Hari ini bangun pagi dan masak breakfast untuk dibawa bekal. sebab ada aktiviti untuk pagi ni yang dijangka makan masa sehingga tengahari. Wajib bawa bekal sebab anak-anak ni mana nak makan pagi-pagi buta.
Hari ni kami akan menaiki Gondola & Luge di Skyline Queenstown. dekaaat je dengan Campsite ni. 5 minit dah sampai. Ada parking untuk motorhome disediakan. Actually dekat Queenstown ni memang banyakk aktiviti yang best-best dan adventurous ditawarkan. contoh macam stargazing, skydiving, water sports, buggy jumping...banyak gila. cuma kena sediakan duit je. tapi i think memang worth it. Cuma aktiviti yang boleh dibuat bersama anak kecil memang terhad lah.
So kepada sesiapa yang bawa anak kecil memang wajib naik gondola & luge ni. WAJIB. haa capslock ok hehehe. ini bukan sekadar naik cable car. sebab view dia memang super. Subhanallah 100kali pun tak cukup. nak gambarkan cantiknya ciptaan Allah ni. Allahuakbar.
Luge pulak macam ala-ala go-kart tapi lagi best. nanti rina cuba upload video kalau boleh. yang bestnya, baby lebih 1 tahun dah boleh naik Luge ni. so Deenina pun bolehlah join. tak perlu ibu dan abah gilir-gilir.
beg biru tu penuh bekalan, pampers & baju salin.
love all of you so much
lawa gila ok view from above
main dalam replika gondola
stunning view from above. kena view sendiri, baru terasa kerdil dengan kebesaran Tuhan
if only i live here...fall in love
weols nak migrate sini can we?
laluan cabel car
suri hati mr engineer
10 juta gambar macam ni je
naik atas lagi
another family potrait
kakak takut jelly belly...tak bagi adik dekat..
susah le nak begambar pun
ada mainan masuk duit syiling leh angkut pasir
mr engineer. mandi tak ni bahaha
bersiap-siap naik LUGE. warna topi ikut size. kuning paling kecil. nampak tak chairlift tu. kena naik setiap kali naik Luge
cuba upload video pendek Luge..playla mana mana 1 kot dapat tengok..kalau tak dapat juga.. maaf ye...
Naik chairlift around 2 minutes..naik Luge dalam 5 minit.. kami dah beli siap-siap dari Malaysia. pakej gondola & 5 kali Luge. dapat harga diskaun. nak tahu macam mana? rina share dalam entry budget nanti ye.
Best gila naik Luge ni. laju dan view dia lain macam dari kita selalu naik (selalu kee). tapi tangan kena control so untuk rina yang lemah lembut ni (read:lembik) 2 kali naik terus give up haha.
so rina bagi je 3 round lagi dekat mr zauj. biar dia naik dengan Dareesa. seronok le dareesa, 8 kali kot naik Luge. Luge ni ada 2 track. satu scenic track & 1 lagi adventure punya. dareesa hanya boleh naik scenic track dengan ditemani org dewasa. kalau anak korang dah 4 5 tahun boleh dah naik sendiri sebenarnya. rmai je anak mat salleh main. rilek je tengok derang lepaskan anak derang ehe.
Deenina pulak sekali je main. sebab kesian plak dekat dia, helmet sampai tertutup2 mata dia hahah. omey sangat. so rina duduk jela tunggu mr zauj & dareesa habis main. nasib ada internet laju.
habis main mintak makan aiskrim. lapar le tu. tadi tak ingat nak makan
jom turun
Lepas turun kami terus ke DF Souvenir untuk shoping souvenir. dekat aje. parking pun senang. ada parking side yang kosong tapi terhad sejam je. DF Souvenir ni adala tempat shoping paling murahhh di New Zealand. so korang datang sini, korang shoping sini cukup-cukup k. kang menyesal hehe
gambar takde sebab rushing. lepas membeli belah, kami kembali ke motorhome dan sempattt panaskan lauk untuk lunch semasa perjalanan hehe.
