Showing posts with label zuhadeenina. Show all posts
Showing posts with label zuhadeenina. Show all posts

Monday, March 20, 2017

3 bulan tanpa berita

Assalammualaikum..

3 bulan dah berlalu..lama nya tak update blog. terlalu banyak social media. facebook & instagram dah lebih dari cukup. ada ke orang masih membaca blog? rina sendiri pun dah jarang baca blog kecuali kalau ada link lalu akt facebook, google info, eh..memang selalu kot baca blog haha..tak sedar pulak blog masih merupakan medium info terbaik dan reliable.

entry New Zealand pun tak habis lagi..ada juga yang PM di fcebook bertanya..saya pula memang tak buka page Stories of Rina tu..memang tak terbaca lah..

Life sangat busy sekarang..pelbagai perkara yang berlaku. teringin sekali nak update sini..tapi fb lebih pantas kot. tiba tiba mood datang..rasa nak mengarang..

ok here it goes..

1) Alhamdulillah dah 2017..bulan 8 nanti dah 30 tahun. wow.tua sangat rasanya..kalau hidup sampai 60 tahun, kira dah separuh usia rina lalui hidup ini..itu pun kalau capai 60 tahun..

2) Azam? rasanya masih sama sahaja seperti sebelumnya..masih tiada yang telah dicapai..Master pun 80% dah giveup ni..tumpang gembira untuk Mr. Zauj lah nampaknya..business pun dah suam-suam kuku..tiada perkara besar yang dicapai..tapi hati masih rasa tenang dan gembira..thanks to my family..

3) Zuha Dareesa & Zuha Deenina. Harta dunia dan akhirat. Amanah Allah..Ibu is so in love with both of you..keletah mereka..nakalnye..geram kadang kadang..tapi ibu betul betul sayang..

4) Zulhilmi Ramli...my partner, soulmate,friend, imam...he is the gift from Allah..he makes me smile & angry at the same time..alhamdulillah..kami masih bersama dan semoga terus bersama walau saya semakin gemok & ugly huwaa

5) Me myself? haritu kurus kejap, ni dah naik balik..i need to back in shape to burst my confidence haha..bila gemok ni rasa pathetic sgt..nak becakap pun mengah LOL..

6) Travel? awal tahun haritu dah ke Bandung..it was my 2nd time..best sangat..Taman Safari is the best zoo i have ever been..

7) Travelling is my passion..not only me, but my husband's too..harapnya murahlah rezeki kami supaya dapat travel selalu hehhe..

8) target nak ke pantai, disneyland, tempat bersalji pula..inshaallah..im so excited when talking about travelling..

okay bai tu jer...harini cuti..tu sempat update blog hehe..baibai

Read more...

Tuesday, June 07, 2016

Sambutan hari jadi Zuha Deenina di KFC Alam Megah

Assalammualaikum..

Haritu rina buat sambutan birthday deenina dekat kfc. Mula2 kawan ofis rina yang buat. Dia buat di kfc sg chua. Meriah sangat dan memang budak budak happy. So rina pun teringinlahh nak buat first birthday nina dekat kfc..

Rina pilih kfc alam megah sebab paling dekat & ada playground di tingkat atas. Leceh kalau playground dekat bawah..nak kena tengok bebudak main..



Tak silap rina setiap 6 bulan dia akan revise theme..so masa ni theme wonderland. Sebelum tu theme superhero.

Beza dekat deko dengan goodie bag je. Lain2 sama.

Rina ambil package C wonderland combo.
Ayam dapat 69 ketul. Katanya sesuai untuk 30 dewasa dan 30 kanak kanak.

Tapii takkan lah sorang ambik seketul. Obviously paling kurang 2 ketul.
So rina cuba limitkan kepada 30 dewasa dan 10 kanak kanak.

Maknanya 15 pasangan jelah..
Sikit je kan? 
Tapi takpe kalau terlebih pun boleh je tambah ayam on spot.

Alhamdulillah masa rina ayam siap terlebih sikit
Ramai juga datang. Maybe ramai diet kot lol

Apa yg best sebab ada Chicky maskot (sangat kotor ok maskot dia, kfc pls.improve)
& ada staff kfc yang akan lead the games.

Ok jom.layan gambar.

Maktok deenina dan dareesa












Zuha Deenina dah pun setahun..

Walaupun ibu tak tulis sedetail kakyong..tak bermakna kasih ibu pada nina tak sama dengan kakyong..
Ibu sangat sayang nina dan dareesa sama rata sama banyak..kasih sampai syurga..

Semoga deenina membesar menjadi anak yang solehah..muslimah yg berbakti pada agama dan negara..

