Showing posts with label Azam. Show all posts
Showing posts with label Azam. Show all posts

Friday, January 01, 2016

azam 2016

Assalammualaikum..so tetiap tahun memang wajib berazam..tahun ni pun wajibb walauun dah tua..usia dah 29 tahun uols..8 bulan lagi 29 tahun woww..dulu kalau dengar umur akak ni 29 tahun terus bertukar panggil makcik hahaha. So jangan sentap la kalau kita duk bahasakan diri kakak tetiba budak tu panggil makcik kannn :p

Azam 2016 adalah seperti berikuttt

1) nak siap masterrr!! Tahun ni lastt dah tak boleh extend. So have to!

2) nak kurus. Lantak. Walau tak pernah capai tapi nak kurus jugak..atleast menurun dari berat sekarang. Hurm...

3) nak maju dalam bisnes. Atleast sebulan dapat untung bersih 4 angka

4) kalau bisnes maju duit untung bulan2 nak buat beli kereta besa sikit. Jual sedan sekarang & beli mpv. Maybe estima.InsyaAllah. untuk keselesaan family

5) 1 more country to explore!

6) nak menyusu nina until 2y..

7) nak ajar dareesa membaca & mengaji

8) nak register for professional engineer IR

9) nak khatam al quran. Lama tak mengaji betul2 sampai khatam hurm

10) taknak dah ngumpat..(setiap tahun azam yang sama kui)

11) nak jadi isteri&anak yang solehah

12) nak kembali berblogging dengan kerap!

Ok.tu jee

Read more...

Wednesday, December 30, 2015

Review Azam 2015

Assalammualaikum...

Just a quick post..sebab dah terbiasa review azam & tulis azam baru so tahun 2016 pun nak jugak buat..dari 2008 kot blog ni...dah 8 tahunnnn hebat tak hebat..mohon Zuha Dareesa & Deenina sambung tulis ok lol.

so berikut azam last year :

1st January 2015 :



Assalammualaikum..

Macam biasa tiap tahun pasti rina akan tulis azam dalam blog ni..so tradisi tetap diteruskan. Selagi blog masih ada selagi jasad masih bernafas.

Inilah azam rina bagi tahun ni...

1) siapkan master & graduate huhu..please rina! - tak siap lagiii weiii ! dari tak kawin sampai ada anak 2 tak siap siap lagi hahahaha. sekarang tengah buat pembetulan untuk FINAL DRAFT. yeah yeah!
2) pantang sungguh2 kali ni. Nak kurus gila, pantang ice 100 hari atleast, tungku hari2, urut berkala, makan suppliment ikut jadual - pantang sungguh2 30 hari je kahkah whatever rinaaa gemok!!
3) menyusu ibu bagi adik baby - alhamdullillah fully bf
4) wean off dareesa sobsosb - setelll masa dareesa 1y 11m...sebulan je lagi nak phd. rugi2 hihi tapi takpela..dapat ibu rehat kejap. now bagi adik pulak.
5) nak ajar dareesa hafaz surah lazim - surah alfatihah je dia tahu, tu pun kena sama2 baca baru dia sambung-sambung
6) pampers free dareesa! - belum lagikk
7) nak pegi uss singapore lepas bersalin. Nak naik roller coster lol teringin - tak pegi ponnn. 
8) dapat naik gred e13 - alhamdulillah
9) daftar untuk IR. 2016 baru ambik hehe - belomm
10) nak snorkelling! (Target Pulau perhentian!) - bulan 4 2016 baru pergi, insyaAllah
11)nak bersalin normal with no tear & epidural - normal tapi with tear & epidural
12) taknak mengumpat (atleast senyap jgn tokok tambah!) - makin kuat ngumpat Astaghfirullahalazim!
13) nak buat divider & kabinet tv - takde pon
14)nak melancong ke lagi sebuah negara atleast - alhamdulillah dapat ke ShangHai & Korea
15) dann nak jadi muslimah, isteri, anak, menantu, ibu yang lebih baikkk dari sebelumnya - makin teruk perangai hmmm


sekiann. itu je...next post untuk azam 2016 pulak ye!

bye bye bye assalammualaikum.

Read more...

