Thursday, March 01, 2012

URBAN VIBE ONLINE CONTEST – Cinta Seputih Salju (Review)

Assalammualaikum semua!

Alhamdulillah, sudah pun masuk ke tugasan ke-3 yang memerlukan Rina membuat entry tentang pengalaman rina ketika hadir ke Pameran Pengantin Malaysia tempoh hari, serta pendapat Rina berkaitan event tersebut dari segi dekorasi, aktiviti & lain-lain. Rina juga perlu nyatakan juga apa yang Rina ingin lihat di PPM pada masa akan datang dan mengapa rina patut memenangi hadiah hadiah bagi contest ini.
Last kali, Rina perlu tempekkan gambar Rina dan pasangan di photobooth PPM atau dimana2 lokasi yg mempunyai logo PPM atau Urban Vibe event sebagai bukti kehadiran Rina. ^__^

Oh, sesiapa yang ingin membaca entry untuk tugasan pertama (Cinta Seputih Salju - Preview) dan tugasan ke-2 (Cinta Seputih Salju - Tribute Penaja) boleh lah berbuat demikian sebelum membaca entry Rina untuk tugasan ke-3 ^__^


Pengalaman....

Sabtu yang lepas bersamaan 25 Februari, Rina dan En. Tunang berpeluang ke Pameran Pengantin Malaysia by Urban Vibe Event yang diadakan di Shah Alam Convention Centre. Pada mulanya kami pergi hanya dengan niat untuk menyertai contest yang dijalankan. Task 3 iaitu task terakhir contest tersebut, memerlukan kami merasai sendiri kemeriahan Pameran Pengantin Malaysia pada kali ini.  Tapiii, bila sampai je sana terus lupa tentang contest. Bertukar niat sambil memasang angan angan nak pelamin itu, doorgift ini. Macam macam lah!



Memang tak rugi kami pergi, kemeriahan, kecantikan dan kehebatan penaja-penaja dan vendor-vendor yang terlibat dalam membuat dekorasi menjadikan dewan SACC,FUH! memang menakjubkan! Dekat pintu masuk je, sudah membuat kami terpegun. Nas Great Idea selaku penaja untuk deko ruang masuk dewan memang berjaya membuat Pameran Pengantin Malaysia kali ini lebih gah dari yang sebelumnya!




Yes! Rina pernah ke PPM pada tahun lalu. Pada masa itu, memang meriah. Tapi pada kali ini LEBIH meriah. Pada masa akan datang, pasti lebih dan lebih lagi. Itu lah janji PPM kepada bakal pengantin di Malaysia. Terima kasih PPM!

Kami kan, rasa sangat bertuah kerana ke PPM pada hari Sabtu, sebab pelbagai aktiviti menarik yang diadakan pada hari tersebut. Hari kemuncak lah katakan. Ada perarakan pengantin masuk!

Cantikkan pengantin berbaju putih??? Bertambah cantik bila pengantin duduk atas pelamin yang dihias indah oleh Ari Wedding Couture.



hihi..dekat tak berapa nak dekat sangatlahh, ramai pulak jurukamera huhu! Lepas tu kan ada tarian, permainan musik, fesyen show wedding dress dari designer terkenal seperti Arma dan Rins Suzana, persembahan dari artis artis seperti Bob AF, demo make up dari MUA yang hebat belaka.



BANYAKK lagi aktiviti yang menarik diadakan. Kalau rina nak cerita satu persatu, sampai 1 page blog takkan habis hehe. Itu lah korang, sape suruh tak pergi..next time ada lagi, sila luangkan masa pergi ok! memang best =)

Lepas tu kan, rina siap terserempak dengan B2B Farah Yasmin. Dia pun ada buat entry tentang Pameran Pengantin. kalau nak baca klik SINI ^__~


Rina nak cerita tentang vendor vendor yang terlibat pulak. Ini yang paling penting sebenarnya hehe! Ada senarai masa nak masuk tu. Panjang senarainya..korang zoom dan baca sendiri lah ye. tu pun kalau nampak hihi


Rasanya dah zoom pun tak nampak lagi ni haha!



Ramai sangat vendor vendor yang terlibat, ada yang sudah dikenali, ada yang masih baru, ada yang murah, ada yang mahal setanding dengan servis yang diberikan. Sangat banyak pilihan. Juga banyak promosi. Promosi yang korang tidak akan dapat di tempat lain melainkan hanya di PPM! Jadi, bagi rina, memborong sakan di PPM adalah satu tindakan yang bijak =)



Tak lupa juga penaja penaja Pameran Pengantin Malaysia kali ini juga menjadi sebahagian dari vendor yang memberi harga terbaik kepada bakal pengantin yang hadir.



Haha. Jangan marah, gurau gurau jek =)  Kalau nak kenal lebih dekat penaja penaja PPM kali ni, korang boleh baca di SINI. rina da cerita secara detaillll tentang mereka =)


Banyak kannn choice? sampai En Tunang sakit kepala pikir hihihi


kihkih.

camne pun, alhamdulillah kami enjoy sepanjang berada di sana. Memang meriah dan menyeronokkan. Rina dan En tunang juga sempat bergambar di booth yang disediakan. siap dapat gambar free tau! Print teruss


Dan ini gambar bukti kami di Pameran Pengantin Malaysia ^__^


tamak. masing masing nak pegang 2 haha!

