Sunday, December 23, 2012

Kabinet dapur : Episod 1

Pasal ni pun nak berepisod hehe! =p tak kira.

So as mention in previous entry, rina & mr zauj adala dapat bonus sikit. Alhamdulillah. Jadi kami decide nak proceed with kitchen cabinet guna duit bonus tu huhu. Sebab macam tak lengkap tengok dapur yang dah renovate tu kosong..dengan sinki kayu je.



Nampak tak sinki kayu tersebut? Ini la dapur rina. Kotor sikit sebab ada sambung renovate.

Haritu renovate terbehenti sekejap sebab family in law datang kl dalam seminggu nak tinggal di rumah ni. So tangguh & sambung balik.

Hasil renovation dan cerita renovation rina cerita di entry lain ye. Bagi setel 100% dulu.

So kami pun surveylaa vendor cabinet dapur ni. Kalau boleh nak buat biar yang puas hati. Takmo guna khidmat indon dah..

1st vendor kami panggil ke rumah untuk proses ukur, bincang & beri quotation ialah Everskill Design.



Dapat tahu vendor ni hasil dari google & bloggers. Tq bloggersss tersebut! (tak save la pulak url dorang hihi) tapi if korang google 'Everskill Design Kitchen Cabinet' penuh la keluar kang. Ada facebook fan page lagi. Guna handphone susah nak buat buat link =p

So masa ni Sam datang wakil Everskill. Ukur-ukur dan dapat quotation yang diluar jangkaan kami. Which is within our budget! Suka suka! Tapi takpe, survey lagi. Jangan teburu buru.

2nd vendor, suggestion dari kawan mr zauj. Pendek cerita, almost double dari Everskill kot dia nak ambil. Pitam. Tapi dia baik hati buatkan design dalam bentuk 3D siap siap.







Comel ke idak??? Tapi sebenarnya nak lain sikitlaa.

3rd vendor, kami ke home deco id exhibition di stadium shah alam haritu. Pegi dekat salah satu vendor apetah nama then bagi ukuran dapur kami & contoh design. Ponnn mahal jugak.

Lepas tu mr zauj macam malas nak survey dah. Jom ambik Everskill katanya. Dah lah harga berpatutan..tapi maybe ada yang lagi murah. Tapi kami rasa if dapat murah pun, kurang RM1-2k je dari harga yang diorang offer. Tambahan Everskill dah banyak good review.

So kesimpulannya, Everskill anda terpilih! Hihi!

Semalam dah pegi booking date & bayar depo.










Sedih sedih habis duit :( bye bye beg baru, baju baru..Duit perlu disimpan demi barang baby dan rumah..no more for myself sobsob..tapi best jugak belanja untuk rumah & barang baby. Macam lagi happy rasanya hihik. Nampak sangat dah masuk fasa makcik makcik yay!

Dapur kami lebih kurang dalam 13 kaki kabinet + 5 kaki breakfast table. Termasuk ruang letak peti ais, oven, microwave.
Aluminum 3g glass & granite table top. Dapat Soft close hinges, heavy duty drawer set, spoon tray, built in handle, delivery & installation fee, end panel, frosted glass, dish rack, bottle rack. Harga tak sampai RM10k.

Nantikan episod 2, bila dapur dah siap hehe..

Btw entry pasal rumah ni bukan niat nak menunjuk ye. Bukan rumah banglo pon. Rumah biasa je untuk kami yang biasa biasa jugak.. hutang pon bertebaran sana sini haha..
Saja nak share. Sebab from bloggers jugak rina dapat macam macam info. Hopefully, entry rina ni pula dapat bantu orang lain..

Ok bai





- Posted using BlogPress from my iPhone

Read more...

Saturday, December 22, 2012

Dapur brand Elba

Salam semua :) saja nak share..hari ni rina dan husband keluar dari pagi sampai ke malam uruskan hal rumah.

Mula mula pergi beli lampu untuk plaster siling ruang tamu yang dah siap. Kemudian tengok rumah, alhamdulillah tinggal nak finishing je lagi. Lama okeh. Takpe, tu kita cerita lain entry.

