Monday, May 29, 2023

BERCUTI KE HONG KONG : Naik Bas dari Airport

Rina tinggal di Dorsett Tsuen Wan Hotel. Jauh sikit dari MRT Station, iaitu dalam 11 minit perjalanan. Make sure, kena tahu 11 minit tu berapa km. Orang lain maybe 11 minit, kita dengan anak2 mungkin jadi setengah jam 🤪


So, kami decide untuk naik bas je. Ada bas no 35 direct from airport ke hotel kami, dan hanya 2 minit je perjalanan!

Dah la lebih murah, view pulak cantikkkk sebab bas 2 tingkat, orang pun takdee

Ni stesen bas, luar sikit dr airport dalam 5 minit jalan

Banyak bas dari airport, org pun tak ramai

Panas tunggu. Sekarang musim panas

 terpaling excited, duduk depan tingkat atas. Macam tengah bawak bas

Pemandangan pun cantikk

Bukan penang haha

Kebahagiaan ibu

Boleh ambik2 gambar

Banyak jambatan

Best!! Korang nak tahu, apa public transport yang available utk route korang, boleh download apps city mapper


Ok tu je harini, next post rina akan share lagi tentang hong kong!!

Read more...

Sunday, December 15, 2019

Tempat sesuai untuk family day di Melaka - 12 bilik, private swimming pool, BBQ, tepi pantai

Assalammualaikum semua..

Panjang tajuk. Senang orang nak search hehehe..

Di mana kah tempat itu?

D'chalet Ombak Biru, Pengkalan Balak, Melaka


Apa yang tertulis dan tergambar dalam facebook, memang itu lah kita dapat



Ada kemudahan bbq untuk disewa


Kemudahan khemah kami ambil dari catering


Ada banyak gazebo


Ada dapur dekat tengah2


Lepak pagi petang siang malam


Paling best untuk budak2 ada swimming pool lah



Ada 2 bilik family (2 katil queen-RM200) dan 10 bilik deluxe (1 katil queen-RM150).
Boleh rent toto sekiranya perlu. Bawak dari rumah pon boleh. Ruangnya luas, cukup untuk 1/2 orang tidur bawah..

Selain tu :

- bersih dan baru sahaja renovate
- ada mini bar
- mengadap laut, walking distance dengan pantai
- swimming pool pun memang bersih
- tak dalam. Sesuai untuk budak2

Alhamdulillah.. Memang recommended.



Sekian, terima kasih. 


Read more...

Wednesday, December 11, 2019

Review Hotel : Valya Hotel Kuala Terengganu - murah dan lengkap

Assalammualaikum semua..





*Review Hotel*
1. Location : kuala terengganu
2. Hotel Name : Valya Hotel
3. Rating ⭐ : 5/5
4. Price Range : RM100-RM150
5. Breakfast : No
6. Pros : murah, bersih, dekat dengan kedai2, butik2, restoran, spa, sebelah ada mydin mall besar.  Ada lift. Walaupun just a shop lot, tapi deko cun macam hotel 4stars.
7. Cons : parking sendiri2

Selama ni selalu duduk primula beach hotel atau TH hotel.. Tapi ada kawan recommend hotel ni. Try lah. Sekaliii memang terbaik. Cantik dan lebih baru dari primula. Dan walking distance dengan mall dan kedai kedai. Sangat memudahkan. Lepas ni, memang akan duduk sini jelah 👍👍

Read more...

Saturday, November 23, 2019

Review Frozen 2 : Sesuai ke untuk anak kecil usia 6 tahun dan ke bawah?

Salam semua :)

Setelah sekian lama, akhirnya Frozen 2 yang ditunggu tunggu dah pun keluar. Anak anak pulak memang hantu frozen (1). 100x ulang pun takkan jemu. Sebagai ibu yang hover (haha), rina siap belikan derang costume frozen.

So untuk mengekalkan status ibu yang hover, bila keluar je tiket untuk frozen 2, rina antara yamg pertama beli. Seminggu awal ye! Siap beli tumbler frozen hehe.


