Monday, March 31, 2014

Muhammad Niqrees Hakeem


Panjangnye nama hehe..maksudnya pemimpin yang adil rasanya. Sedap kan? Niqrees Dareesa macam sama jee :p boleh geng hehe..

Ni baby adik ipar rina. Selamat melahirkan pada 26 feb tak silap. Lama juga tahan sakit. 1 pagi masuk hospital..sampai 4 pagi keesokannya baru baby nak keluar hehe..

Rezeki dan nasib orang lain lain kan. Tak semestinya sakit lama tu terhapus dosa..sakit sekejap takde feel atau macam macam judgement yang orang beri. Serius kita tak layak nak judge orang. Kau operate senang lah. Pakai epidural kee tak feel lah. Kurang pahala.

Seolah olah kita mengangkat diri kita sebagai Tuhan untuk judge orang. Astaghfirullah..moga kita dijauhkan dari sifat macam tu.

Bahagian orang lain lain. Allah dah tentukan dan semestinya ada hikmah disebaliknya. Kita sebagai manusia berusahalah dengan berdoa, beljar teknik dan bersedia dengan redha dengan segala kemungkinan..

Ok la tu je hihi...assalammualaikum :p

Read more...

Sunday, March 30, 2014

Buffered Earning tengah banyakk

Hee terus update blog. Baru terbaca blog Intan katanya Nuffnang tengah banyak Buffered Earning teruss rina cek Nuffnang rina yang dah lama gila tak dijengah. Ha ahlaaa tengah banyak. Jadi jangan mensia sia kannya. Mari kita update blog!!



Bukti ada buffered earning hehe. Teori rina dengan intan pun sama. Kalau nak "gaji" banyak kena la rajin update blog time BE!

Ni gambar dareesa harinii..kira paling latestla..lagi 2 hari masuk 1 tahun 1 bulan. Injection 1 tahun belum lagi sebab rina risau...





Read more...

Sunday, March 23, 2014

Susah hati dengan gemuk

Assalammualaikum..lama tak menulis...baby kecik & besar dah tidur..bolehla rina menulis sikit..

Actually tengah lapar gile..eh..perut tak bunyi pun tapi nafsu makan membuak buak..tak tahu la kenapa dengan diri ni tak boleh nak control..nak diet..asyik nak makan je..orang lain menyusu jugak tapi tak la macam rina..

Now berat rina dah nak sama dengan berat waktu bersalin. Gila tak gila??

Apa la masalah rina..masa pantang dah kurus kot..naik opis terus gemuk..nak kata officemate penyebab..tak jugak..dorang masing masing pun takut makan...hehe..husband kot hahaha salahkan mr zauj..

Sumpah stress! Kadang rasa nak mengandung balik lepas tu dapat alahan 1st trimester macam dulu so turun 7 kg haha..memang siksa tapi letihla jadi gemuk..

Bila badan gemuk, confidence level berkurang..badan mula letih..asyik ngantuk dan malas...baju jadi ketat..aurat nak ditutup makin susah!

Rasa tak fit. Naik tangga sikit rasa nak mati. Sumpah benci jadi gemuk :(

Tapi nak diet tak mampu..eksesais malas hahaha...macam mana ni..

Apela aku duk mengarut tengah malam...laparnye..sedap kalau dapat makan asam pedas ikan pari ni *tetiba hihihi

Takpelah..slow slow jaga makan...dan keep pump milk..try eksesais sikit sikit...hopefully turunla sikit berat..hurmm..



Budak ni taknak pulak gemuk. Makan banyak tapi berat tak naik. Lepas tu orang tuduh kita tak bagi makan. Emo ye. Saya sediakan makanan sendiri untuk anak saya. Awak bagi junkfood thats why anak awak debab. Begitu nak jawab. Tapi dalam hati je la hehe...takpe..janji sihat..insyaAllah..

 Tudung baru beli dekat GM Klang. RM10 je...beli 1 jela..bukan dia nak pakai pun..nampak tal tangan mr zauj pegang hahah..


Hihi comelll..macam boboy sangat. Rina dulu pun orang ingat boboy..kita sama!!