Then, pegi bincang & bayar depo kabinet dapur. Mula mula taknak buat lagi kabinet dapur. Duet tadak. Tapi bila tengok dapur kami kosong je dengan sinki kayu rasa macam tak lengkap. Lepas tahu akan dapat bonus, terus kami buat keputusan nak buat kabinet dapur.

Ok takpe, tu pun nak cerita entry lain huhu!

So, untuk buat kabinet dapur ni, perlu lah beli sinki, hood, dapur gas & oven untuk proses ukuran dan pemasangan.

Ok baru nak cerita huhu!

Untuk dapur, hood & oven ni memang dah lama kami survey. Mr zauj lebih tahu la kot. Dia macam semangat lebih sikit bab rumah ni. Rina macam malas fikir sangat hee..thats why kami saling melengkapi hihih keluar topic =p

Memula terpikat dengan brand Rinnai tapiii harga fuh fuh! Tapi memang terkenal la brand ni dan tahan lama. Lepas tu kami stick dengan brand Rubine pulak. Ni pon famous dan ramai guna.

So, harini kami ke Bfo di bandar kinrara




Mr zauj cakap kawan dia cakap kat sini paling murah dan ada offer untuk brand rubine. Tak tahula sejauh mana kebenarannya.

Tapi sampai sampai je tadi takde pun offer untuk rubine. Ada offer untuk elba je..

Elba?? Err..rina kurang sikit kot brand elba ni. Macam brand cheap. Takut lak beli beli cepat rosak.

Tapi entah macam mana salesperson dekat situ berjaya mempengaruhi mr zauj. Dan sebagai pemegang kuasa veto, dia pon memilih elba hehe. Terpaksalah diriku menerimanya.

Kami harap elba ni dapat lah bertahan at least 5 tahun kan..lagipun kami bukan heavy cook pon. Kot?

Ini yang kami beli,

Hood



Dapur gas 3 tungku


Oven



Dapat free 2 barang

Microwave




Blender



Semua sekali Dalam RM3100 kot termasuk warranty 4 tahun.

Dah bayar depo..jadi kami berserah je lah hee

Nanti one day rina akan review elba ni ok? Maybe in 2 years time ;) or maybe less kalau tetibe rosak awal :( huhuh! Harap tak lah..

Ok letih. Nak tdo. Bai

- Posted using BlogPress from my iPhone

Read more...

Friday, December 21, 2012

December celebration




First time beli kek hihi! Saja nak bagi mak & abah happy..

Semoga Allah sentiasa melimpahkan rahmatnya ke atas mak dan abah..

Mak, abah..lia love both of you so much!

- Posted using BlogPress from my iPhone

Read more...

Thursday, December 20, 2012

Third trimester & Dr. Idora

Salam..rina baru lepas check up hari ni. Rina dah 29 weeks. Alhamdulillah...

Berat baby dah 1.2 kg. mak nye dah 5? Kg =p malu nak share berat badan =P





Sekali imbas nampak macam muka anak sedara rina (belah suami)



Nama budak kecik yang comel ni Adelia hehe..comel sangat.

Hopefully baby rina secomel adelia. Kalau orang cakap tak comel pun pasti di hatiku baby rina laa paling comel =p

Sebenarnya berharap baby ikut muka rina hihi..tapi tak apalah..janji sihat dan solehah rina dan suami cukup bersyukur.

So jantina masih kekal jantina yang sama. Ramai dapat teka kot? Hihi. Rina jawab je bila orang tanya. Malas nak rahsia sangat, macam lah orang kesah sangatkan lala~

Struktur fizikal baby tiada masalah. Jantung pon normal. Kesihatan ibu pon alhamdulillah normal. Rasa macam mudah je.

Kecuali masalah keputihan masih ada. Dr. Idora kata tak apa. Haritu cek dia cakap bukan ada jangkitan. Hanyalah discharge yang disebabkan perubahan hormon. Selagi tak gatal-gatal okla kot.

