Sunday, September 29, 2013

Congrates esah!




Too beautiful..paling cantik rina pernah attend. By Mahligai Creative. 

Congrates esah! Kawen dah kawan rina dari uniten ni. Close jugak dengan dia..kaya but very humble. Beautiful in & out.

Best jugak dapat jumpa kawan kawan uniten balik..lama tak jumpa.



Rindu zaman di uniten..banyak kenangan..tapi taknak ulang semula.. I love my current life more :)

Esok kerja!!! K bai

Read more...

Saturday, September 28, 2013

Hari ni & semalam

Bila mood malas blogging menjelma maka kosonglah blog ini tanpa sebarang updates...huhu..time buffer earning tengah banyak time tu lah malas nak blog..how income nak banyak..tapi tadi cek dah RM300 hihihi..kali ni nak tunggu RM500 baru cash out! Weee~


Tq korang yang sudi singgah blog ni..kalau ada lebih banyak masa surely Rina akan lebih focus..manatau boleh cecah RM1000..side income katanye..

So just a quick update..untuk memori rina..

Selasa & rabu ada training di Sunway CC..best sebab takyah p opis haha..tapi paling best sebab dapat makan sedap & free huhu bab makan serahkan pada rina! Omaigod saya dah gemok uols..seriously gemok! Malas fikir.

So rabu tu sebelum balik rumah, rina singgah sunway pyramid shoping3..ada sale kat satu kedai ni..open ceremony katanye..ada baju lelaki, perempuan & kids! Ingat nak beli baju untuk diri sendiri..end up beli kat dareesa sampai 3 helai! Sangat stylo & 70% discount! Cannot resist! Hihi..apa nama kedai? Lupa! 

Khamis halfday pagi..sebab bangun lewat, dan sebab rasa sedih tetiba nak tinggal baby..hari hari sedih..tapi ada moment yang macam tak sanggup tinggal tu...if u know how i feel..working mommy anyone??

Semalam..Jumaat..datang opis buat kerja macam biasa..lunch hour bertapa dalam surau & buat power pumping..
Mommy yang bf & pump will know..
Lately susu drop sebab rina malas pump..sekali je sehari..berbeza dengan before ni atleast 3x sehari..malas sebab dareesa kurang minum, dah start makan & stok banyak lagi..

Harini...pagi goreng bihun berminyak hahah..failed betol..goreng bihun pon failed?? Geram betol...then tengahari pegi inject dareesa second dose pneumococal di kpmc...RM260 with consultation fee..lepas tu pegi beli rumput nak tanam laman rumah..now tengah tidurkan baby...


Gelap dah tutup lampu..

Read more...

Monday, September 23, 2013

Why i love my weekend so much?


Best dapat duduk rumah sambil bermain dengan si kecil..


Kawan baru dia..baru beli RM35 dari www.facebook.com/mummylovekids

Dapat suapkan dareesa makan..



She really loves to eat & she is right-handed i think hehehe


Zuha dareesa & abah...ibu sayang kamu <3 

They are the reason i love my weekend :)

Read more...

Friday, September 20, 2013

Genap 3 tahun

Mood menulis blog kembali merundum..tapi hari ni hari penting...


Hari ni genap 3 tahun rina bekerja di TNB..alhamdulillah..
Tapi masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki..banyak kesilapan yang dilakukan dan menjadi pengajaran buat rina..

Selama 3 tahun juga rina cuba untuk bekerja seikhlas hati..menanam niat kerja kerana Allah

Tapi sepanjang 3 tahun juga rina rasa rina jahat sibuk nak balik awal hehe

Banyak pahit manis..semua rina terima..kehidupan..mestilah ada onak ranjaunya..

Apepon buat masa ni rina memang sayang kerja rina..walaupun kadang kadang tu ada je niat nak buat benda lain hehe..

Azam rina kali ni..nak bekerja bersungguh sungguh..nak buat bos percaya pada rina...

Sekian babababai


Read more...

Tuesday, September 17, 2013

Her first shoe


Huhu tak pandai jalan lagi dah pakai kasut :p miss her & mr zauj so much..can't wait to go home..

