Friday, October 25, 2013

BELI MURAH : Philips Avent Combined Baby Food Steamer & Blender

Assalammualaikum,
Lagi 2 bulan Dareesa dah boleh makan hihi
so rina bercadang nak beli Philips Avent Combined Baby Food Steamer & Blender
senang nak buat puree.
boleh masukkan sayur/buah, steam then terus blend
boleh tengok video di bawah untuk demo

best kan?
lagi best, rina nak offer korang steamer & blender ni dengan harga 
hanya RM420 sahaja & free postage
(Currency UK naik, so barang naik harga..)
sesiapa berminat boleh  email rina_besh@yahoo.com
selagi stok masih ada!
TQ


Read more...

Wednesday, October 23, 2013

Mencari idea untuk playroom Zuha Dareesa

Sekarang macam demam playroom dekat 1 group ni. Maybe sebab dalam group tu ramai babies dah lebih setahun & pandai main dah hihi..so masing masing sibuk menyediakan playroom or play corner untuk baby masing masing.


Rina pun jadi teringinnn walaupun dareesa belum pandai berjalan & dia lebih suka main remote control berbanding mainan dia yang lain huhu

Antara sebab rina nak playroom ialah ;

1) nak bagi dareesa maksimumkan kekreatifan dirinya dalam bilik tu..

Rina ingat lagi dulu pon rina ada playroom. Play corner pun ada. Biasala anak tunggal, 1 rumah saya yang punya..so memang rina sukala susun susun & hias ruangan rina tu walaupun lepas tu bersepah balik tapi macam best ada ruangan sendiri!

2) ruang rumah yang lain tak bersepah!

Ini paling penting. Bila dah ada playroom, tak boleh dah main di tempat lain kecuali dengan permission! So kalau nak bawak mainan keluar, perlu mintak permission ibu. Dan ibu akan bagi dengan syarat : bawak keluar 1 je dalam satu satu masa& simpan balik! 
Yay! Rumah tak sepah dah!

3) mengajar baby tentang tanggungjawab. 

Mungkin masih awal tapi hopefully lambat laun dapatlah dia rasa bilik dia, tanggungjawab dia..

4) berdikari!

Mungkin rina tetap tidur sebilik dengan anak anak tapi, ingat nak letak almari baju dorang di playroom. So lepas mandi sila bersiap sendiri hahah.. Kecuali kalau nak keluar jalan maybe ibu perlu guide takut dorang pakai baju tidur pulak huuhu

5) organizable

Kalau boleh rina nak buat label, tempat letak mainan yang tersusun. Contoh bola dalam bakul A...dolls dalam bakul B..so sila simpan ikut susunan balik.


So sekarang ni rina tengah sibuk mencari idea sambil koya koya hihi..sesiapa ada entry berkaitan pls share with me! Tq

 


Credit to instagram #playroom

Read more...

Saturday, October 19, 2013

Spotted her first tooth


Nampak tak hujung lidah tu..ada putih putih atas gusi? Weee dareesa tumbuh gigi bawah dulu bermakna dareesa seorang yang bijak bahahaha suka suki je bagi makna

Ibu ngeri dareesa weii... Sekarang sakit kalau ada gigi kompem lagi pedihh huhu pls behave ketika menyusu ye nak!

Ya Allah dah besar anak ibu..i will miss ur toothless smile...:')


Read more...

Thursday, October 17, 2013

Salam aidiladha 2013

Sekali lagi beraya di kampung suami di kelate..takpe kasi chance sebab kampung rina di kl je hehe..



Tak berapa lengkap..abah takde, dah salin baju huhu...anis takde, beraya di kampung suami dia..abe ju & family takde sebab polis takde cuti..


Guna kamera beyie.


Recycle baju raya :p


Main main ngan ayoh ngah



Gambar otw balik kelate..

Ni pula gambar balik semula KL



MasyaAllah merasak sungguh sekarang ni..susah dah nak tidor dalam kereta..beza la dari dulu..

Lately ni perkembangan dia cepat. Tetiba dari buat pumping je, now dah merangkak laju siap panjat & duduk pelbagai gaya. Huhu..semoga maktok tabah menjaga!



Read more...

Saturday, October 12, 2013

Dayod dah kawen yay!


Hari ini kami ke johor..dayah best friend rina masa zaman sekolah menengah..sehingga sekarang..bff katanyaa..

Masa rina kahwin dulu, dayod lah yang teman rina..dialah pengapit rina..dia.yang pakai kan inai, tudung..banyaklahhh jasa dia...rina kan takde adik beradik..so mengharapkan kawan kawan baik jela meneman..tq korang..korang la bff dunia akhirat..

So kalini dayod kawin rina agak terkilan sebab tak dapat pegi waktu nikah...:( sedih..dayah (rina panggil dayod haha) pun sedih..sorry dayod..aku tak dapat nak pegi...imi dah takde cuti..kalau tak dari jumaat aku ajak g...

So sabtu iaitu harini baru pegi..tu pon pukol 10 lebih baru bertolak..masak breakfast lagi..bekal dareesa lagi..packing lagi..sebab esok nak balik kelate pulok!

Nasib baik sempat sampai waktudayod sanding..


Dayod yang slimm


Suka baju & tema dayod tapi make up is too heavy but still dayod nampak sangat cantik :)


Bersungguh dayod makan..ade aku kesah kata dayod hahaha


Bertukar menjadi cinderella!


Dareesa tak beri kerjasama

 
Begambar dengan junidah..geng bas sekolah jugak hihi

Thats all for today..sekarang nak tdor..tumpang rumah abang ipar..esok baru gerak ke kelantan..12 jam uols...12 jam...dudududu

Read more...

