Saturday, June 28, 2014

Bercuti ke Nagoya - Tateyama , Jepun - Air Asia dan infant

Assalammualaikum semua.. ok..entry ni sedikit panjang sebab rina malas nak buat by part sebab rasanya 1 entry cukuplah..nanti buat by part sure sampai bila tah nak habisnya..

Rina mejangkakan lepas ni confirm ramai yang akan men google tentang percutian ke nagoya dan tateyama ni sebab percutian ke sini memang sangat best, berbaloi dan mampu. Lagipun baru baru ni zizan dan emma pun bercuti ke sini untuk penggambaran satu rancangan tv berkaitan melancong ke jepun..

Pada yang tak tahu, penerbangan direct ke nagoya oleh airasia baru sahaja diperkenalkan pada tahun ini. Harganya pun boleh tahan murah..antara RM700- RM900 sahaja pergi dan balik termasuk tax dah.. perjalanan pula mengambil masa 6 jam 35 minit gitu..


Sebenarnya sangat banyak website yang membantu kita sebagai pelancong di jepun. Salah satunya www.japan-guide.com . Dan di jepun juga ada banyak counter service untuk pelancong. So memang bukan masalah. Tapi persediaan awal adalah penting untuk berjimat dari segi masa dan wang.

Ok. Merujuk pada peta diatas..nampak tak betapa strategiknya Nagoya ni..terletak ditengah tengah antara osaka, kyoto, toyama..mungkin sedikit jauh dari Tokyo. Tapi bagi rina first timer melancong ke jepun..ke Nagoya sudah cukup dan menarik.

Actually rina pergi ke Nagoya kerana mengikut mr zauj outstation. Company hantar dia selama sebulan..tapi rina pergi pada minggu ke 2 dia disana selama 6 hari 5 malam..rina pergi menggunakab airasia bersama dareesa..pada mulanya agak tak yakin pada diri sendiri..tapi Alhamdulillah Allah bantu..dareesa memang budak yang baik..berkat ibu selalu puji "dareesa budak baik" 44kali agaknye memang betul dia jadi baik hehehe..jadi ibu ibu..jangan sesekali kita cakap perkara tak baik mengenai anak kita..sebab kata kata ibu satu doa..biar dia nakal tapi jangan sebut nakal..sebut lah banyak akal, bijak dan aktif..contohnya..eh tetiba je masuk bab lain..hahaha makin panjang la entry ni..adoi..

Agak letih sebenarnya bawa baby ni sebab klia 2 adalah sangat besar dan terpaksa berjalan kaki je..lepas tu dalam flight dareesa mana tidur sebab flight jam 8 pagi - 4 ptg macam tu..waktu aktif dia..so kita terpaksala melayan dia dalam flight tu..bagi video la..bawak main air dalam toilet :p bagi makan..main suap suap koko crunch..main sep sep tomtom..macam macam ye..rina duduk hot seat dan sewa bassinet sekali tapi bassinet macam x membantu..next time rasa nak beli seat biasa bahagian tengah..dengan harapan takde orang 1 row tu..so boleh naikkan tangan dan bagi dareesa baring atas kerusi tu je..hot seat tak boleh angkat armrest tu..lagipun masa pergi dan blik ada seorang yang duduk sama row dengan kami..
Masa pergi dia stress agaknya so half way dia pindah seat hihi..masa balik..makcik cina ni melayan je la dareesa mcam cucu katanya..syukur..

Ok korang..maybe buat by part lah..lenguh pula menaip..huhu


1 footprints here! Thanks! (◕‿◕):

Unknown 28/6/14 12:54 PM  

rina, tokyo pon best tauu! lg byk nak explore..cuma serabut sikit la sbb bndar besar..hehe

Related Posts with Thumbnails

  © Rina Stories~* at Rinastories.Blogspot. All Rights Reserved. Powered by Blogger.

Goto Top