Saturday, February 10, 2018

Itinerari bercuti ke Tokyo pada musim sejuk bersama anak kecil - 3 Day JR Wide Pass & Gala Yuzawa

Assalammualaikum & Salam Sejahtera semua,

Entry ini adalah sambungan dari entry sebelum ini : http://rinastories.blogspot.my/2018/02/itinerari-bercuti-ke-tokyo-pada-musim.html . Gambar tak banyak diupload sebab tujuan utama nak share tips dan itinerari sahaja 😀

Saya terus jump ke itinerari dari hari ke hari ya...saya tak mampu nak buat 1 entry untuk 1 hari..jadi saya summarize terus dalam entri ini hehe

DAY 1 : Selasa (30 Januari)

Flight petang dalam pukul 2.45 p.m. tapi jam 10 a.m kami dah bertolak untuk urusan check in. Kami menggunakan khidmat Air Asia. Budget dalam RM3k++ untuk 4 orang termasuk luggage,makanan dan seat. Basic fare around RM700 per person two ways.

Sampai di Tokyo, terus naik train Haneda Airport-transit di Shinagawa untuk ke Ueno Stn.

Warning : Last train jam 12pm. Perlu study bab ni. kami memang berkejaran malam tu huhu. flight sampai dalam 10.30, ambil luggage dalam 11.30 pm settle semua. Tapi train station sangat dekat dengan arrival hall.

Tips : Guna Google maps untuk study routes. Beli PASMO card untuk ticketing dekat airport. macam Touch&Go function dia.

Alhamdulillah sampai homestay dengan selamat. Homestay dalam RM2k. 1 malam RM300++
Very recommended : HERE


sofa tu boleh adjus jadi katil juga



DAY 2 : Rabu (31 Januari)

Kepenatan semalam dan masih baru nak adjust dengan kesejukan tahap dewa ni haha..So start sedikit lewat. breakfast nasi telur kicap & ikan bilis.
Kami ke Odaiba untuk tengok Liberty of statue yang kecik & Gundam gergasi. Kemudian masuk ke Aqua City mall untuk beli ticket Disneyland & Disneysea. Cost : RM1.2k++ untuk 2 days ticket.

Plan asal untuk ke legoland discovery centre di sebelah Aqua City. tapi rasa dah bazir banyak duit untuk disney parks. cancel terus haha.

Kami balik awal harini. singgah di JR office di Ueno Stn untuk membeli tiket 3 day wide pass tapi ofis dah tutup. jam 4 p.m masa tu. dia suruh datang esok pagi jam 8.30 am. OK.

balik awal dan rest sebab dareesa masih belum betul sihat. Husband keluar seorang diri ke Akihabara untuk shopping Gshock di Bic Camera dan ke pasar Ameyoko untuk mencari lauk mentah.

Rezeki dapat duduk depan sekali semasa menaiki monorail ke Odaiba (wajib naik monorail for stunning view)

ikan bilis di bawa dari rumah

replika liberty of statue

Gundam Gergasi

kecik punya

Kedai ni dalam Aqua City mall..beli tiket disneyland & disneysea disini

Main suprise egg
#tips penjimatan : pilih salah satu je disneyland or disneysea. sebab kalau beli 2-day pass ni, perlu datang ke disneyland 2 hari berturut2. agak penat sebenarnya tapi kami bersemangat je hehe. dua-dua ada konsep tersendiri. but if dah ke disneyland, boleh saje ke disneysea since disneysea hanya ada 1 di dunia iaitu di tokyo. dua-dua sesuai dengan toddler. tapi disneyland lebih colorful. Games memang banyak boleh main tanpa height restriction. takkan sempat main semua pun. wajib belajar cara penggunaan Fast Pass okay.


DAY 3 : Khamis (1 Februari)

Setelah membeli 3-Days JR Tokyo Wide Pass, kami terus menaiki shikansen untuk ke Gala Yuzawa Stn. (Cost RM700++ untuk 2 orang). Sangat berbaloi ye. JR Wide pass ni hanya untuk pelancong sahaja. rakyat jepun sendiri tak boleh beli. Ada beberapa tempat yang di cover. tapi tempat kami pergi ni lah tempat tumpuan pelancong. ada satu lagi kami tak pergi. iaitu Sakura Festival di Kawazu - Izu
Sebab masih belum bermula festival tersebut. dekat tempat inilah sakura pertama yang akan tumbuh walaupun belum habis musim winter. tengok gambar memang cuns.

Ok sambung cara nak ke Gala Yuzawa. Kalau duduk di station lain, boleh menaiki Joetsu shikansen ini dari Ueno stn atau Tokyo stn sahaja. sebab kami tinggal di Ueno, tak perlu bekejaran dah.

