Tuesday, May 28, 2013

First anniversary







Celebrate tengok wayang je hehe..first time tengok premier class..best jugak..kerusi selesa & boleh sandar sandar :p sesuai untuk tengok movie yang duration nye lama..

Tinggalkan dareesa..tak boleh lama lama..asyik teingat ingat je 

Apepun, alhamdulillah..mr zauj & dareesa adalah kurniaan terbesar Allah buat rina..syukur dengan limpah kurniaMu Ya Allah..moga mereka sentiasa dalam lindungan-Mu..

To abang, lia sayang abang hingga akhir hayat.. :)

Read more...

Saturday, May 25, 2013

Weekend yang panjang

Takdela panjang, taktau nak letak tajuk ape :p

Jumaat semalam ingat nak pegi shoping, tapi dareesa merengek rengek..badan dia panas sikit. Cek suhu 37 darjah baru. Maybe sebab kena cucuk kamis tu. so cepat cepat tuam air kat kepala. Bukak semua baju. Suka dia sengih sengih



Pastu nangis balik, tuam lagi 1 badan




Dodoi sikit lama lama dia pun tidur..

Lepas solat jumaat dalam petang tu, dareesa dah ok, so kami pun bersiap nak keluar

Tapi bukan untuk shoping, nak pegi opis rina





Hee..nak setelkan kerja sikit before bercuti panjang..adik ipar kawin, nak balik kelate.




Lepak surau opis hehe

Lepas tu balik rumah Saujana putra. Masak masak kemas then tidur..

Malam tu husband tak baca quran macam biasa sebab dia sibuk study nak exam ahad ni...
Tetiba dalam kol 11 malam, dareesa tejaga dari tidur..mula mula buka mata macam memerhati sesuatu..tetiba dia menangis..menangis yang sangat lama dan sangat kuat. Tak pernah lagi rina tengok dia menangis macam tu.

Sampai teresak esak macam tak cukup nafas. Sedih sangat bila ingat balik. Mata terbeliak beliak tengok syiling. Macam nampak hantu. Puas baca yassin, ayat kursi, selawat, buka iphone ayat quran, peluk dia, tukar pampers, lap kepala..hampir sejam kot

Akhirnya dia tertidur..sedih sangat..

Agaknye ada la tu dia nampak..kitorang pun dah nak 2 minggu tak balik rumah tu..ade yang menumpang kot huhu..

Then esok nye iaitu hari ini, dareesa beyak pagi buta, korang terus bagi mandi. Then dia tidur lena sampai tengah hari.Celik mata mood baik :)

So terus dengan plan asal untuk shoping kjap kat jusco dan shoot ke kenduri kahwin kawan mr zauj di rembau




Sesatt so sampai lambat




Jangan tanya kenapa mr zauh berpeluh haha

Dan jangan tanya apsal rina nampak gemuk. Memang reality gemok k!!! Huwaaaa

Pastukan, minyak dah abes tau..boleh lak mr zauj tak perasan..so nak ke pekan rembau g isi minyak tu dalam 15 minit gak lah..ktorang tutup aircond & buka tingkap je..musim da lah panas terik...berpeluhhh dareesa..cian dia, baru 3 bulan da berpeluh...

Pastu balik & now da letih. Dareesa dah tidur. Mr zauj tengok bola..rina nak solat & tidur..

Esok ulangtahun perkahwinan kami yang pertama..

Tahun lepas waktu ni, rina tengah busy pakai inai..dayod yang pakaikan..siap bungkus tangan dengan plastik..hihi..

Alhamdulillah..dah setahun rupanya..sayangnya rina pada mr zauj & zuha dareesa..hanya ALLAH yang tahu..moga mereka sentiasa dipelihara Allah...


- Posted using BlogPress from my iPhone

Read more...

Friday, May 24, 2013

#zuhadareesa check up 3 bulan

Tup tup dah 3 bulan. Actually baru 2 bulan 23 hari tapi pergi awal since nak bercuticuti malaysia selama seminggu..




So untuk result check up kali ni, berat 4.86 kg. naik 600g dari check up lepas. Hihi. Tinggi pulak 60 cm. naik 4 cm dari yang lepas. Oleh sebab dia ni panjang..maka berat nya tak padan..BMI dah masuk line kuning huhu..

