Sunday, April 28, 2013

Pertama kali berdua

Akhirnya..rina dapat tinggal berdua dengan dareesa hari ni di rumah kami. Kalau x, tinggal di rumah maktok, maktok ada. Hujung minggu baru balik rumah, mr zauj ada. Tapi harini mr zauj pegi kelas, tinggal rina berdua dengan dareesa. Sekarang pukul 3, baru habis kemas rumah, masak & mandi. Solat dan makan belum lagi. Fuhh susah betul..dareesa asyik menangis je. Pantang letak dalam cot terus nangis. Takmau tido. Kenapa tah? Sakit perut kot huhu..tapi walaupun letih tapi rina happy dapat jaga dareesa tanpa bantuan sesiapa hehe.. Sekali sekala bestla..jangan selalu..:p


- Posted using BlogPress from my iPhone

Read more...

Friday, April 26, 2013

#zuhadareesa first outing

Haritu rina dah tulis panjang panjang pasal dareesa punya first outing tapi tetiba terpadam huhu! Loteh den!

Seawal dareesa usia 5 hari dia dah keluar huhu! Sebab kena check up di hospital pantai.
Lepas tu follow up check up since dia ada jaundice.




Nasib baik dah beli stroller awal awal. Tapi masa usia 5 hari tu rina dukung je. Mr zauj tolak rina guna wheelchair heheh..5 hari kot baru..jahitan basah lagi. Ngeri nak jalan jauh jauh k.

Then next outing dareesa ialah ke rumah kami di saujana putra. Masa usianya 20++ hari. Keluarga mertua datang jauh dari kelate :) so dalam seminggu jugak la berpantang sana.

Semasa usia dareesa 20++ jugak la kami ke Alamanda hoho. Lepas keluarga mertua balik kot. Sebab nak beli barang sikit *alasan* hihi. Takde sape tahu. Kami keluar senyap senyap jek




Stroller halford memang selesaaa. Dareesa tdor je sepanjang waktu. Happy ibu nak shopping hihi. Tapi paling lama pun 3 jam jelah. Lepas tu dia nak menyusu pulak.

Then kami ke klinik kerajaan, klinik pusrawi dan juga ke kpj selangor sebab nak check up jaundice. Apasal banyak nau klinik? Biasala, first timer, tak tahu mana yang tebaik untuk anak..jadi kami bertukar tukar hihi.

Lepas tu dalam usia 30++, kami bawak dareesa jalan jalan pegi midvalley. Ada expo baby masa tu..





Heheh sempat je kann :p tapi expo ni bagus, ada nursing room.

Teringat dulu pergi expo ni, time mengandung..




Pantasnya masa berlalu kan??

Sekarang saya dah besarrrr




Hoyeahhh!

Alhamdulillah :)


- Posted using BlogPress from my iPhone

Read more...

Monday, April 22, 2013

Breastfeeding Journey : power pumping

Tadi first time buat power pumping. Guna 1 pump je. 10 minit kiri, 10 minit kanan sampai sejam. Letih pulak. So next time nak guna 2 pump la. 10 minit pump, 10 minit rehat. Ini hasilnya





Sikit je..tapi okla dari takde..syukur alhamdulillah..aku berusaha pada Mu aku berdoa & tawakal ya Allah..murahkan lah rezeki Zuha Dareesa..












- Posted using BlogPress from my iPhone

Read more...

Thursday, April 18, 2013

My 1st playground

Duduk rumah kerjanya main internet jelah. Sambil menyusu sambil main henpon. Sambil tu duk cuci mata kat online shop. Bila da cuci mata, ada la pulak benda terrrminat. Dah terpaksa beli hihih :p







Playgym by simple dimple. Playgym jenama ni yg paling murah rina survey. Semua jenama pun lebih kurang je. Lagipun bila baby main kejap je. Tapi tengok playgym ni rina rasa kosong pulak so rina tambah mainan pusing pusing music dan gantung kat tengah tengah playgym.