Semoga anak ibu sentiasa dirahmati Allah..dilindungi dari perkara yang tak baik..

Muahx!


Read more...

Thursday, December 03, 2015

Zuha Deenina 6 bulan

Ala..kesian anak ibu Zuha Deenina..tak pernah ibu update perkembangan dia dalam blog ni..semua tentang Zuha Dareesa aje..header pun tak tukar tukar lagi hurm..

Sorry sayang..ibu sayang nina sama mcm ibu syg kakyong...ibu ikut perkembangan nina sama macam kakyong..ibu happy nina cepat pickup bijak..sihat alhamdulillah...walaupun nina ada masalah jantung tapi you are very strong...takde tanda tanda pun..nampak sihat dan cergas..gemok dan besar lagi dari kakyong hehe..

Ibu tak ingat dah berat badan nina berapa..urat dah putuih..rasanya 6 kg plus. Takdelah berat mana. Tapi menaik. Paling penting anak ibu tak pernah sekali demam. Syukur ya Allah.

Sekarang nina dah boleh meniarap sendiri golek golek..menyusur ke depan dengn lajunya. Boleh belok2 siap memang laju betullah..pandai grab barang..suka makan semua benda..suka ketawa bila kakyong dan ibu buat lawak
 Abah kena kerja keras sikit. Maybe sebab sama muka dengan abaah jadi panas sikit. Dengan ibu sejuk sikit hahahha

Pandai sebut ayerr ayerr..buat burrr pufff broom smua tu. Banyak cakap gayanya. Suka lompat2.

Dah makan 2 3 hari awal dari tarikh lahir. Sebab ibu kesian tengok dia meleleh air lior tgok kakkyong makan..

Makanan 1st kiwi tapi tak suka. Ibu buat potato pulak. Haritu carrot..semalam pear..no 4 days rule dah. Tak kuasa la ibu nak ikut rules. Janji berak cantik & no allergy. Nak judge judge la..janji anak ibu sihat gembira okk

Oklah tu je..ibu sayang anak2 ibu..sayang abah kepada anak2 ibu juga
.muahhh bai





Read more...

Wednesday, June 17, 2015

Pengalaman bersalin puteri kedua - Zuha Deenina

Assalammualaikum semua. Dah tahap kena delete blog ni sebab tak berupdate haha. Rugi rasa tak update cerita dekat sini tapi apa boleh buat..mood berblogging tak datang lagi. Bz pulak tu dengan life cewah..tapi pengalaman bersalin ni memang kena tulis jugak sini. Wajibbb. Nak suruh anak anak baca hahaha..

Ok. Ringkas je la kot sebab nak cepat. Alhamdulillah rina selamat melahirkan anak ke-2, yang diberi nama Zuha Deenina binti Zulhilmi pada 2 jun 2015, jam 1.15 am iaitu malam nifsu syaaban dengan berat 2.95 kg dan panjang 50 cm. Secara normal dengan bantuan epidural dan sedikit jahitan akibat koyak. Tapi hari ke 4 dah rasa sembuh pada bahagian jahit. Syukur..

Ceritanya simple. 1 jun rina datang serah diri untuk di induce. Kenapa? Sebab 3 jun dr idora nak ke Kuching selama hampir seminggu. So memandangkan due date rina 2 jun (tepat 40weeks) rina takmau take risk takut bersalin waktu dr idora takde. Takmau dr lain please.

Anak 1st dulu 39weeks 2 days dah bersalin. Kali ni lama pulak menunggu. Best jugak boleh rehat2 layan main2 dengan si kakak dulu Zuha Dareesa.

Datang serah diri pada jam 10 pagi lepas breakfast berat dengan mr zauj. Makan lotong, telur separuh masak, milo ais. Nyumm. Sampai hospital sakit perut lol. Masuk wad, kena induce dalam jam 12 tghari. Dr idora VE baru 1cm. So dia masukkan half dose pil induce. Mild period pain datang sikit demi sedikit..boleh tahan sampai jam 8 malam..sepanjang tu just baca quran tengok tv layan cerita dia isteri luar biasa haha..sempat lagi..tak sakit pun.

Jam 8 malam lebih dr idora datang buat VE kata dah 2-3 cm. Dia kata good progress so dia x tambah dose induce. Dia target esok hari baru bersalin. Lepas je dr idora balik rasa ada air mengalir panas..pergi toilet basuh2. Masa tu xtahu yang tu air ketuban. Start dari tu datang dah sakit 15 minit sekali dengan laju jadi 2 minit sekali. Sakitnya Subhanallah..tak terluah dengan kata-kata..rina try tak baring. Rina buat squat 
Goyang bontot jalan jalan  macam macam tips gentle birth nak bagi kurangkan rasa sakit..tapi tu lah. 2 minit skali kot datang sakit..letihh nak berjoget hahaha..berpeluh walaupun aircond..

