Sunday, October 31, 2010

Outward Bound Malaysia, OBM (Part 1)

Rina ada cerita kan rina pergi OBM selama seminggu iaitu dari 23 Okt - 29 Okt.
OBM ni macam aktiviti lasak lah..camping, kayak, jungle tracking...
wajib untuk eksekutif baru TNB.
untuk maklumat lebih lanjut tentang OBM boleh klik SINI.


Sabtu 23 Oktober
First Day

Seawal pukul 7 pagi rina dah berada di UNITEN. Ramai jugak yang dah sampai.
Cepat cepat kitorang cop bas.
Dalam 4 - 5 jam perjalanan, termasuk berhenti di tempat rehat, kami pon sampai ke tempat yang dituju.
Sangattt cantik lah tempat dia..



Excited memang excited tapi berdebar debar gak..
yela..sampai sampai je dah dibahagikan pada kumpulan...
kami semua ada 130 orang..
nanti akan dibahagikan kepada 9 watch (group)
lepas tu dibahagikan pula kepada 2 groups.

Ini adalah sebahagian dari watch rina - Watch Tahan (Sempena nama gunung)


dalam watch ni, ada la yang rina kenal..
yang pakai baju hijau tu.
dia satu tempat kerja dengan rina.
Geng Bas Sekolah rina tuu..

So hari tu, takde ape sangat..
just penyerahan HP, Duit, IC dan makanan kepada Instructor.
serius tauu
tak boleh bawak HP seminggu!

tapi rina tak kesah pon...
cuma sedih tak dapat contact parent je lah.

lepas tu, sesi bermain game dan berkenalan.




Baju biru tu instructor watch kami - Ali.
memang sempoi~

dan ini target kumpulan kami untuk seminggu,

 tercapai tak?
bolehlah~~

hihi..

bersambung....


Read more...

Saturday, October 30, 2010

I need a long rest.

Seminggu rina pergi OBM, means seminggu rina tak buka blog dan main internet.
Tapi macam tak rasa apa apa jeee

sebab OBM best sangat!


Tersangat best!

nak cerita panjang panjang tapi macam letih tak hilang lagi..
mood pun belum mari.

so next time ok?

Malasnye nak masuk kerja..
T__T


Read more...

Friday, October 22, 2010

sesi luahan perasaan

rina tengah sedih. tak tahu nak luah pada siapa..jadi nak luah disini..

rina rasa rina sudah bersedia..dan cuba untuk memperbaiki diri..walaupun sukar, tapi rina cuba jugak..rina kuatkan hati...kuatkan semangat..mesti boleh..mesti berusaha..rina beritahu pada diri..

tapi masih tak mencukupi..

mungkin rina perlu lebih berusaha lagi...lebih kuat lagi...lebih gigih lagi..
alhamdulillah..syukur pada Allah...semangat rina masih ada..Allah tahu rina mampu untuk hadapi semua ni..sebab tu rina diuji lagi...Dia mahu rina menjadi semakin kuat...
alhamdulillah memang rasa tenang bila teringatkan Allah..

juga kata kata seorang kakak..


Tuliskan rancanganmu dengan pensil kemudian serahkan pemadamnya kepada Allah.. relakan Allah memadam bahagian yang bukan ditakdirkan untukmu dan menggantikannya dengan rancangan yang lebih baik.. Kerana Allah lebih mengetahui apa yang baik untukmu.. mungkin bukan seperti yang manusia sangka.. Selalu ada hikmah di sebalik rancangan yang Allah siapkan khas buat hambaNya...

masih tersemat kemas dalam hati rina..terima kasih untuk nasihat itu...ia sedikit sebanyak memberi kekuatan buat diri ini..

oklah tu je..

macam tak mampu je nak bercerita apa yang terjadi..

so sampai disini saja..

semoga Allah permudahkan segalanya...
mencari rezeki yang halal memang bukan mudah..
hidup ini penuh dengan ujian..
ujian ujian ini yang perlu kita lalui dengan cemerlang demi kehidupan di akhirat kelak..

fuh! lega dapat menulis hehe..nak sambung packing untuk OBM.salam

Read more...

Away for a week!

Ni bukan away dari blog.
sebab dah lama kot away dari blog hehe..

sangat busy lately ni..
kerja memang tak online la kan.
ni pon curi curi waktu rehat :D

balik kerja pulak, tidur awal.
tak pun, hang out ngan kawan kawan and family,
tak pun ada site malam.

so ruang ruang antara tu untuk facebook, YM dan tengok series

kesimpulannya, masa untuk blog adalah terhad :P

ok berbalik pada tajuk,
rina akan terasing dari dunia luar selama seminggu.
not just without internet, but also without handphone!