Lepas ni kena bagi susu ibu lagi banyak kot? Takkan nak sumbat jugak kalau dia kenyang lagi... Tapi takde pulak nampak dia kurus kering..

Lain lain masalah takde..alhamdulillah dah jab..tak demam pun after jab..alhamdulillah..




Antara perkembangan dareesa :

- dah boleh ketawa bunyi hee hee camtu tapi sekejap je lepas tu susah sikit nak senyum huhu!

- dah pandai "berborak"

- suka tengok pocoyo & baby tv through iphone ibu & abah

- suka main game talking tom

- boleh tertidur sendiri dah

- dah ada rutin tidur. Pukul 6pm dah start tdur. Bangun malam dalam 2 kali untuk menyusu. Kol 5 pagi dah start nak bangun..tapi kadang2 tidur balik.

- still minum susu ibu sahaja alhamdulillah

- tak boleh ibunya makan pedas sobsob. Ais nampaknye tak beri kesan pada dia

- dah tak berak malam yay!

- tak boleh orang tinggal. Kesian mak tok, nak mandi pun susah

- still muntah kadangkadang

- suka angkat kaki tinggi tinggi

- bila orang dukung suka nak pusing pusing..aiyo..takut ibu terlepas je tau

- dah pandai mengiring. Pernah hampir terjatuh tilam baby tu..

- suka tidur tanpa bantal. Penat ibu betulkan. Last last turun gak dia dari bantal. Bantal mahal tu dareesa oi..siap berjenama..ibu & abah pakai bantal kabu je tau

- suka isap jari (macam dah cerita lalala)

- suka mengigau sampai menangis kuat

- suka video cam dengan tok umi

- suka kentut macam orang tua

- suka main air liur!

Okla tu je hehe

Baibai


- Posted using BlogPress from my iPhone

Read more...

Thursday, May 23, 2013

Gatal gatal selepas pantang

Rupanya memang ade gejala gatal gatal lepas pantang tau..ezchema org panggil. Ada yang kena pada baby ade kena pada ibu..

Dalam kes rina, rina yang kena. Syukur alhamdulillah dareesa selamat.Allah makbulkan doa seorang ibu supaya segala penyakit biar jela kena pada ibu janji anak sihat :')

Gatal gatal ni mula kena malam isnin lalu..so dah 3 malam rina kena. Malam je tau, siang tak. Dia tumbuh macam bintat merah macam kena gigit nyamuk. Kalau garu dia jadi merebak. Paling banyak dekat tangan..ada naik kat muka, badan & kaki. Ada yang jenis bintat yang ade cecair tu. nasib baik rina tak macam tu..

Sekarang ni rina tahan je la gatal..sebab dah cucuk masa 1st day..takkan nak ke klinik & cucuk hari hari kan. Nak pakai krim pun takut ada steroid. So nak tak nak terpaksa bertahan..nanti nak beli krim organik mcm moogoo tu..

Rina baca pengalaman orang lain, ada yang kena permanently..ada yang ok after anak dah berusia setahun..ya Allah takkan sampai setahun :(

Harap harap malam ni dah takde..

Ape pon, janji dareesa sihat, rina akan bertahan..




- Posted using BlogPress from my iPhone

Read more...

Friday, May 17, 2013

#zuhadareesa pandai ketawa

Hari ini mencatat sejarah, zuha dareesa dah pandai ketawa bila rina acah acah dia. Yay!!

Selama ni ada gak dia senyum & ketawa tapi dalam tidur atau dengan 'kawan' dia.

Tapi hari ni dia sungguh sungguh ketawa bila rina acah acah!

Perasaan rina? Meleleh air mata! Rasa gembira tak tergambar. Sambil menaip ni pon begenang air mata :')

2 bulan 17 hari...

Manisnya anak ibu bila ketawa..hilang rasa penat ibu bekerja..kalau dulu, balik kerja mesti nak baring dulu..tapi sekarang, balik kerja tak sempat sempat nak bukak tudung ibu terus datang kat dia..kalau boleh nak balik awal sebab nak mandikan dia dengan maktok..

