Friday, August 02, 2013

#zuhadareesa 5 bulan

Assalammualaikum. Alhamdulillah hari ni genap Dareesa 5 bulan. Bermakna 5 bulan jugak la rina jadi seorang ibu hewhew..dah serasi..dah takde problem nak biasakan diri sebagai ibu...malah makin seronok dan bahagia..



Bersiap siap nak pegi check up KK. Nak ambil vaksin untuk 5 bulan. 

Now berat dareesa tepat 6.0 kg. masa 3 bulan berat dalam 4.86 kg. so naik dalam  1 kg lebih hehe..dah tak nampak kurus. Nampak sedap badan je lah. Tak gemok tak kurus. Panjang dari 60 cm naik jadi 64 cm.

She still exclusively breastfeed. Alhamdulillah. 1 month to go! Boleh dapat diploma dah hehe..

Perkembangan dareesa :

1) sembang makin kuat, siap ketawa. Tapi time dia senyap, memang tak keluar suara sangat la
2) dah pandai gapai object.
3) pandai meniarap & telentang
4) pandai berpusing pusing ketika meniarap. Menyusur ke depan sikit sikit je
5) ape sahaja yang dicapai sure nak masuk dalam mulut. 
6) suka tutup muka guna kain disekitar or kain baju sendiri. Lepas tu meronta lemas. Bila orang angkat kain tu tetiba happy. Haiyo
7) pandai main cak! Cak! & ahhh choo!
8) masih hisap jari kaki. Jari tangan tak dah.
9) waktu yak yak obviously meneran hihi tapi poo poo cair jek
10) dalam tub mandi sibuk nak bangun duduk. Suka btol main air
11) tak jelir lidah dah
12) time tdor suka minta peluk dulu
13) bangun tdor terus tersenyum
14) pandai tolak botol susu bila taknak
15) gusi makin keras. Sakittt ibu!
16) suka mengigau. Selalunya ngigau nangis tapi ada satu malam tu ngigau ketawa..ibu tak tahu nak rasa takut ke kelakar hee tapi memang comel
17) lately ni suka tidur meniarap. Tapi kami betulkan balik sebab takut segala kemungkinan
18) dah kenal orang. Kalau orang asing sangat nanti staart cebik. Haritu balik kelate dia takut dengan tok ayah dia hihi
19) dah Pernah naik flight masa balik kelate. Tak meragam. Tidur je dalam SSC rina beli.
20) minum susu tak banyak sangat. Tapi kalau direct feed boleh kosong breast. Tak minat botol kot tapi nak buat camne..ibu kerja..
21) badan dah keras dah boleh berdiri, tapi kita still pegangla

Ok tu je kot hee


Ok bai!

0 footprints here! Thanks! (◕‿◕):

Related Posts with Thumbnails

  © Rina Stories~* at Rinastories.Blogspot. All Rights Reserved. Powered by Blogger.

Goto Top