Dareesa macam rimas je? Tapi ibu tetap paksa gak duduk dalam tu kihkih ibu kejam :p




Beli ni jugak untuk letak dalam baby carrier. Dalam kereta pon ade mainan..untunglaa dareesa dapat ibu macam rina hehe!

Ok da tu je bai

- Posted using BlogPress from my iPhone

Read more...

Wednesday, April 17, 2013

Review Fisher Price Rocker

Assalammualaikum. Rina baru belikan dareesa rocker brand fisher price dari online shop fb : little sofea collection sama tempat rina beli breastpump. Harga standard dan murah dari pasaran. Rina beli sebab nak mudahkan mak jaga dareesa nanti bila rina dah start kerja.

Rina tak berapa minat mulanya rocker brand fisher price sebab ramai sangat yang dah ada jadi mcm bosan hihi. Lagipun agak mahal hanya untuk rocker.



Tapi rina beli jugak sebab katanya boleh vibrate sendiri. Rina ingat vibrate sendiri tu maksudnya dia henjut sendiri. Rupanya memang betol betol vibrate. Vibrate yg macam handphone tuu. Cehhh!

Tak paham betul. Kalau vibrate camtu boleh tenangkan baby ke? Ade gak sesemut badan dia nanti. Sedangkan kita yang pegang je pun dah rasa sesemut dekat tangan.

So kesimpulannya pasrah jela. Dah belikan.. Nasib baik dareesa suka :)

- Posted using BlogPress from my iPhone

Read more...

Monday, April 15, 2013

Maternity photoshoot by Jabbe Production

Salam semua,
rina nak share gambar-gambar Maternity Photoshoot dengan Jabbe Production haritu.
White studio jabbe ni terletak di cheras, dekatt je dengan rumah
harganya RM100 sahaja untuk shoot & burn selama sejam.
ini sebahagian je gambar hehe..banyak lagi..
best lahh jabbe tu, banyak bagi idea ktorang posing, props pon ada yang dia sediakan macam whiteboard, tag nama ibu abah..

waktu ni rina dah hampir due date. rina photoshoot hari Ahad kot, delivered hari Jumaat.
memang dah sarat tapi demi begambar ku gigihkan jua kihkih

layannnzz


















comel ke idak? hikhik

Read more...

Saje nak cakap

55 tahun dah diberi peluang pada dia..tak salah kot bagi peluang pada orang lain pula. Mungkin dia akan lebih sedar dan berubah menjadi lebih baik. Kalau orang lain tu tak best, bagila balik pada dia. Selalunya orang akan buat yang terbaik apabila diberi peluang kedua (dia) dan apabila diberi satu-satunya peluang setelah sekian lama menanti (orang lain). Logik kan?


- Posted using BlogPress from my iPhone

Read more...

Sunday, April 14, 2013

44 hari pantang setel

Yay rina dah abes pantang yang tak berapa nak pantang :p tapi still berpantang makan macam macam lagi sebab menyusu ibu.

Bermakna lagi setengah bulan rina start kerja huwaaa

Semalam bawa dareesa jenjalan rumah sedara, makmi & kakmila





"hii mata saya bengkak sebab takmo tidor petang!"

- Posted using BlogPress from my iPhone

Read more...

Saturday, April 13, 2013

Bedung bayi




"hii kami dua pupu! Besday kami sama 1 Mac 2013!"

Cousin rina pun delivery on 1 mac 2013 juga :) baby girl yang diberi nama Kaisa Tasneem.

So mana satu Zuha Dareesa, mana satu Kaisa Tasneem?? Sape betol dapat cioman dareesa hihi

Nak cerita pasal bedung. Actually dulu awal2 lahir rina rajin bedung dareesa tapi bila dia makin membesar rina tak bedung dah. Satu sebab dia macam tak selesa. Kan musim panas, rumah pulak takde aircond. Satu lagi rina nak bagi dia bebas explore.

