Tuesday, April 01, 2014

Zuha Dareesa di usia 1 tahun 1 bulan

Alhamdulillah..Dareesa merupakan anak yang baik. Dia jarang menangis. Kalau menangis pun ek ek manja je..memang senang bawak jalan..tak nangis langsung. Main main then tidur dalam stroller senyap senyap.


Tapi dia memang aktif sangat. Tak boleh duduk senyap senyap. Tengok TV pun berdiri sambil menari. Her fav tv shows Hi-5, Mickey Clubhouse & Azan hihi..

Tapi kalau dia sedar ibu  atau maktok dia ke dapur mula la datang nak tolong sekali. Rina yang hanya jaga on weekend je pun dah terasa susah nak memasak. Mana taknya..sibuk dia nak main dapur gas tu. Bukak bukak laci..pintu rak..kalau buka peti ais lajuu je datang capai botol sos..sabar jela..belum lagi bab geledah tong sampah atau jilat jilat lapik kaki..sakit jantung ibu haha...patutlah maktok pagi subuh dah masak siap siap.

Semenjak 11 bulan dia dah pandai jalan. Now dia pandai lari dah tapi jatuh tu takyah kira la. Kira nasib baik la tak tehantuk teruk teruk. Moga Allah lindung..melompat belum lagi. Tapi ada lah dia try. Terpusing pusing. Ikut mickey mouse menari kot hehe..

Rina paling suka time balik kerja mesti dia datang lari lari mintak dukung. Then nanti dia peluk kita rapat rapat macam rindu sangat :') lepas tu "cium" ibu dia ni berulang kali. Maksud cium bagi dia ialah dia sua pipi, kita kena cium pipi dia. Ceh. Kalau suruh dia yang cium maknanya masing masing berlaga pipilaahh

Lagi gaya yang dia pandai..bai bai..doa..aminn..salam..Allahhuakbar..dia tutup telinga jee..hello hello..clap your hand..tu je la..try ajar macam macam cuma dia tak dapat pick up lagi..

Becakap memang kurang..dia banyak senyap je lebih lebih lagi kalau ramai orang..kalau dengan rina je kot dia banyak cakap..tu pon babba abah abbu makk je lagi..tak banyak words..

Tidur pulak memang teratur. Pukul 6-8 malam waktu tidur. Bangun pukul 6 pagi..tidur awal ke lewat ke tetap bangun 6 pagi..penah jugak telajak until 7 pagi..selagi ada sumber susu di sebelah selagi tu boleh la nak tidor hehe

Cakap pasal susu alhamdulillah..masih fully breastfeed. 14-15 oz sehari...rina da habis stok..sekarang ibarat pam hari ni untuk esok..rina dah belikan dia susu FM..cuma tak bagi lagi..rina beli Dugro...tapi rasanya full fat freshmilk lagi better kot? I need doctor's consultation about this.

Makanan dia tak cerewet..semua dia makan..nasi memang seperiuk habis..macam macam dah ibu bagi..mostly homemade..tapi ada juga bagi cerelac, coco crunch etc. Rasanya dia memang suka makan macam ibu dan abah hehe tapi awak kurusss aje. Apa kata awak ambik lemak ibu dan bagi ibu kurus pulak? Please?!

Memang banyak perkembangan dia. Nak cerita takkan habis. Tapi memang nampak dia dah besar sangat..dah toddler sangat..bukan baby lagi...sedih hati..mengenangkan anak semakin membesar..dalam masa yang sama bersyukur kerana dia membesar dengan sihat dan bijak..

Untuk anakku Zuha Dareesa..ibu dan abah sayangkan awak sangat sangat...jadi anak solehah ye!



 
Hihi 3 gambar latest Zuha Dareesa. Ok assalammualaikum.

1 footprints here! Thanks! (◕‿◕):

Han Hanni 2/4/14 4:51 AM  

Aktif..ank yg baik. Yg penting anak sihat, mak ayh mesti tak risau

Related Posts with Thumbnails

  © Rina Stories~* at Rinastories.Blogspot. All Rights Reserved. Powered by Blogger.

Goto Top