Okla tu je bai

Read more...

Tuesday, March 11, 2014

Dear Dareesa - MH370

Assalammualaikum anak ibu..dareesa.

Mungkin waktu dareesa sedang membaca..kisah berkaitan MH370 ini menjadi sejarah negara. Pada hari sabtu lepas..iaitu 8 mac..malaysia digemparkan dengan kehilangan MH370..sebuah flight MAS dari Malaysia ke Beijing..and you know what..up until now..still belum tahu lagi status MH370. No hint at all! Sangat misteri..penuh tanda tanya..dan mendatangkan kesedihan dalam hati rakyat malaysia...

Namun..paling kuat yang ibu rasa ialah perasaan takut...takut pada Allah..takut pada kekuasaan Allah..apakah yang terjadi? Adakah ada sesuatu yang Allah ingin tunjuk pada hambaNya yang terlalu leka akhir akhir ini?

Sungguh ibu takut..kematian rasanya sangat hampir dengan kita..tapi apa yang kita lakukan?? Masih sama..tiada tindakan untuk berubah ke arah yang lebih baik! Masih leka..lalai dan lagha dengan duniawi..

Hidup di dunia akhir zaman ini amat menakutkan wahai anakandaku...kiamat pasti akan tiba..mungkin kematian hadir dahulu..mana satu lagi dekat?? Only Allah knows..

Doa ibu..supaya dareesa sentiasa sedar tentang semua ini..kematian..akhirat..kiamat..
Jangan leka sayangku..beribadah lah kamu seperti kamu akan mati esok hari..dan berkerja lah kamu seperti kamu hidup 1000 tahun lagi..moga anak ibu merupakan insan yang dipilih Allah menjadi orang yang beriman...

Amin

Read more...

Wednesday, March 05, 2014

Pengalaman bersalin puteri sulung, Zuha Dareesa

27 Februari (Rabu)

Check up 39 weeks hari ni..rina dah pernah buat entry tentang check up pada hari tersebut. Bolehla scroll ke bawah hehe!

Takpe, rina cerita balik secara ringkas. Doktor kata baby dah betol engaged kat bawah. Dia tak cek bukaan pon. Dia suh tunggu next check up which is EDD 6 Mac 2013. Kalau tak beranak jugak, 5 days after due date, which is 11 Mac 2013 doktor akan induce.

Huhuhu..susah hati..tapi after check up tu rina pegi jalan jalan dengan mr zauj. Pegi mid valley..shopping barang keperluan sikit sambil bejalan dan berharap baby lahir hari ni hehe..masa tu rasa tak larat dah nak bawa perot besar besar. Senak sangat. Jalan sikit, stop. Jalan sikit, stop.

Tapi best sangat hari tu.hari tu merupakan dating last berdua kami sebelum bertiga! Err..lepas ni boleh lagi kot? Hee saje je..bejalan berpimpin tangan. Makan aiskrim.. Huhu.. I LOVE YOU MR ZAUJ! Tetibe..

Malam tu rina buat perineal massage. First time. Sebab baru beli perineal oil dari Mothercare. Massage ni perlu dilakukan dalam 8 minggu (kot?) before bersalin tapi rina buat masa lagi 7 hari nak due date hahaha! Semuanya gara gara rina nervous nak kena seluk next check up nanti huhu..awal awal malas buat..sekarang baru tehegeh kan..



28 Februari (khamis)


Hasil dari jalan jalan tu, rina start rasa Senggugut pagi pagi tu.. Rasa very mild sengugut tapi agak consistent. 10 minit sekali..tapi relek dulu sehinggalah masuk toilet tengok ada brown spot. Tapi macam tak pasti lagi.

Dalam pukul 9 pagi, another brown spot yang lebih nampak macam darah tapi warna coklat. Inform dekat mr zauj. Teruss dia balik rumah ajak ke hospital.

Rina macam malas pegi lagi sebab contraction macam tak sakit sangat pon. Tapi consistent & brown spot? Lama lama rina pikir maybe rina punya bahagian, tak sakit sangat? HARAPAN..haha!

