Wednesday, April 23, 2014

Umrah bersama Tabung Haji Travel

Salam semua..just a short entry...insyaallah saya akan ke Madinah pada petang ini dan kemudian ke Makkah untuk mengerjakan umrah...

Saya mengikuti pakej Tabubg Haji Travel bersama suami, anak saya yang berusia 1 tahun 2 bulan dan kedua ibu bapa saya yang berusia 60 tahun dan keatas..

InsyaAllah sekiranya berkesempatan saya akan menulis entry dengan terperinci untuk panduan semua..

Doakan lah kami selamat pergi dan pulang serta dapat mengerjakam Umrah yang diterima Allah..

Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk memohon maaf atas segala salah silap saya..halal kan lah semuanya..

Assalammualaikum :)

KLIK SINI UNTUK MEMBACA SEMUA KISAH BERKAITAN UMRAH 2014

Read more...

Thursday, April 03, 2014

Beli barang di Lazada Malaysia

Salam semua. Siapa yang masih belum tahu tentang Lazada Malaysia? Website : www.lazada.com.my
Lazada ni merupakan salah satu online shop yang sangat best!

Kenapa best? 1 sebab barangan dia banyakkk sangat..macam macam..dari barangan elektrik, ke pakaian budak budak,mainan budak budak...macam macamlah ada!

2 Harga Lazada jauh lebih murah dari pasaran. Lagi lagi masa tengah deal of the day! Kalau compare dengan kedai elektrik biasa dia dah murah. Dah lah kita tak perlu buang masa, bayar parking, duit minyak..lepas tu shipping free pulak tu!

3 Penghantaran memang sangat super duper pantas. Rina ada beli la banyak barang tau. Dia siap split barang tu. Yang mana ada dalam stock dia hantar dulu. Ada yang kemudian. Dia takkan tunggu semua ada baru nak hantar. Sekali lagi shipping untuk setiap penghantaran adalah free!

4 boleh COD. Means dia hantar depan pintu baru kita bayar. Nanti orang yang post tu siap call, puan ada rumah? Kami nak hantar. Bila puan ada? Begitu sekali. Tapi kita perlu siap siap dengan cash money la.

5 barang semua ada warranty ye. Jangan risau hehe..

Saje la rina promote lazada bukan dapat payment pun. Sebab rina impress dengan servis yang diberikan. Goodjob Lazada!


Ni salah satu barang yang rina beli. Murah kot vacuum ni rm99 je. Best sangat  ringan macam menyapu je. Semalam rina da vacuum 1 rumah. Rasa nak vacuum hari hari hehe...sekarang dah out of stock. Warna hitam je ada tapi rm109

Rina ada beli slow cooker jugak, beli sepit rambut dareesa hehe tu je..ingat nak beli shake and take rm55 jee

Read more...

Tuesday, April 01, 2014

Zuha Dareesa di usia 1 tahun 1 bulan

Alhamdulillah..Dareesa merupakan anak yang baik. Dia jarang menangis. Kalau menangis pun ek ek manja je..memang senang bawak jalan..tak nangis langsung. Main main then tidur dalam stroller senyap senyap.


Tapi dia memang aktif sangat. Tak boleh duduk senyap senyap. Tengok TV pun berdiri sambil menari. Her fav tv shows Hi-5, Mickey Clubhouse & Azan hihi..

Tapi kalau dia sedar ibu  atau maktok dia ke dapur mula la datang nak tolong sekali. Rina yang hanya jaga on weekend je pun dah terasa susah nak memasak. Mana taknya..sibuk dia nak main dapur gas tu. Bukak bukak laci..pintu rak..kalau buka peti ais lajuu je datang capai botol sos..sabar jela..belum lagi bab geledah tong sampah atau jilat jilat lapik kaki..sakit jantung ibu haha...patutlah maktok pagi subuh dah masak siap siap.

Semenjak 11 bulan dia dah pandai jalan. Now dia pandai lari dah tapi jatuh tu takyah kira la. Kira nasib baik la tak tehantuk teruk teruk. Moga Allah lindung..melompat belum lagi. Tapi ada lah dia try. Terpusing pusing. Ikut mickey mouse menari kot hehe..

Rina paling suka time balik kerja mesti dia datang lari lari mintak dukung. Then nanti dia peluk kita rapat rapat macam rindu sangat :') lepas tu "cium" ibu dia ni berulang kali. Maksud cium bagi dia ialah dia sua pipi, kita kena cium pipi dia. Ceh. Kalau suruh dia yang cium maknanya masing masing berlaga pipilaahh

Lagi gaya yang dia pandai..bai bai..doa..aminn..salam..Allahhuakbar..dia tutup telinga jee..hello hello..clap your hand..tu je la..try ajar macam macam cuma dia tak dapat pick up lagi..

Becakap memang kurang..dia banyak senyap je lebih lebih lagi kalau ramai orang..kalau dengan rina je kot dia banyak cakap..tu pon babba abah abbu makk je lagi..tak banyak words..

Tidur pulak memang teratur. Pukul 6-8 malam waktu tidur. Bangun pukul 6 pagi..tidur awal ke lewat ke tetap bangun 6 pagi..penah jugak telajak until 7 pagi..selagi ada sumber susu di sebelah selagi tu boleh la nak tidor hehe

Cakap pasal susu alhamdulillah..masih fully breastfeed. 14-15 oz sehari...rina da habis stok..sekarang ibarat pam hari ni untuk esok..rina dah belikan dia susu FM..cuma tak bagi lagi..rina beli Dugro...tapi rasanya full fat freshmilk lagi better kot? I need doctor's consultation about this.

Makanan dia tak cerewet..semua dia makan..nasi memang seperiuk habis..macam macam dah ibu bagi..mostly homemade..tapi ada juga bagi cerelac, coco crunch etc. Rasanya dia memang suka makan macam ibu dan abah hehe tapi awak kurusss aje. Apa kata awak ambik lemak ibu dan bagi ibu kurus pulak? Please?!

Memang banyak perkembangan dia. Nak cerita takkan habis. Tapi memang nampak dia dah besar sangat..dah toddler sangat..bukan baby lagi...sedih hati..mengenangkan anak semakin membesar..dalam masa yang sama bersyukur kerana dia membesar dengan sihat dan bijak..

Untuk anakku Zuha Dareesa..ibu dan abah sayangkan awak sangat sangat...jadi anak solehah ye!



 
Hihi 3 gambar latest Zuha Dareesa. Ok assalammualaikum.

Read more...
Related Posts with Thumbnails

Follow by Email

✿Visitors ツ


✿NotaKaki ツ

+ Semua gambar adalah hak milik peribadi Rina.
+ Penyalahgunaan gambar akan dikenakan tindakan.
+ Plagiarism is not allowed.
+ Blog ini akan di updet hari2. (maybe :p)
+ Ok. Itu je kot buat masa ni. Thanks for visiting ya!


  © Rina Stories~* at Rinastories.Blogspot. All Rights Reserved. Powered by Blogger.

Goto Top