Sunday, June 29, 2014

Saturday, June 28, 2014 Bercuti ke Nagoya - Tateyama , Jepun - Hotel Mercure Nagioya Cypress

Assalammualaikum semua..bersambung dari previous post haha..rina nak cuba habiskan je entry berkenaan ni..

Ok. So flight rina pagi pada hari jumaat (day 1)..sampai petang dalam jam 4 ptg..masa perjalanan adalah 6 jam 35 minit..waktu jepun pula hanya beza lewat 1 jam sahaja dari malaysia so takdelah isu jetlag sangat..cuma bila balik malaysia dareesa bangun 1 jam lebih awal..sebelum ni bangun pukul 6 pagi..now bangun 5 pagi -_-

Sampai sampai sana mr zauj menanti kegembiraan siap berlari lari hehe..alhamdulillah airport nagoya tak besar dan tak complicated macam klia 2..so senang je la dan tak menakutkan..kami pun terus naik train ke Nagoya station..rasanya kami naik Meitetsu kot..

Pengangkutan utama di jepun adalah train. Depa ada banyak train..ada japan railway (jr), subway, kintetsu, meitetsu..banyaklaa.. boleh study di website www.japan-guide.com atau website lain..banyak je di internet. Mudah je sebenarnya..memang fully bahasa jepun tapi masa beli tu guna nombor..nombor jepun guna english numbering..1,2,3.. cuma sebutan je la in japan..

Satu lagi dekat KL ni ada satu tempat tourism jepun kot untuk kita pergi beli siap siap pakej tiket train..ada train paling laju shiketsu ke apa namanya..laju giler so bolehla korang nak merentas desa dari nagoya-kyoto-osaka-tateyama-tokyo heheheh

Tapi rina tak beli pun yang tu sebab target jalan berdekatan je.. jadi korang boleh la google sendiri info pasal tu hahah sorry tak membantu..

Ok back to the story..waaa letihnya..tak habis habis..

Sampai je nagoya station terus menuju ke hotel..dekat je hotelnya dalam 10 minit jalan kaki..memang orang jepun naik train lepas tu jalan kaki je..tak pun naik basikal huhu..tak jem langsung ok..


Mr zauj tggl di sini la..mercure nagoya cypress hotel. Dalam RM300-RM400 semalam kot? Tak pasti. Sebab company bayar..Hehe..hotel ni ok. Kami dapat 2 katil single yang besar macam queen..ruang tamu..pantry dan minibar. Toilet with bath tub dan meja solek. Bersih dan puas hati. 

Lepas mandi mandi malam tu..kami keluar jalan jalan area sekitar. Dareesa dah selamat tidur masa ni..mr zauj bawa rina round tunjuk kawasan hehe..kedai banyak dah tutup..jam 8 / 9 malam dorang dah tutup kedai. Yang banyak bar lah..orang jepun suka minum dan karaoke lepas kerja..ada juga kedai 24 jam seperti 7 eleven dan lawson..hotel kami ni bersebelahan kedua dua nya. Senang la nak cari makan..onigiri tuna sandwich dekat lawson sedap. Sticker biru. Hehe.. air yang sedap pula air choc van houtten...air lain cam tak sedap..jus epal je la kot ok..jus lain lain mcm oren grape semua masam gila.

roti roti butter chocolate pun boleh didapati di 7e. Tanya pekedai tu ye dia paham jugakla sikit sikit..salmon? Fish? Choco? :p

tapi malam tu mr zauj dah tapau siap siap nasi beriani dari area masjid nagoya. So rina da kenyang.

ok sambung lagi hehe

Di klia 2

Dah sampaiii

Nagoya station




Read more...

Saturday, June 28, 2014

Bercuti ke Nagoya - Tateyama , Jepun - Air Asia dan infant

Assalammualaikum semua.. ok..entry ni sedikit panjang sebab rina malas nak buat by part sebab rasanya 1 entry cukuplah..nanti buat by part sure sampai bila tah nak habisnya..

