Thursday, August 29, 2013

Persediaan solid food zuha dareesa 6 bulan

Salam semua..insyaAllah lagi 2 hari Dareesa akan masuk usia 6 bulan. Means she is ready for solid food! Seperti post sebelum ni, memang Dareesa dah ada tanda tanda sedia untuk makan tapi saja rina tunggu bagi 6 bulan. Bolehla rina dapat 6 months of exclusively breastfeed. No FM no solid food. Only mom's breastmilk. Moreover, she has her whole life for solid food.


So sebagai mommy yang over excited, rina dah prepared macam macam untuk dareesa..biar ibu pakai pinggan plastik takpe kihkih

1) Philips Avent combined steam & blender


Rina ada jual. RM420 only. Email me for more info.
Rina akan guna blender ni untuk steam & blend buah, sayur & daging then simpan buat stok. Untuk permukaan dareesa akan makan puree je. Nanti dah 7-8 bulan boleh add on stok dalam bubur. Senang kan?

2) Baby Cube


Ha rina nak simpan dalam ni la..ni cube 2 oz. boleh dapatkan di Fabulous mom. RM20 ++ Guna kiub ais pon boleh janji tutup la. Leceh sikit kot nak ambik satu satu cube. Dengar citer kat Giant pun ade jual.

3) warmer. Rina ada dah untuk panaskan ebm. Rina beli brand autumnz dulu.

4) set pinggan makan

Haritu pegi pureen rina beli satu set


Murah je tak sampai RM10 pon..ada lagi 2 set rina dapat hadiah


 Salah satu yang dapat hadiah..

Rina macam nak beli cawan baru yang comel lagi hehehehe tapi tunggu dulula..pakai je yang ada ni

Rina nak beli pinggan yang boleh lekat atas meja nanti

5) highchair


So takkan jatuh dari highchair hehe

Bumbo seat tak jadi belila..mahal sangat lah...rina akan letak dareesa dalam rocker fisher price jela..boleh set kan tinggi kan & boleh jadi kerusi jugak.

Ataupun letak dareesa dalam walker time makan

6) bibs


Banyak je..yang jenis plastik baju pon ada..tapi maybe nak cari yang berpoket nanti

7) tupperware


Dapat hadiah jugak. Untuk bwk bekal makanan..

8) thermal bag

Nak bagi mknn kekal panas takde pulak..tapi mknn klau dipanaskan elok sejam je kot since sama macam ebm.. So baik bawa bekal sejuk & panaskan guna warmer dalam kereta..eh? Mana ok ye?

9) mini kalendar

Cewahhh konon nak buat kalendar makanan dareesa tapi macam tak kuasa kuikui

10) buku resipi

Konon nak print & combined buat buku tapi macam tak kuasa jugak :p 

11) munchkin food feeder

Rina ada jual tapi belum beli lagi...tunggu dulu lah...tunggu gaji bulan depan haha!

Sekian timekasih!

Read more...

Wednesday, August 28, 2013

Saya budak comel

Salam..hi lama tak update hehe!



Ni dareesa yang terbaru hehehe..slim je anak rina. Tak demok tak kurus, fit gitu, perut flat okie. Kaki & tangan muscle. Muka ada apam.


Tabiat baru saya ketap bibir. Gatal gigi ke? Or baru jumpa bibir?


Hee ni walker baru saya. Tak sampai kaki lagi. Ibu saja bagi testing :p tak boleh naik lagi since saya belum start duduk.

 
Ni favourite saya. Hari hari mesti nak nyanyi..hopefully saya pandai bila besar nanti!

Sekian

Read more...

Thursday, August 22, 2013

Cara nak tahu baby dah boleh makan ke belum

Rina nak tunggu Dareesa 6 bulan baru makan. Tapi ini hasil bacaan rina dari babycenter.com. 


You can introduce solids any time between 4 and 6 months if your baby is ready. Until then, breast milk or formula provides all the calories and nourishment your baby needs and can handle. Your baby's digestive system simply isn't ready for solids until nearly the half-birthday mark. 