Sunday, December 28, 2014

Pengakiran tahun 2014 dan review azam 2014

Bismilillahiirahmanirrahim...Hihi...walaupun sekarang tulis blog suam-suam kuku je tapi rina masih nak tulis tentang 2014 sebabb its a very important year to remember! Banyak perkara berlaku pada tahun 2014..Pahit dan manis semuanya ada. tapi sayangnya not all yang rina update dalam blog ni..paling rajin pun update dalam instagram..


so lets recap secara SUPER RINGKAS tentang 2014~

Januari : Tahun baru dimulakan dengan trip ke Melaka (ikut husband kerja). Siap pergi Zoo Melaka. 1st Zoo for Dareesa! Lepas tu Aini kawin, pegi jalan-jalan di Bukit Tinggi pulak.

Februari : Kelik klate hehe..& Dareesa dah boleh jalan! 

March : Peristiwa MH370 =( Dareesa turn 1 & birthday party yang tak berapa party untuk dia hihi dan juga Besday Mr Zauj hihi. Anak buah, Niqrees Hakim juga dilahirkan pada bulan ini!

April : The most memorable month of the year. Rina, Mr Zauj, Dareesa, Abah dan Mak berpeluang menunaikan umrah.

Mei : Anniversary 2 years! & kelik klate lagi hehe.

June : Bercuti ke Nagoya Jepun dengan Mr Zauj dan Dareesa. Actually, ikut husband kerja hihi..

Julai : Bulan Puasa yang best sebab macam sungguh2 kerja pahala masa ni...tapi masa ni palestin tengah tersiksa...ingat lagi semua orang bertungkus lumus untuk mengumpul dana untuk disumbangkan pada mereka...sekarang? macam dah dilupakan hukhuk...manusia2...termasuk rina la tu...

Ogos : Raya? raya bulan julai ke ogos ye haha..konpius & my birthday! masa ni tengah addicted nak mendeko rumah..sikit sikit ke Daiso, IkEA, spotlight, SSF, Mr DIY haha...semua sebab group deko rumah kat FB...dan ketika ini peristiwa MH17 terjadi huhu

September : Bercuti ke Melbourne, Australia bersama Mr Zauj dan Dareesa...Langsung tak share di blog...tak sempat lagi aka malas huhu..nantila ye

Oktober : Jalan-jalan gi Ipoh tdor di The Haven salah satu rumah peranginan TNB. Bolehla...saje bawak mak dan aunty jalan-jalan..Dareesa join GBOB! dan..masa ni tahu ada adik dareesa dalam perut hihi

November : Mr Zauj diploma UM. tu je kott

December : Banjir Besar di klate huhu....dan baru NAK START THESIS AAAA! 

ok setel,,,nak review azam 2014 pulak:

1) nak siapkan thesis master & grad!! - TAK SIAP LAGI!
2) nak menunaikan umrah bersama mr zauj - alhamdulillah tercapai
3) nak menyusu dareesa sehingga berusia 2 tahun walaupun mengandung lagi - masih menyusu. tapi tak ekslusif (campur formula pada dareesa usia 1 tahun 7 bulan)
4) nak mengandung lagi heee - yeyy hehe..
5) nak aktif berbisnes kembali untuk side income - kejap jee lepas tu malas..
6) nak menjadi isteri yang lebih solehah - macam sama jee huhu
7) nak kurus bawah 50 kg before pregnant semula - ok tak!
8) nak menjadi anak & menantu yang lebih baik. - macam sama jee..
9) nak menjadi pekerja yang bekerja ikhlas kerana Allah - taktahu hihi..
10) nak dapat CP - yey dapat dah
11) nak belajar masak western :p - err...
12) nak kurangkan facebook dan lebihkan Alquran - err..
13) nak perbaiki solat & aurat - err...
14) nak STOP mengumpat.. - err...

ok itu saje setakat ini..azam 2015 nanti lain kali pulak..Dareesa dah bangun tidur!

Read more...

Wednesday, December 04, 2013

Review Azam 2013

Assalammualaikum semua =)

Alhamdulillah...dengan izin Allah, rina masih berkesempatan untuk menaip lagi di blog ini...Sejak tahun 2009 kot rina berblogging di blog ini..sebelum ni blog lain heheh...jadi masuk 2014..genap 5 tahun la blog ni..wow lama lama!

tapi rina rasa tahun 2013 la paling pantas berlalu..dan paling banyak perkara berlaku..dan paling banyak merubah kehidupan rina!



budak ini lah yang merubah hidup rina! baju sama tapi bulan lain..haiyo..cepatnye besar..taktau mau gembira atau sedih? MIX feeling kot =)

ok, back to the topic, nak review azam tahun 2013 yang pernah rina tulis di SINI.