jalan macam ni tak boleh laju
tidor nganga nganga mulut haa
Kemudian, kami meneruskan perjalanan ke Milford Sound. agak terlambat sebenarnya daripada plan.
wow...ada aeroplane on the lake lah ibu
stop kejap dekat Te Anau untuk tukar pampers dan baju budak2 sambil panaskan lauk.
hasil borongan biri-biri di DF Souvenir
nasi lemak takde santan hehe
semua gunung dekat je
Allah...sampai sini dalam pukul 5 petang tetiba tertulis jalan tutup pulak...katanya ada tanah runtuh..tapi sebenarnya ada dahan-dahan pokok yang patah dan mengganggu jalanraya akibat hujan.
Van Live Jucy yang depan ni dah tunggu dari pukul 4 petang...depa tu orang malaysia juga berbangsa cina...perempuan 3 orang...derang baru sahaja lepas jungle tracking so nak balik ke Milford Sound Campsite...tapi stuck di sini..
So rina nak suggest uols tak perlulah tidur di Milford Sound Campsite sebab takut jadi macam ni..lama juga kami tunggu sampai dalam jam 8 malam juga..hari hampir gelap...line takde..last-last member chinese tu ajak kami ke campsite di Hollyford..mereka pernah ke sana. so kami pun follow mereka...jalan nak ke situ agak teruk..dengan motorhome kami yang besar...risau juga
ini lah perjalanan kami untuk harini..instead of terus ke Milford Sound, kami ke Gunns Campsite
Takdela jauh mana campsite tu cuma tak boleh bawa laju..sampai sana ingatkan murah je..tapi agak mahal..30NZD per motorhome...takde power pulak tu..sedih..tak boleh nak caj handphone..mujur ada battery bank..
tapi takpela..dari tidur tepi jalan baik tidur di campsite..lebih selamat...
malam itu kami tidur dengan penuh harapan supaya cuaca cerah esok...tapi semua ketentuan Allah jua...hujan masih berterusan sehingga ke pagi...
Entry ini scheduled entry ye...bukan ditaip waktu kerja hehe! kena bagitau sebab ada je yang ingat rina sempat update blog waktu meeting =P selalunya rina akan draft & schedule kan entry blog ni sebab kadang kadang tu mood rajin datang rina sempatlah menulis 2, 3 entry sekaligus. Lagipun entry kena publish waktu peak hour baru banyak readers..cenggitu..its all about money money money =P korang pun yang masuk blog ni kliklah mana-mana link yang muncul tau...tu fund untuk jalan-jalan yang seterusnya haha..terima kasih..ape lah aku melalaut ni
Alhamdulillah, sangat bersyukur kerana rina dapat berpeluang untuk ke New Zealand..iaitu negara idaman...selain mengerjakan umrah...New Zealand merupakan sebuah negara yang rina nak sangat sangat pergi...sebabb dulu lepas SPM rina berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke sana tapi malangnya tiada restu dari ibu bapa..takpa lah..keputusan mereka sebenarnya yang terbaik..ada hikmah disebalik semuanya..
Lebih kurang setahun yang lepas, Air Asia ada buat promotion free seats..masa tu rina outstesen di penang..tengah-tengah malam buta rina book flight tiket ke sydney..memang purposely nak jadikan transit ke New Zealand..masa tu dah pernah baca pengalaman orang ke New Zealand..paling kurang nak jalan di NZ adalah 5 malam...jadi rina target at least 6 hari 5 malam di NZ...dan di sydney kena 1 malam di sana so boleh jalan-jalan di opera house. tak boleh terlalu lama sebab cuti kami limited. kerja makan gaji kan. lagipun banyak cuti akan habis untuk kelik klate..kampung mr zauj kan..
kenapa Sydney? sebab tak pernah kesana lagi & bagi rina tak rugi sangat kalau setakat 1 malam sahaja di sana..Melbourne dah pernah pergi..Gold Coast pulak kena pergi lama baru boleh ke themepark semua, Perth pulak jauh dari NZ, comfirm flight mahal & lama lagi between 2 negara tersebut...singapore & Auckland pun antara menjadi pilihan untuk transit.
so, bila tiket Sydney dah dibeli, sepanjang setahun tu memang kami asyik belek & check promotion tiket flight dari Sydney - Christchurch,NZ pula. memang kami target ke Christchurch (south Island) sebab menurut review, south island lagi worth nak berjalan. Hasil pemerhatian Sydney-Queenstown lebih mahal.