The American Academy of Pediatricsrecommends that babies be breastfed exclusively for at least six months – though parents will attest that some babies are eager and ready to eat solids earlier.

How will I know when my baby's ready?

Your baby will give you clear signs when it's time to move beyond liquid-only nourishment. Cues to look for include:

Head control. Your baby needs to be able to keep his or her head in a steady, upright position. (Dareesa lulus)

Losing the "extrusion reflex." To keep solid food in the mouth and then swallow it, your baby needs to stop using his or her tongue to push food out. (Tak pernah try)

Sitting well when supported. Even if your baby's not quite ready for a highchair, he or she needs to be able to sit upright to swallow well. (Dareesa pass)

Chewing motions. Your baby's mouth and tongue develop in sync with his or her digestive system. To start solids, your baby should be able to move food to the back of his or her mouth and swallow. As your baby learns to swallow efficiently, you may notice less drooling – though if your baby's teething, you might still see a lot of drool. (Dareesa pass, dah makin bekurang drool)

Significant weight gain. Most babies are ready to eat solids when they've doubled their birth weight (or weigh about 15 pounds) and are at least 4 months old. (Dareesa dah naik double)

Growing appetite. Your baby seems hungry – even with plenty of feedings of breast milk or formula a day. (Dareesa failed yang ini..macam dah bosan minum susu je)

Curiosity about what you're eating.Your baby may begin eyeing your bowl of rice or reaching for a forkful of fettuccine as it travels from your plate to your mouth. (Sangat pass, asyik tengok orang menyuap makanan)

Lain lain boleh rujuk babycenter.com. Sangat membantu.

Oleh sebab dareesa dah pass banyak criteria & rina rasa dia seorang bayi yang cepat matang :p rina plan nak bagi solid food Weekend ni. Masa tu dareesa berusia 5 bulan 26 hari :) nak intro puree apple first..sesudu dua je.

Yay tak sabar! (Ibu yang ober sebenarnye kihkih)

Ok ke tak ye?? Tapi nanti tak dapat pulak diploma in exclusively breastfeed..hurmm

Read more...

Monday, August 19, 2013

Duit mengalir seperti air terjun

Taktau nak letak tajuk apa :p


Tapi sabtu lepas, meja makan rina sampai


Cantik kan? Cantik untuk harga RM899 sahaja hihihi

Selain tu beli rak tv sekali


Paling murah dalam kedai tu..RM199..suka sebab ada laci & laci bukan kaca..rina pernah tulis rina nak yang bertutup takmau kaca open open nanti nampak sepah dalam :p

Last but not least, beli rak kasut


Tingggi & murah. RM199
Puas hati letak kasut. Banyak space lagi. Boleh tambah kasut lagi eh! 

So dalam RM1300 dapat 3 barang ni okla kot. Huhu. Duit mengalir je kan..bonus dapat pon separuh je potong cukai..bayar hutang sana sini..beli barang anak, barang rumah..last last habis..nak menyimpan pon tak dapat..tetiba explain kat sini kikiki :p saja nak bagi orang tahu, kami bukan kaya pon..cuma alhamdulillah cukup makan pakai :)

Eh ada lagi beli

 
Heheh meja baby..RM49 je. Ni yang paling murah rina jumpa. Nanti ktorang makan dareesa bolehlaa join :)

 
Ini rina punya steam & blender philips avent :) RM350. Harga termurah di pasaran tau. Sapa nak beli sila lah whatsapp rina 0172052343. Whatsapp/wechat/line only, takyah call. Free postage. NO COD. Warranty 1 tahun. Tapi seeloknya dapat dapat terus check k. Senang sikit.

 
Deep freezer ni dah lama beli. Dalam RM500. Alhamdulillah stok susu ada lebih..sampai peti ais tak cukup. Jadi rina belo freezer ni. InsyaAllah tak membazir. Nanti ada 8 orang anak lagi nak guna kahkah.