Esok rina akan ke Lumut, Perak untuk program OBM
dan insyaAllah akan pulang pada hari Jumaat.

ni adalah program wajib untuk eksekutif baru TNB.
senior kate best, hopefully bestlah

sebelum rina pergi, rina nak mohon kemaafan sekiranya ada salah dan silap.
minta halalkan segalanya.

insyaAllah sekiranya dipanjangkan umur, kita berjumpa lagi!
^o^



Read more...

Sunday, October 17, 2010

Saya mahu kahwin!

Tajuk saje tarik perhatian sebenarnya :P 
terus terang kan rina? heheh!

actually, rina nak cerita mengenai majlis kahwin kawan rina, Qayyim dan pasangannya Asma pada 10.10.10 yang lalu.
Lawa kan tarikh? 
Rina target 11.11.11 harap harap tercapai har har har (tiru hamzah)

Ni gambar mereka,


mereka buat di Masjid Uniten je.
bawah Masjid Uniten ada dewan, so diorang buat kat situ je.

tiba tiba rina rasa macm best je buat di Masjid Uniten.
Luas pun luas.
Atas ada masjid boleh lah tetamu solat dan berehat.
Tak perlu ada band penyanyi pun.
majlis disulami dengan tazkirah dan doa doa je.
rasa macam bestt je.

so dengan ini, rina nak tukar lah impian perkahwinan,
nak kahwin di Masjid! hehehe

cancel impian Wedding on the Cruise :P

Buat pasangan pengantin, semoga dimurahkan rezeki, diberi kebahagiaan dunia dan akhirat dan jodoh berpanjangan hingga ke syurga Allah, InsyaAllah.


Read more...

Saturday, October 16, 2010

Grrr.. geram geram!

Dah post kat facebook, nak post kat sini pulak!


Kecit kecit dah pandai buli! ish ish babab kang! hahah


Read more...

Thursday, October 14, 2010

Geng Bas Sekolah saya!

Ini lah geng bas sekolah rina di tempat kerja.
diorang semua PEP 36.
kira masuk TNB sama sama.

Yang belah kiri <---
zam dan faizah.
opis dorang kat tingkat bawah

yang belah kanan --->
kirin dan fahri
sama opis tapi lain unit.

dengan diorang je lah rina boleh jadi diri sendiri.
nak wat lawak, ponteng2 pegi shoping pegi site,
breakfast, minum pagi, lunch, minum petang :p
dan sebagainya

glad to be with them!
^__^

Read more...

Monday, October 11, 2010

Sepatah dua kata

Assalammualaikum semua!

Maybe ada yang perasan yang rina dah tak update blog ini sekerap dulu.
Dah jarang datang komen dan menyemak di shoutbox korang seperti dulu.

Sebenarnya, rina dah semakin busy dengan kerja.
dan kurang berkesempatan untuk update.
huhu..

honestly, nak baca blog orang lain pun dah tak sempat.

rina ada terfikir nak tutup blog buat sementara waktu,
tapi atas nasihat kawan kawan, rina tak jadi tutup.

so... bila rina free baru rina update.

tak dapat lah blog ni jadi side income rina lagi.
macam mana pun, rina takkan buang Nuffnang,

thanks Nuffnang!
rina dapat approximately RM500 dari pihak anda.
Thanks so much!

dan mestila terima kasih kepada pengunjung blog ni.
Thanks so much!
tanpa anda, takdelah duit tu hehe..

kepada kawan kawan blogger,
terima kasih kerana sudi menjadi rakan rina di dunia maya ini.

insyaAllah, rina akan ke blog anda sekerap mungkin walaupun jarang update dah lepas ni.

insyaAllah, one day, rina akan kembali aktif berblogging.

kena sesuaikan diri dengan kerja baru ni.
dan tumpukan perhatian kepada perkara yang lebih penting.

berkenaan header, rina nak design yang baru.
saje nak bagi lebih matang dari yang sebelum ni :P

ok lah, rina nak beransur dulu :P

bloggers lain, teruskan usaha!!


Read more...

Sunday, October 10, 2010

Makan biskut





"Cedap tak caya makan biskut?" :P

Oh I miss this budak kecit so much!
baru 6 bulan dah pandai makan biskut.
tapi biskut tak cair di tangan tapi cair di mulut lah hehe..



Read more...

