Monday, June 24, 2013

#zuhadareesa jelir lidah



Adus..kenapa dareesa suka jelir lidah ni..nak masuk 2 minggu dah..risau ibu kalau jadi habit..

Dah la orang tua tua kata baby tengah main lidah dengan syaitan erkkk takmolaa dareesa..takut ibu la..

Kak ipar suruh calit bawang putih tiap kali jelir..kalau dia tak berhenti lagi nak kena try petua ni..

Satu lagi problem, nyamuk@semut sukaaa sangat dekat dareesa..habis penuh muka dngan merah merah...tak comel dah anak ibu :(

Read more...

Friday, June 21, 2013

Budak praktikal

Company hantar rina untuk training di PSI INCONTROL selama sebulan. Terasa macam budak praktikal. Cuma yang beza semua pakat panggil kakak. Bukan adik. Adakah muka rina memang dah mengalami penuaan yang ketara? Maybe pakaian pun macam makcik jual sayur je? Tambah pulak spek ala ala orang tua rabun dekat. Huwaaa...perlu lakukan sesuatu dengan segera!


- stop pakai spek, kembali ke contact lense
- buat facial
- pakai safi rania gold LOL
- consume collagen
- beli baju yang berwarna ceria
- jangan pakai baju mengandung
- shopping kasut tinggi
- pakai sedikit make up

Mari berusaha untuk kembali remaja!

Read more...

Tuesday, June 18, 2013

#ZuhaDareesa dah boleh meniarap




Genap 3 bulan 18 hari :) congrates anak ibu!

Read more...

Sunday, June 16, 2013

Selamat hari bapa, abah #zuhadareesa

Terima kasih kerana menjadi seorang abah yang sangat bertanggungjawab. 


Dari saat Zuha Dareesa hendak dilahirkan, Mr Zauj setia menunggu. Hampir 24 jam menanti, syukur Ya Allah, Zuha Dareesa selamat dilahirkan kedunia. Mr Zauj menjadi orang pertama yang melihat kepala, badan, wajah Zuha Dareesa. Mendapat peluang untuk memotong tali pusat kemudian mentahnik & mengazankan Zuha Dareesa. Setia pula menanti kami berdua keluar dari ward. 

Sampai sahaja rumah bermula lah episod kami menjadi ibu bapa buat pertama kalinya. Sangat mencabar. Sangat tertekan buat rina. Andai Mr Zauj tiada di sisi tak tahula macam mana nak hadapi sorang sorang.

Apabila Zuha Dareesa disahkan menghidapi jaundice, Mr Zauj lah yang bertungkus lumus membawa kami ulang alik hospital. Dia yang buat appontment. Tak lupa dia yang buatkan mykid Zuha Dareesa, belikan ubat untuk Zuha Dareesa.

Belajar bedung dia, mandikan pun dia, tukar pampers pun dia, dodoikan pun dia..malam malam bila rina terpaksa menyusukan Dareesa, Mr Zauj sudi teman sekali, ambilkan air untuk rina..walaupun esoknya dia terpaksa bangun awal untuk ke kerja.

Sehingga sekarang, dia merupakan seorang abah yang sangat bertanggungjawab..tak pernah lepas tangan..malah lebih tahu banyak perkara dari rina..nak cerita memang takkan habis..

Buat Mr Zauj, Selamat Hari Bapa buat pertama kalinya! Abang dah membuktikan abang boleh menjadi seorang abah yang baik. So, kalau nak tambah lagi sorang dah boleh dah ni eh?! Hihihi.

Kbai

Read more...

Wednesday, June 12, 2013

#zuhadareesa berkhatan

Kami bawa Dareesa khatan di Pusat Rawatan Islam area PJ isnin lalu selepas pulang dari kerja. Jammed giler tapi kami redah jugak. Taknak tangguh tangguh lagi. Sampai dah maghrib, nasib baik situ ada tempat solat & kfc :p tapau kfc dan berbuka puasa dalam klinik.


Dareesa sikit pun tak nangis. Dia terkejut sentap kaki je. Tak bunyi pon. Anak ibu ni..baik betul..ni yang sayang lebih ni hhe. Ibu yang lebih lebih rasa nak pitam bila anak sendiri kena khatan. Ngeri uols.