Tuesday, October 08, 2013

Putihkan gigi di Klinik Pergigian Sharlindah, Melaka

Ala..tadi dah type tapi hilang..dah malas nak type panjang..hoho..


Pendek cerita, semalam rina p os ke jasin melaka..harini baru balik. So semalam rina tumpang tdor rumah dayod..one of my bestie time secondary school..dayod nak kawen hujung minggu ni so dia ajak p klinik pergigian sharlindah sebab dia nak cuci gigi..klinik ni kat ayer keroh. Ada fesbuk..boleh google

Sampai sampai klinik tu tetiba ada macam promo whitening gigi. RM500 je sekali buat..rina tetiba teringin :p terus buat hahaha selamba je kan macam 5 hengget!

Sejam gak lah buat..tak sakit tapi lenguh & bila dah setel tu, NGILU hanya Allah yg tahu!!! Pastu jadi ulser sebab ade yang terkena ubat putih tu



Banyak je gambar tapi muka tak senonoh malas nak tunjuk.

Dan hasilnya...


Lol macam takde beza. Tapi doktor tu claim 3 kali putih dari yang asal..

Gigi rina memang kuning sikit..sekarang ni macam kurang la kuning tapi takdela putih pon. Rina nak putih macam retiss! 

So komen rina untuk pengalaman ini..

1) macam membazir sebab orang tak nampak perbezaan pun huhu
2) besyukur jela gigi kuning pong janji boleh kunyah :p
3) tak pasal pasal dapat penyakit ulser & ngilu..nasib baik 1 malam je tapi ulser tak baik lagi
4) tapi doktor tu baik gakla...oklaa.bagi ubat gg free lol
5) kesimpulannya daku menyesal tak ikot cakap mr zauj sebab dia mula mula tak bagi..

Adui..RM500 kalau beli baju dareesa dah boleh dapat 10 helai! Argghh

Read more...

Sunday, October 06, 2013

Jatuh katil




Ya Allah..pagi tadi dareesa jatuh katil..da la jatuh celah celah side table :(( 
Salah ibu tinggalkan dareesa sesorang..ingat dareesa tidur lagi...

Sakit jantung rasanya..tesekat nafas tengok dareesa menangis kesakitan..:(

Alhamdulillah dareesa ok je..after 5 minit ketawa balik..alhamdulillah hari ni normal je tengok..tak muntah tak demam..hopefully ok jelah.

Terima kasih Ya Allah lindung dareesa...

Lepas ni ibu takkan cuai lagi..

Budak ni semakin aktif..malam pun susah nak tidur...esok rina pegi outstation 2 hari tinggalkn dareesa..wuwu sedihhh

Read more...

Saturday, October 05, 2013

Bubur nasi buat Dareesa

After sebulan lebih dareesa makan puree,  harini ibu intro bubur nasi buat dareesa.


Ibu letak lobak, brokoli, ikan bilis blend , ayam..oh ye ikan bilis tu ibu basuh rendam, sangai sampai kering then blend halus..pengganti garam..

Lepas masak semua, dalam sejam setengah jugaklah nunggu masak..ibu blend...

 
Sedappp dareesa kata..sambil tengok TVIQ. Elok lepas tu dareesa yak huhu

Esok ibu buat lagi ye..love you much my dear pwincess!

Read more...

Tuesday, October 01, 2013

#zuhadareesa 7 bulan


Alhamdulillah dah 7 bulan dah Zuha Dareesa..masih breastfeed & tak campur susu formula tapi haritu rina ada bagi cerelac beras merah sekali..dalam tu ada susu lembu..sebab stok puree papaya macam basi..tak sempat buat baru :p malas kikiki..

So far dareesa still makan puree rina buat. Belom introduce nasi lagi..dia dah makan puree epal, pear, papaya, banana, kurma, avocado, carrot, pumpkin, sweet potato..

Dah buat dah nasi..rendam semalaman, sangai..maybe lusa kot start buat bubur..sebab kalau boleh rina nak suap sendiri dulu hihi..best bagi dia makan..


Nyomot cangat!

Perkembangan dareesa setakat 7 bulan :-

1) meniarap kedepan dengan laju sangat..
2) still x boleh merangkap tapi tangan & montot dah boleh angkat
3) tak boleh manjat lagi
4) ada tanda tanda nak duduk
5) dah tahu orang marah..nanti menangis mengalir air mata
6) jarang nangis..cebik je
7) suara emas. Kalau nak dengar suara dia kena duduk berdua dalam bilik
8) suka main cak cak, geletek..suka tengok video
9) bangun pukul 5 pagi!!! Pastu sondol sondol, tendang tendang ibu.. Stress ibu
10) gatal gusi selalu tapi takde gigi lagi
11) poo poo macam keras sikit..kadang tu berair mata meneran..kesian..

Tu je kowt. Tak banyak sangat. Berat & tinggi tak measure. Tapi macam makin tinggi tapi berat sama huhu. Kurus je. Tapi badan tegap. Dan yang paling penting sihat. Tak selsema, tak batuk, tak demam..alhamdulillah..

Haritu da inject pneumocol 2nd injection..lagi 2 kali lagi, lengkaplah protection buat anak ibu..

I love you dareesa..i love you like a love song baby!

Read more...
Related Posts with Thumbnails

Follow by Email

✿Visitors ツ


✿NotaKaki ツ

+ Semua gambar adalah hak milik peribadi Rina.
+ Penyalahgunaan gambar akan dikenakan tindakan.
+ Plagiarism is not allowed.
+ Blog ini akan di updet hari2. (maybe :p)
+ Ok. Itu je kot buat masa ni. Thanks for visiting ya!


  © Rina Stories~* at Rinastories.Blogspot. All Rights Reserved. Powered by Blogger.

Goto Top