Wednesday, November 27, 2013

Update bergambar - expo bayi di mid valley

Takde mood nak berblog sekarang ni..banyak main instagram & fb jela kalau kelapangan pun...so harini rina just letak gambar & caption..



Dareesa kecik kecik dah jadi ahli kelab hihi..kelab fb : nama nama indah yang bermakna...bagus group ni..ada kakak yang hebat berbahasa arab membantu carikan nama baby..nama dareesa dapat dari sini la..hanya Allah dapat membalas jasa baik kakak ni..


Rina pegi expo di mid valley minggu lepas. Sempat belikan mainan buat dareesa. Rm38 je. Ada lagi 1, rm10. Yang penting ada cop non-toxic. Topi tu pun beli sebab besar. Kepala dareesa ni besar sikit. Topi baby dia semua tak miat dah hehe. Rm17 harga topi ni. Nasib baik dareesa redha je ke tak perasan? :p


Beli headband 4 ni untuk rm5. Murahkan hihihi..besar jugak sesuai untuk dareesa.


Dan ini! Sebab corak kain sama dengan baju kurung rina. Sepasang rm25. Kalau beli 3, dapat rm60. Murah giler. Menyesal tak beli :( sesiapa tahu kedai online mana ada jual dress pattern gini pls inform me...sebab rina cari tak jumpa..semua gown ala ala yang macam dekat qqbabyshop..dah bosan.


Atau baju gown yang macam ni? Nak buat pakai pegi wedding...sapa tahu pls inform me...tq

Comelkan? Ni boleh beli dekat fb : butik ummi - set tilam bayi




Kecik kecik dah rajin study..ikut perangai ibu sangat *mata ke atas*

Okla tu je sambung lain nanti :)

Read more...

Wednesday, November 20, 2013

Dear Dareesa (episod 1)

Assalammualaikum anak ibu yang disayangi...


Best tak blog ibu? Hahaha :p hopefully time dareesa dah pandai baca & faham, blog ibu ini masih wujudlah... :)

Ibu terfikir nak buat entry khas untuk dareesa..ye lah..mungkin ada pesanan atau nasihat yang ingin ibu sampaikan tapi tak berkesempatan? Wallahhualam..

Ok, jom dengar ibu membebel..eh! Baca ibu membebel :p

Sejak akhir akhir ni banyak betul ibu baca di surat khabar, dengar di berita, baca di laman sosial, dan juga terjadi di depan mata ibu sendiri tentang gejala sosial yang melanda remaja...kejap..bukan remaja je..malah belum sampai lagi tahap remaja..masih di sekolah rendah! 

Hanya Allah yang tahu perasaan ibu.. Betapa risaunya ibu...kenapa ibu risau? Apa yang ibu fikirkan?

Macam mana nanti ketika zaman anak ibu? Adakah anak ibu akan terjebak? NAUZUBILLAH..setiap kali terdetik, ibu cepat cepat berdoa pada Allah..moga anak ibu ini terpilih menjadi salah seorang mujahidah solehah...seorang budak kecil yang mudah dijaga ini..membesar menjadi remaja yang menjaga dirinya sendiri dari perkara yang tidak baik..

Sayangku Dareesa...

Tiada apa yang lebih membahagiakan ibu melainkan dareesa membesar menjadi seorang yang taat pada Allah...setiap apa yang dareesa lakukan, sentiasa berpandukan AlQuran & sunnah..

Itu jelah kot bebelan dari ibu buat masa ni hehehe..


Waktu ibu tulis ni, dareesa tengah sibuk "study". 

Assalammualaikum.

Read more...

Monday, November 18, 2013

Check up dareesa 8 bulan

Assalammualaikum. Lastweek pegi check up dareesa 8 months. Lewat hampir 2 weeks. Tapi tak apa lah. Just nak jumpa doktor & timbang aje. Cucuk next masa umor setahun.


Sebelum ni pun rina ada update progress dareesa untuk 8 bulan so rina just update tentang check up jela.

- timbang dareesa 6.95 kg. naik dalam 700 gram je dari timbang masa 6 bulan. 

- tinggi 70 cm..naik 5 cm dari usia 6 bulan

- bmi rendah tapi atas dari kawasan kuning

- nurse kata kuwus sebab dia naik sikit tapi panjang cepat. Tapi bagi rina ok je janji naik. 

- alhamdulillah sihat tak demam demam tak sesema.

- nurse kata motor skill dareesa bagus sebab dia dah boleh berdiri with support

- tapi percakapan slow sebab patutnya dareesa dah boleh cakap ma- ba- da-...dareesa tak boleh pon, dia jerit aaaaa je ade lah

- time jumpa doktor, doktor bebel sebab rina tak ambik protector hehehe..doktor kata tak elok untuk badan kalau mengandung rapat. At least gap 2 tahun. Hurm..bagi rina..tak kisah la, ikot plan Allah..



Anugerah Allah paling berharga.. Zuha Dareesa binti Zulhilmi. Sayang nyawa ibu banyak banyak.

Read more...

Thursday, November 14, 2013

Follow me om Instagram !


