Wednesday, June 11, 2014

Formula penyusuan susu ibu


Sebelum tu maaf lah kalau gambar susu tu mengundang rasa kurang senang yang membaca. Bagi rina setakat tunjuk susu tak salah..jangan la tunjuk masa tengah menyusu. Lagi teruk yang menunjuk aurat masing masing. Tu dah tentu tentu berdosa..

Jadi tujuan gambar ni adalah untuk merakam journey penyusuan susu ibu rina untuk di share bersama rakan seperjuangan :)

Ok back to the topic.

Sepanjang hidup rina, jarang sekali rina konsisten buat sesuatu perkara. Tengok saja lah..blogging pun sekejap muncul sekejap sunyi..business online pun sukahati je bila nak start bila nak stop haha..contoh lain bab makan suppliment memang tak disiplin..memang susah lah sebenarnya rina ni nak konsisten..

Sebab tu rina tak sangka yang rina dapat meneruskan penyusuan ibu untuk anak rina sehingga dia berusia 1 tahun 3 bulan dah sekarang. I am really impress with myself!

Bukan senang nak disiplin. Ada je saat merundum tu..punca utama sebab malas! Masa Dareesa umur 1 tahun rina dah beli siap siap susu Dugro. Kononnya nak campur la susu fm dan susu ibu. Tapi up until now susu dugro tu tak buka buka lagi.. sekarang ni ibarat pump hari ni untuk esok jadi rina terpaksa rajinkan diri dan cari masa untuk pump. Sebab kalau malas, esok dareesa nak minum ape?? Macam sedih nak bagi susu fm lagi sebab susu ibu masih ada.. kadang kadang tu dapat sikit je..tapi cukup je untuk dareesa sebab kebetulan dia memang minum sikit haritu..

Alhamdulillah sekarang macam dah rajin balik..stok dah ada balik dalam 18-20 oz untuk emergency case..

Tapi kalau orang tanya sampai bila nak menyusu dareesa..rina just can say "selagi mampu"...of course deep in my heart rina nak menyusu sehingga Dareesa 2 tahun as recited in AlQuran..insyaAllah..

Key untuk berjaya dalam penyusuan..Jangan Malas! Formula hanya 1 : High Demand = High Supply.

Sekian!

0 footprints here! Thanks! (◕‿◕):

Related Posts with Thumbnails

  © Rina Stories~* at Rinastories.Blogspot. All Rights Reserved. Powered by Blogger.

Goto Top