Monday, July 29, 2013

Featured dalam majalah In Trend


Disamping dengan nama nama besar seperti Irine Nadia..tetiba je ada blog rina :p 

Malu tapi seronok haha..lagi lagi bila ada gambar Zuha Dareesa dalam tu..

Tq uols sudi membaca blog rina yang bosan ni huhu..sorry kadang kadang tak reply comment or blogwalking kembali..zaman bersungguh tu dah berlalu..now rina just blogging bila free je..as a hobby..

Last but not least, tq In Trend! Ni second time beli In Trend hehe! Bulan ni banyak tips untuk hijabster.


Edisi ogos, edisi ke 100 & juga bulan birthday rina. Kira ni hadiah pertama buat rina lah :))

Read more...

Sunday, July 28, 2013

Contest untuk ibu ibu

Salam semua! Jom join contest organize by Butik Ummi ! Link : https://www.facebook.com/pages/Set-tilam-baby-butik-ummi/348080091956689


Huhu biasa la guna hp je


Syarat penyertaan sangat mudah! Cuba lahh try..mana tahu rezeki hehe..rasanya tak susah nak menang sebab tak ramai yang tahu. So yang duk baca ni silalah try! 

Butik ummi mertua rina ni :p adik ipar yang uruskan :)

Rina pon nak join.. Nak hantar gambar ni :


Hihi ok tak?? Join tauu!

Read more...

Thursday, July 25, 2013

Tema raya tahun ni

Wee dah 15 Ramadhan dah bolehla kot sembang pasal raya hihihi..so tahun ni lebih meriah lah kot dengan kehadiran si kecil Zuha Dareesa..beria lah ibunya nak bagi satu family sedondon :p


Masa berdua dulu tak kisah sangat tapi semenjak ada baby ni semangat pulak rina nak sedondon :p

So mula mula cari kain untuk rina hee..yela yang paling susah nak cari match mestila baju rina kan. So baik mr zauj & Dareesa ikot baju ibu je :p

Sekarang ni baju sedia ada baju masa kenduri anis (adik ipar). Confirm pakai masa di kelantan nak bagi sedondon dengan semua adik beradik

-warna gold - semua ada dah
-warna biru lembut - cari baju dareesa

Lepas tu baju rina baru beli tapi dah selamat pakai

- warna kelabu hitam - semua ada dah

Dan kemudian baju tema family kami

- warna belacan - dareesa takde lagi..hopefully kain ada lebih untuk baju kurung

Last sekali baju baju kurung rina yang lain

- warna ungu - mr zauj takde lagi
- warna merah - dareesa takde lagi kot? Kena cek balik hihi

Ada masa lagi nak cari hehe..banyak dah baju sedondon yay! 






Read more...

Tuesday, July 23, 2013

Idea nak lengkapkan rumah before raya

Assalammualaikum..


Masih di kelate. Tak ngantuk pulak. Esok nak balik KL dah. Tadi rina baca blog nana pasal rumah (girlish87.blogspot.com) tetiba terusss berangan pasal rumah sendiri pulak..:p

Bestnye idea rumah nana. Macam lebih kurang je taste nana tu dengan rina..yela, dia pon suka pink pink, girlish sikit lebih kurang la kot jadiknya taste kami..

Tapi walaupun begitu, poket kami tak sama hahaha :p rina budget ciput je. So rumah takdela nak ada konsep bagai. Yang mana murah yang itula rina rembat dan pandai pandai lah main dengan warna bagi nampak kemas dan cantik.

For me, rina suka rumah tu senang dikemas, tak banyak barang, tak serabut & nampak luas. Cukuplah kot..sebab rina jenis tak suka rumah bersepah tapi malas nak kemas haha macam mana tu?! Lalala

Baru baru ni kitorang ada beli karpet, hiasan ayat quran, aircond, kelengkapan bilik air untuk rumah & etc..dan masih banyak lagi yang tak lengkap rumah tu..plan before raya dapatlah tambah tambah apa yang patut..

Antara yang penting..