Read more...

Saturday, August 17, 2013

Nosefridal - nasal aspirator


Rina beli di mom's care dengan harga RM49.90. Memang berbaloi. Dareesa selsema baru baru ni. Sebab jangkit dari rina hehe..sian dia. Tesekat sekat nafas. Nasib baik ada sedut hingus ni. Sekali mr zauj sedut selambak keluar. Teruss dareesa lega boleh minum susu dengan tenang :)

Read more...

Friday, August 16, 2013

Ulang tahun ke 26


Dapat bunga yang sangat cantik dari mr zauj :)


Cantik sangat!


Secantik diriku hahaha takde kije

Tq ain siap editkan :)

Pastu kak ana belanja kek & makan di sr


Husband pulak belanja carls jr malam tu. kek taknak dah.

Alhamdulillah another the best ever birthday :) 

My wish to have another best birthday next year hihi...

Dikelilingi orang yang disayangi..cukup buat rina..semoga Allah melindungi mereka dunia akhirat..


Tq Allah. Semoga aku menjadi seorang hamba yang lebih beriman padaMu.. mencintaiMu lebih dari segalanya...

Read more...

Wednesday, August 14, 2013

Yay gie dah jadi ibu!


Comel sangat..merah merah rambut lebat..gie selamat melahirkan baby girl seberat 3.1++ kg secara normal. Alhamdulillah. Tadi rina sempat ke hospital ampang puteri untuk melawat. Nasib dekat je ngan opis, 15 minit lalu duke. 

Happy breastfeeding & berpantang my dear bestfriend :)

Read more...

Tuesday, August 13, 2013

#zuhadareesa raya di kelate

On the way balik kampung kelate selasa lepas






Pheww~ tak padan dengan kecik.

Malam pertama di kelate. Abah bising main mercun. Dareesa sikit pun tak terganggu.


Sambut besday cik su a.k.a adik bongsu kesayangan mr zauj


Kikiki..nasiblaa dapat kak ipar seorang blogger :p

Mr zauj beli kan kek & siap buat ayam panggang sempena birthday ira


Baju raya pertama dareesa hahah..


Kecian dia baju kurung tok umi tak sempat buat..tok umi bz sampai ke petang raya duk settlekan tempahan..tak cukup tidor tok umi & pembantu2 (adik ipar lain). 

Tapi tetap comel dimata ibu


Daghesa dibuli ayah ngah


Memey kuat genetik abah. Cepatlah tumbuh rambut nanti ibu ikat tocang biar nampak cam perempuan heheh

Ibu cover balik bagi pakai tudung


 
Sembunyi apam eh dalam mulut?

Cucu cucu tok ayah & tok umi sedang beristirehat


Raya ke dua baju gold. Ade buat makan makan di rumah.


Raya ke tiga tema purple


Dareesa pakai baju pocoyo. Nak balik KL dah


Bye bye kelate. Raya haji kita kelik lagi :)

Read more...

Thursday, August 08, 2013

Salam lebaran


Lebih bermakna tahun ini..menyambut hari raya sebagai seorang ibu. Semangat sikit preparation nak memastikan Zuha Dareesa dapat beraya sakan walaupun dia tak paham apa apa hehe! 

Ok tu je. Malas plak update..

Selamat hari raya semua! Maaf zahir & batin.

Read more...

Monday, August 05, 2013

Congrates lailie!!


Lailie selamat melahirkan seorang bayi yang cukup comel pada hari ini. Yang specialnya, hari ini juga merupakan hari jadi lailie! Wahh same besday lah baby & mama! Congrates my dear friend :)

Read more...