1) Graduate!

Tak tercapai T___T Dareesa dah masuk 9 bulan tapi masih tak siap siap lagi...STRESS betul! rasa nak stop tapi cannot...Nanti tak pasal pasal kena bayar RM10k hutang MOHE..lagi pon dekat nak habis dah...thesis je lagi...aduss...sedih pulak tak tercapai... =(

2) Selamat melahirkan bayi yang sihat & sempurna

Alhamdulillah...syukur pada Allah kerana mengurniakan bayi yang sangat sihat & sempurna...tiada apa yang lebih menggembirakan..nikmat Allah paling berharga...Zuha Dareesa...the best gift ever!

3) Berdikari di rumah sendiri

Alhamdulillah...walaupun banyak duduk di rumah mak (sebab dekat dengan ofis) tapi rumah kami tetap berasap...tetap bersepah hahaha memang dah rasa seperti rumah *feel like home*...kalau boleh memang nak balik hari hari tapi tu la...KL...jalan jem =P

4) Menjadi ibu yang terbaik & breastfeed hingga 6 bulan

Alhamdulillah...sekarang dareesa 9 bulan dan masih breastfeed =) syukur..rina harap juga dapat jadi ibu yang terbaik...kadang kadang tu, marah juga dareesa sebab stress..manusia biasa kan..kalau tak cukup tidur & terlalu letih boleh buat perkara yang diluar kawalan...tapi takdela sampai pukul...acah acah je nak bagi mr zauj gelabah hahaha...biar dia tolong sekali & aware isteri dia letih =P sejak dareesa start makan, rina cuba buat makanan untuk dia..biar semua homemade dan cuba elakkan makanan siap yang dijual dalam plastik...

5) Pandai masak 100 resipi

ok yang ni macam tercapai suku je =P hahaha....oleh sebab mr zauj gemar masak & memang hebat masak jadi rina give up dah...rina rela jadi tukang kemas, tukang basuh pinggan, tukang jaga anak huhu...tapi rina still masak nasi, breakfast macam roti telur ke & baking..tapi rina tak suka sangat la baking...sebab nanti sendiri yang makan lebih lebih sampai gemuk...kalau buat ramai ramai best la =) untuk makanan dareesa memang rina yang masak..so rasanya rina BOLEH la masak cuma tak hebat...okla tu dari tak tahu =P

6) Menutup aurat yang sempurna

adoi..failed lagi...doaKan yang terbaik buat rina..

7) kurus balik bawah 50 kg

=_=" ok.....next! =P hihi menci..

8) Jalan-jalan pergi oversea

tak pegi mana..rancang nak pegi singapore tak jadi sebab currency mahal...last last pegi goldcoast morib je hihi...okla tu..gold coast jugak =D

9) Nak dapatkan CP

haish...tak jugak lagi..

10) Kemaskini logbook

tak ponnnnnnnnn

11) Lengkapkan rumah

yAY! dah lengkap kot...adalah barang-barang lain tapi buat masani okla rumah..dah nampak macam rumah =)

12) Belanja mak & abah honeymoon

Tu pegi Goldcoast morib kira honeymoon la jugak hihi

so nampaknya 6 dari 12 tercapai so hanya 50% je tercapai =(

haih...2014...please be nice to me!




Read more...

Wednesday, January 02, 2013

Azam tahun 2013

Assalammualaikum =)

Ok lepas review azam 2012, mari berazam untuk tahun 2013 pulak

1) Graduate!
So, rina perlu siapkan research & thesis by May...waa...susahnya rasa...malasnye nak fikir T__T tapi nak graduate sangat sangat tahun ni..nak graduate sama-sama dengan Mr. Zauj..mesti best kann? pakai jubah sama-sama, ambil gambar 1 family pakai jubah graduasi. Rina siap berangan nak tempah jubah graduasi untuk baby so nanti semua sepasang hihi...mesti comel...tapi macam susah nak tercapai T__T

2) Selamat melahirkan bayi yang sihat dan sempurna
InsyaAllah my EDD awal bulan 3...ada lagi 2 bulan untuk prepare mental dan fizikal..nervousnya hanya ALLAH yang tahu...tapi nak tak nak rina memang kena face it!...kena hadapi demi melahirkan zuriat yang bakal menjadi khalifah di bumi Allah ini...semoga rina dapat bersalin normal, cepat sihat dan baby pun sentiasa sihat..

