Sunday, July 17, 2016

Bercuti ke Budapest, Hungary bersama anak kecil - Day 1- Flight yang lama

Assalammualaikum semua,

Bersiaran di Budapest. Sini baru jam 2 pagi (tapi entry ni habis tulis pukul 7 pagi budapest,sambung3) Tapi mata dah cerah. Sebab malaysia dah 8 pagi. Lambat 6 jam. Mujur anak anak masih tidur sebab semalam rina tahan depa jangan tido selagi belum pukul 5 ptg budapest (12mlm malaysia) hehe.

Ye korang. Pukul 5 petang semua dah terbongkang. Tak pegi mana pun. Letih kuasa seploh. Perjalanan yang sangat panjang.

Bayangkan hari jumaat (15 julai) lepas kerja balik rumah baru nak packing. Memang gila. Yela sebab baru balik raya dari kelate kan. Baju pun banyak nak basuh dulu.

Pukul 11 malam kami bertolak ke airport. Masa ni Deenina (1tahun) dah tidur. Yang kakak (Dareesa) tak tidur lagi.  Sampai KliA check in pegi toilet semua elok elok lah naik flight jam 2 pagi. Delay sikit.

Masa ni Dareesa buat hal sikit. Semua tak kena. Maklumla mengantuk kan sebab tahan mata. Mujur emirates ada TV dekat seat. Boleh suruh dia layan Frozen. Ada juga seludup kudap-kudapan. Bagi dia makan dulu. Tak sampai 10 minit tertidur dalam flight.






Yang adik takde masalah sangat. Memang tidur nyenyak berulamkan susu ibu & beralaskan lengan ibu. Bassinet penuh!

Cramp lah ibu sepanjang perjalanan memang tak boleh tidur. Sempat rina layan 2 movies - Rapunzel & crita jepun. Dareesa sedap tdur baring. Kaki atas peha abah. mr zauj pun sedap tdur. Ruang tempat duduk emirates airbus yang kami naik memang luas dan selesa.

Tapi tidur mr zauj memang terganggu sebab kejap2 stewardess bawak makanan haha. Rina makann jela. Nak tidor tak boleh. Tidor 5 minit2 macam tu je. Deenina macam tak selesa sangat. Sebab dia jenis tidur bergolek2 atas katil. Dalam flight macam mana nak bergolek??

Akhirnya selepas 6 jam kami sampai Dubai untuk transit. Merah biji mata mak. Sampai aja dubai kami solat dulu tukar baju dareesa & deenina dulu..mandi kan sikt bagi segar.

Dareesa lapar sikit sebab sepatutnya dia dah breakfast berat tapi kalini memang tak sempat makan. Kami hanya transit 3 jam lebih. Kalau transit 4 jam boleh reedeem voucher makan percuma.

Nasib ada biskut dan coklat untuk alas  perut dia.

Sementara tunggu next flight rina menyusu nina sambil restkan badan di surau. Alhamdulillah surau memang sangat selesa dan takde orang hehe. Tidur sambil duduk. Risau kalau baring tak terbangun nanti.

After delay dalam sejam baru boleh naik flight. Makan sikit dalam flight dareesa dan deenina tertidur lagi..flight 6 jam..depa tidur 3 jam. Okla dah selamat separuh perjalanan hahah.

Dalam flight akan dapat breakfast & lunch. Untuk dewasa lain. Untuk kanak kanak lain. Untuk baby pun ada makanan baby macam heinz tu. Dareesa dapat koko crunch & susu dan  lunch dapat pasta. Dewasa pula nasi ayam & western meat. Tak pedas pun. Dareesa makan sekali.

Gambar takde pula tapi memang sedap jugak. Siap dapat deserts..box choc & sweets..appetizer..roti.  lepas tu dareesa & deenina dapat souvenir beg selimut berkarakter, set losyen, pensil warna d buku mewarna. Seronok dareesa layan mewarna sambil tengok froze.

Bila deenina dah bangun mr zauj ambil turn untuk pegang nina, tukar pampers nina. Rina ambil kesempatan untuk tidur.

Alhamdulillah lepas 6 jam sampai dan dah ada van yang menunggu. Hotel dah sediakan.

Kami tinggal di euro star hotel. Semua ditanggung. Sebab mr zauj pergi bekerja kan. Rina menempel je hihi.

Kecik je hotel tapi location wise memang strategik sangat. Sampai hotel mandi2 terus kepenatan. Sumpah penat gile. Dari jam 11 malam jumaat..sampai hotel budapest jam 8 malam malaysia (2petang budapest). Jam 5 petang budapest kami pun tidur. Memang tak g mana la 1st day hehe



Beras, periuk ajaib, sambal bilis rapuh & rendang dinding wajib bawak
Untuk dareesa & deenina malam ni makan nasi kicap & ikan bilis goreng je. Esok baru beli sayur, telur, seafood.

Sorry gambar tak banyak. Leceh nak upload hihi.

1 footprints here! Thanks! (◕‿◕):

mrs kayrul 17/7/16 1:38 PM  

Express update betul la..senangnya ada periuk ajaib ke sana sini

Related Posts with Thumbnails

  © Rina Stories~* at Rinastories.Blogspot. All Rights Reserved. Powered by Blogger.

Goto Top