Sunday, August 04, 2013

Biskut raya

Malam malam terakhir ni orang semua sibuk beribadah..mencari cari malam lailatulqadar..rina pula malam malam sibuk menyusu anak, mengepam & buat biskut raya..harap harap dengan niat kerana Allah..kerana sayang pada family..dapatlah dikira sebagai ibadah juga.. :)


Weee ini first time rina buat biskut raya by myself 100% tanpa bantuan. Dah 2 jenis biskut. 1 biskut oat coklat, 1 lagi biskut conflake badam bermadu. Haihh tak berapa nak jadi tapi bolehlaa nak makan hehe..malu nak letak gambo lol.

Orang kata kalau ikut sukatan insyaAllah jadi. Tapi rina ni suka suki je ngubah ingat kau hebat?? Kan dah jadi biskut pelik :p

 
Haha siap buat notes untuk diri sendiri.

Semua recipe rina ambil dari sini :
http://www.azlitamasammanis.com/

Thanks to family ipar yang suggest. 


Bye nak tidor

Read more...

Friday, August 02, 2013

#zuhadareesa 5 bulan

Assalammualaikum. Alhamdulillah hari ni genap Dareesa 5 bulan. Bermakna 5 bulan jugak la rina jadi seorang ibu hewhew..dah serasi..dah takde problem nak biasakan diri sebagai ibu...malah makin seronok dan bahagia..



Bersiap siap nak pegi check up KK. Nak ambil vaksin untuk 5 bulan. 

Now berat dareesa tepat 6.0 kg. masa 3 bulan berat dalam 4.86 kg. so naik dalam  1 kg lebih hehe..dah tak nampak kurus. Nampak sedap badan je lah. Tak gemok tak kurus. Panjang dari 60 cm naik jadi 64 cm.

She still exclusively breastfeed. Alhamdulillah. 1 month to go! Boleh dapat diploma dah hehe..

Perkembangan dareesa :

1) sembang makin kuat, siap ketawa. Tapi time dia senyap, memang tak keluar suara sangat la
2) dah pandai gapai object.
3) pandai meniarap & telentang
4) pandai berpusing pusing ketika meniarap. Menyusur ke depan sikit sikit je
5) ape sahaja yang dicapai sure nak masuk dalam mulut. 
6) suka tutup muka guna kain disekitar or kain baju sendiri. Lepas tu meronta lemas. Bila orang angkat kain tu tetiba happy. Haiyo
7) pandai main cak! Cak! & ahhh choo!
8) masih hisap jari kaki. Jari tangan tak dah.
9) waktu yak yak obviously meneran hihi tapi poo poo cair jek
10) dalam tub mandi sibuk nak bangun duduk. Suka btol main air
11) tak jelir lidah dah
12) time tdor suka minta peluk dulu
13) bangun tdor terus tersenyum
14) pandai tolak botol susu bila taknak
15) gusi makin keras. Sakittt ibu!
16) suka mengigau. Selalunya ngigau nangis tapi ada satu malam tu ngigau ketawa..ibu tak tahu nak rasa takut ke kelakar hee tapi memang comel
17) lately ni suka tidur meniarap. Tapi kami betulkan balik sebab takut segala kemungkinan
18) dah kenal orang. Kalau orang asing sangat nanti staart cebik. Haritu balik kelate dia takut dengan tok ayah dia hihi
19) dah Pernah naik flight masa balik kelate. Tak meragam. Tidur je dalam SSC rina beli.
20) minum susu tak banyak sangat. Tapi kalau direct feed boleh kosong breast. Tak minat botol kot tapi nak buat camne..ibu kerja..
21) badan dah keras dah boleh berdiri, tapi kita still pegangla

Ok tu je kot hee


Ok bai!

Read more...
Related Posts with Thumbnails

Follow by Email

✿Visitors ツ


✿NotaKaki ツ

+ Semua gambar adalah hak milik peribadi Rina.
+ Penyalahgunaan gambar akan dikenakan tindakan.
+ Plagiarism is not allowed.
+ Blog ini akan di updet hari2. (maybe :p)
+ Ok. Itu je kot buat masa ni. Thanks for visiting ya!


  © Rina Stories~* at Rinastories.Blogspot. All Rights Reserved. Powered by Blogger.

Goto Top