Saturday, May 07, 2011

Kota Kinabalu,Tuaran, Kundasang Trip - Part 5 : Kundasang, here I come!


so seperti yang dijanjikan, pukul 7 pagi lagi Mr. Paul dah sampai hotel kami.
rina dah siap dulu,
rina pun turun dulu dengan epul yang pun dah siap jugak.

kami bincang bincang, mintak kurang..pujuk pujuk
last last, hanya perlu tambah RM 150 untuk memenuhi ape yang kami nak..
huhu..
mula mula dulu, dapat offer RM700 untuk 3 hari
lepas tu tambah RM50 untuk Tuaran
dan tambah RM 150 lagi akibat salah faham...
jumlahnya RM900 untuk 3 hari..

nasib baik kami ber 6..
so tak rasa sangat lah bila bahagi bahagi bajet..

sebab tu lah rina dah pesan awal awal..
sebelum sewa van dengan driver, perlu terangkan secara detail perjalanan korang dekat driver tu =)

lepas bincang bincang,
naik atas jap, cerita kat kawan yang lain
semua macam ok je..tapi macam ada sedikit tak puas hati kenapa perlu bayar lebih

masa turun bawah dan naik van, tiba tiba ada kawan rina tergaduh dengan Paul
Terr
hehe..
siap Paul pun naik angin nak halau kami turun,
gelabah rina pujuk pujuk balik Paul.
nasib baik dia cepat tenang balik..

macam macam hal!
tapi for sure jadi kenangan manis lah sekarang ni =)
okey,
habis cerita pasal konflik yang berlaku.
sambung cerita tentang percutian yang menyeronokkan ini

kami pun bertolak ke Kundasang,
sebelum tu breakfast dulu. Paul belanja sebagai tanda minta maaf =)

Perjalanan ke Kundasang memakan masa 2 jam.
tapi kami ada berhenti henti lah

mula mula naik jambatan ni



lepas tu singgah kat mana tah,
tempat view Gunung Kinabalu dan jual cenderahati

 Gunung tak nampak =(
sebab kabus tebal sangatt
lepas membeli belah,
kami sambung perjalan ke Kinabalu Park yang terletak di Kundasang

 tempat start nak mendaki Gunung Kinabalu
 alaa rendah jee
see? rendah je kan?
hahaha ;p

air terjun kat sini sangatttt sejuk

macam aisss
aiss sejukkk

takde ape pun di Kinabalu Park..
penuh pokok je..
okla, nak menghirup udara segar

ini pulak Botanical Garden di Kinabalu Park

lagi bosan.
membazir je masuk
berapa tah, tak ingat.. tapi less than RM10 la

lepas tu kami meneruskan perjalanan ke 
Mesilau Dairy Farm di Kundasang

 RM3 je masuk.
ada apa di sini?

ada lembu !! hoho

lembu bukan sebarang lembu,
lembu New Zealand tauuu

sayang sangat, kitorang tak boleh perah susu....

sebab pernah ada kes orang kena tendang dek lembu haha.
jadi dia tak bagi dah customer try perah susu..

datang ambil gambar je lahh
busuk lembu ni. tak reti basuh berak ke. cis


beli susu segar dari ladang. NYUM NYUM!

after penat feeling feeling di New Zealand, kami punn nak bertolak pulang ke hotel.
tapi sebelum tu, singgah dulu di Kinabalu Pine Resort. 
Paul cakap, dekat sini best sebab mengadap Gunung Kinabalu 
tapi mahal sikitla..but still affordable..

sekali lagi, kabus tebal tutup Gunung

kemudian singgah pulak ladang kaktus!


anda geli?
saya lagi geli!!!

sape yang nak beli kaktus ulat ni???
T___T

after that baru kami sampai ke hotel kami iaitu Strawberry Garden Hotel
hotel bajet, murah je
RM120 untuk 4 katil.
memang betul betul 4 katil dia bagi

ops bersepah ;p
padat.
tapi takpelahh..
1 malam je kan =)

takde aircond pun
tapi dah sejuk gigil sampai malas mandi hihi

ada kebun Rose & strawberry kat belakang

masa kami sampai dah tutup tapi tak kunci.
kami pun curi curi masuk..
hihihi



takde strawberry punn

hotel ni tak mengadap gunung..
tapi mengadap sunset..


SUBHANALLAH..INDAHNYA BUMI CIPTAAN ALLAH..
seriously, pemandangan di Kundasang adalah sangat cantik..sangat memikat hati,,

hotel ni pun ada cafe

kami try Homemad Milk Shake & Homemade Strawberry Ice Cream

share share.
sangat sedap! memang betul betul pure strawberry.
tapi tak mampu nak makan banyak banyak
sebab se se sejukkk grr..grr..

dan nak berjimat =p

balik bilik makan megi hahah
tapi sedap oo
makan megi time sejuk sejuk ni
slurrrpp..


bersambung...


 p/s : walaupun banyak masalah dengan Mr. Paul. tapi seriously kami puas hati dengan service dia. banyak kot tempat kami singgah singgah..antaranya Mr. Paul lah yang perkenalkan =)




8 footprints here! Thanks! (◕‿◕):

#iwrite 7/5/11 3:15 PM  

tak sabar rasa nya pergi kundasang raya ni...aaaarrrr jelesnya tgok pic u...

Unknown 7/5/11 9:26 PM  

wah bestnya...
sernk tgk korg g jaln jauh2..
fatin paling jauh pun kl hee :D
emm sedp tgk stwberry dan milk 2 hehe :D

Rina Lia (◕‿◕)✿ 7/5/11 9:31 PM  

iffah : wahh..braye di sane ke?

fatin : pegila try fatin..best sgt :)

Anonymous,  26/5/11 12:01 AM  

salam rina,

nama saya nita. saye terserempak dgn blog awak.hhehe.. saye & kwn2 plan nak gi kundasang dari KK tp kitaorg plan nak drive sendri. bace review2, jalan macam bahaye. betul ke?

TE 25/3/12 12:01 AM  

Hai Rina. Sy terjumpa blog awak ttg trip ke Sabah. Nak Tanya, driver tu orang perseorangan ke? Sebab saya pun nak cari juga driver untuk ke Kundasang je.

Rina Lia (◕‿◕)✿ 25/3/12 7:01 AM  

yup..perseorangan...ade no phone dia di dalam salah satu entry sabah saya :)

TE 4/5/12 7:26 AM  

Hi Rina...nak share sikit, thanks for rekomen. Servis Paul mmg bagus. siap kami kenal lagi abang dia yg bawa teksi. Sopan, punctual, jujur dan plg best dia tak tetapkan masa berapa lama kita ada kat satu2 tempat. Thanks for the blog review dan it help us a lot.

xoxo,
Tania (TE)
Kuching

TE 4/5/12 7:30 AM  

Hi Rina,
Thanks sebab provide details abt En Paul hari tu. Sy guna servis pengangkutan dia pada 2 mEi 2012 lepas di KK. My first trip perseorangan dan sebelum ni sy ke Sabah atas trip kerja. Sopan, punctual dan humble orgnya. Paling best dia tak tetapkan berapa lama masa kita berada kat satu2 tempat.Balik guna teksi abg dia. Your blog helps me a lot!

Regards,
Tania
Kuching

Related Posts with Thumbnails

  © Rina Stories~* at Rinastories.Blogspot. All Rights Reserved. Powered by Blogger.

Goto Top