3) Berdikari di rumah sendiri
Dah lebih 7 bulan kahwin tapi sejujurnya rina dan suami belum betul betul menjalani kehidupan suami isteri yang berdikari...yelaa...tinggal rumah mak...mak yang masak semua hikhik..lagi-lagi mengandung *alasan*, so rina still depends on mak...makin bertambah manja bila ada suami..pun asyik nak harapkan suami..jadi harap-harap after rumah fully siap & furnish bulan 2 ni, kami dapat pindah masuk dan rina dah boleh start practice menjadi isteri yang baik...dapat sebulan dulu pun jadi lah..sebab lepas tu berpantang rumah mak balik dalam sebulan...

4) Menjadi ibu yang terbaik & breastfeed until 6 months *at least*
Seperti pesanan Dr Muhaya, "jadikan tugas membesarkan zuriat itu sebagai tujuan hidup". pheww~ mendalam maksudnya...membesarkan amanah Allah ini bukan satu kerja yang mudah..rina harap rina dapat mendidik anak rina sebaik mungkin..dan sebagai permulaan rina nak breastfeed atleast 6 months, kalau boleh sampai 2 tahun seperti yang disuruh dalam Al-Quran, insyaAllah..hasil perkongsian dalam blog ibu-ibu, rina tahu ia bukan sesuatu yang mudah tapi rina perlu positif! 

5) Pandai masak 100 resipi
Hee..berkait kot dengan azam nombor (3)...rina failed lagi bab ni..jadi rina nak belajar at least 100 resipi tahun ni. Yay tak sabar nak main masak masak!! nanti rina share recipe dalam blog ni k! Cewah! =P

6) Menutup aurat dengan sempurna
Ok...dah banyak tahun azam yang sama..adeh! so tahun ni biar rina set target yang lebih terperinci. nak tukar pakai shawl labuh *ala ala Diana Amir kihkih koya* dan tudung 60". insyaAllah..
Nak jadi muslimah solehah bukan senang...solat sempurna, dihiasi dengan sifat-sifat mahmudah, diiiringi dengan amalan-amalan sunat etc. bukan senang...jadi rina start dengan menutup aurat sebab tu paling mudah sebenarnya. dan rina yakin dengan menutup aurat sebagai permulaan, insyaAllah lebih mudah untuk kita baiki dalaman... tapi ini pon susah! apekah?

7) Kurus balik bawah 50 kg
Dah gemok sekarang..dan pasti susah nak turun after bersalin if dilihat dari keturunan hihih...jadi azam rina nak dapatkan body masa zaman bujang atleast huhu..kalau mampu nak kurus sampai Mr Zauj susah hati haha!

8) Jalan-jalan pergi oversea
Since rina & mr zauj suka menjelajah jadi kami berazam nak jelajah sebuah lagi negara. Singapore pun jadila =)

9) Nak dapatkan CP
CP stands for Competence Person..salah satu requirement dalam TNB..so rina nak dapatkan..

10) Kemaskini logbook
Sama je azam dengan tahun lepas..penting sebenarnya..untuk rujukan masa depan..masa jadi lecturer nanti ke? so tak lupa ilmu-ilmu masa kerja ni

11) Lengkapkan rumah
Nak lengkapkan keperluan rumah, perabot etc...sedikit demi sedikit...so by 2014, rumah kami lengkap macam rumah yang sebenarnya...jadi rina rasa tahun ni, duit banyak habis untuk rumah hehe!

12) Belanja mak & abah honeymoon
Nak belanja mak & abah pergi honeymoon yang ada candle light dinner & pakej spa sekali haha! nak buat suprise nanti =)

ok tu je kot..
bagi rina..kebahagian yang rina ada sekarang ni berkekalan  pun dah lebih dari cukup..

semoga cinta antara rina dan mr zauj makin mekar..
kebahagiaan makin terasa dengan kehadiran cahaya mata sulung kami..
menjadi keluarga mukmin yang diredhai Allah..
kebahagiaan kami juga membahagiakan orang lain..

mak, abah, umi, abah
saudara mara,
keluarga ipar
diberikan kesihatan yang baik..
dimurahkan rezeki..
dikuatkan ukhuwah..
diberikan kebahagiaan dunia dan akhirat.