Rina mejangkakan lepas ni confirm ramai yang akan men google tentang percutian ke nagoya dan tateyama ni sebab percutian ke sini memang sangat best, berbaloi dan mampu. Lagipun baru baru ni zizan dan emma pun bercuti ke sini untuk penggambaran satu rancangan tv berkaitan melancong ke jepun..

Pada yang tak tahu, penerbangan direct ke nagoya oleh airasia baru sahaja diperkenalkan pada tahun ini. Harganya pun boleh tahan murah..antara RM700- RM900 sahaja pergi dan balik termasuk tax dah.. perjalanan pula mengambil masa 6 jam 35 minit gitu..


Sebenarnya sangat banyak website yang membantu kita sebagai pelancong di jepun. Salah satunya www.japan-guide.com . Dan di jepun juga ada banyak counter service untuk pelancong. So memang bukan masalah. Tapi persediaan awal adalah penting untuk berjimat dari segi masa dan wang.

Ok. Merujuk pada peta diatas..nampak tak betapa strategiknya Nagoya ni..terletak ditengah tengah antara osaka, kyoto, toyama..mungkin sedikit jauh dari Tokyo. Tapi bagi rina first timer melancong ke jepun..ke Nagoya sudah cukup dan menarik.

Actually rina pergi ke Nagoya kerana mengikut mr zauj outstation. Company hantar dia selama sebulan..tapi rina pergi pada minggu ke 2 dia disana selama 6 hari 5 malam..rina pergi menggunakab airasia bersama dareesa..pada mulanya agak tak yakin pada diri sendiri..tapi Alhamdulillah Allah bantu..dareesa memang budak yang baik..berkat ibu selalu puji "dareesa budak baik" 44kali agaknye memang betul dia jadi baik hehehe..jadi ibu ibu..jangan sesekali kita cakap perkara tak baik mengenai anak kita..sebab kata kata ibu satu doa..biar dia nakal tapi jangan sebut nakal..sebut lah banyak akal, bijak dan aktif..contohnya..eh tetiba je masuk bab lain..hahaha makin panjang la entry ni..adoi..

Agak letih sebenarnya bawa baby ni sebab klia 2 adalah sangat besar dan terpaksa berjalan kaki je..lepas tu dalam flight dareesa mana tidur sebab flight jam 8 pagi - 4 ptg macam tu..waktu aktif dia..so kita terpaksala melayan dia dalam flight tu..bagi video la..bawak main air dalam toilet :p bagi makan..main suap suap koko crunch..main sep sep tomtom..macam macam ye..rina duduk hot seat dan sewa bassinet sekali tapi bassinet macam x membantu..next time rasa nak beli seat biasa bahagian tengah..dengan harapan takde orang 1 row tu..so boleh naikkan tangan dan bagi dareesa baring atas kerusi tu je..hot seat tak boleh angkat armrest tu..lagipun masa pergi dan blik ada seorang yang duduk sama row dengan kami..
Masa pergi dia stress agaknya so half way dia pindah seat hihi..masa balik..makcik cina ni melayan je la dareesa mcam cucu katanya..syukur..

Ok korang..maybe buat by part lah..lenguh pula menaip..huhu


Read more...

Friday, June 27, 2014

Ramadhan kali ni

Just a quick post...rina masih berhutang entry tentang umrah dan jepun..ye rina baru sahaja kembali dari jepun..mr zauj ada job di sana selama sebulan..jadi rina follow dalam 6 hari hehe..best..

Insyaallah khamis ni mr zauj pulang ke malaysia..cant wait! Sedih sebab tak dapat mulakan ramadhan dengan dia..nasib baik masih ada dareesa, mak dan abah.

Harapan untuk Ramadhan kali ni rina dapat puasa penuh :p tak pregnant lagi ye. Doakan pls..kalau boleh nak baby september 2015. Berangan itu free hehe..

Dan juga agar susu tak berkurangan..insyaallah akan ambil oat setiap sahur dan minun air sepanjang malam..paling penting pump kerap walaupun penat dan lapar..