10/10/10

Jom kawin?

hehe!

Read more...

Saturday, October 09, 2010

Segar balik!

Malam tadi rina tidur pukul 9 malam dan bangun 9 pagi
hehe..

12 jam tidur.

penatt sangat sangat semalam pergi site sampai pukul 4.30 pagi.
ni second time pergi tapi terasa penat sangat
entah kenapa.

stamina kurang maybe?

semalam rina buat medical check up untuk OBM (kursus nanti rina cerita)
doktor kata tekanan darah rina rendah T__T

tapi semalam memang memalukan,
rina pergi medical check up lupa nak bawak keluar duit.
duit dalam purse ada RM20 je

kelam kabut call abah bawak duit lebih.
nasib baik buat kat klinik dekat rumah

tension lah Pantai Dalam ni takde bank!
*tiba tiba*

rina suggest, sapa sapa nak kaya,
bukakla KFC, MCD, Pizza Hut, Bank, di Pantai Dalam.

Petronas dah bukak dah
memang laku lah

ok, ape aku merepek ni

Read more...

Thursday, October 07, 2010

Siapa faham, tolong translate kan hehe



si adik, Aisyah (4 tahun) pon sibuk nak sms rina.

Aisyah : Mad.dg.tw.mwp.jgmjg.kgjpnpmgm0pjmwPmygwtgm0pa.twgmjgjxtipw
Rina    : **0_0**
Aisyah : .mgmjdmpdgaktdgjojgmpupmajWmlptmjp

@__@



Read more...

Seuntai kata dari seorang Kakak..

"Tuliskan rancanganmu dengan pensil kemudian serahkan pemadamnya kepada Allah.. 
relakan Allah memadam bahagian yang bukan ditakdirkan untukmu dan menggantikannya dengan rancangan yang lebih baik.. 
Kerana Allah lebih mengetahui apa yang baik untukmu.. 
mungkin bukan seperti yang manusia sangka.. 
Selalu ada hikmah di sebalik rancangan yang Allah siapkan khas buat hambaNya..."
 
 Fuh fuh terkesan betul di hati ini

Terima kasih Kak Aisyah Humaira

Rina ada kakak sekarang, mungkin hadiah Allah buat rina hehe
 ada sapa sapa nak jadi abang rina tak? HAHA *LEMPANG
gurau je k
^o^
 
 

Read more...

Wednesday, October 06, 2010

Tak sabar mahu tidur

Hari ini rina mahu tidur awal.
memang sangat tak larat dah.

semalam balik pukul 4 pagi,
bangun subuh,
tidur balik
dan bangun semula pada pukul 9.30 pagi untuk ke pejabat.

nasib baik sempat,
dapat ikut senior engineers ke 3 stesen (PMU) sekitar KL

dan sekarang rina sangat letih.
tak sabar nak solat Isya, kemudian tidur Zzzz

tapi sebelum tu, nak update sikit lah.

ni jamuan raya di TNB Kepong pada Hari Selasa
memang meriah, macam macam ada.
rina sempat rasa, 
Nasi beriyani ayam golek, Char Kueh Teow,  Satay, Rojak buah, dan cendol


hehe

dan ini adalah salah satu stesen (PMU)

diorang kata ada makhluk lain tinggal, sebab stesen jarang ada orang.
ramai dah pernah kena ganggu.
huhuhu..

malas nak fikir.
fikir kerja je.

T___T

ok dah,
jom solat dan tido.


Read more...

First time (the end hehe)

Rina baruuu je balik ni

belum habis lagi sebenarnya, tapi rina minta kebenaran balik awal sikit.
sebab esok ada site visit lain pulak.

plus, otak dah nak meletup.
menerima input dengan banyak.
tak tido semenjak 6 pagi semalam.

so, pukul 4 pagi rina balik.
sekarang tengah berusaha untuk menidurkan diri.

dah lebih waktu tidur, memang jadi susah lah nak tidur kan..

kereta memang tak banyak tadi

rina drive laju tak laju sangat lah
cuma tak bagi signal je :P




Gambar tak cantik.
ambil time drive :P

sila jangan contohi :P

apa apa pun, alhamdulillah selamat sampai.

sepatutnya boleh masuk pukul 12, tapi rina nak masuk pukul 10.

jom tido!


Read more...

Tuesday, October 05, 2010

First time

kerja malam!

kol 10.30 malam ni bertolak pergi site di Kepong.

please pray for my safety!

hehehe...

kecoh je..

biasalah..festime..
perlu lahh kecoh :P


nak kumpul tenaga a.k.a makan jap

patot gemok


Read more...