Akhirnya, di saat akhir (lebih kurang 3 bulan sebelum) kami beli tiket dari Sydney ke Christchurch menggunakan khidmat Virgin Air, salah satu penerbangan tambang murah di Australia.
Selepas itu, barulah itinerary, booking dilakukan. reseacrh memang buat lama dah..sebab semuanya kami setelkan sendiri...dari A to Z. lebih jimat, flexible dan sebenarnya tak susah pun.
inshaallah in the next entries rina akan ceritakan tentang budget dan tips yang boleh dikongsi lebih-lebih lagi kepada mereka yang membawa anak kecil seperti kami.
oh ya, kami pergi berdua suami isteri & 2 orang anak kami berusia 1 & 3 tahun. Parent rina tak berminat nak join termasuk family husband...kami memang tak mampu nak sponsor...sebab family sendiri pun dah licin tabung ayam haha..agak mahal cost nak ke NZ..lebih mahal dari pergi Europe.
Kami bukan orang berada, cuma travelling adalah minat kami..travelling buatkan kami lebih mengenali each other, lebih bertolak ansur, lebih masa untuk anak-anak, lebih kenangan, lebih terbuka minda, menambah ilmu pengetahuan mengenai pelbagai perkara, membuatkan diri lebih dekat dengan Allah, & macam-macam lagi.
Bersiaran di Budapest. Sini baru jam 2 pagi (tapi entry ni habis tulis pukul 7 pagi budapest,sambung3) Tapi mata dah cerah. Sebab malaysia dah 8 pagi. Lambat 6 jam. Mujur anak anak masih tidur sebab semalam rina tahan depa jangan tido selagi belum pukul 5 ptg budapest (12mlm malaysia) hehe.
Ye korang. Pukul 5 petang semua dah terbongkang. Tak pegi mana pun. Letih kuasa seploh. Perjalanan yang sangat panjang.
Bayangkan hari jumaat (15 julai) lepas kerja balik rumah baru nak packing. Memang gila. Yela sebab baru balik raya dari kelate kan. Baju pun banyak nak basuh dulu.
Pukul 11 malam kami bertolak ke airport. Masa ni Deenina (1tahun) dah tidur. Yang kakak (Dareesa) tak tidur lagi. Sampai KliA check in pegi toilet semua elok elok lah naik flight jam 2 pagi. Delay sikit.
Masa ni Dareesa buat hal sikit. Semua tak kena. Maklumla mengantuk kan sebab tahan mata. Mujur emirates ada TV dekat seat. Boleh suruh dia layan Frozen. Ada juga seludup kudap-kudapan. Bagi dia makan dulu. Tak sampai 10 minit tertidur dalam flight.
Yang adik takde masalah sangat. Memang tidur nyenyak berulamkan susu ibu & beralaskan lengan ibu. Bassinet penuh!
Cramp lah ibu sepanjang perjalanan memang tak boleh tidur. Sempat rina layan 2 movies - Rapunzel & crita jepun. Dareesa sedap tdur baring. Kaki atas peha abah. mr zauj pun sedap tdur. Ruang tempat duduk emirates airbus yang kami naik memang luas dan selesa.
Tapi tidur mr zauj memang terganggu sebab kejap2 stewardess bawak makanan haha. Rina makann jela. Nak tidor tak boleh. Tidor 5 minit2 macam tu je. Deenina macam tak selesa sangat. Sebab dia jenis tidur bergolek2 atas katil. Dalam flight macam mana nak bergolek??