Tapi cousins rina suruh juga bedung. Doktor pun ade pesan. Taknak bagi kaki kekang katanye. Iyeke? Lepas tu dengan bedung boleh elak terkejut dan muntah susu sebab kaki baby tak menekan perut.

Jadinya marilah kita berbedung! Maybe malam malam jelah :)

Ini salah satu info rina baa dari babycenter.com
SINI UNTUK BACA PENUH

Membedung ialah seni purba di mana bayi dibungkus dengan kemas untuk membantunya terasa selamat dan terjaga. Ianya boleh menghindarkan dia daripada diganggu oleh refleks penyentakan badannya sendiri (sentakan badan yang agak menakutkan itu, yang dikenali sebagai kejutan hipnagogik, sebenarnya adalah paling normal). Bedung juga boleh membantu mententeramkan bayi apabila dia terlalu terangsang.

Pastikan bayi tidak lapar atau basah sebelum anda bermula dan pastikan anda tidak menutup muka atau kepalanya sebab dia boleh menjadi terlalu panas. Jika bayi anda dibedung, dia mungkin tidak memerlukan selimut lagi.

Hentikan bedung sebaik sahaja bayi anda mencapai usia kira-kira satu bulan, sebab, selepas itu, bedung boleh mengganggu pergerakan dan pembesarannya. Apabila bayi anda mula menendang buang kain selimut, itu satu petanda yang dia tidak lagi mahu dibedung begitu rapi!

- Posted using BlogPress from my iPhone

Read more...

Thursday, April 11, 2013

Nursing cover jenis topi

Saja nak share nursing cover rina




Comel kan? Cousin rina yang hadiahkan. Tq kakmila! Sangat2 berguna. Sangat comel dan stylo juga hihi.

- Posted using BlogPress from my iPhone

Read more...

Tuesday, April 09, 2013

Breastfeeding journey : berpantang makan

Sobsob..salah satu perkara yang perlu dititikberatkan oleh seorang ibu yang menyusukan anaknya ialah jenis pemakanan. Sobsob lagi sekali.. Hihi..

Rina jenis makan je semua, tak reti pantang pantang ni weh..air sejuk, mi, kueteow, cili padi! Pon rina dah telan..

Selama ni ok je dareesa..eh tak berapa ok, dia selalu resah gelisah time tdor. Ingatkan normal je. Tapi semalam dareesa tak boleh tidor sepanjang hari..

Tidor kejap bila menyusu lepas tu terjaga balik. Tapi dia takdelah nangis kuat kuat. Tapi dia tak tido tido sampai lah pukul 11 malam. Letih betol kami nak tido kan dia huhu..

Bila difikirkan balik dan di brainwash oleh mak & cousin, maybe perut dia tak selesa..sebab ibu dia main hentam makan. Lagipon memang perut rina tak berapa sedap semalam..

Kesian sangat dekat dareesa..bengkak kuyu dah mata..mengantuk sangat dah tapi susah nak lena..ibu minta maaf sayang..lepas ni ibu hati hati dalam pemakanan ye..

Bye bye makanan pedas..bye bye makanan berangin..bye bye ais sejuk..sehingga berjumpa lagi..mungkin a year from now..sobsob


- Posted using BlogPress from my iPhone

Read more...

Sunday, April 07, 2013

Breastfeeding journey : medela freestyle

Masa pregnant rina berkira kira nak beli medela freestyle ni. Mahal sangat harganya takut tak berbaloi je. Lagipun rina takde lah semangat sangat nak breastfeed. Masa tu bagi rina formula milk pun ok since i was given formula milk too hee..

Tapi after lahirkan dareesa segalanya berubah cewah! Thanks to Pantai Medical Centre! Sbab hospital ni sangat support breastfeed. Sebelum dicuci bersih2 dah disuruh rina susukan baby :) feeling dia sangat membahagiakan..walaupun takde setitik susu pon masa pregnant, baby still hisap macam ada susu.

Rupanya ada collestrum, warna jernih iaitu susu paling awal yang mengandungi pelbagai antibiotik dan khasiat. Lepas baby menyusu, barulahhh nurse ambil untuk dibersihkan.