Monday, October 04, 2010

Hari ke 5 bekerja

Baru hari ke 5, tapi rasa macam dah 5 tahun kerja :P *over*

Hari ni dah diberi tugas macam macam.
Kawasan untuk dijaga pun dah diberi.
tapi takkan nak reveal kat sini kannn
nanti tak pasal pasal bila kawasan tu blackout, semua report kat blog ni
hahaha!

hari ni ada open house Finance Department.
lepas tu, study study,
meeting.

part paling best, rina dapat laptop baru Yey!


tapi cuak gak.
kalau hilang terpaksa ganti.

hopefully tak cuai lah...

alhamdulillah, hari ni semuanya berjalan dengan lancar.
semoga Allah permudahkan hari hari seterusnya.



P/s : setiap hari nak pergi kerja, hati mesti berdebar debar...



Read more...

Sunday, October 03, 2010

AKU MALUUU

masa form 1,
rina pernah masuk SMA Kuala Lumpur (SMAKL) untuk 2 weeks
before masuk MRSM Kuala Klawang


kat SMAKL ni kalau nak mandi, tak boleh mandi guna shower
semua kena mandi kat sinki
tadah air dalam baldi
then mandi berkemban kat luar ramai ramai
sangat tak best kan?


entah macam mana one day rina tengah mandi
tiba tiba terlucut kain batik tu!
masa tu ada 2 orang senior tengah mandi gak
semua tebeliak beliak mata tengok rina
hahaha


Malu giler!


ehh jangan bayangkan bukan bukan
masa tu FORM 1 lagi k. takde pape huh
*tiba tiba rasa malu lak. tapi ni masa form 1 la korang..tak masuk 13 tahun pun lagi. budak bawah umur lagi k. isk..suke nak pikir bukan bukan T__T *


memang siksa la tinggal kat sana
air selalu takde
bila air takde kena mandi kat kolah tadahan air ramai ramai


masa tu dorm rina kat tingkat 4
nak ambil air dari bawah bawak naik atas
memang muscle tangan tangan rina
ok
lebih lebih lak cerita.

hehe..

rina dah pernah cerita tentang kejadian yang memalukan ini dulu.
rina cerita lagi sekali untuk contest "Aku Maluuu" organize by Kata Kila.

Kila! rina dah malu giler ni, sila bagi menang ye!
haha


rinastories

rina tag 3 orang!
Cepat buat! hari ni last date!!


Read more...

Uwais Qarni


Uwais Qarni nama diberi,
Sempena Wali Allah yang disanjungi,
Moga sifat dapat diwarisi,
Tak banyak, sikit pun jadi.

Hehehehehehehehhe!

tiba tiba rina berpantun, terasa skema plak :P
ni bahang MC majlis hari raya tak habis lagi la ni :P

Uwais Qarni ni merupakan baby kepada salah seorang cousin yang rapat dengan rina, iaitu Kak Dayah


Kecittttt je.
takut nak pegang.

baru seminggu kan.
tapi kecit betol lah!

tapi ape ape pon, alhamdulillah sebab dilahirkan sempurna..
dan comel jugak!


Sempena nama dia, Uwais Qarni ni,
rina nak cerita sikit tentang seorang wali Allah yang bernama Uwais AlQarni.

artikel ini sedikit panjang
tapi cuba lah baca sampai habis
memang best kisah hidup Uwais AlQarni ni
^__^




Ada seorang pemuda bermata biru, berambut keperangan, bahunya lebar dan berpenampilan cukup tampan, hidup pada zaman Rasulullah SAW. Beliau yang berkulit kemerah-merahan selalu menundukkan dagunya memerhatikan tempat sujudnya, tangan kanannya menumpang pada tangan kirinya, seorang yang mahir membaca al-Quran dan selalu menangis. Pakaiannya hanya dua helai yang sudah kusut. Satu untuk menutup badan dan yang satu lagi sebagai selendang. Tiada orang yang menghiraukan, dan tidak dikenali oleh penduduk bumi akan tetapi sangat terkenal di langit.

