdela sedap sangat tapi edible la :p lagi syiok kalau dapat durian yang sebenarnya hee

Semalam husband borong seguni durian harga rm30 je. Rina try kawal nafsu..mula mula plan nak 2 ulas..lepas tu jadi 3..6..10 waaa!! Takot pulak tetibe. Terus minum air banyak banyak. Tak rasa panas pun tapi baby tetiba kick macam mengamuk huhu. Panas ke dia? Sorry sayang..ibu janji ibu tak makan dah :((

Barang keperluan bayi

So far dah banyak memborong. Haritu balik kelantan, beli set tilam kekabu. RM23 je! Murah betul. Kalau kat KL RM69 haritu rina survey. Beza banyak giler.
Cadar dan sarung bantal beli kain minta umi jahitkan. Untunglaa dapat mak mertua pandai jahit. Mak mertua je tak untung dapat menantu macam rina ni. Aiyak!! Hihi.
Lepas tu beli tilam travelling bentuk bear yang famous kat facebook sekarang ni. Tapi rina ambil yang cotton punya. Yang jenis bulu bulu kakak ipar kata panass. So dapat harga RM42. Online tak sure berapa.

Then haritu shopping dengan officemate di OU. Ade sale comforter. Nampak la set quilt untuk baby coat. Comelll nak pitam ok. Selalu jumpa biasa je. Balik balik corak bunga, stripe, takpon katon. Kali ni ada bear vulu vulu lagi. Cutee! Ada diskaun dari RM280 jadi RM180 sahaja! Dapat bantal, bantal peluk siap. Jadi terpaksa beli hihi!

Nak tunjuk gambar tapi malas ambik gambar. Nantila bila dah hias dalam baby coat baru rina tayang.

Kesimpulannya, bab bab tilam dan seangkatan denganya dah setel. Untunglaa nak..mak pak pon takde katil lagi huhu

Sekarang tengah fikir pasal breast pump & stroller pulak. Nak beli yang mahal ke yang murah??
Nak medela fs ke rumble tuff? Ke manual pon cukup??
Nak combi well comfort ke quinny zapp xtra? Ke ada lain lagi best tapi lagi murah??

Jenuh weii pikir. Kalaulah ibu mu ini keja cop duit, boleh laa main tunjuk je. Kalau tak best beli lain pulak huhu!

Rumah

Alhamdulillah, rumah renovate dah 80%. 10% nak cat dan lengkapkan apa yang patut. 10% nak cuci rumah yang behabuk amat.

Lepas tu terus boleh beli barang rumah secara pukal. TNB sila beri bonus yang banyak kepada pekerja mu ini hee.

Banyakkan nak pakai duit? Sebenarnya takkan berhenti bab duit ni. Mula dulu kumpul duit nak kawin, lepas tu beli kereta, beli rumah, perabot rumah, pastu kumpul duit untuk anak, kelengkapan anak, lepas anak lahir, barang harian anak, nursery, susu anak, tetiba dapat anak nombor 2 pulak, pastu anak masuk sekolah pulak, dan seterusnya.

Jadi, dari kita merungut baik kita berusaha dan bersyukur dengan apa yang ada. Biasalah manusia, tak pernah puas, tak pernah cukup. Huhu

Okla.. Tu je kot buat masa ni. Sekarang ni tulis dekat blog bukannya aktiviti harian dah. Tapi more to what is going on with my life now. Its like for my own record. Bukan nak menunjuk..and im not sure ada ke yang baca? Sebab sekarang ni rina jarang dah tengok stats and views blog rina. Tapi masih ada yang komen. Sangat terima kasih! Rina baca if rina buka blog tapi jarang balas sebab malas sign in lol. Yela, selalu update guna blogpress via iphone lepas tu dah tak cek blog pun.huhu

Apa apa pun im enjoying writing blog & blogwalking during my leisure time. Jadi hobi dah tapi not my side income anymore. Thats why tak tinggal jejak and tak kisah pasal stats blog sendiri.

Okla apa aku ngarut dah. Bai3!

Eh korang boleh tinggalkan link blog korang dekat tab blog list atas ni. Ada magic link dekat situ. Boleh saya jalan3 ke blog korang. Tq! :)



- Posted using BlogPress from my iPhone

Read more...