Hiyakkk semangat datanglahh!! Hehe over..mudah mudahan jadi anak yang bergunala ye. Siappp kalau melawan! Eh dah pandai tau baling baling barang dengan menjerit kalau tak bagi..mana belajar ni?! :p

Takpe. Sekarang ibu peluk cium. Esok da besar ibu nak rotan diaa!

Ok dah merepek. Ngantuk. Selamat malam. Assalammualaikum.

Read more...

Wednesday, June 11, 2014

Formula penyusuan susu ibu


Sebelum tu maaf lah kalau gambar susu tu mengundang rasa kurang senang yang membaca. Bagi rina setakat tunjuk susu tak salah..jangan la tunjuk masa tengah menyusu. Lagi teruk yang menunjuk aurat masing masing. Tu dah tentu tentu berdosa..

Jadi tujuan gambar ni adalah untuk merakam journey penyusuan susu ibu rina untuk di share bersama rakan seperjuangan :)

Ok back to the topic.

Sepanjang hidup rina, jarang sekali rina konsisten buat sesuatu perkara. Tengok saja lah..blogging pun sekejap muncul sekejap sunyi..business online pun sukahati je bila nak start bila nak stop haha..contoh lain bab makan suppliment memang tak disiplin..memang susah lah sebenarnya rina ni nak konsisten..

Sebab tu rina tak sangka yang rina dapat meneruskan penyusuan ibu untuk anak rina sehingga dia berusia 1 tahun 3 bulan dah sekarang. I am really impress with myself!

Bukan senang nak disiplin. Ada je saat merundum tu..punca utama sebab malas! Masa Dareesa umur 1 tahun rina dah beli siap siap susu Dugro. Kononnya nak campur la susu fm dan susu ibu. Tapi up until now susu dugro tu tak buka buka lagi.. sekarang ni ibarat pump hari ni untuk esok jadi rina terpaksa rajinkan diri dan cari masa untuk pump. Sebab kalau malas, esok dareesa nak minum ape?? Macam sedih nak bagi susu fm lagi sebab susu ibu masih ada.. kadang kadang tu dapat sikit je..tapi cukup je untuk dareesa sebab kebetulan dia memang minum sikit haritu..

Alhamdulillah sekarang macam dah rajin balik..stok dah ada balik dalam 18-20 oz untuk emergency case..

Tapi kalau orang tanya sampai bila nak menyusu dareesa..rina just can say "selagi mampu"...of course deep in my heart rina nak menyusu sehingga Dareesa 2 tahun as recited in AlQuran..insyaAllah..

Key untuk berjaya dalam penyusuan..Jangan Malas! Formula hanya 1 : High Demand = High Supply.

Sekian!

Read more...

Tuesday, June 10, 2014

Umrah bersama anak kecil - TH Travel (Part 1)

Assalammualaikum.. Ok akhirnya, rina dapat luangkan masa bercerita tentang Umrah bulan lalu..

Sebelum ni pun rina ada update 2 entry yang berkaitan :

1)

2) 

Kali ni, rina nak share cerita secara ringkas 10 hari rina di sana..oleh sebab dah lama..banyak juga lah yang dah terlupa =P tapi mungkin dalam cerita ringkas ini dapatla sedikit sebanyak membantu bakal  bakal jemaah yang lain. InsyaAllah..

Ok tanpa membuang masa, lets start with day 1..

Day 1 : Perjalanan pergi.

Mengikut jadual, jam 5-6 pm waktu berkumpul. flight jam 8pm gitu. so dalam jam 3 ptg lebih kami dah ke KLIA. Check in bag semua secara berkumpulan. Ambil tag dari kaunter TH Travel yang sedia ada di KLIA. Pergi makan KFC dulu dan kemudian tepat 6pm kami diberi taklimat serba sedikit tentang aktiviti di sana. 

Kemudian masa untuk check in. First time naik di KLIA untuk ke luar negara. Rupanya ada transport train dalam KLIA untuk ke balai berlepas. *Jakun* hahah.. Oleh sebab cuaca tak berapa elok, flight delay sejam. Flight kami ialah Saudi Airlines. 