Tetapi seandainya dia berdoa, pasti terkabul. Pada hari kiamat nanti ketika semua ahli ibadah dipanggil dan disuruh masuk ke syurga, dia dipanggil agar berhenti dahulu dan disuruh memberi syafa’at, ternyata Allah memberi izin kepada untuk memberi syafa’at sejumlah kabilah Rabi’ah dan kabilah Mudhar.Semua akan dimasukkan ke syurga tanpa seorangpun yang ketinggalan kerananya. Dia adalah “Uwais al-Qarni”. Ia tak dikenal kebanyakan orang, ia juga miskin, banyak orang suka menertawakan, mengolok-olok, dan menuduhnya sebagai pengemis, pencuri serta berbagai macam umpatan dan penghinaan lainnya.

Seorang fuqaha’ negeri Kuffah, kerana ingin duduk bersamanya, cuba memberinya hadiah dua helai pakaian, tetapi tidak berbaloi kerana hadiah pakaian tadi diterimanya tetapi dikembalikan olehnya seraya berkata: “Aku khuatir, nanti ada orang menuduhku, dari mana aku dapatkan pakaian itu, kalau bukan dari mengemis pasti dari hasil curian”.

Pemuda dari Yaman ini telah lama menjadi yatim, tidak mempunyai keluarga, kecuali hanya ibunya yang telah terlalu tua dan lumpuh. Penglihatannya pula sudah kabur. Untuk mencukupi kehidupan sehariannya, Uwais bekerja sebagai penggembala kambing. Upah yang diterimanya hanya cukup untuk sekadar menampung kehidupan sehari bersama si ibu. Bila ada kelebihan, ia pergunakan untuk membantu jiran tetangganya yang hidup miskin dan serba kekurangan seperti keadaannya.Kesibukannya sebagai penggembala kambing dan merawat ibunya yang lumpuh dan buta, tidak mempengaruhi kegigihan ibadahnya, ia tetap melakukan puasa di siang hari dan bermunajat di malam harinya.

Uwais al-Qarni telah memeluk Islam pada masa negeri Yaman mendengar seruan Nabi Muhammad SAW. yang telah mengetuk pintu hati mereka untuk menyembah Allah, Tuhan Yang Maha Esa, yang tiada sekutu bagi-Nya. Islam mendidik setiap pemeluknya agar berakhlak luhur dan mulia. Peraturan-peraturan yang terdapat di dalamnya sangat menarik hati Uwais, sehingga setelah seruan Islam datang di negeri Yaman, ia segera memeluknya, kerana selama ini hati Uwais selalu merindukan datangnya kebenaran. Ramai di antara jiran tetangganya yang telah memeluk Islam, pergi ke Madinah untuk mendengar ajaran Nabi Muhammad SAW secara langsung. Sekembalinya mereka ke Yaman, mereka memperbaharui rumah tangga mereka dengan cara kehidupan Islam.

Alangkah sedihnya hati Uwais setiap kali melihat jiran tetangganya yang baru datang dari Madinah. Mereka itu telah “bertamu dan bertemu” dengan kekasih Allah penghulu para Nabi, sedang ia sendiri belum berkesempatan.Kecintaannya kepada Rasulullah menumbuhkan kerinduan yang kuat untuk bertemu dengannya. Tetapi apakan daya ia tak punya bekal yang cukup untuk ke Madinah, dan yang lebih ia beratkan adalah ibunya yang jika ia pergi, tiada orang yang akan menjaganya.

Di khabarkan, ketika terjadi perang Uhud Rasulullah SAW mendapat cedera dan giginya patah karena dilempari batu oleh musuh-musuhnya. Khabar ini akhirnya terdengar oleh Uwais. Ia segera memukul giginya dengan batu hingga patah. Hal tersebut dilakukan sebagai bukti kecintaannya kepada Rasulullah SAW, sekalipun ia belum pernah melihatnya. Hari berganti dan musim berlalu, dan kerinduan yang tak terbendung membuat hasrat untuk bertemu dengan Rasulullah tidak dapat dipendam lagi. Uwais merenungkan diri dan bertanya dalam hati, bilakah ia dapat menziarahi Nabinya dan memandang wajah baginda dari dekat ? Tetapi, bukankah ia mempunyai ibu yang sangat memerlukan penjagaannya dan tidak boleh ditinggal bersendirian. Hatinya selalu gelisah siang dan malam menahan kerinduan untuk berjumpa.

Akhirnya, pada suatu hari Uwais mendekati ibunya, mengeluarkan isi hatinya dan memohon izin kepada ibunya agar diperkenankan pergi menziarahi Nabi SAW di Madinah. Si-ibu, walaupun telah uzur, merasa terharu ketika mendengar permohonan anaknya. Beliau memahami perasaan Uwais, lalu berkata : “Pergilah wahai anakku ! temuilah Nabi di rumahnya. Dan bila telah berjumpa, segeralah engkau kembali pulang”. Dengan rasa gembira ia berkemas untuk berangkat dan tidak lupa menyiapkan keperluan ibunya yang akan ditinggalkan serta berpesan kepada jiran tetangganya agar dapat menemani ibunya selama ia pergi.