Sunday, November 11, 2012

Barang-barang bayi yang sudah dibeli (Gambar)

Hehe...sampai 2 updates sekaligus hari ni =P
bila lagi nak bukak laptop ye dak hihi..

ini adalah beberapa barang yang telah rina beli
rina tak record harga harga barang yang dibeli, sepatutnnya recordlah kan?? 
huhu tah mana letak resit, malas pulak nak cari balik =P

first barang yang rina beli adalah Manual Avent Breastpump. rina beli sebelum kahwin lagi.
masa tu rina ada jual barang baby di sini
sekarang stop kejap sebab malas. yesss why am I so lazy??
huhu..nak fokus pada family, kandungan, kerja & master..
tak mampu nak berbisnes lagi =(
bisnes jubah pon dah stop...tapi still ramai order & email..
nak start balik tapi tak start start lagi hehe...adoi!

lepas tu rina beli softbook, ada cerita sikit di sini
beli dari facebook Baby Geniuses
agak mahal rupanya kalau beli online.
tengok dekat Mydear wholesale & Expo PWTC, boleh dapat jauh lebih murah T__T
rina beli banyak, hampir RM200 habis huhu..

dah lama sikit, baru rina berani barang baby yang sebenar benarnya hehe..
rina beli dari kedai sendiri =P dari my stockist
beli dari Mydear Wholesale haritu
beli dari Expo Baby & Mother di PWTC haritu
dan di Mydin

Jom tengok sedikit sebanyak yang telah diborong~

baby carrier ni dibeli di Mydear wholesale. murah je kot dalam RM70 lebih.
Mr Zauj yang pilih dan beria nak. dia nak dukung baby pakai ni nanti hehehehe
mesti selesa baby duk atas perut abah kan nanti? empuk macam tilam hahaha =P jangan marah~ gurau je hihih

Baju newborn, stokin stokin dan pureen travelling set
beli di Mydin
Mak ikut time ni so banyak dia pilih dan belanja.


Beli di Mydin juga. 
mak beli nappy liners ni, pakai dengan cloth diaper katanya.
nak kurangkan kotoran di cloth diaper tu
pakai dengan lampin pon boleh
tapi rina macam tak kuasa je nak guna lampin. rajin pulak nak melipat lipat
lagipun macam bahaya je guna Pin.
sekarang kan dah ada cloth diaper, better guna cloth diaper, mudah dan comel =)

mak beli tikar getah, nak tukar baju time lepas mandi kot
tengah fikir fikir, patut beli 2 ke?
satu letak rumah mak, satu letak rumah sendiri??
sebab nanti baby ni mak yang akan jaga & akan dibantu oleh baby sitter ketika kami pegi kerja

lepas tu mak geram dengan set gift, jadi mak rina beli 1 set



baby bib aka sapu tangan hee, cloth diaper, towel
beli time expo pwtc. comel sesangat barang time expo ni,
rasa nak beli semuaa
baby diapers tu rina ada jumpa yang paling murah RM20 sehelai.
boleh adjust size dari newborn sampai muat lah
towel siap ada sarung kepala yang tebal ni, dalam RM30
baby bibs tak ingat. yang penting comel, ada grandma grandpa tuu
proses mengambil hati nenek & atok, semoga mereka senang hati nak jaga baby nanti hihih
untung untung dapat sponsorship dari dorang haha!


barang barang keperluan beli di Mydin
harga lupa la...tapi Mydin, mesti murah sikit heee taktahula  =P
masa di Mydin haritu, ada drypers & huggies je untuk newborn
Drypers murah sikit dari huggies.
tengok contoh tegantung, nampak tebal lagi. so rina beli Drypers



ni beli dekat Expo PWTC
comellll!
I love daddy tu jangan tanya la sapa beria nak kan.
sikit sikit I love daddy. mana I love mummy ni??



rina sukaaa yang ada kartun dekat montot!
comel sangat sangat!



salah satu softbook yang beli online
bedung modern untuk baby, beli di expo PWTC
ada jugak jual online di SINI. harga sama je. cuma takde kos penghantaran la
memang famous la bedung modern ni
memudahkan kerja. main zip zip je hehe
rina beli 2 je. walaupun moden, still percaya pada yang lama.
mak cakap dia dah tempah dekat kampung mana tah..
kita biarkan je grandma uruskan ye sayang..jimat sikit duet ibu hikhik

lepas tu beli spender nak support diapers kot. comel gambar bear tu, jadi TERpaksa beli =P



dan akhir sekali botol susu philips avent,
beli 1 kotak dah la..takut baby taknak pulak.
geram tengok botol susu ni. keluaran baru dari Avent
gemok gemok lebih comel =P
katanya bayi lebih suka sebab lebih menyerupai nipple ibu

lepas tu beli bantal baby clevamama, banyak gak review baik baik dari blogger lain

semuanya rina beli dari kedai diri sendiri =P
tapi buat masa ni rina tak ambil order ye..ampunn

dan yang besar tu besen mandikan baby beli di Mydear wholesale

oklah tu je..banyak dah tulis =)

ohh...mesti semua dapat teka my baby gender kan?
hee!
taknak announce lagi..baru 5 bulan lebih..
hanya Allah maha Mengetahui kan =)


Read more...