After facebook & blogs..rina suka Instagram juga. Sebab simple tapi best. Kira macam lets picture tell the stories gitewww :p

Sesapa ada instagram meh pakat follow mengfollow. Kalau korang ada kedai di instagram (kedai online) please add & tag me! 

Dayre takde, macam bosan jew macam takbest jew.

Read more...

Tuesday, November 12, 2013

Kursus dan bercuti di Holiday Inn Melaka

Assalammualaikum semua..ni kisah lama tapi tersimpan dalam draft..lupa nak publish hihi..banyak cerita yang terlepas nak tulis..lepas pegi melaka, bercuti di morib gold coast pulak..tu tak tahu bila plak nak tulis huhu..


Ok ini entry tersebut :

Selasa lepas until today rina di MELAKA. Ada kursus di Holiday Inn. So alang alang kursus di hotel tu rina pon booking pengipan di situ dan alang alang menginap di hotel best rina pon ajak mak & dareesa ke sana..mr zauj tak dapat ikut sebab cuti dia tinggal sikit..




Ni gambar google tapi sebijiklah macam ni..tak sempat ambik gambar dah semak hahah..barang banyak okeh..biasala bawak anak & mak :p

Rina bawak combined steamer & blender philips avent. Mudah sangat nak buat makanan dareesa. Rina steam potato & carrot dan jugak apple. Bawak dari rumah semua. Say no to instant food! (Tapi bawak jugak biskut baby kikiki)


Masa makan breakfast suap dareesa sekali hihi.. Breakfast di holiday inn memang sedap! Banyak pilihan..ada nasi lemak, mi, westen, coco crunch, sushi, waffle, roti roti, kuih muih, pau, buahbuah dan paling best ada dimsum hihi

Alamak letih dah taip 


Ok kursus best gak la..ada paham ada tak paham..minum pagi pon best, lunch pon best siap ada sup ekor. Ehhh ni g kursus makan ke hahahah



Malam bawak mak g makan asam pedas paling popular..google je..apetah nama lupa kiki gambar pun takde hihi blogger yang tak membantu :p ampunn

Esoknye after kursus terus balik KL...

Ok tu je. 



Read more...

Monday, November 11, 2013

Dayre la pulak

Mula mula facebook, then twitter, pastu formspring, sekarang famous instagram, keek ada la sekejap..now dayre pulok? 


Oh mai..banyaknye hiburan maya sekarang ni..dulu dulu friendster & YM e hee tu pon dah cukup buang masa..

Erghh..ape ape pon blog ini tetap dihati..walau zaman berubah, rinastories.blogspot takkan berhenti bercerita. Begituuuu :p

Okbai

Read more...

Sunday, November 10, 2013

Weekend ketika Dareesa 8 bulan

Saje saje nak cerita weekend kali ni..takde ape yang menarik..masa time menarik tak sempat nak tulis blog sbab menarik sangat kan, tak sempat tengok hp =p


Semalam dari lepas breakfast rumah mak gerak ke rumah sendiri..singgah dekat kedai perabot area rumah kitorang..mulanya nak survey je almari yang ada yang sesuai untuk Dareesa..tetiba terr beli sekali hikhik


RM370..tak tahu mahal ke murah ke tapi memang puas hati..tinggi, banyak compartment..ada 3 laci, ada tempat gantung baju, dalam tu ada divider semua, muatlaa baju untuk Dareesa & adik dia nanti hehe! Cuma rina tak suka warna & kartun Angry bird tapi takpela, selamba je. 

Lepas tu sampai je rumah, buat bubur nasi dareesa bagi dia makan siap siap. Sebab hari ni nak ke Nilai! Lepas solat zohor terus ke nilai..tujuan nak cari carpet untuk bilik dareesa & frame Allah Muhammad untuk bilik tu..

Ni frame, sepasang RM50


Nak cari yg comel comel sesuai untuk budak3 tapi takde..sape tahu mana jual pls inform me..

Gambar carpet takde pulak..biasa biasa je.

Hii tak sabar nak decorate bilik Dareesa..ni semua demam playroom yang melanda group mommy gojes, tapi dorang anak anak dah besar, rina, anak baru 8 bulan :p so rina target playroom dareesa lengkap masa umur dia genap setahun..kiranya hadiah ibu buat birthday dareesa nanti ialah playroom! 

Ok balik kepada cerita..after dah beli semua, balik rumah singgah kedai makan jap sebab rina teringin nak makan mi bandung :p mr zauj makan nasi & tomyam poktek..dareesa makan angin sambil tengok video hehe

Sampai rumah, abeyie dtg nak ambik tulang daging, ktorang hidang air barli hehe..rina mandikan dareesa bagi makan, dia dah start lentok lentok kepala, pastu baring sesuka hati sampai gedebung bunyi lantai aiyo...so rina bagi susu & dia pon tidur lena...alhamdulillah buat masa ni dia masih disiplin tidor..dalam kol 8 malam dah tidor..paling lewat pukul 10 malam bangun pukul 5-6 pagi, kadang kol 7 pagi..