Oleh sebab rina memang jenis tak boleh nak tahan sakit kot..rina pun request epidural pada jam 10 malam. So kena transfer ke labour room. Sementara nak tunggu dr pakar bius datang nurse bagi gas..gas ni menyebabkan kita macam mamai. Bila sakit datang sedutt sedutt..nanti mr zauj akan letak topeng gas dekat muka rina pun pegang tangan dia sedut kuat kuat..sakit memang tak berkurang tapi gas tu memang menenangkan. 2 minit sekali sakit datang pening pulak asyik duk sedut gas hahaha..

Untuk prosedur epidural, kena pakai drip air dan ctg untuk monitor tekanan darah ibu dan jantung baby. Sakit oi nak masukkan jarum dekat tangan..bape kali cucuk tak kuar darah haha..sabar je..Dalam jam 11 malam doktor bius datang inject belakang..ada 2 suntikan kot..1 suntikan bius 1 baru masuk bius..kena tunduk sambil peluk bantal. Masa kontraksi takde baru doktor cucuk. Adoi. Terasa jugaklah. Then beransur ansur sakit hilang. Yayyy! Magic. Terus hilang. Terus bertenang. Lap peluh. Jom baca quran hehe..

Time ni doktor datang VE pun tak rasa apa. Tapi tetiba je progress laju. 4cm- 7cm..doktor tanya bila ketuban pecah? Rina xtahu haha..rupanya jam 8 malam tadi yang air panas keluar tu ketuban rupanya..

Then rina tidur kejap untuk tenaga..mr zauj pun tdur..ingat lama lah lagi nak teran..tapi dalam jam 12 lebih dr datang kata dah 10cm dan nampak dah baby nak keluar. So prepare nak push. Mula2 push rina macam tak reti sebab tak rasa sangat. Ada lah rasa macam nak berak sikitt.. Ikut arahan je bila contraction datang. Rina makan kurma minun air zam zam..zikir dan sepenuh tenaga rina teran sepanjang panjang nafas sampai biru muka *hyperbola*..

Alhamdulillah tepat 1.15 am baby keluar yay..dekat berbelas kali jugak meneran..tips meneran, tarik napas panjang2 bila sakit tu nak datang..then time sakit tu paling kuat, teran sampai nafas terakhirr gitu hahaha..tak payahla nak curik curik nafas 2 3 kali..tak jadi punya..kena sekali teran paling lama tu yang berkesan..

Keluar2 je baby rina pesan supaya doktor delay cord clamping. So depa bagi rina pegang dulu baby dan doc tunggu dalam 5-10 minit sampai nadi uri berhenti denyut..mr zauj pon potong tali pusat..mr zauj kata kali ni tali pusat tebal..2 3 kali zapp baru putus habis..masa tu baby lena aje dekat pelukan rina..dengan lendir2 dan tahi2..sempat dia berak atas mak dia ni ye hihi..no crying masa potong tali pusat so baby tak sakit la tu..

After tu teran utk plasenta..then kena sedikit jahitan akibat koyak..alhamdulillah semua selesai dengan selamat..

Antara perkara yang rina belajar untuk 2nd baby ni..1st, delay cord clamping around 3 min after nadi berhenti denyut is good for your baby health & brain..2nd, teran sekali nafas panjang2 10 harkat kalau boleh...3rd, angkat bontot mesti koyak hadui..4th, ambil epidural lewat sikit supaya tak lenguh sangat duduk terlalu lama nanti after birth tak rasa sakit pinggang sgt..5th, kena urut & tunku hari2 time pantang atleast 2weeks untuk badan lebih segar..

6th, balik je rumah terus start pump..jangan ditunggu susu masuk ketiak..7th, xpayah tuam dengan air panas nanti lagi banyak production susu..8th, betul2 belajar menyusu walaupun dah ada pengalaman sebelum ni sebab mesti terlupa cara2 menyusu newborn ..9th, makan ubat berak from day 1 lagi senang takde sembelit langsung.. 10th, cuci luka dengan air garam kemudian lap kering2..memang luka cepat sembuh...11th, set pantang nonaroguy terbaik..

Oklah tu aje..sekian

Read more...
Related Posts with Thumbnails

  © Rina Stories~* at Rinastories.Blogspot. All Rights Reserved. Powered by Blogger.

Goto Top