Sesudah berpeluk cium dengan ibunya, berangkatlah Uwais menuju Madinah yang jaraknya lebih kurang empat ratus kilometer dari Yaman. Laluan perjalanan yang begitu mencabar ditempuhinya, tidak peduli kepada perompak dan penyamun, bukit yang curam, padang pasir yang begitu panas, seluas dan sejauh mata memandang dan dapat menyesatkan, dan apabila malam ia menjadi begitu sejuk. Semua itu tiada menjadi hal baginya asalkan dapat bertemu dan dapat memandang sepuas-puasnya paras rupa baginda Nabi SAW yang selama ini dirindukannya.

Akhirnya tibalah Uwais al-Qarni di kota Madinah. Beliau segera ia menuju ke rumah Nabi SAW, diketuknya pintu rumah, sambil mengucapkan salam. Keluarlah Sayyidatina Aisyah RA sambil menjawab salam Uwais. Uwais bersegera menanyakan Nabi yang ingin ditemuinya. Namun ternyata baginda SAW tidak berada di rumah melainkan berada di medan perang. Betapa kecewa hati Uwais. Dari jauh ia datang untuk bertemu Rasulullah tetapi yang dirindukannya tidak berada di rumah. Dalam hatinya bergolak perasaan ingin menunggu kepulangan Nabi SAW dari medan perang. Tetapi, bilakah baginda akan pulang ? Sedangkan masih terngiang di telinga pesan ibunya yang sudah tua dan sakit, agar ia cepat pulang ke Yaman, "Engkau harus lekas pulang”. Kerana ketaatan kepada ibunya, pesanan ibunya tersebut telah mengalahkan suara hati dan kemahuannya untuk menunggu dan bertemu dengan Nabi SAW. Ia akhirnyam, dengan terpaksa memohon keizinan kepada Sayyidatina Aisyah RA untuk segera pulang ke negerinya. Dia hanya mengirimkan salamnya untuk Nabi SAW dan melangkah pulang dengan perasaan terharu.

Sekembalinya dari medan perang, Nabi SAW terus menanyakan tentang kedatangan orang yang mencarinya. Nabi Muhammad SAW menjelaskan bahawa Uwais al-Qarni adalah anak yang taat kepada ibunya. Ia adalah penghuni langit (sangat terkenal di langit). Mendengar kata-kata Rasulullah SAW tersebut, Sayyidatina Aisyah RA. dan para sahabatnya tercengang. Menurut maklumat Sayyidatina Aisyah RA, memang benar ada orang yang mencari Nabi SAW dan segera pulang kembali ke Yaman, kerana ibunya sudah tua dan sakit-sakit sehingga ia tidak dapat meninggalkan ibunya terlalu lama. Rasulullah SAW bersabda : “Kalau kalian ingin berjumpa dengannya (Uwais al-Qarni), perhatikanlah, ia mempunyai tanda putih di tengah-tengah tapak tangannya.” Sesudah itu baginda memandang kepada Sayyidina Ali dan Sayyidina Umar RA. dan bersabda : “Suatu hari nanti, apabila kamu bertemu dengannya, mintalah doa dan istighfarnya, dia adalah penghuni langit dan bukan penghuni bumi”.

Hari demi hari, minggu berganti bulan dan tahun terus berlalu. Tidak lama kemudian Nabi SAW wafat, sehingga ke zaman khalifah Sayyidina Abu Bakar As-Shiddiq RA. dan zaman Khalifah Umar RA. Suatu ketika, khalifah Umar teringat akan sabda Nabi SAW. tentang Uwais al-Qarni, penghuni langit. Beliau segera mengingatkan sayyidina Ali untuk mencarinya bersama. Sejak itu, setiap kali jika ada kafilah yang datang dari Yaman, beliau berdua selalu menanyakan tentang Uwais al-Qorni, apakah ia turut bersama mereka. Di antara kafilah-kafilah itu ada yang merasa hairan, apakah sebenarnya yang terjadi sehingga seorang khalifah begitu sebok mencari-cari orang yang bernama Uwais ini. Rombongan kafilah dari Yaman menuju Syam silih berganti, membawa barang dagangan mereka.