Mula mula harusla bergambar dulu



Beli set popcorn tumbler dapat susu jugak
Vanilla tu sedapp

Tumbler. Bebudak suka

Review ikhlas :
Sangat best!! 
Better than Frozen 1!!
Graphic kebabomm
Jalan cerita bestt
Penuh dengan laguu
Ada kelakarr yang betul kelakar (bukan lawak bodoh cam kartun melayu, sorry) 
Ada sedihh
Especially part ibu ayah dan sisterhood
Paling penting anak2 rina seronok sangat. Dareesa (6tahun) dan nina(4tahun) fokus tengok siap ketawa dan nangis bila part sedih hehe. 

So sila lahh tengok. 
abaikan je review orang kata tak sesuai untuk kanak2. 
Cerita ni sesuai tapi perlukan pengawasan sahaja. 
Semua cerita perlukan pengawasan kan hehe

Serious rasa nak tengok lagi sekali. Tak puas dengar lagu huhu

Sekian #mypersonalreview


Read more...

Tuesday, May 21, 2019

KLINIK DR HAZWAN KAJANG : Proses Cair dan Sedut Kahak Bayi Batuk

Salam semua. Lama kan rina tak tulis blog. Tapi rina nak tulis sikit berkaitan dengan klinik ni..

Nak dijadikan cerita, anak rina, zafeef yang berusia baru 5 bulan, batuk berjangkit kakak2 nya.. Batuk baru seminggu dan TAK DEMAM. fully breasfeed dan feeding normal.

Tapi disebabkan bunyi kahak membuatkan hati rina runsing, rina pon google2. Pendek cerita jumpa lah klinik Dr Hazwan yang kononnya recommended ni

Sampai2 ada sorang patient. So kejap je tunggu. Counter orgnye indon baik. Doktor pun baik. Dia educate kami suami isteri tentang batuk dan tanya history batuk zafeef.

Tiada family member masalah athma or ezema
Tidak demam dan aktif seperti biasa
Batuk baru seminggu
Saje datang nak cek takut lebih teruk..

So, dia cek katanya lung clear. Tapi dia ajak neb dan kemudian sedut kahak. Pertama kali pengalaman buat kami. Sebab kakak2 nya tak pernah lagi sis bawak sedut.



Prosedurnya menyakitkan. Sebab zafeef hanya akan menangis kalau dia sakit sahaja! Bayangkan masuk tiub sampai hampir ke perut. Dengar pun rasa perit. Lama pulak tu. Huwaaa seriously rina menyesal. Video dan gambar takde.

Kemudian setelah clear kahak, dia terangkan dia akan bagi ubat bersesuaian dengan umur bayi.

Sesungguhnya rina taknak ubat tetapi tidak terungkap. Mulut macam terkunci haha.

Ketika ambil ubat, sempat jaga counter promote product2 nya.

Ubat yang rina dapat memang banyak. Ubat batuk, selsema, radang dan antibiotik. Semuanya katanya sesuai dengan bayi umur 5 bulan..









Hambik.. Ubat2 ni memang baru buat rina.. Tak pernah nampak. Maklumla, anak2 before ni mana pernah makan ubat before 2y..bila rina rujuk beberapa kenalan doktor dan juga kenalan yang biasa dengan ubat2an ni semua macam terkejut dan advice jangan bagi.. Sebab zafeef bukan demam or batuk yang teruk.. Tambahan dia kecik lagi..

Semua sekali rawatan dan ubat2 harganya RM275. Fuhh berpeluh jugak nak bayar walaupun boleh claim..

Okaylah tu je nak cerita. Bukan untuk memburukkan klinik sebab doktornya baik. Hanya untuk rujukan para ibubapa yang buat google search tentang rawatan ini untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut.

Sejujurnya rina takkan buat neb lagi.. Apetah lagi sedut kahak tu.. Rina akan teruskan dengan spray sterimar nasal spray dan sedut secara manual. Kalau demam tinggi, rina akan rujuk hosptal terus.

Ok bye

Read more...
Related Posts with Thumbnails

  © Rina Stories~* at Rinastories.Blogspot. All Rights Reserved. Powered by Blogger.

Goto Top