Sampai hospital terus masuk labour room. Kat hospital pantai memang labour room dia buat bilik bilik macam ward.
Terus feeling nervousssss. Labour room macam bilik operate dah. Sakit jantunggg saya!

Bila nurse masuk pasang ctg, rina macam nak lari balik dah haha. Pasang pasang ctg tengok takde regular contraction. Means contraction tak cukup kuat & kerap.

Kemudian, nurse datang nak buat seluk. Waa! Saat mencemaskan hehe..rina punya takut sampai tekepit kepit. Rupanya takdela sakit mana..lagii duk kepit lagi sakit kot? So mother-to-be out there, relek je sudah ye..jangan terpengaruh sangat dengan cerita ngeri hehe...

Ok sambung, nurse check masih takde bukaan. Huhu kecewa sangat. Nampaknye lama lagi lah nak menunggu..
Brown spot tu maybe dari urutan perineal pada malam sebelum tu kot?

So kami pon balik. Mr zauj macam kecewa sikit. Dia ingat dah nak bersalin tetiba bukaan pon takde hoho. Balik tu buat kerja rumah sikit bagi penat sikit. Oh ye, saya lunch nasi dan siput sedut tapi takde selera makan sikit je. Malam tak lalu nak makan dah.

Tapi malam tu, contraction terasa makin kuat. Tapi rina macam malas nak layan sangat. Takut perasaan je lebih padahal takde apa. Boleh pulak malam tu muntah muntah..makan siput sedut nye pasal kot?

Dalam pukul 10 malam, masa nak tdor, rina dah start counting sakit sebab terasa sangat sakit datang dan pergi..makin lama, makin intense sakit tu..dari 10 minit sekali, jadi 8 minit sekali. Kekadang ada yang 5 minit sekali. Macam tak tetap. Between 5-8 minit sekali laa..sakitnya macam sakit senggugut 1st day. Tapi lebih berbisa..peha ni rasa nak tercabut.. Walaupun sakit tapi rina tetap tahan..kesian pulak tengok mr zauj tdor lena..lagipon rina malas nak ke hospital lagi..takot balik kecewa lagi..


1 mac 2013 (jumaat)


Tahan punya tahan, dah pukul 3 pagi. Langsung tak boleh tidur. Badan berpeluh peluh.. Dari pukul 10 malam tadi rina catat contraction sampai pukul 3 pagi. Bayangkan heheeh..penuh note dalam iphone..last last rina kejut jugak mr zauj ajak g hospital..takot nanti betambah sakit tak boleh jalan..

Mr zauj suuh tahan sampai pagi tapi rina takot pagi nanti rina takleh jalan dah..so pegi jugakla. Dalam pukul 4 pagi sampai..kene tolak masuk labour room. Nurse cek, ctg dah kuat. Bukaan dah 2cm! Rina sambung menahan sakit..sakit sangat..Dalam pukul 9 pagi tengok mesin ctg punya bacaan dah beeganda 2x. Contraction makin kerap. Macam macam surah dah baca..menggigil badan..terlalu letih..terlalu lemah..bayangkan dari pukul 10 malam sampai pukul 9 pagi. Nurse datang tengok dia kata kesian..nak ubat menahan sakit ke? Rina pon cakap nak epidural!! Hihi. Mr zauj macam tak bagi tapi bila tengok isteri dah menggigil dia pon kasi je..

Rina try gas memang takde kesan pon. Breathing tecnique pon macam takde hasil..mr zauj suruh try injection tahan sakit yang boleh jadi mamai tu.. Tapi rina taknak..macam membazir kang tak jadi..baik terus ambik epidural je..sebab rina rasa lama lagi nak beranak. Anak 1st kan..makan masa nak bukaan sampai 10cm..


So nurse check, bukaan dah 3-4 cm dah boleh inject epidural. Dalam kul 11-12 camtu baru doktor inject epidural datang. Fuh..lama gakla nak tunggu epidural pon. Tapi bila orang start prepare for epidural rina rasa seram plak..takotnye nak kena inject dekat tulang belakang..siap masukkan tiub kot..ngeri pikir hihi..smua pon takut.. Pendek cerita, masa inject epidural tak rasa apa..sebab dah bius..masa inject bius jela rasa jarum..