Alhamdulillah dah besar anak ibu, boleh kawen dah. Eh! :p




Sesi mencapai mainan menggunakan kaki.



Kbai

Read more...

Monday, June 10, 2013

Menanti di syurga

Innalillah wa innalillahirrojiun..

Pagi semalam, baby one of my friend, erien selamat kembali ke rahmatullah. Gie call inform rina, rasa macam rentap jantung..mengalir air mata..rasa sedih sangat..sedih lagi bila mengenangkan bagaimana erien nak menghadapinya..

Terus ajak mr zauj ke rumah erien. Sampai sampai, jenazah kecil itu dah dikebumikan..terkilan tak dapat bertemu walau sekali..maafkan aunty, zuyyin..kami dah plan cuma waktu tak membenarkan..

Sedih bila tengok wajah erien, hud, ibu erien dan lain lain..bak kata erien, ibu dia la paling sedih sebab hari hari mengadap zuyyin :'(

Tak dapat rina bayangkan bagaimana sekiranya terjadi pada rina ya Allah nauzubillah..

Semoga erien sekeluarga tabah dalam menghadapi dugaan maha hebat ini..zuyyin akan menanti kalian disyurga..

Al fatihah buat Hasya Amilia Zuyyin..


Read more...

Saturday, June 08, 2013

#zuhadareesa 100 hari

Read more...

KL - Kelantan - Kedah -Langkawi - Kedah -KL (part 2)


30 Mei :

Hari ni bersiap siap nak ke Kedah. Konvoi lebih 5 buah kereta. Tak sure berapa kereta tapi hampir 40 orang huhu. Ore kelate memang cenggini kot. Kalau hntar menantu memang semua ikot. Sangat meriah tau. Tapi sebab terlalu ramai, boleh jadi lambat la sikit.


Pagi tu sempat lagi ke kedai Salamku. Tujuan nak beli cooler box je tapi ter shopping macam macam perkakas rumah pulak. Best giler ok kedai ni. Banyakkk pilihan pekakas rumah. Harga pun murah nak banding dengan harga di KL. Cooler box pun murah je. RM 30 plus je. Sangat tahan. Seharian ais tak cair. Rina beli cooler box ni untuk simpan susu yang telah di pump. Nak travel kan..

Tapi untuk susu beku memang tak tahan. Mesti akan cair separuh jadinya terpaksa buang. So sepanjang 10 hari travelling ni, rina hanya berani bawak balik susu yang 5 hari terakhir je. Means rina tak bekukan dulu. Yang 5 hari terawal rina buang tapi ada yang digunakan time rina tinggalkan dareesa untuk berdating dengan mr zauj :p

Kenapa perlu pump? Sebab malam malam memang bengkak susu lagipun nak pastikan demand sentiasa tinggi jadi production susu tak merundum. Alhamdulillah nasib baik ada mr zauj yang sudi jaga susu supaya tak rosak. Setiap masa dia cek ais & topup ais. Bawak cooler box tu merata rata. Terasa sangat dihargai :) support suami amat penting tau untuk seorang ibu menyusukan anaknye sehingga 2 tahub bukan 1 perkara yang mudah.



Parent in law naik kereta rina. 8 jam jugak perjalanan KB- Alor Setar. Sesat lah, tunggu orang lah. Huhu. Sampai pukul 2 pagi. Kesian Dareesa. Kecik kecik dah balik malam. Nasib baik dareesa good girl. Tidur jee dalam kereta. dia memang suka naik kereta. Senang bawak jalan.

Sampai Alor setar duduk dekat homestay, takde gambar tapi memang padatla 40 orang duduk 1 rumah double storey.

31 Mei :

Majlis bertandang hari ni. Jalan jalan sekali alor setar sambil mr zauj cerita kenangan kenangan dia time kecik kecik dulu. 7 tahun duduk kedah sebab abah mertua bertugas disini. Siap pergi melawat rumah kawan kawan dia. Saya follow je hehe

Oh ye, pagi tu boleh pulak air takde! Terpaksa la kitorang ni pegi mandi dekat masjid. 

1 jun : 

Oyeah ari ni pergi langkawi~ pagi pagi bangun dah bersiap. Separuh je yabg pergi, separuh lagi rombongan tak join. Cuaca tak baik pulak. Risau gak lah nak naik feri. 