Anak ibu..ibu tak sangka ibu akan sayang sebanyak ini padamu..semoga Allah sentiasa melindungimu...


- Posted using BlogPress from my iPhone

Read more...

Thursday, May 16, 2013




Headband baru hadiah dari kak ana. Pemainan baru beli dekat jusco.



Antara yang berjaya dirembat masa jusco card day hari tu.

Haih la anak..kenapa la ibu tak boleh berenti membeli barang dia..bankrupt la camni hihi..

Letih puasa..

Tetiba.

Actually post before ni tentang breastfeeding journey rina dah delete sebab mr zauj tak bagi cerita. Tak elok katanya..rina tak paham mana tak eloknye tapi as a wife, rina ikut jela kata dia..




Opis rina hee ok entry tak bermanfaat. Ok bye

- Posted using BlogPress from my iPhone

Read more...

Sunday, May 12, 2013

Happy mothers day to me! (first time)

Hihi..first time sambut untuk diri sendiri. Tak sabar nak tunggu dareesa dah besar & wish me. Bagi ibu hadiah please ;p



Rina beli kek untuk mak & diri sendiri. Beli sendiri makan sendiri huhu. Nak tunggu mr zauj err makan hati je kang hahah.

Untuk ummi, my mother in law, selamat hari ummi. Tak dapat nak belanja kek sebab jauh, tapi adik adik lain dah terrer masak kek :) rina memang respect ummi..dia dah berjaya mendidik dan membesarkan 8 orang anaknya dan kesemuanya menjadi insan yang berguna. Dia seorang yang sangat penyabar & rajin. Mr zauj selalu puji ummi. Katanya, ummi takkan makan selagi dia tak pastikan semua anak anaknya makan. Ummi akan makan sisa sisa je. Huhu betapa mulianya seorang insan yang bernama ummi.

Mak lia pulak, rina dah banyak cerita dalam blog ni kot tentang segala pengorbanan mak..mak adalah segalanya, moga lia dapat membalas segala jasa jasa mak selagi hayat masih ada.

Semoga rina dapat menjadi ibu yang baik kepada anak anak rina, dan menjadi contoh kepada ibu ibu yang lain seperti mak & ummi. Amin.

- Posted using BlogPress from my iPhone

Read more...

Saturday, May 11, 2013

Expo mom & baby may 2013





Awal pagi kol 9.30 rina dah sampai mid :p
Ramai gak yang dah sampai. Rina pi breakfast dulu makan bagi kenyang. Nak berperanglah katakan hihi.

So far memang ramaiiii orang. Belum apa apa lagi dah sesak. Makin lama dekat situ makin sesak.

Expo pon lebih besar dari expo maternity & baby last month. Banyakkk barang best best. Tapi macam takde nursing room disediakan? Tapi rina tak kisah sebab dareesa behaveee sepanjang masa hihi..paham paham je dia ibunya nak beshoping.




Antaranya haha..penuh stroller. Nasib baik tak terbalik je halford ni. Bakul bawah pon penuh. Memang tak menyesal la beli stroller ni. Sangat membantu proses penyopingan :p

Rina beli barangan pureen - wet tissue, liquid cleanser & abd detergen. Rm100 habis. Beli baju dekat fiffy, rm10 je selai comell giler kot! Gaun & seluar jeans utk baby 0-3 months hee omeyy. Rina tak suka bagi dareesa pakai besar besar. Orang kan selalu cakap "belila besar sikit nanti boleh pakai lama" huhu. Baju tidor ok kot besar, baju jalan biarlah muat muat baru tomeyy.

Beli gaunn kecikk utk 6 months below utk kenduri kawin adik ipar hujung bulan ni. Semangat okeh nak balik klate. Tapi tetiba ada training yang attach dengan company lain..tak tahula macam mana.

Beli pampers whoopie. Banyak good review so mari kita try. Rina mintak semuaa trial panpers. Ade member bagi tips suruh mintak. Bagus gak tips dia. Banyak kot pampers free rina dapat yay!

Erm beli headband yang comel, beli maternity bra dari fabulous mom, maternity wear dari autumnz, beli storage bag, beli tuala dareesa..