Suatu ketika, Uwais al-Qarni turut bersama rombongan kafilah menuju kota Madinah. Melihat ada rombongan kafilah yang datang dari Yaman, lantas khalifah Umar Sayyidina Ali mendatangi mereka dan menanyakan apakah Uwais turut bersama mereka. Rombongan itu mengatakan bahawa memang ada seorang yang bernama Uwais bersama mereka dan sedang menjaga unta-unta mereka di perbatasan kota. Mendengar jawapan itu, mereka berdua bergegas pergi menemui Uwais al-Qarni. Sesampainya di kemah tempat Uwais berada, Khalifah Umar dan Sayyidina Ali memberi salam. Namun rupa-rupanya Uwais sedang melaksanakan solat. Setelah mengakhiri solatnya, Uwais menjawab salam kedua tamu agung tersebut sambil bersalaman. Sewaktu berjabat, Khalifah Umar segera membalikkan tangan Uwais, untuk membuktikan kebenaran tanda putih yang berada ditapak tangannya sebagaimana pernah disabdakan oleh baginda Nabi SAW. Memang benar ! Dia penghuni langit. Lalu mereka bertanya kepadanya, "Siapakah nama saudara ? “Abdullah”, jawab Uwais. Mendengar jawaban itu, kedua sahabat itu pun tertawa dan mengatakan : “Kami juga Abdullah, yakni hamba Allah. Tapi siapakah namamu yang sebenarnya ?” Uwais kemudian berkata: “Nama saya Uwais al-Qarni”. Dalam perbualan mereka, diketahuilah bahwa ibu Uwais telah meninggal dunia. Itulah sebabnya, ia baru dapat turut bersama rombongan kafilah dagang ketika itu. Akhirnya, Khalifah Umar dan Ali . memohon agar Uwais berkenan mendoakan untuk mereka. Uwais enggan dan dia berkata kepada khalifah, “Sayalah yang harus meminta doa dari kalian”. Mendengar perkataan Uwais, Khalifah berkata: “Kami datang ke sini untuk mohon doa dan istighfar dari anda”. Karena desakan kedua sahabat ini, Uwais al-Qarni akhirnya mengangkat kedua tangannya, berdoa dan membacakan istighfar.

Setelah itu Khalifah Umar berjanji untuk menyumbang wang negara dari Baitul Mal kepada Uwais, untuk jaminan hidupnya. Segera saja Uwais menolak dengan lembut sambil berkata : “Hamba mohon supaya hari ini saja hamba diketahui orang. Untuk hari-hari selanjutnya, biarlah hamba yang fakir ini tidak diketahui orang lagi”.

Setelah kejadian itu, nama Uwais kembali tenggelam tak terdengar lagi beritanya. Tetapi ada seorang lelaki pernah bertemu dan ditolong oleh Uwais. "Waktu itu kami sedang berada di atas kapal menuju tanah Arab bersama para pedagang, tanpa disangka-sangka angin taufan bertiup dengan kencang. Akibatnya hempasan ombak menghentam kapal kami sehingga air laut masuk ke dalam kapal dan menyebabkan kapal semakin berat. Pada saat itu, kami melihat seorang laki-laki yang mengenakan selimut berbulu di sudut kapal yang kami tumpangi, lalu kami memanggilnya. Lelaki itu keluar dari kapal dan melakukan solat di atas air. Betapa terkejutnya kami melihat kejadian itu." Ujar lelaki tersebut

“Wahai waliyullah,” Tolonglah kami !” tetapi lelaki itu tidak menoleh. Lalu kami berseru lagi,"Demi Zat yang telah memberimu kekuatan beribadah, tolonglah kami!” Lelaki itu menoleh kepada kami dan berkata: “Apa yang terjadi ?” “Tidakkah engkau melihat bahawa kapal ini dibadai angin dan dihentam ombak ?”  tanya kami. “Dekatkanlah diri kalian pada Allah !““Kami telah melakukannya.” “Keluarlah kalian dari kapal dengan membaca bismillahirrahmaanirrahiim!” katanya. Kami pun keluar dari kapal satu persatu dan berkumpul di situ. Pada ketika itu jumlah kami lima ratus orang lebih. Sungguh ajaib, kami semua tidak tenggelam, sedangkan kapal dan segala muatannya tenggelam ke dasar laut. Lalu orang itu berkata pada kami ,"Tak mengapa harta kalian menjadi korban asalkan kalian semua selamat”. “Demi Allah, kami ingin tahu, siapakah nama Tuan ?" Tanya kami. “Uwais al-Qarni”. Jawabnya dengan singkat.