Bermula dari tu rina hanya breastfeed dengan tunjuk ajar nurse di pantai hospital. Memang terbaiklah hospital tu. kalau nak bagi formula milk pihak hospital perlu mendapatkan tandatangan ibu dahulu. Bukan macam certain hosp yang teruss sumbat susu botol kan.

Then minggu pertama pantang. Huhu memang mencabar.. Dengan baby asyik nangis macam tak cukup susu, baby jaundice, rehat tak cukup, nipple luka, breast bengkak dan pelbagai pressure.. Dugaan betol, hampir nak give up.

Tapi alhamdulillah dengan support dari suami dan emak, juga rasa sayang pada dareesa, rina masih betahan sehingga hari ini.

Tapii rina dah start risau susu tak meriah untuk buat stok bila rina start kerja nanti huhu. Makan memang rina tak skip. Gemok pon gemoklah. Minum susu hari hari. Top up dengan milo or horlicks lagi. Tapi pam still sikit. Rina guna medela swing my cousin punya. Dah lama, rina takot rina tak rasi dengan pam tu huhu. Lepas tu try guna manual avent rina punya. Tapi entah kenapa bila rina pakai je avent tu mesti comot. Susu tumpah sana sini hoho..apsal eh?

Then tetiba last month ada rezeki lebih, rina buat keputusan beli medela freestyle. Bukan senang kot nak decide since harga medela fs ni mahal giler..hampir 2 ribu k.. Boleh buat macam macam dengan 2 ribu tu huhu.. Tapi demi nak menyusukan dareesa rina beli jugak..so dah beli pam mahal mahal kenalah susukan sepenuhnya atleast sehingga 6 bulan kan. Kalau boleh nak sampai 2 tahon aminnn moga murah rezeki dareesa.

Hari ni first time try medela fs. Tak meriah pun susu tapi lebih dari biasa, alhamdulillah..tapi cam sedey gak susu tak meriah cam orang lain..patut beli shaklee pulak ke huhu

Sebelum mengundur diri :p medela fs ni rina beli di little sofea collection ownernya, lin butterflynn. Nak buat link tapi guna tepon je update ni..search kat facebook k!
Rina beli dari dia sebab ada warranty lactaequip (tanya lynn apa beza warranty tu dengan yg lain k), harga rendah jugaklah dan sebab rina kenal dia..ye la.. Nak beli barang mahal perlu berhati hati huhuh..

Sekian bai


- Posted using BlogPress from my iPhone

Read more...

Saturday, April 06, 2013

Check up di KK first time

Masa pregnant tak pernah sekali pon rina ke Klinik Kesihatan aka KK. Sbab tak sempat or malas :p terus direct ke hospital huhu.

Tapi after bersalin, husband register kan rina di KK untuk nurse datang check. Then semalam rina diminta ke Kk untuk jab baby for the first month. Memula kami malas nak ke kk sbab takut tunggu lama. Kami try cari klinik panel yang ada doktor kanak kanak. Tapi masa dan hari terhad.

Tiba tiba je kami ke KK hehe malas nak pjg cerita.

So sampai sampai first impression rasa errr ramainye orang! Serabut nyaa dengan budak budak nangis lah berlari lah. Rina dah macam nak patah balik dah. Tapi mr zauj suruh sabar dan try dulu.

Dalam 10 minit macam tu nama zuha dareesa dah dipanggil untuk sesi timbang. Yay dah naik hampir 1 kg dalam masa sebulan! Berat mula lahir 2.78 kg, now dah 3.66 kg hihi. Happy rasanya bila susu rina sahaja boleh buat dia mokk mokk hehe
Tapi sekarang kurus je lagi sebab dareesa ni tinggi. 55 cm kot lupa dah.

Lepas tu, dipanggil untuk jumpa nurse. Baikk nurse tu. cek pun sgt teliti. Pendek cerita, dareesa tak boleh inject lagi sebab masih ada kuning. Perlu cek kuning dah ok ke belum.