Pendapat...

Bagi rina Pameran Pengantin Malaysia kali ini memang awesome berbanding dahulu. Sangat lah best. Cuma, untuk budget Bride-to-be macam rina, tak mampu nak beli pakej pakej yang ditawarkan. walaupun selepas harga promosi, tapi masih mahal. Jadi, rina harap Urban Vibe mungkin boleh mengadakan Pameran Pengantin Malaysia edisi Pengantin budget! hahah, mestiii ramai pergi =P Cari vendor vendor yang hanya menawarkan pakej sederhana dan murah sahaja tapi menarik. So tak perlu ada designer famous amous. Pelamin mewah mewah semua tak perlu. Hanya yang sederhana tapi sedap mata memandang sudah mencukupi.

Tak pun buat tema tradisional. Buat fashion show baju pengantin songket. mesti best!! Dan perkenalkan baju tradisi seperti jawa, banjau dan lain lain =)

Selain itu, rina rasa maybe, Pameran Pengantin Malaysia akan datang menyediakan atleast Paper Bag sebagai doorgift..boleh kami yang datang letak pamplet yang diberi dalam beg tersebut hihi

Mungkin, tak perlu ada persembahan nyanyian atau permainan musik yang terlalu bising. Hanya mainkan slow music..macam dalam SPA hee..tenang sikit nak berbincang ^__^

Dan akhir sekali..mungkin boleh mengadakan contest yang menawarkan hadiah Pakej dan tiket Honeymoon ke dalam atau luar negara. Rina rasa, lebih mendapat sambutan ramai hihi

Rina nak menang...

Rina rasa rina tak perlu lagi beritahu betapa besar keinginan rina nak menang..para juri boleh lihat sendiri kesungguhan yang rina tunjukkan dari entry dari Task 1, Task 2 dan seterusnya Task 3.

Rina dan En tunang baru sahaja habis belajar dan baru je start kerja. jadi wang simpanan kami takdelah banyak sangat. kami pun datang dari family yang sederhana. sebab tu lah, rina gelarkan kami pengantin budget hihi.

Walaupun rina ni pengantin budget tapiii rina teringin jugak nak merasa pelamin yang cantikk macam pelamin Ari Wedding Couture! Lepas tu hantaran deco yang lawaa. nak nak!
Even Ari Wedding hanya menawarkan hadiah pelamin rumah..dan rina pula akan mengadakan majlis di dewan..rina nak jugak..pelamin kecik pun takpe..janji cantik..nak ambil gambar pun, masuk kecik je hihi..
lagipun dewan rina kecik je..Pelamin yang rina booking sekarang pun tak sampai RM1k..ambil yang murah je..

Kalau tak dapat pelamin free..baju dan photographer free pun besttt..baju rina hanya ada 1 persalinan je..kalaulah dapat baju dari Arma Couture..mestiii best! Dapat merasa 2 persalinan =)
Photographer rina pun sorang je..hee..memang rina tak mampu nak hire ramai ramai..

Oleh sebab tu..rina harap sangat menang salah satu hadiah..Semoga, ada rezeki rina pada kali ini..Amin..

Sekian, Terima kasih!

8 footprints here! Thanks! (◕‿◕):

ciksusu 1/3/12 2:11 PM  

eh lpe nk tnye :P
jubah beli ktne ek?? cntik la;)

DH 1/3/12 2:13 PM  

cantiknya kak rina :)
kalau tak wia ada pegi hari sabtu jugak. Tapi disebabkan ada hal..xsmpat pegi hari tu.


kalau x msti jumpa kak rina !hehe
Apepun, hrp akk mnang.

:)

dilla nadila 1/3/12 2:22 PM  

Rina..kite pun masuk jugak..gudluck rina!! =)

Rina Lia (◕‿◕)✿ 1/3/12 11:31 PM  

nanti rina jual jubah ni k!! hehee..thanks all! love u guys :)

cimon 3/3/12 12:12 PM  

moga majlis perkahwinan kamu diberkati Allah Taala hendaknya.

hehehe (^v^)

p/s:bagus berbelanja mengikut kemampuan - akan bahagia di kemudian hari(^_~)

FY 5/3/12 10:39 AM  

all da best Rina!! xoxo

puan.mila 5/3/12 5:21 PM  

gud luck rina...sweet la u ni..comel je :)

Related Posts with Thumbnails

Follow by Email

✿Visitors ツ


✿NotaKaki ツ

+ Semua gambar adalah hak milik peribadi Rina.
+ Penyalahgunaan gambar akan dikenakan tindakan.
+ Plagiarism is not allowed.
+ Blog ini akan di updet hari2. (maybe :p)
+ Ok. Itu je kot buat masa ni. Thanks for visiting ya!


  © Rina Stories~* at Rinastories.Blogspot. All Rights Reserved. Powered by Blogger.

Goto Top