Checklist Barang baby dan ibu

Assalammualaikum..=) Kalau dulu buat checklist nak kahwin..sekarang checklist barang baby pulak huhuh.. begitu pantas masa berlalu..kan?
Kalau dulu, semangat sikitlah nak update dekat blog setiap hari, tapi sekarang malas sikit sebab perlu bukak laptop. hari ni baruu rina buka laptop untuk update blog. ini pon sebab Mr Zauj ke kelas agama dia. Mak & abah ke kenduri. I am all alone with my little baby.

seminggu sekali dua je kot. selalu main internet guna iphone..office hour lak tak sempat la nak berinternet CEWAH =P tapi serius tak sempat hihi..kalau takde kerja, suka rehat or sembang lagi =P rasanya dah cerita perkara yang sama di blog hahah

abaikan. okla, nak buat checklist. rina cedok dari SINI dan beberapa website lagi. Di edit ikot keperluan dan budget =P

Afterall dah banyak jugakla rina shopping. nanti rina update tentang itu. kandungan baru 5 bulan lebih je sebenarnya tapi hati tak sabarr =P sementara ada Sale & mampu bershopping baik rina beli sikit.

ok, proceed with the checklist~

Barang ketika mengandung (Bila perut dah besar sangatsangat)

Baju Jubah mengandung
Seluar Mengandung
Blouse Mengandung
New Bra & panties

Barang Ibu ke hospital  (prepare ketika usia kandungan 7 bulan)

Kad Lawatan Hospital
Kad Pengenalan
Telefon Bimbit
Baju (2 helai)
Stokin (2 pairs)
Kain Batik (2 helai)
Bra (3 helai)
Panties (5helai)
Peralatan Mandi (Pencuci Muka, Berus Gigi, Ubat Gigi)
Tuala Mandi
Maternity Pad/Pad Biasa (1 pek)
Selipar (1pasang)
Kamera
Makanan/Minuman (Air Masak/Susu/Milo/Horlicks,Buah Kurma, Biskut, Roti)
Termos Air Panas
Bag Plastik
Baju Sejuk (Sweater)-(1 helai)
Sikat
Breast Pad (4 pair)
Nursing Bra (2 helai)


Barang baby ke hospital (prepare ketika usia kandungan 7 bulan)

Beg baby

Baby Diapers (14 keping)
Baju (3 helai)
Minyak (maybe Yu Yee Cap Limau)
Baby Wipes/Wet Tissue (2 pek kecil)
Tuala Mandi (1 helai)
Stokin/Sarung Tangan Bayi (5 pairs)
Peralatan Mandi
Selimut/Bedung (3 helai)
Barut (4 helai)
Topi (1 helai)

Berpantang (Untuk Ibu)

Set Berpantang
Stokin tebal
Baju Sejuk
Selipar rumah
Kain Batik
Bengkung
Maternity Pad
Pad Biasa
Bantal Lapik Duduk (Memberi Keselesaan Akibat Jahitan Luka)
Minyak Angin/Urut
Makanan/Minuman (Air Masak, Horlick, Susu, Biskut, Roti)
Tukang Urut

Baby Gear 

Baju- Lengan Pendek (5 helai)
Baju- Lengan Panjang (5 helai)
Rompers (5 helai)
Seluar- Pendek (5 helai)
Seluar- Panjang(5 helai)
Sarung Tangan + Sarung Kaki (5 pairs)
Baby Bip (1 helai)
Sapu Tangan (5 helai/set)
Barut
Topi

Diapering

Napkin (1 pek)
Lampin Pakai Buang (3 pek)
Safety Pin
Changing Mat
Detergent Khas Untuk Mencuci Pakaian Bayi 
Cloth Diaper