Tips : Perlu tahu jadual shikansen dan nombor/nama shikansen tersebut untuk ke Gala Yuzawa stn. boleh cek menggunakan Google Maps.

perjalanan mengambil masa dalam sejam lebih sahaja. terus sampai di Gala Yuzawa ski resort. Sampai2 kami breakfast terlebih dahulu. kemudian proses menyewa alatan. kami mengambil pakej sewa baju, sled, boots. dan tambahan gloves untuk budak2 tu..silap tak beli awal-awal gloves. yang lain memang plan nak sewa je, sebab malas nak bawa berat-berat dari malaysia..

Selepas tu kami menaiki gondola untuk ke puncak bukit. kami tidak bermain ski, hanya bermain sled sahaja. beg2 kami tinggal dalam locker sbeelum tu.

salji memang sangat tebal dan dareesa deenina memang jakun habis hahahah. main sled, buat snowman & begolek2. sejuk seriously. tapi depa boleh tahan je. ada restoran. boleh rehat memanaskan badan. kami beli pancake choclate sahaja.

ada beberapa aktiviti di situ selain bermain ski dan sled. kami mencuba untuk Kanjiki Snow Fun Trekking - ala2 jungle trekking tapi kami mendaki snow dengan memakai Kanjiki - kasut salji tradisional jepun. Boleh tahan penat, tapi hasilnya terbaik. wajib cuba!

Kami juga mencuba Snow Mobile Sleigh Tower. Pun menarik sangat.

untuk info lebih lanjut boleh rujuk SINI.

Cost : around RM600 untuk gondola, sewaan dan aktiviti. boleh jimat lagi if bawa baju sendiri dan tidak join aktiviti. Nak jimat boleh bawa baju sendiri, tapi make sure kalis air. aktiviti murah je

Seharian di sini, kami menaiki Gondola pulang ke centre. solat dan tukar baju dalam bilik persalinan jenis family kemudian terus pulang ke Ueno Stn.

Joetsu Shinkansen. Boleh reserve seats. Tips, pergi dekat non-reserve dulu if kosong boleh anak2 duk sekali. kalau reserve, hanya dapat 2 seats dewasa je, kena pangku anak. selalunya kosong je

naik gondola. view subhanallah



kanjiki snow tour. pakai kasut tradisional jepun masa winter. prevent dari tenggelam dalam salji

we are ready!

masuk dalam terowong ni dulu
empuk macam katill

the struggle bila trekking dengan budak banyak drama


bebudak tu ade derang kisah nak begambar

main sled la paling best weeee~

ibu bawak carrot dari malaysia tapi tertinggal dalam beg dalam locker huu

the only food yang halal

pengsan. dalam foodcourt panas sikit
kejut nina ajak main ni pulak sebelum pulang


DAY 4 : Jumaat (2 Februari)

Hariini kami bangun awal disebabkan salji turun. excited sangat masing-masing hehe. dareesa dah sihat pada hari ini.
Untuk hari kedua bagi JR Wide pass, kami pergi ke Kairuzawa Stn. Naik Hokuriku Shikansen. depart dari Ueno Stn/ Tokyo Stn juga. perlu cek jadual juga. perjalanan hanya mengambil masa sejam sahaja.

Disini terdapat ski resort juga dan Kairuzawa Prince Shopping plaza. Konsep macam JP0 tapi 1 tingkat je dan penuh dengan salji. tiada makanan halal disini tapi kami dah bawa bekal siap-siap. kemudian kami lebih berminat untuk mengambil gambar dari bershopping. hehe.

Balik awal kami berjalan-jalan di Ameyoko Street di Ueno Stn.

Cost : Free

macam crystal & lembut ringan. my first snow fall, first snow flake for me!

shikansen

sampai dah shopping plaza. ibu macam LION roarrr

breakfast dulu

cantik nyaa suasana. ibu kagum




sayang menyayang sampai syurga..ameen

macam dalam movie tak huhu


Huhu macam panjang je..boleh sambung next entry tak ahaha..kita sambung next entry ya..mohon doakan tak separuh jalan hihi..byee


Nota Kaki : Cost tu untuk 2 dewasa & 2 kanak2. ada yang tak kira pun untuk kanak2. saya lump sum kan sekali sebab malas nak details sangat. if nak cost sebenar boleh rujuk website yang diberi. Cost juga tak termasuk makanan dan souvenir yang dibeli.

NEXT ENTRY DI SINI.


3 footprints here! Thanks! (◕‿◕):

Anonymous,  14/2/18 2:49 PM  

Salam SiS! wonderful sharing on your japan trip.
I would like to ask some qns regarding your itinerary, can I contact you through email pls? :) -Nor

Anonymous,  14/2/18 2:50 PM  

oops sorry, my email is marsya101@hotmail.com.

Cyrus,  29/5/19 8:36 PM  

Hyee.. satu entry yg sangat menarik dan sangat informative. Trip tu exactly mcm yg saya nak (nak tiru lah nanti)...

Related Posts with Thumbnails

  © Rina Stories~* at Rinastories.Blogspot. All Rights Reserved. Powered by Blogger.

Goto Top