Read more...

Monday, September 09, 2013

Monthly pics of Zuha Dareesa

Read more...

Saturday, September 07, 2013

Sedih..

Selalu nampak rina happy kan..tapi ada je sedihnya..cuma yang sedih tak dapat nak cerita dalam blog...dapat cerita yang happy je...yang sedih simpan dalam hati sorang sorang...nasib baik Allah tahu.. :'(

Read more...

Bayi sembelit

Baru terjadi kepada Dareesa..untuk peringatan diri sendiri & mommies semua..




Patut lah dareesa sembelit..rina bagi makan apple, banana & potato..semua patut limit..aduh..lepas ni nak bagi pear, prune & papaya..

Kecian duk teran beyak susah payah tadi hehe..keluar liat ketul ketul poo dia..now dia dah tidur lena..


Open house unit rina tadi..with cik ana...sowi dareesa no mood..dareesa nak poo tapi susah..sekarang baru legaa...

Read more...

Thursday, September 05, 2013

Makanan pertama Zuha Dareesa

Salam semua..entry ringkas sekadar sebagai memori..wah begitu ayat novel hihi..


So 1st day dareesa makan iaitu 1 september, genap lah 6 bulan. Memang rina tak delay since rina rasa dareesa memang dah ready untuk makan..

Sebelum tu rina dah study. Rina banyak refer group solid food for baby, group mommies & google. Banyak perkara yang rina baru tahu yang selama ni tak pernah rina tahu. Ye lah..takde baby, takde adik, of course tak tahu pape. Ingat lembut je boleh suap baby hehehe..tapi banyak rupanya rules yang perlu dipatuhi sebagai usaha untuk menjadikan bayi kita lebih sihat. Antaranya;

1) below 6 months - only breast milk or formula milk.
2) if breastfeed, tak perlu bagi air masak langsung. 
3) 6 months above dah boleh beri makanan pelengkap pada bayi tetapi still teruskan penyusuan.
4) sehingga 2 tahun no added sugar & salt dalam makanan. Sugar boleh menyebabkan hyperactive & overweigth. Salt pula membuatkan sistem penghadaman bayi yang masih lemah berkerja keras.
5) of course no junk food! No ice. Selain untuk kesihatan yang baik, tabiat pemakanan yang baik adalah intro yang baik buat si kecil. InsyaAllah sampai besar dia kureng bab junk food.
6) pada awal 6 bulan, buat 4 days rule untuk mengenalpasti sekiranya bayi ada allergy terhadap mana mana makanan.

Antara rujukan rina ialah table ini :



Rina tak lah cerewet sangat..eh..boleh lah cerewet jugak kihkih..sebab baby sendiri kan..lahirkan, kita, besarkan, kita..if sakit kita jugak yang susahkan..jadi selagi boleh, biarlah rina berusaha untuk protect anak rina dan beri yang terbaik buat mereka..eh macam ramai anak je :p

So untuk permulaan rina buat 4-days rule. Tapi macam tak sabar jadi 3 days rule je :p

Pertama makanan dareesa, Rina bagi puree epal. Rina beli epal fuji sebab refer chart di bawah

 
Try yang paling manis...dareesa suka!


Bersungguh makan..tak sempat nak suap dia dah tunduk ngap sudu hihi..suka ye...asyik nganga tengok orang makan je kan..

Tapi epal ni kalau stim terlalu lama & simpan dalam peti nanti jadi masam..tak sedap..kena fresh..

Cara nak buat..buang kulit dan biji, stim 5 minit & blend. Setel.

Makanan kedua, teether heinz

Ni bukan biskut yang lembik bila masuk mulut tu..ni keras macam batu...susah nak patah..buat gigit gigit & baby hisap je..permukaan terhakisla sikit bila baby duk garu gusi..

No added sugar..ada sikit salt nak bagi keras..semata tepung..ada sijil halal dai australia...mahal rm10 sekotak..

Rina saja try hehe tak sabar katanya..dareesa garu gusi dalam 10 minit pastu dia baling..huhu..tak berbaloi..better beli teether mainan je kot..

