Friday, January 11, 2013

Antara stroller pilihan

Salam semua. Hari ni update blog guna laptop hehe..lama tak bukak laptop. laptop ni macam dah berkulat dan berhabuk pon ada hohoh..semenjak kahwin memang tak ngadap laptop dah..apa apa just update guna iphone...hanya bukak laptop ofis je la nak buat kerja ofis.

Sebenarnya bukak laptop sebab nak buat research untuk Master. tapi malas pulak T___T memang tak grad la rina tahun ni if asyik malas macam ni T___T

tak kira nak malas gak. so entry kali ni adalah kesinambungan dari entry yang lepas - Survey stroller.
dalam entry tu rina ada tulis kriteria-kriteria stroller idaman hati =P tak sangka nak pilih stroller pon susah ye. kalau boleh macam nak yang terbaik tu. tapi masalahnya budget takde =P

okeh. sambung sambung!

1st stroller yang rina terpikat ialah Quinny Zapp Xtra.


Pengaruh dari duk baca entry Nana la ni. memang sebelum mengandung pon rina suka baca blog Nana. so 1st jenama stroller yang rina tahu terbaik adalah Quinny. Quinny Zapp Xtra ni boleh attach dengan baby carrier/ car seat Maxi Cosi. Semua ciri idaman ada kecuali takde penghadang depan jelah. tapi ada 5 point harness so still selamat. lepas tu rina tak berapa minat cara melipat & memasang. macam sedikit leceh. nampak leceh lah, tak tahu la sebenarnya ok ke tak hihi. Harga pula still within budget kot kalau pandai cari kedai. lepas tu tak nampak smart di mata rina & mr zauj, maybe sebab roda kecil.

Oleh itu rina beralih ke 2nd choice iaitu Quinny Buzz

ya Allah..why so smart??? hahaha....orang kata agak bulky. tapi nak lipat mudah. cuma rina tak sure, boleh tarik ke tak after lipat tu? kalau boleh tarik ok la kot. tapi if perlu angkat, jenuh gak berat-berat.
tapi still rina suka sangat sangat Quinny Buzz ni. bila nampak ada parent tolak baby dekat mall guna Quinny Buzz rasa macam smart sangat!!
tapi tu lah...mahal sangat...lebih budget T__T tapiiiiiiiii ada yang lebih kurang..iaituuu


SCR 6 by Sweet Cherry. Our third choice.

wahhh macam sama kan? macam je lah. still Quinny Buzz cun lagi hihi =P tapi ok la kot. still smart dan mematuhi ciri-ciri idaman rina! boleh attach dengan baby carrier dan yang penting LEBIH MURAH dan sangat within budget. cuma a bit bulky dan I'm not sure after lipat boleh tarik ke? macam tak je. huhu..tak pernah survey di Mall lagi..
Hanya survey survey dalam internet je. bila survey-survey dalam internet, rina terjumpa la satu lagi stroller jenama Sweet Cherry yang juga jadi pilihan.

4th choice : SCR 5 by Sweet Cherry

Lebih kurang dengan SCR 6 tapi ringan 500g, lebih murah dan mungkin lebih kukuh since ada 2 tayar dihadapan *theory rina haha!* jadi, kalau antara SCR 5 & SCR 6, besar kemungkinan, SCR 5 akan jadi pilihan.

Ingatkan dah ada lah pilihan stroller. tapi TERsembang pulak dengan sepupu, dia suggest Halford S8 Pramette Travel system. katanya sangat tahan, within budget dan umbrella fold. rina pon mula lah survey stroller brand Halford ni...survey punya survey tetiba TERjatuh hati dengan stroller seterusnya iaitu..

Halford Zuzz 4 - 5th choice

I like I like!! tapi rupanya bukan umbrella fold. adeh! penat jatuh hati. tapi compact fold macam ni boleh tarik tak? tak boleh kan?