1) meja makan...nak 6 seaters & warna purple

 
Mahalnye pitamss

 Atas ni cantik if meja warna putih @ hitam...walaupun perabot putih cantikkk tapi rina tak nak la..susah nak jaga.. I kan suka rumah kemas tapi pemalas, remember? :p

Alternatif lain if mahal sangat..rina beli je meja makan warna hitam then beli lapik kerusi colour purple. Sekian.

2) rak kasut yang tinggi & bertutup

Bersepahlaa satu bilik ni dengan bekotak kasut. Selagi tak beli rak kasut selagi tu la bilik tu tak dapat kemass


Survey dalam internet kata dekat cavenzi ada jual macam ni RM299

3) rak tv

Sekarang tv letak atas meja kecik je hehe lawok plak tengok..sofa, tv sume lengkap dah tetiba rak tv guna meja kecik..

Teringin nak tempah buat tapi tu laa mahal..

So buat masa ni nak yang murah, hitam, berlaci bukan lutsinar..taknak nampak dalam..taknak open rack..nampak sepah nanti :p macam atas ni pon dah cukup

4) rak rak nak simpan barang

Haritu nana tunjuk ni

 
Teruss jatuh cinta! Di samping boleh simpan barang, boleh jadi iron board gak kan?! Harga RM400. Macam berbaloi jer

5) cermin hiasan

Tak penting sangat kot? Tapi memang plan nak beli..nak yang macam ni

 
Atau 


Tak besar sangat so tak takot sangat heeee :p

6) hiasan bingkai gambar..memang ada dalam plan gak before raya nak hias rumah..


Nak letak kat tangga tapii kalau dapat cat dinding macam dalam gambar sure cantik lagi!

Okla tu je..nak beli banyak banyak sekaligus macam tak mampu so beli sikit sikit :)

Ok nantok dah bye!

Read more...

Monday, July 22, 2013

#Zuhadareesa mula makan - Munchkin food feeders

Salam..yay lagi sebulan dareesa nak start makan dah! Tak sabarnyeee!


Selain Avent combined steam & blender (Philips avent pilihan rina. Rm350 je :) http://rinastories.blogspot.com/2013/07/beli-murah-philips-avent-combined-baby.html?m=0), rina rancang nak beli food feeders gak. Alaa yang letal buah or sayur dalam tu then baby gigit gigit keluarla juss

Dalam banyak banyak brand rina suka yang brand munchkin. Sebab warna cantik & diperbuat dari jaring/kain so mudah dicuci dan tak mudah koyal berbanding yang diperbuat dari silikon macam puting tu



Homey kan?? Ibu tak sabar!!

Anyway, siapa yang nak beli rina ada jual :)

Harga : RM 29.00
Warna : hijau atau biru
Postage : RM 8 (free kalau beli above RM100)

Contact : rina_besh@yahoo.com atau whatsapp 0172052343



Read more...

Saturday, July 20, 2013

Stork by Snuggbaby


Rina baru beli ssc ni tadi, stork by snuggbaby. Beli di butik Fabulous mom. Online pon boleh beli. Dah try boba 3g tapi kitorang suka material stork lagi & baby nampak selesa dalam tu. plus murah lagi hehe..

Dareesa suka sangat. Masuk je stork terus tidor. Good girl!

Kami dah sampai kelate. First time dareesa naik flight.


Tak tidor. Agaknye dah puas tidor dalam stork. Tapi dia tak meragam lansung..dareesa memang anak yang baik. Ibu love you!

Ok bai



Read more...

Friday, July 19, 2013

Menunggu waktu berbuka



Hee saja share gambar..lama pulak nak tunggu berbuka..
Esok kami kelik klate. Berbuka puasa disana. Dah beli tiket awal awal lagi...nasib baik..dapatlah murah sikit & tak perlu nak drive jauh...

Dareesa mesti tak sabar dah nak kelik klate..kat klate nanti ramai kawan kan sayang..suka la nanti dia :)

Oklah tu je..takde benda best nak citer. Paling best yang terbaru TNB dapat bonus raya :p berapa? Rahsia :p alhamdulillah rezeki dari Allah..plan nak buat open house. Jemputlahh nanti ye hihi

Read more...