Tinggg! Magic!! Hilang terus rasa sakit..rasa tau perut mengeras semua tapi tak sakit dah..tapi boleh tahu bila contraction. After tu tengok, bacaan ctg ada yang dah lebih 100..wuwu..nasib baik tak rasa..yang 90 pon dah macam nak retak tulang..

So mula lah sesi menunggu bukaan..bila tak sakit bolehla mengaji, berzikir dengan tenang..boleh makan ringan ringan..ngantuk amat tapi tak boleh tidur..susah hati still ada..so rina keep baca dan dgr ayat suci alquran sambil berdoa..

Rasa lenguh sangat kaki sebab tak boleh bergerak..duduk je..selain tu badan jadi gatal gatal..nak solat pon hanya boleh solat baring..mr zauj ambilkan wudhu..rina pun tak pasti nak solat baring camne..tawakal jela mudah mudahan diterima..

Sesi seluk menueluk, pecah ketuban dilakukan..memang tak sakit..tapi setiap perbuatan dirasaii..

Sampailah dalam pukul 8 malam..start rasa sakit balik.. Dah pelik..rupanya dah buka 8-9 cm..baby dah kat bawah sangat..so akan rasa pressure..tapii makin lama makin sakit..bila contraction datang rina rasa sakit sangat..dah pelik..tanya nurse, nurse kuatkan sikit dos epidural. Tapi still sama sakitnya..

Rina pon start tahan sakit balik..sampai satu tahap rasa nak berak amat sangat. Doktor idora tak sampai lagi..nurse suruh mengiring..dorang get ready peralatan beranak. Ya Allah rasa sakit dan nak terberak sangat..tapi terpaksa tahan..lama gila doktor nak sampai..dalam setengah jam kot tunggu. Nurse dah banyak kali seluk dan dorang pon asyik tenangkan dan suruh tunggu doktor..

Elok je doktor sampai dorang suh amik posisi nak bersalin..then mulalah sesi pushhh. Menjerit jerut nurse..rina macam dah putus nafas..nak 10 kali kot push tak keluar keluar..sebab salah teknik dan rina lembikkk..rina baca doa nabi yunus..terimgat pesan mak..lepas tu rina push macam org giler k..suara takleh keluar nanti letih..cuma kepala dan mata tedongak dongak hehehe...kelakau bila ingat balik...mesti mr zauj takot tengok :p

Yup..mr zauj ada teman dan tengok dengan mata sendiri..sangat berani!

After ke berbelas kali kot push akhirnya keluar ZUHA DAREESA ke dunia tepat jam 10.16 malam pada 1/03/2013. Doktor terus letak atas perut..rina menangis nangis sambil sebut zuha dareesa...anak ibu..drama hehehe..yela..sepanjang sakit nak bersalin, rina tak nangis langsung..kuatkan semangat..i need to face it!! Gitew :p

Lepas tu da hilan senua rasa sakit..sesi jahit pon rina boleh tersenyum..tengok mr zauj tahnik dan amik vdeo dareesa..lepas nurse mandikan, nurse bagi untuk breastfeed..hihi..

Alhamdulilla selamat semuanya..ok penat tulis dah..selamat membaca!





- Posted using BlogPress from my iPhone

Read more...

Sunday, March 02, 2014

sambutan hari jadi #zuhadareesa 1 tahun !

Alhamdulillah..semalam bersamaan dengan 1 mac 2014, genaplah baby girl rina yang bernama Zuha Dareesa binti Zulhilmi 1 tahun!





Ya Allah..cepat sungguh masa berlalu..macam tak sangka dah ada anak yang berusia 1 tahun..lepas ni kalau orang tanya baby umur berapa? Dah boleh jawab "dah setahun dah" sambil kembang kepis idung hehe..da besarrrr dah anak ibu! Tak sangkaaa. Rasanya baru je mengandung :p

Nanti rina macam nak repost semula pengalaman bersalin rina pada setahun yang lalu..its like a miracle..ajaib sangat...budak kecik yang aktif ini lahir dari perut aku! KUASA ALLAH! Allahhuakbar!