Makanan ketiga dareesa puree avocado..avocado ni sangat bagus..banyak vitamin & good fat..hopefully boleh buat dareesa mok mok..

Kena pastikan kulit luar dah hitam..tapi jangan lah sampai rosak..potong tu jangan potong biji dia pulak..potong keliling..boleh tengok youtube kalau tak faham..

Rina beli di supermarket isetan..RM5 sebijik mahal giler..rasa dia lemak lemak..sedap jugak hihi..


Ni dari group solid food for my baby. Rina campur sikit dengan breastmilk bagi manis & cair sikit..

Ok tu je kot yang dareesa dah makan..next nak bagi sweet potato, pisang & carrot...nasi nak intro masa umur 7 bulan..

Ok bai

Read more...

Monday, September 02, 2013

Zuha Dareesa 6 months check up

Assalammualaikum..


Alhamdulillah budak ini sudah masuk 6 bulan..


Sebijik kot muka rina kan kan?!!kihkih..masa open house rina ahad lepas kira berapa orang yang cakap sama muka rina vs muka macam mr zauj & suprisingly rina won yay! Dareesa omey macam ibu hikhik!

Ni gambar masa ke check up Semalam. Dah dapat 3rd dose injection hpv (tak silap). Alhamdulillah buat masa ni tak demam. So berat dareesa so far 6.27 kg. naik 0.27 kg jeee dari check up 5 months. Huhu sikit je naik...tapi dia memang kurang minum susu...& kurang tidor..hurm..taktahu nak buat camne.

Tapi masa dareesa genap 6 bulan (1 september) rina dah start bagi dia solid food. Rina bagi puree Apple as recommended by group solid food for baby. 



Bersungguh ok dareesa makan, tak sempat nak sua ke mulut lagi dia dah tunduk ngap sudu hihi.

Tinggi naik 1cm jadi 65cm..lain semua normal..so ini perkembangan dareesa..tak banyak beza dengan 5 bulan.

1) dah bergolek laju laju, pusing laju laju..tapi still tak jumpa gear forward & reverse
2) dah buat pumping tangan & angkat bontot
3) dah boleh duduk dengan bantuan
4) suara makin kuat tapi still kadang kadang jadi pendiam
5) dah boleh berdiri dengan bntuan
6) berdiri kaki jengket hehhe..
7) dah makan! Yay ibu berjaya exclusively breastfeed for 6 months, alhamdulillah
8) malam malam sibuk nak peluk time tidue..Siang kurang tdor
9) semua benda nak gigit & masuk mulut
10) dah pandai mintak dukung, marah marah kalau orang buat taktau kat dia
11) dalam kereta tak boleh duk diam dah

Tu je kot. Tak banyak beza dengan masa 5 bulan..rina tengah nervous tunggu dia ada gigi..ergh..seram sejukk


Read more...

Sunday, September 01, 2013

Open house

Ya Allah letihnye handle open house sendiri buat pertama kalinya + masak sendiri...letih giler ok..tdor pukol 4 pagi huhu...nasib baik ada adik ipar tolong kalau tak tercabut pinggang ehehe..tobat dah..lepas ni catering jelahh..




Dareesa berbaju kurung :p baru siap hehehe...tq tok umi..dareesa sayang tok umi & cik cik kat kampung..

Dareesa bersama kawan, husna...ramai lagi kawan tapi yang ini je dapat bergambar..sebab ibu terlupa.. 


Oh! dareesa dah 6 bulan harini! Dah start makan! Esokla citer..rina nantuk dah..bai

Read more...
Related Posts with Thumbnails

Follow by Email

✿Visitors ツ


✿NotaKaki ツ

+ Semua gambar adalah hak milik peribadi Rina.
+ Penyalahgunaan gambar akan dikenakan tindakan.
+ Plagiarism is not allowed.
+ Blog ini akan di updet hari2. (maybe :p)
+ Ok. Itu je kot buat masa ni. Thanks for visiting ya!


  © Rina Stories~* at Rinastories.Blogspot. All Rights Reserved. Powered by Blogger.

Goto Top