Salam. Dulu rina pernah cerita yang rina dan mr zauj nak renovate rumah baru kami if ada rezeki. Alhamdulillah hajat kami tercapai. Ada beberapa entry kot pasal rumah tapi ada 1 entry yang spesific pasal nak renovate ni. Boleh klik link bawah ni untuk baca :
http://rinastories.blogspot.com/2012/02/renovate-rumah-baru.html?m=0
Sorry Comot sebab updet guna tepon je.
Sebelum rupanya camnila rumah kami

Bulat merah tu dapur yang tah pape. Tak logic dapur besar tu. Bersambung terus dengan ruang tamu. Takkan masak dekat ruang tamu? Hoho. Nasib baik ada tanah kosong (bulat hijau) banyak kat belakang. Memang sengaja kot developer nak suruh pembeli renovate huhuh!
Jadi after berbulan lamanya, siap sudah renovation tu..
Rina ambil kontraktor indon. Pure indon. Bos nye pun indon. So memang sangat risky. Takot dia lari ke, kene tangkap polis ke..ape ape pon boleh jadi.
Kami take risk ni dan betawakal sebab budget kami ciput tapi keinginan besar haha!
Actually indon ni di rekemen kan oleh salah sorang jiran yang baru kami kenali dekat area tu, namanya kak diana. Dia buat dengan indon ni. Katanya,sebelum ni indon ni pernah buat rumah mak dia. Tu yang dia percaya. Seriously kak diana dapat harga yang sangat rendah la dengan indon ni.
Rina takdelah dapat harga yang sangat rendah tapi memang betul rendah kalau nak bandingkan dengan kontraktor lain. Serius. Ktorang dah survey sakan.
Tapiii, buat dengan indon memang kita perluuu sangat sangat hati hati. Perlu buat perjanjian hitam putih all that, perlu pantau kerja mereka sekerap yang mungkin! Kalau boleh pergi hari-hari, sila pergi pantau hari-hari! Kita tak boleh lah tidur rumah tu, since indon tu tidur situ huhu. Bila dah ade orang laun tidur situ, faham fahamla. Toilet jadi "bekas" dah dan tak nampak baru. Tapi pastikan jangan sampai rosak la. Lepas tu satu lagi kelemahan, memang lama ambik masa. Mana taknye, pekerja limited. 2 or 3 orang je. Lepas tu bagi rina banyak kerja tak kemas. Thats why, kita perlu pantau dengan teliti agar tak terlambat nak complain. Memang selalu la mr zauj pegi jenguk rumah dan perbetulkan kesalahan dorang. Memang sikit sikit complain sampai tahap yang kita nak. Penerangan pun perlu teliti sebab dorang kadang kadang tak faham. Nasib baik ada mr zauj yang rajin dan hebak hal hal ni hehe. Dia pun bagus dalam handle indon indon tu. pandai dia ambil hati dan buat macam kawan supaya pekerja indon tu tak stress dengan kami as majikan mereka :)
Ok tu jela. Lain lain alhamdulillah. Dorang baik dan boleh dipercayai la jugak..
Ini hasilnya :

Ni ruangan merah atas tadi. Dah dibesarkan jadi dining hall berwarna purple. Bilik bawah sebelah kiri tadi dipindahkan ke belakang. Nampak kan pintu tu? Tu la bilik bawah. Ada toilet dalam bilik bawah tu. toilet tu ada 2 pintu. Satu pintu masuk bilik, satu lagi masuk ikut dapur.



Kemudian bila masuk "pintu gerbang" tu, itulah dapur kami yang dah besar yay!


Masuk dapur, ada satu lagi ruangan belakang tu

Ini namanya ruang membasuh haha. Nak letak washing machine etc.
Selain tu, kami renovate tangga. Ni gambar sebelum

Dan selepas di renovate. Tadaaa

Buat stor bawah tangga. Pintu stor ada di bahagian dapur.

Lepas tu, kami kedepan kan sikit sliding door di ruang tamu sebab pada mulanya sliding door di buat kebelakang sikit. Konon nak bersegi. Tapi kami ratakan jadi camni

Tak payah nak bersegi sangat. Yang penting ruang tamu luas =p

Ruang tamu kami..plaster siling dah macam design office korang kan??

Siap ada lampu biru =_=" haha jangan tanya untuk apa. Sila tanya mr zauj ok!
Design rumah ni banyaknya idea mr zauj. Rina hanya beri komen dan pendapat je dari idea beliau. Sesungguhnya mr zauj sangat berbakat *tangan di dada mata ke atas* hihihi.
Selain ni, ada la benda benda tambahan lain yang kami add on bagi harga yang ditawarkan lebih berbaloi hehe. Kalau korang nak tahu harga yang kami dapat boleh la tanya rina personally. Nak tanya pasal renovation ni pun boleh tanya juga tapi nanti rina akan pass soalan ke mr zauj lah hehe..
Oh ye, tingkat atas kami tak renovate sebab tak mampu nak ambil loan banyak banyak. Yup kami ambil loan untuk renovate. Tak cukup kaya nak guna cash money huhu! So ini bukan entry menunjuk la ye.. Nak share je kepada mereka yang suka nak baca pasal rumah. manetahu dapat info from this entry :)
Apepon rina sangat berpuas hati dengan hasil kontraktor tersebut. Walaupun ada cacat cela sikit sikit tapi rina ok je. Puas hati dah, alhamdulillah. Memang pressure tempoh renovation ni tapi ia adalah satu pengalaman manis buat rina dan mr zauj :)
Okeh tu je alkisah renovation.
- Posted using BlogPress from my iPhone
Read more...