Kemudian kami berkata lagi kepadanya, “Sesungguhnya harta yang ada di kapal tersebut adalah milik orang-orang fakir di Madinah yang dikirim oleh orang Mesir.” “Jika Allah mengembalikan harta kalian. Apakah kalian akan membagi-bagikannya kepada orang-orang fakir di Madinah?” tanyanya."Ya,” jawab kami. Orang itu pun melaksanakan solat dua rakaat di atas air, lalu berdo’a. Setelah Uwais al-Qarni mengucap salam, tiba-tiba kapal itu muncul ke permukaan air, lalu kami menumpanginya dan meneruskan perjalanan. Setibanya di Madinah, kami membahagi bahagikan seluruh harta kepada orang-orang fakir di Madinah, tiada seorangpun yang tertinggal.

Beberapa waktu kemudian, tersebarlah berita bahawa Uwais al-Qarni telah kembali ke rahmatullah. Anehnya, pada saat dia akan dimandikan tiba-tiba sudah ramai orang yang berebutan untuk memandikannya. Dan ketika dibawa ke tempat pembaringan untuk dikafani, di sana sudah ada orang-orang yang menunggu untuk mengkafaninya. Demikian pula ketika orang pergi hendak menggali kuburnya. Di sana ternyata sudah ada orang-orang yang menggali kuburnya hingga selesai. Ketika usungan dibawa menuju ke perkuburan, luar biasa ramainya orang yang berebut rebut untuk mengusungnya. 
 
Dan Syeikh Abdullah bin Salamah menjelaskan,“Ketika aku ikut serta mengurus jenazahnya sehingga aku pulang dari mengantar jenazahnya, lalu aku bermaksud untuk kembali ke tempat perkuburannya tetapi ternyata tanda pada kuburannya sudah hilang sehingga tak terlihat ada bekas kuburannya." (Syeikh Abdullah bin Salamah adalah orang yang pernah ikut berperang bersama Uwais al-Qorni pada masa pemerintahan Sayyidina Umar r.a.)

Meninggalnya Uwais al-Qarni telah menggemparkan masyarakat kota Yaman. Banyak terjadi hal-hal yang amat menghairankan. Begitu ramai orang yang tidak dikenali datang untuk mengurus jenazah dan pengkebumiannya, padahal Uwais adalah seorang fakir yang tidak dihiraukan orang. Sejak ia dimandikan sampai ketika jenazahnya hendak diturunkan ke dalam kubur, di situ selalu ada orang-orang yang telah siap melaksanakannya terlebih dahulu. Penduduk kota Yaman tercengang. Mereka saling bertanya-tanya : “Siapakah sebenarnya engkau wahai Uwais al-Qarni ? Bukankah Uwais yang kita kenal, hanyalah seorang fakir yang tak memiliki apa-apa, yang kerjanya hanyalah sebagai penggembala kambing dan unta ? Tapi, ketika hari kematianmu, engkau telah menggemparkan penduduk Yaman dengan hadirnya manusia-manusia asing yang tidak pernah kami kenal. Mereka datang dalam jumlah yang sedemikian ramainya. Agaknya mereka adalah para malaikat yang di turunkan ke bumi, hanya untuk mengurus jenazah dan pengkebumiannya." Baru ketika itulah penduduk Yaman mengetahui siapa “Uwais al-Qarni” Memang ia tak dikenali di bumi tetapi seluruh isi langit mengenalinya.
 


Read more...

Saturday, October 02, 2010

Mula kan hari mu dengan senyuman

OK.
dah biasa bangun pagi,
weekend pun rina terjaga pagi dan tak boleh tidur balik.

so update blog kejap.

semalam dan hari khamis ada open house 5 departments (4 floors) di tempat kerja rina termasuklah department rina

Bestt
makann je hehe..
gemokla lepas ni :)

ni open house di department rina

ni open house di department lain

ni pula, open house di opis tempat rina menjalankan Industrial Training dulu, TNBES

Akhirnya weekend tiba.
time to relax my mind, and prepare myself for the next week!

Semoga Allah mempermudahkan segalanya buat kita..Aminn

Read more...

Friday, October 01, 2010

Positive thinking.

At least they didn't only traduced without us knowing.
At least we realized.
And at least we can improve ourselves.


The journey of life just begun.

Maksud : Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.


Read more...
Related Posts with Thumbnails

  © Rina Stories~* at Rinastories.Blogspot. All Rights Reserved. Powered by Blogger.

Goto Top