Alhamdulillah, layanan yang diberi sangat baik.kami request Bassinet untuk dareesa. dapatlah dia tidur dalam tu. Perjalanan makan masa 8 jam. ada 2 kali makan..tempat duduk selesa. mungkin sebab kami dapat hot seat yang ada bassinet jadi ruang tempat kaki lebih luas dari orang lain. 
toilet ada banyak cuma sedikit kecil. mungkin susah sikit untuk mereka yang berbadan besar. untuk rina muat-muat jela dan selesa je. tapi make sure pergi awal awal. sebab kalau dah ramai orang guna nanti dah kotorr..

Syukur sangat dareesa ok je dalam flight. bagi dia tengok video..bagi dia biskut..minum susu..then tidur..tak susah sebab memang waktu tidur dia..waktu malam..

Kaunter TH Travel di KLIA. Beg yang diberikan. Dari kiri Mr Zauj, Rina, Abah rina, mak rina, dan Zuha Dareesa.

Monopod aje. hihihi

Dia la paling best. ada katil. semua orang terpaksa duduk 8 jam. patah pinggang ye!

Day 2 : Sampai di Madinah Mukarramah

8 jam perjalanan..akhirnya kami tiba di bumi Madinah..berkumpul pula di airport Jeddah. Alhamdulillah kami dapat direct flight ke Jeddah. Ada pakej yang perlu naik bas ke Jeddah kan? turun dari airport mana tah..rina pun tak pasti.

Airport Jeddah kecil je..petugas pun sikit..yang sikit pulak banyak sembang hahah..sabar jelah..negara lain..culture lain..cara lain..kita sebagai pelawat perlu lah ikut dan banyak bersabar..

Sampai dalam pukul 5 pagi waktu Malaysia dan jam 10 malam waktu Madinah..maknanya Madinah lambat 5 jam dari Malaysia...setelah pelbagai urusan imigresen..kami di bawa ke hotel kami..iaitu Hotel Movenpick Anwar. Hotel ni terletak dekat je dengan Masjid Nabawi..keluar hotel terus masuk masjid..betapa dekatnya..tapi kebanyakan hotel kat Madinah memang dekat-dekat pun.

sampai je dalam jam 2 pagi kot..kami bersolat Isyak & Maghrib qada..dalam flight tadi dah solat Maghrib cara niat dan gaya aje..tapi tak puas...(rujuk ustaz untuk lebih info cara solat dalam flight). Rina dan mak solat di hotel je sebab nak bersihkan diri dan tidur kejap..Mr Zauj dan abah ke Masjid Nabawi terus..subuh pun dah nak masuk..subuh jam 4 pagi gitu..Subuh pun rina dan mak hanya di Hotel..

Jam 7.30 pagi kami kelam kabut turun hotel sebab nak ikut rombongan ke Masjid Nabawi. Misi utama nak solat di Raudhah.  Nabi Muhammad s'a.w pernah bersabda yang "antara rumahku dan mimbarku adalah taman dari taman-taman syurga." Dalam Masjid Nabawi, ruang Raudhah adalah antara mimbar tadi dan makam baginda. 

Rina ingatkan sekali tau lelaki dan perempuan rupanya rombongan asing-asing. so rina dan mak dan dareesa berkejaran ikut seorang ustazah yang bawa rombongan jemaah wanita ni. laju betul ustazah tu. tak sempat-sempat nak pakai baby carrier..ustazah tu pun tak tunggu tunggu..memang laju la untuk rina dan mak ni..mak dah tua..rina pulak dukung baby..

then sampai saja pintu masjid..baru lah kami tahu..ada pecah lagi kepada 2 rombongan..1 lagi jemaah wanita yang pakai wheelchair,  anak/saudara yang tolak wheelchair dan yang tak boleh laju laju macam kami...tu lah..turun hotel lambat lagi =P so kami pun ikut rombongan ni..Alhamdulillah..slow je ustazah ni bawa..dia tunggu walaupun kami lambat..rina pulak dah terkentut masa duk berkejaran sambil dukung baby hahaha..ustazah tu suruh ambil wuduk guna air zam-zam yang ada dalam masjid je...sebab tandas jauh..