Ok. Cukuplah yang lepas. Rina dan mr zauj decide nak buat sedkit makan makan. Sempena harijadi dareesa juga doa selamat untuk ke umrah nanti insyaAllah, sekira dimurahkan rezeki. Then saje lah buat makan makan untuk saudara mara dan jiran jiran. Ada juga panggil kawan kawan rapat...buat 70 pax je tapi ramai yang datang. Tapi cukup. Alhamdulillah. Risau jugak nanti orang datang makanan takde hehe..



Niat di hati memang nak gembirakan dareesa walaupun dia tak faham pun sebenarnya hehe..tapi semalam memang seharian mood dia baik. Gelak sakan sambil jalan sana sini :)

Mula mula ingat taknak buat kek. Just nak hias buah buah jadi macam kek tapi takut tak jadi. So rina order lah kek rainbow..





Order kosong di atas. Sebab nak hias sendiri nak letak buah buah. So nanti boleh la dareesa "kek" tu hehe..tapi tu pun puas pegang dia sebab dia nak pegang lilin tu -_-

Hadiah dan duit pun dapat banyak..semoga Allah murahkan rezeki mereka yang memberi..amin!




Ada yang hadiah hadiah dari rina sendiri tu..rina kasi balut sebab takut takde hadiah..kesian pulak..hehehe mak yang over.


2nd cake dari cousin..baby dia pun 1 mac..tapi tak sempat ke sana..sebab tetamu masih ada sehingga pukul 6 hihi thanks korang yang datang :)



Hihi...birthday girl famous sangat. Dapat layanan mesra dari semua. Ibu dilupakan sobsss..time lapar je ingat ye!



Takde gambar proper sebab tengah kelam kelibut. Tapi waktu ni memang ramai budak. Rugi rasa tak suruh budak2 amik gambar sekali..cameraman aka mr zauj sebok nak berborak haih. Dareesa pulak sibuk nak capai lilin. Double haih.



Ok tu jelah cerita tentang kenduri. Nak cerita progress dareesa..

1) Dah boleh berjalan laju. Ingatkan tak dapat berjalan lagi tapi elok elok je setahun dah boleh jalan jauh dalam 20 lebih steps without support. So rina consider boleh jalan walaupun ada masa dia prefer merangkak.

2) dah boleh menari. Kibas kibas tangan sambil enjut ketapi haha

3) masih fully bf! Halfway to go! 

4) berat dan ketinggian taktahu tapi dia nampak kurus. Hakikatnya dia makan banyak giler ye.

5) dah ada 5 batang gigi. 3 atas. 2 bawah.

6) words still abah abu tu je..lambat bercakap nampak gayanya. Tapi jangan under estimate budak kecik ni. She has suprises everyday hihi

7) pandai naik tangga dah. Letih. Tapi rina dah pasang safety gate.

8) Dah faham arahan. Kadang follow kadang ketawa aje adoi..

Tu je la kot. Tak banyak tapi cukup membuatkan dia nampak besar sangat dah..rindu waktu dia takde gigi..waktu bau baby..ibu just keep missing you...walaupun depan mata..




Zuha Dareesa..pengerat kasih ibu dan abah..amanat Allah buat kami yang paling berharga..moga Dareesa membesar menjadi wanita yang solehah..yang berguna pada agama..bertemu jodoh dengan lelaki yang soleh dan dikurniakan kehidupan yang bahagia dunia dan akhirat..kami sayang kamu so much..

Read more...
Related Posts with Thumbnails

Follow by Email

✿Visitors ツ


✿NotaKaki ツ

+ Semua gambar adalah hak milik peribadi Rina.
+ Penyalahgunaan gambar akan dikenakan tindakan.
+ Plagiarism is not allowed.
+ Blog ini akan di updet hari2. (maybe :p)
+ Ok. Itu je kot buat masa ni. Thanks for visiting ya!


  © Rina Stories~* at Rinastories.Blogspot. All Rights Reserved. Powered by Blogger.

Goto Top