So kembali kepada Halford s8 pramette sebab boleh umbrella fold *6th choice*

tapi stroller ni tak boleh facing mommy, lepas tu design tak comey =P berat pulak tuh. haha bila tak suka untuk pertama kalinya, memang nampak segala kelemahan =P tapi rina akui stroller ni nampak comfy dan tahan lama lah. harga pun not bad if pandai cari kedai.

dah pening...tetiba ternampak stroller baby twin Nadya warna purple, nampak cantik sangat. jatuh hati lagi untuk kali ke lapanpuluhjuta =_=" Dia belikan Maclaren Techno XLR ke XT tah, I'm not sure. dan mula lah rina survey brand Maclaren pulak huhu..
Bagusnya brand ni sebab ringan & boleh umbrella fold. walaupun 4 roda kecik tapi nampak comel dan smart. tapii tak boleh rear facing........

Ada jugak rina survey brand Combi sebab baca review dari Shakina tapi agak mahal lepas tu Mr Zauj tak suka nama Combi wakaka...lawak la Mr Zauj ni...alasan macam ni pon boleh ke?

Actually ada banyak brand lagi..brand Graco, Peg Perego, Maxi Cosi, Stokke, My Dear dan banyak lahh lagi. Dari semurah-murah *under RM100* hingga lah semahal-mahalnya *lebih RM5000*

makin survey makin pening nak buat pilihan. kadang kadang asyik Google & baca benda yang sama berulang-ulang kali. HUWAAA seriously pening. Mr. Zauj macam dah malas nak layan dah bila rina sebut pasal stroller hihihi..

so, kesimpulannya memang tiada kesimpulan. sampai sekarang rina tak tahu nak beli yang mana. nak beli di mana lagi lah tak tahu..yelaa..if dah ada pilihan boleh lah survey harga pulak tapi masalahnya takde pilihan lagi..

penat betul survey. penat, tau tak?
dokong jelah. senang cerita.

sekian. jom buat Master. tapi macam malas =P bai


 

8 footprints here! Thanks! (◕‿◕):

Etty Selamat 12/1/13 12:25 AM  

Kazen etty gune Quinny Buzz... Memang best gile bile tolak stroller tu.. Senang je nk control... Nak simpan pon senang... huhu... Tu dr pengalaman etty yang gune tolak anak kazen selama 2 hari...

Mrs Nurul 12/1/13 7:33 AM  

beli sweet cherry...best...

Suria 12/1/13 8:51 AM  

suria suka Quinny Buzz nampak smart bile baby dlm tu..hikhik

sweet cherry 5 pun ok, memang ringan drpd sweet cheery 6 dan lebih murah :)

utk kite yg comel² ni x daye nk dukong selalu..haha

~ NANA ~ 12/1/13 9:26 AM  

zapp xtra tu blh tambah bumper/penghadang tu rina..hehe..tp nk lipat n pasang mmg leceh

nana vote buzz coz nmpk smart n sng nk lipat tutup..yg bulky tu abaikn je..hihi

Unknown 12/1/13 5:23 PM  

vote for scr. heheh eminat scr ke hape ni hoho. padahal diri sendiri pun blom survey stroller lg @.@

my little family / kaftanbatik 14/1/13 9:18 AM  

klu nk dukung, boleh guna moby wrap..(baby carrier)

http://www.mobywrap.com/mw/Home.htm
:-)

ASap,  14/1/13 6:52 PM  

Nak tahu ape tips no 1 nak beli stroller?

- Kesesuaian dengan baby.

Stroller se gah mana pun, se mahal mana pun. Kalau baby tanak duduk, tanak jugak dah membazir...

Unknown 13/11/14 1:48 PM  

Gud info...sy tgh survey stroller utk my baby...

Related Posts with Thumbnails

  © Rina Stories~* at Rinastories.Blogspot. All Rights Reserved. Powered by Blogger.

Goto Top