Tu je kot. Entry diakhiri dengan gambar


Try try salah satu gaun yang berjaya dirembat tadi hihi. Dengan headband baru. So makcik smua plzz jangan silap kata saya boboy lagi ye! Heheh

Salam


- Posted using BlogPressfrom my iPhone

Read more...

Thursday, May 09, 2013

#zuhadareesa check up 2 months

29 april lalu check up dareesa yang ke 2 bulan di klinik kesihatan. Oleh sebab check up masa 1st month dareesa tak di inject vaksin sebab jaundice, so hari tu dia kena 2 injections..rina betul betul susah hati..yela..sakit kot 2 sekali..kalau orang dewasa pun sakit apetah lagi baby..

nurse kata ok je, ramai je buat serentak..takde masalah. Tak sanggup nak tengok baby kena inject sampai menangis..huhu..tapi alhamdulillah dareesa kuat..dia nangis sikit je dan tak demam pun :)

Untuk check up 2 bulan semua nampaknya normal..berat dah naik hampir 600 gram jadi 4.26 kg. tinggi naik 1 cm jadi 56 cm. alhamdulillah..dia masih menyusu ibu sepenuhnya.

Rina & husband banyak gak lah tanya tanya

- perlu cuci ke lidah & pusat? Perlu setiap hari!

- normal ke baby bersin?
Normal

- mempengaruhi ke makanan ibu terhadap bayi?
Ya bagi ibu yang menyusukan

Tu jelah soalan soalannya.. Soalan basic je. Nurse je ada masa tu, doktor takde..

Apa yang dareesa dah pandai ye umor 2 bulan ni?

- dah boleh pandang tepat ke arah orang yang sedang berbual dengan dia

- anak mata dah boleh ikut mainan pusing pusing tu bergerak

- mencari cari arah buny

- dah boleh berenang kuak lentang. Mesti jatuh bantal bila tidur malam malam. Bahaya!

- dah keluarkan suara eh eh masa kita bercakap dengan dia

- asyik nak eksesais kaki je

- dah start masukkan tangan dalam mulut lepas tu hisap siap ada bunyi nyot nyot

- dah boleh genggam jari kita

Tu je kot.




Ibu dah tak sabar nak tengok dareesa senyum dan ketawa!!



- Posted using BlogPress from my iPhone

Read more...

Thursday, May 02, 2013

1st day masuk kerja

Quick update. First day hari ni terus ada meeting di Jalan Timur. Boleh pergi lewat sikit. Tapi still bangun awal. Pukul 5 pagi da bangun. Ni dekat rumah mak dah, kalau dari saujana putra tak tahu laa kena bangun pukul berapa.

Kemas kemas beg, bagi penerangan susu dekat mak semua, menyusukan dareesa, lepas tu terus pegi keja.

Sepanjang meeting teringat dareesa :( mak call tetiba kata susu macam tak cukup. Mak panik so bawak turun yang beku ke bawah. Rina dah convince mak akan cukup punya sebab 17 oz kot rina dah letak dalam chiller. Tapi mak panik hoho. Dengar dareesa menangis kuat, sedih rasa hati. Rasa nak berlari balik hee.

Waktu rehat sempat pump dalam bilik meeting depan kak nad & ain. Kunci pintu dan pump. Segan sangat walaupun cover dengan nursing cover tapi tetap segan.

Nasib baik meeting habis awal. So cepat cepat balik.

Sampai rumah nampak dareesa tengah tidur nyenyak dan mak tengah terkulai layu hahaha..kecian mak.

So for today, dari 9am-4pm hanya dapat pam sekali je..sobsob..dapat 6 oz..

Sekian.


- Posted using BlogPress from my iPhone

Read more...
Related Posts with Thumbnails

Follow by Email

✿Visitors ツ


✿NotaKaki ツ

+ Semua gambar adalah hak milik peribadi Rina.
+ Penyalahgunaan gambar akan dikenakan tindakan.
+ Plagiarism is not allowed.
+ Blog ini akan di updet hari2. (maybe :p)
+ Ok. Itu je kot buat masa ni. Thanks for visiting ya!


  © Rina Stories~* at Rinastories.Blogspot. All Rights Reserved. Powered by Blogger.

Goto Top