Hari ahad..

Dareesa bangun awal..takpela boleh turun bawah..mr zauj pun bangun awal buatkan sup tulang untuk rina sebab dia ada kelas hari ni..takut isteri dia kelaparan akibat failed bab masak hahaha..dah la failed, nak kejar dareesa lagi huhu..alhamdulillah dapat suami seperti mr zauj..

Sambil dia buat sup tulang, rina buat bubur dareesa, masak nasi, buat kicap cili & ayam goreng & basuh pinggan mangkuk, kemas dapur..saja nak cerita kang orang kata rina goyang kaki je =p

Bila mr zauj pegi kelas rina suapkan dareesa bubur sambil rina minum air barli..then mandikan dareesa dalam tub mandi dia kemudian susu kan dia then tdor..

Rina? Tengah taip blog la ni..japgi nak lipat baju. Kbai


Read more...

Friday, November 01, 2013

#zuhadareesa 8 bulan

Hihi taktaula sampai bila nak tulis tentang perkembangan dareesa tapi sebab birthday dia senang nak ingat, so selagi ingat, rina akan updates! 


Alhamdulillah hari ni genap Zuha Dareesa binti Zulhilmi berusia 8 bulan! Wow cepat ye masa berlalu...dah 8 bulan ibu melahirkan dareesa tapi ibu tetap gemok arghh :p



Cek up bulan ni takde so taktahu berapa berat & panjang. Rasanya, panjang semakin panjang hihi tapi berat macam maintain je! Sebab ringan je dukung budak ni. Tapi selera makan memang besar alhamdulillah. Mungkin keturunan makan banyak tapi kurus (belah mr zauj) diwarisi! Syukurrr! Jangan ikut ibu, makan sikit tapi naik 18 kilo :( hihi.


So perkembangan yang diingati buat masa ni :

1) dah boleh duduk without support


Duduk antara 2 sujud dan juga duduk biasa. Tak jatuh melainkan sengaja menjatuhkan diri adeh...gedebung2 kalau jatuh atas simen :( unpredictable bila dia nak jatuh. Sebab ikut suka dia je bila nak landing..semoga Allah lindung..

2) dah pandai nangis kalau dirampas barang dari tangan

3) pandai mintak dukung. Datang kat kaki kita then depa depa tangan sambil senyum menggoda.

4) merangkak memang laju. dah boleh panjat sampai berdiri. Mula mula panjat tapi still melutut. Ni dah up lagi. Dah boleh berdiri. Meniti pon boleh tapi rina pegang sebab tengok dia terhuyung hayang.


5) dah pandai minum air guna sippy cup. So no more minum air pakai sudu.



6) makan dah 3x sehari & ada snack in between. Makan berat memang rina masak, home made. Or mak rina akan masak. No sugar or salt added. Selalu buat bubur + sayuran + ayam & puree. Snack rina beli je baby bites, biskut milna & biskut brand organix. So ada la dia makan gula dalam tu..rina malas nak strict sangat..dareesa pun jenis gigit isap 5 minit then campak. Dia lagi suka makan bersuap.

7) pandai tepuk tangan dan main 'cak cekok udang gambit'. Hihi. Ala yang main genggam tangan tu. 



8) paling best pandai sayang ibu. Bila suruh, sayang ibu cepatt. Nanti dia datang kat muka kita sambil "makan" muka. Habis basah muka ibu! Tapi ibu shuka!! :D

9) dah kenal sangat ibu abah nye. Nampak ibu mula la buat buat nangis. Pastu kalau tanya abah mana abah nanti dia pandang abah dia tengah baring. Or kalau tanya mana maktok, nanti dia merangkak masuk bilik maktok. Maybe kebetulan tapi rina rasa memang dia dah kenal :)

10) vokal masih eee aaa eee & yayyy! Kadang tu buat eee sambil genggam tangan & katip gigi. Apa laa yang geram sangat tu ye! 

11) dalam kereta dah tak duk diam..jenuh balik kelate haritu huhu!


12) gigi dah tumbuh sebatang! Dah ada cerita dalam entry before ni

Ok tu je kot..taktaula baby rina cepat ke lambat sebab rina tak compare dia dengan orang lain. Just refer babycenter je. So far macam moderate jela. Baby center kata sepatutnya dah boleh byebye tapi dareesa belum. Maybe jarang ajar. Nak ajar salam dulu :) 

Ape pon rina cukup besyukur dia membesar dengan sihat...dan setakat ini masih fully breastfeed! Insyallah insyallah sampai 2 tahun...amin

Read more...
Related Posts with Thumbnails

Follow by Email

✿Visitors ツ


✿NotaKaki ツ

+ Semua gambar adalah hak milik peribadi Rina.
+ Penyalahgunaan gambar akan dikenakan tindakan.
+ Plagiarism is not allowed.
+ Blog ini akan di updet hari2. (maybe :p)
+ Ok. Itu je kot buat masa ni. Thanks for visiting ya!


  © Rina Stories~* at Rinastories.Blogspot. All Rights Reserved. Powered by Blogger.

Goto Top