Thursday, July 18, 2013

Mengajar anak tidur asing


Buka satu pagar baby cot then rapatkan ke tepi katil. Hihi. Curi idea dari kawan blogger lain :p

Tapi still kat rumah mak dareesa tidur sekatil. 

Macam sedih pulak nak tidur asing walaupun sekarang dareesa dah tak bangun malam..

Tapi malam malam tu kadang dia minta peluk..omey sangattt!

Ibu pon tak boleh tidur tanpa pelok dia..

Tapi tu lahh..suami takde sape pulak nak peluk hahaha

Waktu kecik baby takpe lagi tapi nanti dah besar segan la pulak depan anak kan :p

Sebab tu sekarang dah kena try tidorkan dia asing. Atleast asing katil or jangan bagi tidur tengah tengah...

Read more...

Monday, July 15, 2013

Weekend pertama Ramadhan

Hari sabtu masak western food



Ada spagethi carbonara by me, lasagna by mr zauj, lamb chop by me & beli siap perap, chicken chop beli siap perap, baked bean, blackpapper sauce by mr zauj, donut big apple, jus mangga beli..

Hari ahad masak masakan melayu 


Ada sambal udang by me, siakap 3 rasa by mr zauj, telor, begedil by sis in law, sotong goreng tepung, sambal lada & bandung cincau by sil..

Weekend jelaa sempat masak..weekdays makan rumah mak je takpon beli bazar :p

Maybe selasa ni nak balik rumah jugak..

Ni la nasib beli rumah jauh jauh huhu..eh bukan jauh..setengah jam je tapi jem nye jadi 2 jam huh!

Ok bai

Read more...

Tuesday, July 09, 2013

Marhabban ya Ramadhan

Alhamdulillah dah nak masuk Ramadhan esok. Moga sempat lah kita berpuasa selama sebulan...


Tahun ni pastinya berlainan dari tahun lepas. Tahun lepas masyaAllah..hanya Tuhan saja tahu betapa tersiksanya rina..masa tu di awal kandungan. Asyik muntah muntah je. Bayangkan buka puasa tak makan ape2! Tak lalu sangat. Masa tu alahan datang waktu petang so tak boleh nak bebuka. Makan je confirm muntah. Esok dah lembik sangat sebab tak makan ape. Sahur pun tak boleh makan banyak sebab kalau makan banyak sangat pun muntah. Memang kurus kot. Tinggal 44kg je heheh bestnyee sekarang 18 kali ganda *nanges*

Untuk tahun ni lebih bermakna sebab ada Zuha Dareesa di sisi. Takpe minumlah susu, ibu tengok sambil meleleh air liur hikhik ibu over. Hopefully walaupun menyusu takdela rina sampai dehydrate ke..kena sahur & minum selalu waktu malam la kali ni.

Azam ramadhan kali ni nak puasa penuh since miss p masih belum menjengah hihi..nak join tadarus di surau ofis..nak solat terawikh setiap hari walaupun tak dapat ke surau sebab nak jaga baby..dapat masak sedap sedap untuk suami...tahun lepas tak masak langsung...kesian mr zauj..

Kesimpulannya nak jadi lebih baik..nak jadi isteri yang solehah..dan anak yang solehah..

Nak start bacakan surah lazim dekat dareesa...rina ada baca sorang blogger ni hari hari bacakan surah lazim pada anak dia sebelum tidur...rina?? Sibuk main facebook masa anak duk menyusu! Buruk sungguh perangai..moga rina dapat menjadi ibu yang baik pada anak yang baik macam dareesa..

Ok tu jek. 

Sayang dareesa sayang abang..lia tak sabar nak balik kerja..hati rasa gundah gulana..

*tetiba..huhu*

Read more...

Thursday, July 04, 2013

Berjaya Langkawi Resort & Spa

Salam semua. Baru balik dari Berjaya Langkawi. Ada seminar di sana. Rina pergi 2 hari 1 malam je. Sepatutnya 3 hari 2 malam. Tapi rina balik awal so tak join BBQ dinner & Island hoping. Tak syok plak bersuka ria tanpa anak & suami disisi. Kalau single lagi sure rina duk sampai ahad kat langkawi haha.