Rina tanya gak pasal minum air gula & suntikan kancing gigi. Yela..semua orang yang cek KK semuaaa pon dah minum air gula & kena suntik 2 dose.

Tapi Dr. Idora cakap, rina takde masalah. Semuanya normal dan sihat. Tak perlu minum air gula.

Untuk suntikan kancing gigi pulak, Dr idora kata, dia tak pernah buat suntikan untuk semua patient dia. Katanya tak perlu pun sebab "you akan bersalin di hospital, suntikan tu perlu if you bersalin dengan bidan or you berada di kawasan pedalaman susah nak dapat hospital."

Rina tak berapa faham, tapi bila google baru lah faham...rupanya suntikan ni penting kalau kalau kita tak lahir di hospital & tak menggunakan alatan yang bersih. Untuk langkah keselamatan, better ambiklah kan. Kot kot teberanak dalam kereta hihi.

Tapi sebab dah Gynae rina sendiri kata takyah, rina pun malas le =p selamatttt i dari kena suntik hikhik. Takpe, insyaallah sempat ke hospital. Since jarak rumah & hospital tak sampai 10 minit. Insyaallah..semoga dimudahkan.

So far dengan Dr idora, rina memang puas hati. Dia nampak berpengalaman (dah kata pakar) dan nampak tenang. Sentiasa senyummm je. Patient ramai giler tapi releks je. Kata-kata dia lembut. Dia scan pun teliti. Tak cakap terlalu banyak. Nampak muda je dia tapi anak dah besar besar (usya frame gambar dia hihi). Maybe dia dalam 40-an.

Tadi after check rina tiba tiba ada delivery. Water birth! Beranak dalam air hehe..

Kan Dr Harlina isteri syed mudzaffar tu beranak dalam air.. Dr. Idora la yang sambut. Melalui blog Dr harlina cost water birth dalam Rm500++
Okla kan? Takdelah mahal sangat.

Teringin pulak nak try tapi macam bakal ditentang oleh husband & mak especially. Mesti mak kata mengarutt haha..

Takpela..kita try normal dulu..maybe next baby =)

Phewww~ dah 29 weeks uols! Dah 3rd trimester! Dah boleh nak bersalin! Tapi pls bagi matured dulu baru keluar ye sayang! Buat masa ni rina rasa perut sangat besar!! Tapi baby baru 1.2kg..ada lagi 2 kg kot nak naik? Camne nak bawak perut ni? Huhu!

Makan pun tak boleh banyak sangat. Nanti perut jadi ketat dan mengah! Tapi asyik lapar. So rina makan sikit sikit tapi kerap..

Tidur pun dah kurang selesa..bangun malam untuk buang air adalah wajib! Baby pun keep tendang dan pusing..jadi bertambah tak selesa. Tapi rina suka..baby aktif tanda baby sihat =)

Nama dah ada =p laju! Hehe. So panggil baby dengan nama tu..harap dia suka =)

Sekian update yang carca merba ni..huhu bye

- Posted using BlogPress from my iPhone

Read more...

Sunday, December 16, 2012

Perlu ke word verification?

Tak tahu lah kenapa banyak betul spam comment baru baru ni. sampai bepuloh juta nak delete. jadi rina buat word verification...maafla kalau susah nak comment...huhuh..

Read more...

Tuesday, December 11, 2012

Blog saya dah dijangkiti virus

Aiseh kena malware pulak. Nak bukak laptop check malas pulok. Biarkan jela sementara k. Bai


- Posted using BlogPress from my iPhone

Read more...

Sunday, December 09, 2012

Set tilam bayi kekabu dan sarung quilt murah

Salam semua!

Rina nak share kat mana nak dapatkan set tilam kekabu untuk baby beserta sarung quilt yang murah! Boleh beli melalui online =)

Ini rina punya



Dan ini kakak ipar punya



Comel tak?!!!!

Actually, ini adik ipar rina yang bernama Anis yang buatkan bersama sama mak mertua. Dia baruuu je try nasib untuk jual tilam ni dan hanya ada 2 contoh je la. Sebelum sebelum ni jahit untuk diri sendiri & baju kurung je :)

So, sebab masih baru nak berjinak dalam dunia perniagaan *cewah!*, diaorang letak harga murah dari pasaran untuk tujuan promo.