So kitorang minta reference letter & pergi cek kuning di hosp pantai.

Kesimpulannya check up klinik kerajaan pon ok je :)









Ok la penat nak menaip bai





- Posted using BlogPress from my iPhone

Read more...

Wednesday, April 03, 2013

Tips berpantang

Ditulis berdasarkan pengalaman rina berpantang anak sulung. Lepas ni nak try pantang cara lebih mudah huhu!

1) sediakan at least 10 helai kain batik. Sehari guna 2 helai. Tak perlu kerap basuh sebab tak larat.

2) baju cotton berbutang hadapan or breastfeeding friendly atleast 10 helai juga. Awal awal baby kerap menyusu so takyah nak selaj selalu.

3) maternity pad atleast 4 packs. Rina tak pakai sangat pun. Tapi kalau tak pakai nanti badan busuk je bau susu hoho

4) stoking panjang dan tebal berwarna gelap 5 psg

5) getah rambut kain yang kejap

6) kettle besar untuk rebus daun. Periuk pon boleh tapi leceh.

7) baldi besar, baru puas mandi

8) thermos simpan air panas

9) susu, susu kambing, horlicks, milo, kopi

10) biskut, roti, cereal

11) salonpas atau minyak panas hilangkan sakit bahu sebab menyusu.

12) koyok kepala (ganti pilis). Pilis berhabuk taknak guna dah..minyak kapak pun ok je kot. Tujuan nak hilang sakit kepala kn

13) losyen mustajab panas (ganti tapal badan). Habuk. Tak sesuai untuk menyusu badan.

14) masker lidah buaya yang dah siap bungkus (ganti bedak sejuk)

15) tungku air kecik untuk tuam breast.

16) tungku besar (batu sungai if boleh)+ kain buruk + tali rafia

17) botol air mineral 1 litre 2 botol untuk pastikan minum 2 litre tiap hari

18) selimut tebal dan sweater

19) pemagang ajaib untuk masak time pantang

20) maternity bra 10 helai.

21) pad slim & overnight

22) corset seluar or bengkung mia

23) vitamin or jamu tambah tenaga. Rasa nak try vitamin je lepas ni..

24) breastpump untuk buang susu jangan bagi bengkak sangat.

Ok tu je kot buat masa ni :) sekarang rina dah berpantang hari ke 34. Tak pantang sangat dh akhir akhir ni hohoh. So tak rasa tertekan sangat hehe! Rina harap next baby, rina lebih disiplin haha harapan :p

Baibaibai

- Posted using BlogPress from my iPhone

Read more...

Monday, April 01, 2013

#zuhadareesa 1 month old

Genap sudah sebulan..




Kejap je kan.. Alhamdulillah dareesa sihat, rina pun makin sihat :)

Perkembangan dareesa untuk 1 bulan dia dah boleh sebut ibu. Ok tipu hehe..

Sekarang dia dah makin keras. Senang sikit nak dukung dan mandikan. Menangis masih ek ek ek. Tak kuat :) masih kuat menyusu dan mengempeng. Tidur masih tak teratur. Suka muntah susu huhu..kesian dia. Suka beyak dan shishi time orang tukar pampers haha..beyak bukan sikit sikit. Yang memancut punya huhu! Macam dah nampak kita..tenung je muka rina masa tengah menyusu :)

Ok tu jek baibai

- Posted using BlogPress from my iPhone

Read more...
Related Posts with Thumbnails

Follow by Email

✿Visitors ツ


✿NotaKaki ツ

+ Semua gambar adalah hak milik peribadi Rina.
+ Penyalahgunaan gambar akan dikenakan tindakan.
+ Plagiarism is not allowed.
+ Blog ini akan di updet hari2. (maybe :p)
+ Ok. Itu je kot buat masa ni. Thanks for visiting ya!


  © Rina Stories~* at Rinastories.Blogspot. All Rights Reserved. Powered by Blogger.

Goto Top