lepas tu kami meneruskan perjalanan ke bahagian Raudhah...Allahuakbar..ramainyaaa orang..siap beratur nak solat di ruang Raudhah..kecil je ruang dia..dan hanya boleh max 10 orang aje solat dalam satu satu masa..memang masing berebut rebut...tapi ada orang jaga la..kalau seseorang tu lama sangat penjaga tu minta dia beredar bagi peluang pada yang lain..
Syukur sangat..rina dapat bersolat sunat, beberapa kali dalam kawasan tu. Perasaan? sukar digambarkan...sungguh nikmat...solat paling nikmat yang rina pernah rasa...tak pernah lah rasa sekusyuk tu...seolah-olah rasa dekat dengan Allah dan Rasulullah...rasa taknak bangun dari sujud walaupun dipijak kepala oleh orang orang yang berebut rebut tu..sedih nya...bila lagi nak rasa kenikmatan seperti itu?

selepas solat beberapa kali..kami diberi pilihan untuk pulang berehat atau stay solat..Mak ajak pulang..sebab dah letih..masa tu pun dah tengahari..on the way balik..kami kononnya nak lalu bahagian depan hotel..bolehlah lalu dekat kedai-kedai sambil beli apa apa yang patut..tapi malangnya kami macam tersesat...jalan-jalan tak jumpa pun hotel huhu..letih sangat dah ni..tanya orang orang mana hotel Movenpick..

jalan punya jalan..ditakdirkan terjumpa Mr Zauj tengah beli sim card..kena lah bebel secara free..dia rupanya dah lama habis..dah balik hotel dan dah cari rina sampai ke jemaah wanita dekat area Raudhah hehe...

Nota : SimCard memang sangat mahal area Madinah..takde kedai proper yang jual..so better beli dari ustaz yang jual simcard masa dalam bas otw ke Madinah..

balik hotel...rina dah tak ingat rina pegi ke tak masjid haha..ada waktu yang rina ke masjid..ada yang rina solat di hotel saja..mudah-mudahan masih dapat pahala 1000x..cuma tak dapat pahala jemaah la kot...sebab dareesa tidur awal..jam 3 petang dia dah mengantuk..ye lah..waktu Malaysia kan lewat 5 jam..maknanya dah jam 8 malam..waktu tidur dia..bila dareesa menyusu untuk tidur confirm rina pun tertidur sekali =P 

ok..sebab dah tak ingat apa berlaku..kita proceed dengan kisah Day 3 =P

di Airport Jeddah..kecik tapi ramai sangat umat..macam tak boleh bernafas je..ramai juga yang dah start pakai penutup mulut..tengah famous virus mers-co-v (betul ke) kan sekarang ni..amboi caption tak boleh panjang lagi ke =P

Hotel bilik untuk 4 orang..cukup selesa..ada pantry lagi..alhamdulillah, nyenyak tidur =P

Saudi Airline

Mr Zauj dan abah..hero saya

Selfiee. Ibu letihh jalan laju laju..dah lah agak jauh kot..besarrr kawasan Masjid Nabawi ni

Air Zam-zam..banyak sangat dalam masjid..ada sejuk..ada warm..sedap!

KLIK SINI UNTUK MEMBACA SEMUA KISAH BERKAITAN UMRAH 2014

Read more...

Monday, June 09, 2014

Kelantan - Jepun - #medinaturns1 - check up Dareesa 1 tahun 3 bulan

Assalammualaikum...ok..tipu je dah rajin berblog. bahaha. Maaflah..busy sangat..tak sempat nak menaip pun. main facebook dengan instagram je sempat hihihihi.