Akhirnya selepas 6 jam kami sampai Dubai untuk transit. Merah biji mata mak. Sampai aja dubai kami solat dulu tukar baju dareesa & deenina dulu..mandi kan sikt bagi segar.
Dareesa lapar sikit sebab sepatutnya dia dah breakfast berat tapi kalini memang tak sempat makan. Kami hanya transit 3 jam lebih. Kalau transit 4 jam boleh reedeem voucher makan percuma.
Nasib ada biskut dan coklat untuk alas perut dia.
Sementara tunggu next flight rina menyusu nina sambil restkan badan di surau. Alhamdulillah surau memang sangat selesa dan takde orang hehe. Tidur sambil duduk. Risau kalau baring tak terbangun nanti.
After delay dalam sejam baru boleh naik flight. Makan sikit dalam flight dareesa dan deenina tertidur lagi..flight 6 jam..depa tidur 3 jam. Okla dah selamat separuh perjalanan hahah.
Dalam flight akan dapat breakfast & lunch. Untuk dewasa lain. Untuk kanak kanak lain. Untuk baby pun ada makanan baby macam heinz tu. Dareesa dapat koko crunch & susu dan lunch dapat pasta. Dewasa pula nasi ayam & western meat. Tak pedas pun. Dareesa makan sekali.
Gambar takde pula tapi memang sedap jugak. Siap dapat deserts..box choc & sweets..appetizer..roti. lepas tu dareesa & deenina dapat souvenir beg selimut berkarakter, set losyen, pensil warna d buku mewarna. Seronok dareesa layan mewarna sambil tengok froze.
Bila deenina dah bangun mr zauj ambil turn untuk pegang nina, tukar pampers nina. Rina ambil kesempatan untuk tidur.
Alhamdulillah lepas 6 jam sampai dan dah ada van yang menunggu. Hotel dah sediakan.
Kami tinggal di euro star hotel. Semua ditanggung. Sebab mr zauj pergi bekerja kan. Rina menempel je hihi.
Kecik je hotel tapi location wise memang strategik sangat. Sampai hotel mandi2 terus kepenatan. Sumpah penat gile. Dari jam 11 malam jumaat..sampai hotel budapest jam 8 malam malaysia (2petang budapest). Jam 5 petang budapest kami pun tidur. Memang tak g mana la 1st day hehe
Cantik sangat sangat kan?? Air memang biruuu pasir putihh seputih putihnya. Sangat sesuai untuk honeymoon & percutian untuk hilangkan stress. Tapi dengar cerita mahal??? Iye ke??
Ya memang sangat mahal! Tapi itu dulu! Kini tidak lagi!
Nak tahu macam mana? Sila baca sampai habis okk hehe
Hanya RM 1799 /pax untuk 4 hari 3 malam!
Dapat apa?
High speed boat airport transfer
Hotel utk 4 hari 3 malam
Makan 3 kali sehari
Snorkeling di Biyaadho Reef
Snorkeling di Banana Reef
Snorkeling di Turtle Reef
Tour ke Sand Bank of Maldives
Picnic Island Visit & Tour
Sunset watching
Dolphin Watching
+
Professional Tour Guide
Serius semua dapat. Datang memang serah diri untuk berehat je!
Best kan? Takyah ko nak pikir dah. Sesuai sangat untuk honeymoon. Dah stress pasal kenduri kann. So mari berehat rehatt
Nak info lanjut
Whatsapp/call :
Quu - 018 390 3313
Mira - 017 -447 4366
Korang takut kena tipu?
Jangan risauu. Dah banyak testimonial yang 5 bintang untuk tour guide ni
Ok dah yakin?? Haa bolehlah book siap siap tarikh derang ni.
Ogos
30-2 Ogos 2016
6-9 Ogos 2016
September - Disember
Setiap bulan ada trip.
Nak tahu tarikh whatsapp aje
Quu - 018 390 3313
Mira - 017 -447 4366
Jangan lupa mention jumpa details dari blog nii hehe