Feri memang huyu hayang dek ombak. Ade yg muntah. Nasib baikdareesa ok je. Rina je rasa mual sikit. Sampai langkawi dah petang. Pakat sibuk nak masak. Family mr zauj memang camtu. Pergi mana mana pun masak sendiri & makan di rumah. 

Tapi petang tu, mr zauj sewa motor dan ajak rina round langkawi. Tinggalkan dareesa jap bagi umi jaga.


Besttt! First time naik motor dengan mr zauj :) macam budak muda je rasa rempit satu pulau haha..lepas minum minum ktorang pun pulang ke chalet balik.

Oh ye, kami semua tinggal di rumah peranginan TnB. Best ngadap laut. Macam rumah kampung ada 3 bilik, ruang tamu, ruang makan, dapur. Banyak lalat huhuh. Tandas bersih.

2 jun :

Sambung lagi :p

Read more...

Thursday, June 06, 2013

KL - Kelantan - Kedah - Langkawi - Kedah - KL

26 Mei :


Bertolak balik ke kelantan pada awal pagi. Tak berapa nak awal sangat la..hihi.  Ade jem sikit sikit, dalam 8 jam sampai rumah mertua. Alhamdulillah dareesa baik je sepanjang perjalanan. Tidur je. Tak nangis kuat pun. Good girl. 



27 Mei :

Masing masing busy kemas rumah. Sebab malam tu adik ipar akan menikah. Meriah rumah mertua. Semua dah balik. 

Petang tu sempat lagi rina & mr zauj keluar berdua. Tinggalkan dareesa jap hihi. Konon dating sempena anniversary la. Since ada ramai dayang dayang @ adik ipar yang suka mengasuh baby, kami ambil kesempatan untuk keluar bedua. Dating di Pantai Cahaya Bulan



Orang kata kadang kadang bagus gak keluar bedua untuk kekalkan kemesraan suami isteri. Tapi bagi rina & mr zauj, lagi best keluar bertiga. Dareesa takde macam tak lengkap lah. Asyik teringat dia je.


Bertiga lebih baik hehe :)
Menikah di masjid. Ambil gambar di pelamin yang dipasang di rumah. 
Sekali lafaz, simple, ringkas, adik ipar rina, anis selamat menjadi isteri orang. Suaminya orang kedah. Baik orangnye. Semoga mereka bahagia hingga syurga aminn.

28 Mei :

Hari ni adik ipar bersanding. Lagiii lah busy haha..baju pun tak siap jahit lagi hehe kelam kabut je masing masing tapi alhamdulillah semuanya bejalan lancar. 


Tema gold..

29 Mei :

Hari ni berehat rehat je. Pegi shopping sikit. Mak kirim keropok. Lepas tu pegi PCB lagi makan makan dengan adik beradik. Best tau adik beradik ramai..merasa jugak rina ada family yang besar hehe


 
Dareesa dengan cousin aka bestfriend, Dhia Maisarah. Omeyy angatt! Sebulan tua dari Dareesa.
Dhia mata besar bolatt, Dareesa pulak hidung besar bolatt kahhhhh :p 


Ini pulak kakak Dhia, Adelia Batrisya. Cucu sulung, cucu kesayangan niii. Baru nak masuk 2 tahun tapi bijakk sangat. Yang penting, jagung lagi besar dari tangan haha.

Malam tu, buat selawat sikit sempena aqiqah dareesa & dhia. Aqiqah kitorang sembeli lembu je. Join kenduri majlis kahwin tu.

 
Tudung kelabu tu, Mok. Nenek mr zauj, moyang dareesa. Masih kuat dan sihat.

Dareesa tidur je sepanjang selawat. Anak ibu memang juruh. Sayang dareesa sangat sangat muahhh!

30 Mei :

Sambung next entry :p

Read more...
Related Posts with Thumbnails

Follow by Email

✿Visitors ツ


✿NotaKaki ツ

+ Semua gambar adalah hak milik peribadi Rina.
+ Penyalahgunaan gambar akan dikenakan tindakan.
+ Plagiarism is not allowed.
+ Blog ini akan di updet hari2. (maybe :p)
+ Ok. Itu je kot buat masa ni. Thanks for visiting ya!


  © Rina Stories~* at Rinastories.Blogspot. All Rights Reserved. Powered by Blogger.

Goto Top