Secara ringkas. last 2 weeks rina ada meeting seminggu di Kelantan. so dapatlah balik ke kampung husband secara free. bawak dareesa sekali. mr zauj balik on weekend je. Best la dareesa dapat mandi pantai & main ayam =P


Dah semakin serasi kot dengan air laut. Dah tak selesema atau demam kalau mandi lama-lama. bagus. susah nak demam. ibu pun tak risau. alhamdulillah. keep it up baby! hihi

lepas tu Mr Zauj dapat arahan last minute untuk outstation ke Jepun. ke Jepun korang!! 23 hari pulak tu =( sedihhh sedihh yang berbaur jeles hahaha...Hari ni lah dia nak pegi ni..malam ni...sobsob..


oh ye, semalam ke birthday party baby girl Irine Nadia, Fiska Medina. sape tak kenal Irine Nadia ni...blogger famous kot..tapi MasyaAllah baik sangat..tak sombong..orang kata, cantik luar cantik dalam =)

sape nak tengok persediaan party baby dia ni boleh la search #medinaturns1 ..comel sangat..most of the preparetions are done by @shilashower . blogger famous jugak. memang ramai la blogger famous yang hadir semalam. semua cun cun. bak kata mr zauj "apsal semua yang datang cun cun & pakai baju sepesen je?"

hahahaha. yela. ramainya pakai jubah #calaqisya. maaf la abang..isteri abang je yang huduh dan comot. baru balik dari shopping di Sogo & Mid Valley..shopping barang barang mr zauj nak ke Jepun..petang lepas asar terus ke birthday Medina..omey sangat medina tu. Dareesa muka bangun tidur. muka tak boleh ganas lagi ke anak ibu hihihi..both sangat comel. semoga Medina & Dareesa membesar jadi anak yang solehah dan dapat membawa kami ke syurga nanti ^__^

ok next story, Dareesa dah ke check up 1 tahun 3 bulan. rina dah tak update by month dah since progress semua macam sama je..cuma sekarang dia kuat membebel...dan SANGAT aktif! tapi alhamdulillah makan masih boleh duduk diam-diam..dan masih boleh fokus main/tengok tv lebih 10 minit...bukan apa...takut ada penyakit "hyperactive" je...bahaya jugak tu..

tapi memang agak meletihkan..kalau letak je dekat mall ke..dia punya berlari..sekelip mata hilang dari pandangan huhu..so walaupun menangis ibu tetap dukung..


words yang pernah didengari ialah "Bai", "Bis = habis", "abah", "bau = ibu", "ya = Lia (panggilan mr zauj pada rina)"..

itu jela.tu pun jarang..lain lain bahasa german..takpe..slow-slow ye nak...

gigi garham dah tumbuh..macam pedih gak la masa menyusu...kadang2 dia ketap..memang pedih..yup..masih menyusu ibu..alhamdulillah..

makan pula macam macam masuk perut..huhu...tapi bubur harian masih homemade & #nosalt & #nosugar
sangat kagum pada ibu bapa yang dapat control makanan anak dia bagi yang sihat-sihat je..mungkin kelemahan diri rina..takut dengan pandangan orang dan memang sendiri pun malas..#jangandicontohi

actually menyusu ibu pun dah semakin malas..malas nak pump tapi cekalkan hati...nak sangat menyusu dareesa hingga 2 tahun..insyaAllah ganjaran dari Allah yang dicari..juga usaha untuk dareesa  dapat membesar dengan sihat dan bijak..

oklah tu je..ingat nak taip tentang sambungan umrah..tapi tertaip lain...sekarang baru nak pikir tajuk ape nak letak hahaha

ok..salam..

Read more...
Related Posts with Thumbnails

Follow by Email

✿Visitors ツ


✿NotaKaki ツ

+ Semua gambar adalah hak milik peribadi Rina.
+ Penyalahgunaan gambar akan dikenakan tindakan.
+ Plagiarism is not allowed.
+ Blog ini akan di updet hari2. (maybe :p)
+ Ok. Itu je kot buat masa ni. Thanks for visiting ya!


  © Rina Stories~* at Rinastories.Blogspot. All Rights Reserved. Powered by Blogger.

Goto Top