Baby Care & Grooming 

Losyen Bayi
Wet Tissue
Sikat
Putik Kapas (Cotton Bud)
Cotton balls
Pengepit Kuku (Nail Clipper)
Nasal Aspirator (untuk selsema)
Methylated Spirit - alcohol 70% - cuci pusat sebelum luruh (biasa dibekal oleh pihak hospital)
Minyak Yu Yee Cap Limau 
Minyak Telon Bebiku
Cotton
Diaper Cream
Beg Baby

Nursering

Selimut
Bedding set
Katil Bayi
Dimple Pillow
Kelambu done
Bakul Baju Kotor.
Almari Baby
Bakul Baby (Simpan Toiletries Baby)

Feeding
Botol saiz S (2 botol)
Puting Botol Susu (2 pieces)
Berus Pembersih Botol
Nipple Cream
Nursing Pad Washable (2 pairs)
Nursing Pad Disposal (2 kotak)
Shield collector
Breast Pump
Cooler Bag
Breast Milk Storage Bottle
Breast milk storage
Nursing Pillow
Termos
Cecair Pencuci Botol
Dyring Rack

Travelling

Beg Bayi
Baby Sling
Stroller
Baby Carrier
Bakul baby
Nursing cover

Bathing

Tuala
Besen Mandi & Tempat Duduk Dulang
Sabun Mandi

Extra

Penyangkut Baju Bulat Kecil
Penyangkut Baju Bulat
Penyangkut Kecil
Bekas Spray Air

Buat masa ni tu je la kot. Rina ada buat checklist dalam kertas je. senang nak refer time shopping. tapi buat masa ni macam beli ikut suka je heheh..rasa macam takde lagi barang tu or rasa comel je terus beli =P

betulla orang cakap...bila part untuk anak je tetiba tak kedekut huhuh. habis duit macam ni T___T

nanti next entry checklist baru rina update mana done mana belum ok..

sekian. semoga membantu =)

Read more...

Thursday, November 08, 2012

Perut sudah membesar dengan jayanya!





Hehe..ini je gambar perut yang ada. Nak ambil dari tepo bagai macam segan pulak. Apatah lagi nak ambil gambar nampak pusat LOL. Tu mat salleh je kot buat.

Tapi orang kata gambar perut wajib ada. Kenangan katanya. Budget takkan buncit la selain waktu mengandung huhu!

Buat masa ni, sekarang adalah perut terbuncit yang pernah rina miliki =P sebab tu 5 bulan baru ambik gambar. Setakat 2, 3 bulan punya buncit normal kot, takyah ngandung pon hahahah

Dah start mengah, sesak sesak nafas. Perut tegang. Rasa cam nak pecah. Rasa penuhhh sangat. Tak berani nak makan banyak banyak sangat lagi lagi minum sampai kembung. Rasa cam cucuk jarum confirm pecah! Huhu

Risau bila baby tendang secara over. Macam nak tekeluar ke kaki dia ?? Risau ibu tau..da la memang rasa sampai ke luar. Tapi still, ibu suka bila baby tendang..rasa ada teman, rasa selamat :') I love you my little one..

Ok itu saja perkembangan baby.

Macam nak cerita tentang Master pulak. Alhamdulillah baru je lepas present paper di National Grad Conference UNITEN. Salah satu requirement untuk grad tahun depan. So, after this fokus siapkan research dan start tulis thesis. Ada 4 bulan untuk itu sebelum baby pop out! Chaiyo rina!!!

Kalau ada rezeki, dapatlah rina dan suami graduate pertengahan tahun hadapan bersama our little baby..my dream..impian dan azam for next year! Semangat dah ada, tinggal kerajinan je nih hihi!




Gambar present tadi =P

Alhamdulillah..Kehidupan sekarang ni benar benar bahagia..tapi mana ada kehidupan yang begitu mudah? Kita manusia hanya mampu berdoa dan bertawakal..semoga setiap cabaran dan dugaan yang hadir dapat dihadapi dengan sabar dan cekal.

Wallahhualam.

- Posted using BlogPress from my iPhone

Read more...

Sunday, November 04, 2012

Durian crepe








Sedang meleleh leleh air liur mengenangkan durian crepe.. Dah beritahu husband & emak tapi macam tak dilayan sobs..

Tapi sebelum ni ok lagi. Tapi tetiba nak tidur ni tertelan-telan air lior mengenangkannya...

Sedap sangat ke?? Teringinnn!!!

- Posted using BlogPress from my iPhone

Read more...

