Wednesday, October 23, 2013

Mencari idea untuk playroom Zuha Dareesa

Sekarang macam demam playroom dekat 1 group ni. Maybe sebab dalam group tu ramai babies dah lebih setahun & pandai main dah hihi..so masing masing sibuk menyediakan playroom or play corner untuk baby masing masing.


Rina pun jadi teringinnn walaupun dareesa belum pandai berjalan & dia lebih suka main remote control berbanding mainan dia yang lain huhu

Antara sebab rina nak playroom ialah ;

1) nak bagi dareesa maksimumkan kekreatifan dirinya dalam bilik tu..

Rina ingat lagi dulu pon rina ada playroom. Play corner pun ada. Biasala anak tunggal, 1 rumah saya yang punya..so memang rina sukala susun susun & hias ruangan rina tu walaupun lepas tu bersepah balik tapi macam best ada ruangan sendiri!

2) ruang rumah yang lain tak bersepah!

Ini paling penting. Bila dah ada playroom, tak boleh dah main di tempat lain kecuali dengan permission! So kalau nak bawak mainan keluar, perlu mintak permission ibu. Dan ibu akan bagi dengan syarat : bawak keluar 1 je dalam satu satu masa& simpan balik! 
Yay! Rumah tak sepah dah!

3) mengajar baby tentang tanggungjawab. 

Mungkin masih awal tapi hopefully lambat laun dapatlah dia rasa bilik dia, tanggungjawab dia..

4) berdikari!

Mungkin rina tetap tidur sebilik dengan anak anak tapi, ingat nak letak almari baju dorang di playroom. So lepas mandi sila bersiap sendiri hahah.. Kecuali kalau nak keluar jalan maybe ibu perlu guide takut dorang pakai baju tidur pulak huuhu

5) organizable

Kalau boleh rina nak buat label, tempat letak mainan yang tersusun. Contoh bola dalam bakul A...dolls dalam bakul B..so sila simpan ikut susunan balik.


So sekarang ni rina tengah sibuk mencari idea sambil koya koya hihi..sesiapa ada entry berkaitan pls share with me! Tq

 


Credit to instagram #playroom

4 footprints here! Thanks! (◕‿◕):

Shakina Farhan 23/10/13 10:42 PM  

vote yg elegantdd tu..hihi

Cik Puan Tqah 24/10/13 9:31 AM  

tgk kt susun atur sioca..kt c2 byk link untuk cabaran mengemas bilik anak..

Fizah 26/10/13 7:04 AM  

assalamualaikum :)

nnti rina blh guna 'inlink tools' kat blog fizah tu utk masukkan entri penyertaan k..just klik butang 'add your link' pastu masukkan maklumat nama, url dan email, pastu klik skip this step pastu pilih thumbnail gambar yg nk didisplay pastu done :) selamat mencuba! :))

ryyhan 27/10/13 11:07 AM  

kita xwat playroom..tapi sume skali dlm 1 bilik..play, learn, rest

jemputla jenguk http://ryyhan.blogspot.com/2013/06/deko2-bilik-anakmoh-tgk-bilik-afham-dan.html

Related Posts with Thumbnails

  © Rina Stories~* at Rinastories.Blogspot. All Rights Reserved. Powered by Blogger.

Goto Top