AMIN


Read more...

Review Azam tahun 2012

Assalammualaikum

Dah pun nak masuk tahun 2013.
Dari tahun 2008 kot rina menulis di blog ni. dari tahun 2008 dah ada azam.
sekarang nak masuk 5 tahun!

azam untuk tahun 2008
ni ditulis masa 2009, kononnya review balik azam tahun 2008.
entry betul betul untuk azam 2008 macam takde pula...blog lama kot?

azam untuk tahun 2009
ni macam azam untuk sem terakhir je. bukannya azam 2009 =P
cari cari tapi tak jumpa pulak. so kira azam 2009 gak lah!

azam untuk tahun 2010
masa ni rina dah start tulis proper azam.
kira azam yang logik la nak dicapai hehe..da matang sikit kot =P

azam untuk tahun 2011
lebih ringkas untuk azam tahun ni. ringkas tapi bermakna =)

azam untuk tahun 2012
yeah~ dan azam tahun ini. tahun 2012!
adakah tercapai???

actually untuk tiap tahun pun rina review rasanya, tapi malas nak link kan.
maybe sape nak baca bolehla check dekat sidebar bahagian "sweet&sour" dalam bulan 12 & 1 every year.
mana la tahu kan...rina pon suka baca blog orang, ada perasaan ingin tahu tu
atau dalam bahasa kasar, saya adalah stalker tegar hihi..orang tak kenal pun best nak stalk =P
kalau kenal lagi haku suka nak stalk kuikui

ok, back to the topic.
adakah azam 2012 rina tercapai?
 briefly je la rina cerita..nak baca penuh sila la baca di SINI


LOVE

rina nak berkahwin dengan en Tunang hehe!
*TERCAPAI! alhamdulillah =)*

ATTITUDE

1) Bangun awal pukul 5 pagi every morning.
*tak tercapai pon..macam sama je bangun hee*
2) nak jadi lebih matang..tak nak bersifat budak budak dah..cewah =p
*errrr macam matang sikit dah kot hikhik!*
3) nak jadi lebih penyabar..nak belajar hormat En Tunang, supaya tak kekok nanti bila dah begelar isteri.
*hee hormat je Mr Zauj hee..kadang kadang je emo sikit lala!*
4) Tutup aurat dengan sempurna
*masih belum sempurna....tsk tsk..*

CAREER

1) Nak update buku log sambil revise dan sharpen ilmu yang telah diperoleh
*buku log dah jadi pekasam T___T*
2) Nak dapatkan sijil CP
*tak dapat lagi...*
3) dan seperti selalu, mahu ikhlaskan hati, niat kerja sebagai satu ibadah
*try jugaklah...tapi bukan hari-hari huhu..*

MONEY

1) Nak beli kereta baru!
*tercapai =)*
2) Nak pergi honeymoon~
*tercapai juga~*
3) Nak berjimat..tak mahu spent duit kepada yang tak perlu..priority to my life after marriage
*jimat ke? ade jugak membazir..tapi banyak duit memang habis ke arah family*


OTHER THINGS MATTER

1) Nak diet & fit !
*langssung tak! lagi lagi ngandung, makin bulat hihi*
2) Nak cantikkan diri, buat spa di rumah selalu =P
*makin huduh sobs*
3) oh..kan rina buat Master..rina harap lulus semua subject dan dapat buat research dengan lancar
*alhamdulillah, subject semua lulus...tinggal research je!*

so...kesimpulannya...berapa percent yang tercapai ek??
dalam 6/14 kot (ikut suka kira hihi)
dalam 43% sahaja lah yang tercapai..

bermakna rina FAILED =(
adus..kena lebih motivated untuk tahun 2013 ni!

tapi apa pun..2012 adalah tahun paling bermakna buat rina =)
kehadiran suami & baby dalam kandungan adalah segala-galanya..syukur ya Allah..

ok, da penat menulis..hehehe nak berazam untuk 2013 pulak..

 erm..next entry lah hihi..semak plak rasa kalau campur.

bai


Read more...