Saturday, November 03, 2012

Misi mencari barang baby

Alhamdulillah dah 22 weeks kot kalau ikut baby center. Tapi masalahnya rina baru kahwin 5 bulan 1 minggu. Hoho sungguh sangat tak faham pengiraan bulan :p kang timbul pulak fitnah huhu nauzubillah.

Rasa macam terlalu cepat masa berlalu. Tetibe dah 20 weeks. Tetibe kang 30 weeks. Laju ok masa..tanda tanda kiamat hampir tiba ni..

So, rina rasa dah ok sangat lah nak start persiapan baby. Sementara duit tengah bekepok dalam bank sebab ibunya berjimat kaw kaw langsung tak shopping. Eh shopping sikit :p takdela bekepok sangat tapi ada lah sikit. Memang tahu in future akan banyakkkk guna duit especially untuk barang baby & rumah.

Nak tunggu rumah siap bulan depan lambat lagi. Jadi baik beli barang baby dulu. Nanti terguna duit beli handbag susah pulak :p haritu pun nyaris nyaris beli tiket jalan jalan untuk next year. Tak padan anak kecik lagi. Tak boleh tak boleh take risk. Masa tu masih dalam peringkat menyesuaikan diri. Nak jaga diri sendiri pun failed. Ini kan nak jaga anak. Sangat aku tak yakin dengan diri ini huhuh.

So berbalik pada cerita, rina dah nak start shopping barang baby. Barang 1st yang rina beli adalah mainan softbook hihi. Eh! Bukan. Barang 1st manual breast pump philips avent. Rina beli masa sebelum kahwin lagi :p time tu ada diskaun baik punya. RM100 je hee jadi baik kita simpan untuk diri sendiri.

Next rina dah beli philips avent natural range starter set. Baruuu di pasaran malaysia. Dulu ada classic & advanced je. Tapi sekarang ada natural range. Dengar cerita lagi bagus. Baby senang latch since sangat menyerupai nipple ibunya :) hihi tak sia sia rina berniaga barang baby dulu..banyak gak lah ilmu didada :p

Lepas tu rina beli nipple cream philips avent. Sebab nipple dah start crack. Persediaan untuk susu mau keluar kot. Tak tahulah..tapi rina berdoa sangat semoga rina boleh breastfeed my baby sampai umur 2 tahun seperti yang disarankan dalam AlQuran.

Dan barang terakhir yang rina dah beli ialah clevamama pillow for newborn. Ramai dah kot blogger review. Bagus katanya untuk bentukkan kepala. Macam rina kepala lonjongg. Kalau boleh nak anak rina cantik bulat kepalanya :)

Hari ini plan nak ke mydear wholesale nak beli babycoat. Mula mula macam taknak. Tapi fikir balik, boleh la kot. Investment untuk masa akan datang. Lagipun macam comel je orang lain decorate baby coat dorang hihih. Dan lepas tu nak ke pwtc. Ada expo barang baby. Yay! Syok gak nak shopping barang baby ni hee.

Nanti rina share my checklist ye.

Mak rina tak habis habis cakap jangan beli lagi nanti meroyan lah ape lah..tapi bagi rina 30 weeks pun boleh gugur..masa lahir pun boleh meninggal sekiranya dah ditakdirkan begitu..nauzubillah..semoga baby ku sihat sihat saja..

Tambah tambah masa berlalu dengan cepat. Tup tup dah 30 weeks baru nak kelam kabut susahlah..nanti bulan 12 sure buzy dengan rumah pulak since time tu rumah dijangka siap renovate. Oh tak sabar!!

Ape ape pun, kita hanya manusia yang mampu meramcang, Allah jua menentukan.

One of my friend tetiba pecah ketuban malam tadi. Baru 34 weeks. Tekejut dia. Semoga dirinya kuat dan bersedia. Moga dipermudahkan, rilla.

Aminn




- Posted using BlogPress from my iPhone

Read more...
Related Posts with Thumbnails

Follow by Email

✿Visitors ツ


✿NotaKaki ツ

+ Semua gambar adalah hak milik peribadi Rina.
+ Penyalahgunaan gambar akan dikenakan tindakan.
+ Plagiarism is not allowed.
+ Blog ini akan di updet hari2. (maybe :p)
+ Ok. Itu je kot buat masa ni. Thanks for visiting ya!


  © Rina Stories~* at Rinastories.Blogspot. All Rights Reserved. Powered by Blogger.

Goto Top