Ni first time duduk Berjaya langkawi & kemungkinan besar the last time hehe. Sebab mahal giler rate dia. Boleh cecah RM800 per night. Paling murah waktu bulan puasa RM400 per night. Ni untuk rainforest chalet biasa. Kalau yang atas laut mau 2,3 ribu. Huhu. 

Penuh dengan mat salleh & pak arab jela. Tak mampu kot orang Malaysia. Kalau mampu pun habis duit kat oversea kot.

Ni gambar dari google :



Ni lah rainforest chalet


Atas bukit tengah tengah hutan. Pintu kat belakang ngadap hutan kot. Dari balcony nampak laut.

Nak ke chalet kena naik shuttle


Yang tak best kena tunggu kat tepi jalan kalau nak naik shuttle. Tak boleh tunggu dalam bilik. Takuttt. Sebab malam tu rina sesorang tunggu tepi jalan. Nak pegi lobby nak dinner. Shuttle pulak lembab. 5 minit tunggu tak datang. Serammm okeh! Ada benda terbang dari pokok ke pokok. Rina anggap burung jela heheh. Adoi kelakar plak ingat balik..penakut betul.

Apepon kalau nak honeymoon or tenangkan fikiran memang sesuai. Mahal la tapi. Ade duit takde hal hehe

Makan pun sedap gak. Naik 8kg sehari duk sini :p

Ok bai

Read more...

Monday, July 01, 2013

#zuhadareesa 4 bulan

Salam, quick updates. Busy plak lately ni. Cewah busy la sangat :p ini semua poyooo



Holoh holoh holohhhh homeynyaaa anak ibu tidor. Nak kena gigit ni!

Alhamdulillah hari ni genap 4 bulan. InsyaAllah hari nak inject vaksin coccoal camne tah eja..maybe ade certain parent tak menyokong vaksin ni. Tapi rina masih percaya pada vaksin. Bagi rina takkan lah satu dunia punya doktor bersifat kejam untuk membahayakan nyawa bayi kan? My bestfriend & cousin seorang doktor pun menyarankan agar memvaksin kan bayi. Tapi takpelah..kita hormat keputusan masing masing. Semua ibu bapa nak terbaik buat anak mereka kan?

Sambung lagi, vaksin coccoal (taktau eja) ni tak wajib tapi penting..ada baby kawan rina meninggal akibat jangkitan coccoal tu. mungkin hanya sebagai sebab, yang sebenanya dah ditakdirkan. Tapi ape salahnye kita berusaha kan..

So dalam usia dareesa 4 bulan..

- dah pandai meniarap sendiri dengan laju. Tangan still tekepit, hanya dua tiga kali je berjaya bawa kedepan sendiri
- da boleh berdiri dengan sokongan. Kaki dah kuat.
- kepala tak goyang da
- dah pandai membebel hihi
- suka jelir lidah, main air liur berbuih buih
- suka pegang barang dan bawa ke mulut
- belum reti capai barang. Kena rina hulurkan mainan baru dia genggam
- ketawa bedekah dekah
- pandai ngamuk kalau orang tak layan @ tak dukung


Ok tu je kot.

Alhamdulillah masih menyusu ibu. Masih seorang anak yang baik. Tak nangis kuat kuat. Tak meragam banyak. Malam suka tidor. Masih suka kembangkan hidung time shishi haha

Kbai!

Read more...
Related Posts with Thumbnails

Follow by Email

✿Visitors ツ


✿NotaKaki ツ

+ Semua gambar adalah hak milik peribadi Rina.
+ Penyalahgunaan gambar akan dikenakan tindakan.
+ Plagiarism is not allowed.
+ Blog ini akan di updet hari2. (maybe :p)
+ Ok. Itu je kot buat masa ni. Thanks for visiting ya!


  © Rina Stories~* at Rinastories.Blogspot. All Rights Reserved. Powered by Blogger.

Goto Top