Monday, March 19, 2012

Perancangan hidup update ! hehe

Kita hanya mampu merancang
tetapi hanya ALLAH yang berhak tentukan =)

wajib bagi kita untuk merancang hidup ni supaya kehidupan kita tak sia sia

biar ada matlamat dan tujuan yang pasti
dan pastikan matlamat kita memberi manfaat untuk kita dan membantu kita mengecapi kebahagiaan hidup di akhirat yang selama lama nya =)

tazkirah pendek dari hamba yang hina ini..hee

sebenarnya tadi rina teringat tentang perancangan yang rina buat pada 14 Januari 2011

pada ketika tu, rina masih single, belum tahu arah hidup..
masih lagi dalam mood bersedih sebab break up (bengom bila ingat)
tapi rina bernasib baik..sebab dapat fikir secara rasional..
kehidupan seorang wanita bukan terletak di tangan lelaki ye..
kehidupan kita terletak di tangan ALLAH..please trust HIM..dan serahkan diri kita padaNYA..

jadi waktu tu rina SANGAT bersemangat nak mulakan hidup baru yang lebih sempurna dari sebelumnya..
TANPA melupakan kenangan lalu
apa yang baik, rina jadikan teladan dan buruk rina jadikan sempadan..

so, kepada yang membaca ni..if anda SEDANG berkabung sebab putus cinta, SILA GO ON WITH YOUR LIFE! jangan mudah mengalah dan terlalu bersedih hanya sebab putus cinta =_=" please ok..
better sedih untuk Palestin yang merana, mak bapak diorang mati kena bom,
its reality..bukan rancangan TV =(
semoga Allah melindungi mereka di sana..

ok dah banyak bebel..padahal nak taip sikit je, tapi tiba tiba tangan ni laju je hahaha

14 JANUARI 2011 (sini)

2011 : Start buat Master sambil kerja
2012 : Ambil CP (Competence Person)
2013 : Kawin (hahaha) + Siap buat Master
2014 : Dapat anak sorang (hahaha lagi)
2015 : Ambil ujian IR. dan apply jadi Lecturer dan lagi sorang anak (hahaha sekali lagi)
2016 : jadi lecturer sambil membesarkan 2 orang anak yang comel =_="
2017 : same jugak
2018 : same jugak
2019 : Minta cuti tanpa gaji untuk buat Phd + dapat lagi sorang anak (yes da 3 hahah adoi)
2020 : Cuti lagi dan dapat sorang anak (4 cukuplahh..alhamdulillah hihihi berangan memang best)
2021 : Cuti lagi sambil membesarkan anak. eh? lama pulak nak cuti. berhenti je lah hehe
2022 : Kerja balik (jadi lecturer) dan habiskan Phd (hopefully dapat habiskan lebih awal)
2023 : Kerja seperti biasa
hahah!
dan rina nak update
19 Mac 2011
2011 : Start buat Master sambil kerja *DONE! nasib baik start buat MASTER..fikir lama betul hee*
2012 : Ambil CP (Competence Person) & LULUS..please + KAWIN :)
2013 : Siap buat Master + Dapat anak sorang
2014 : Dapat anak sorang lagi =P
2015 : Ambil ujian IR. dan apply jadi Lecturer dan lagi sorang anak (hahaha sekali lagi)
2016 : jadi lecturer sambil membesarkan 3 orang anak yang comel =_="
2017 : same jugak
2018 : same jugak
2019 : buat Phd + dapat lagi sorang anak (yes da 4 hahah adoi)
2020 : Phdi dan dapat sorang anak (5 cukuplahh..alhamdulillah hihihi berangan memang best)
2021 : Phd sambil membesarkan anak.
2022 : habiskan Phd (hopefully dapat habiskan lebih awal)
2023 : Jadi lecturer sambil online business =)
Dah umur 36 tahun masa ni =)
Maybe akan berhenti pada umur 50 tahun (2037) dan tumpu pada business pulak =)
masa tu anak sulung dah umur 24 tahun dan bongsu 17 tahun
insyaALLAH

sekali lagi kita perlu ingat..ape ape rancangan kita tak semua akan menjadi kenyataan
kerana ALLAH yang tentukan segalanya..
dan rancangan ALLAH semestinya lebih baik dan penuh hikmah =)
apa apa pun rina berdoa agar segalanya dipermudahkan dan kita sentiasa berada dalam golongan yang beriman..

amin..


ok dah setel angan angan saya yang tak habis habis ni.
anda pula bagaimana? =)



Read more...