Dah ada nama sikit baru lah jual harga standard kann..

Okeh malas nak cerita lebih.

Harga promo : RM150 TIDAK termasuk harga post.

manetau ada orang nak COD :) yang di KL boleh ambil by hand dari rina je. Selalu mom-to-be takdela nak urgent kan.

So dengan harga ni anda dapat :

1) satu tilam kekabu
2) 2 bantal peluk kekabu
3) 2 bantal kepala kekabu
4) set sarung quilt jenis cotton (ada lapik span dalam sarung)

Detail :

1) sangat selesa dan sejuk.
2) sarung boleh buka dan basuh.
3) boleh order sarung lebih, senang nak tukar basuh.
4) boleh bincang design. Nak ropol ke, border ke.
5) PRE-ORDER sahaja. Takde ready stock.
6) warna & corak ofcourse boleh bincang.
7) kalau order banyak2 try la mintak diskaun hihi

 
kalau berminat boleh ke BUTIK UMMI
atau direct SMS ke Anis 013-4035590

- Posted using BlogPress from my iPhone

Read more...

Friday, December 07, 2012

My current obsession

1) maternity dress
2) baby stuff
3) stroller brand
4) breastpump brand
5) breastfeed issue
6) mom-to-be & mommies blogs
7) coach handbag online shop *cuci mata & berangan* huhu
8) kitchen cabinet
9) interior design
10) my husband *obses sangat dengan dia! Macam baru jatuh cinta haha! I think our baby will have his look :)

Dah rasa diri sendiri semakin makcikmakcik hihi :)

- Posted using BlogPress from my iPhone

Read more...

Thursday, December 06, 2012

Jubah mawaddah

Ramainye email rina pasal jubah mawaddah. Sampai ke hari ini. Macam pelik sebab rina dah delete rasanya entry pasal jubah tu..

Actually buat masa ni dah out of stock..

Itu je hehe sekian timekasih


- Posted using BlogPress from my iPhone

Read more...

Wednesday, December 05, 2012

Sakit perut

Actually tengah tunggu turn di dispencery x reti eja :p
Ada klinik dekat opis ni memang senang..nak ubat boleh datang minta. Tak perlu jumpa doktor pun. Tapi bukan semua jenis ubatla..

Tapi being pregnant tak bolehla nak makan ubat sesuka hati jadi terpaksa la tunggu turn jumpa doktor.

Dari semalam perut memulas mulas. Senak macam ada bunyi grrr grrr hee. Kalau dapat tut or cery bery memang rasa lega. So far mcm x keluar angin, jadi tak selesa lagi. Cery bery da 2x sejak semalam. Muntah sekali. Adoi..lama tak muntah..seksa rasanya.

Tapi malas nak mc selalu. Rasa macam masih kuat untuk pegi kerja so pegi jugala. Now angin macam bekumpul, bunyi grr grr dalam perut makin kuat tapi no tut or cery bery so rasa tak tenteram. Jadi marilah kita ke dispencery pada waktu tengah hari.

Hoi lama btol tunggu turn. Dah nak habis tulis blog pun hahah..


Ni gambar perut latest :p





Sedang membesar dengan jayanya. Harap harap seiring dengan pembesaran baby la. Jangan lemak je lebih huhu.

Ok tu jela..lambat tol turn nak sampai hurm..

- Posted using BlogPress from my iPhone

Read more...
Related Posts with Thumbnails

Follow by Email

✿Visitors ツ


✿NotaKaki ツ

+ Semua gambar adalah hak milik peribadi Rina.
+ Penyalahgunaan gambar akan dikenakan tindakan.
+ Plagiarism is not allowed.
+ Blog ini akan di updet hari2. (maybe :p)
+ Ok. Itu je kot buat masa ni. Thanks for visiting ya!


  © Rina Stories~* at Rinastories.Blogspot. All Rights Reserved. Powered by Blogger.

Goto Top