Saturday, December 31, 2011

AZAM TAHUN BARU 2012

Assalammualaikum..

Syukur pada Allah, diberi kita peluang bernafas sehingga kini..
as for me..it's my 25th year in HIS world..
Thank you Allah for giving me the chance..thank you for everything..for every single thing..
I love YOU

 Seperti biasa..setiap kali tahun baru, pasti ada azam baru yang perlu dicapai sebelum tahun yang berikutnya
bagi rina, azam tu penting untuk memastikan progress dan pencapaian kita pada satu satu tahun tu..

adakah kita menjadi lebih baik dari yang sebelumnya?
adakah hidup kita mempunyai arah dan tujuan?
apakah sumbangan kita sepanjang setahun tu?

andai no development in ourself..maka, sia sia lah setahun yang Allah beri tu..

this is my thought & opinion laa...others may be different ^__^

So, here goes my list~

LOVE

the MOST important thing in my life and I bet everyone too.
alhamdulillah..rina sudah bertunang pada tahun ini dan merancang untuk berkahwin pada tahun hadapan..
sangat tak dijangka kan? masa rina tulis azam untuk 2011, rina masih tiada siapa siapa waktu tu..
memang betul betul single..
tapi sejujurnya...rina memang berdoa hari hari..
semoga hati ini tertutup pada yang lama..dan semoga jodoh yang terbaik buat rina cepat sampai..
alhamdulillah..Allah yang MAHA mendengar kabulkan permintaan hambaNYA yang hina ini..
memang betul betul cepat hihi..^o^
and of course, I still keep praying for the best to happen.

ok stop membebel.

so azam rina untuk 2012 ni..
rina nak berkahwin dengan en Tunang hehe!
rina sangat berharap dia lah jodoh rina dunia dan akhirat..amin..=)

ATTITUDE

Memang banyak rina nak baiki..
kalau boleh rina nak jadi sempurna..biar semua suka rina..
tapi do you realize?
sempurna atau baik camne pun seseorang tu, tak akan semua orang suka

the nearest example, our prophet Nabi Muhammad SAW
He is so perfect tapi tak semua suka baginda..
but definitely ALLAH love him a lot.
jadi kesimpulannye..tak perlu nak buat orang suka kita..
just make sure, Allah suka kita..sudah cukup!

rina mahu jadi muslimah yang solehah..
lagi beberapa bulan rina akan bergelar isteri orang (InsyaAllah)
banyak perkara yang rina perlu belajar dan perbaiki.

tapi, baik buat sikit sikit dulu, takut tak tercapai

1) Bangun awal pukul 5 pagi every morning.
rina yakin, dengan bangun awal banyak kelemahan rina dapat perbaiki..bila bangun awal, kita akan lebih banyak ruang untuk bermuhasabah diri, baca Al Quran, baca buku agama, study, rajin mengemas, rajin eksesais hehe..lagipun nak prektis nanti after kahwin, perlu bangun awal

2) nak jadi lebih matang..tak nak bersifat budak budak dah..cewah =p

3) nak jadi lebih penyabar..nak belajar hormat En Tunang, supaya tak kekok nanti bila dah begelar isteri.

4) Tutup aurat dengan sempurna (sambung azam 2011, hoh..nampak senang..tapi serius kena ada taufik kekuatan dalam diri)

ok tu jek hihi

CAREER

1) Nak update buku log sambil revise dan sharpen ilmu yang telah diperoleh
2) Nak dapatkan sijil CP
3) dan seperti selalu, mahu ikhlaskan hati, niat kerja sebagai satu ibadah

MONEY

1) Nak beli kereta baru!
2) Nak pergi honeymoon~
3) Nak berjimat..tak mahu spent duit kepada yang tak perlu..priority to my life after marriage


OTHER THINGS MATTER

1) Nak diet & fit ! nak kahwin dah ni..
rina aim size seluar from size L reduce to M
2) Nak cantikkan diri, buat spa di rumah selalu =P
3) oh..kan rina buat Master..rina harap lulus semua subject dan dapat buat research dengan lancar

emmm itu je kot for now..

doakan rina dapat capai semua azam azam ni ye!
aminn


Read more...
Related Posts with Thumbnails

  © Rina Stories~* at Rinastories.Blogspot. All Rights Reserved. Powered by Blogger.

Goto Top