Showing posts with label Zuha Dareesa. Show all posts
Showing posts with label Zuha Dareesa. Show all posts

Wednesday, March 30, 2016

Dareesa pergi mengaji

Semenjak ada apps rasa best pulak nak update blog hari hari hehehe

So harino nak throwback..dareesa pergi mengaji..area rumah mak ada ustazah ni ajar mengaji..dia seronokla sebab ramai abanh dengan kakak..

Siap ada abang yang hantar pergi balik (ibu follow dari belakang) . Amboi abang tu suka betul dekat dareesa hehehe..so far dareesa paling kecik...3 tahun..alhamdulillah walaupun bercakap banyak bahasa german tapi bila mengaji terang dan jelas..

Mudah mudahan jadi anak yang solehah...

Amin

Read more...

Sunday, March 27, 2016

Zuha Dareesa berbasikal

Saja nak cerita..

Basikal ni abah dia baru beli awal tahun ni... tapi semalam first time main dekat luar rumah..pergi pasar malam belakang tu..gigih ibu tebongkok bongkok tolak bila tak jalan. Tekejar kejar bila dia laju. Hehe.. dah besar anak ibu...semoga terus membesar...

Read more...

Monday, June 09, 2014

Kelantan - Jepun - #medinaturns1 - check up Dareesa 1 tahun 3 bulan

Assalammualaikum...ok..tipu je dah rajin berblog. bahaha. Maaflah..busy sangat..tak sempat nak menaip pun. main facebook dengan instagram je sempat hihihihi.

Secara ringkas. last 2 weeks rina ada meeting seminggu di Kelantan. so dapatlah balik ke kampung husband secara free. bawak dareesa sekali. mr zauj balik on weekend je. Best la dareesa dapat mandi pantai & main ayam =P


Dah semakin serasi kot dengan air laut. Dah tak selesema atau demam kalau mandi lama-lama. bagus. susah nak demam. ibu pun tak risau. alhamdulillah. keep it up baby! hihi

lepas tu Mr Zauj dapat arahan last minute untuk outstation ke Jepun. ke Jepun korang!! 23 hari pulak tu =( sedihhh sedihh yang berbaur jeles hahaha...Hari ni lah dia nak pegi ni..malam ni...sobsob..


oh ye, semalam ke birthday party baby girl Irine Nadia, Fiska Medina. sape tak kenal Irine Nadia ni...blogger famous kot..tapi MasyaAllah baik sangat..tak sombong..orang kata, cantik luar cantik dalam =)

sape nak tengok persediaan party baby dia ni boleh la search #medinaturns1 ..comel sangat..most of the preparetions are done by @shilashower . blogger famous jugak. memang ramai la blogger famous yang hadir semalam. semua cun cun. bak kata mr zauj "apsal semua yang datang cun cun & pakai baju sepesen je?"

hahahaha. yela. ramainya pakai jubah #calaqisya. maaf la abang..isteri abang je yang huduh dan comot. baru balik dari shopping di Sogo & Mid Valley..shopping barang barang mr zauj nak ke Jepun..petang lepas asar terus ke birthday Medina..omey sangat medina tu. Dareesa muka bangun tidur. muka tak boleh ganas lagi ke anak ibu hihihi..both sangat comel. semoga Medina & Dareesa membesar jadi anak yang solehah dan dapat membawa kami ke syurga nanti ^__^

ok next story, Dareesa dah ke check up 1 tahun 3 bulan. rina dah tak update by month dah since progress semua macam sama je..cuma sekarang dia kuat membebel...dan SANGAT aktif! tapi alhamdulillah makan masih boleh duduk diam-diam..dan masih boleh fokus main/tengok tv lebih 10 minit...bukan apa...takut ada penyakit "hyperactive" je...bahaya jugak tu..

tapi memang agak meletihkan..kalau letak je dekat mall ke..dia punya berlari..sekelip mata hilang dari pandangan huhu..so walaupun menangis ibu tetap dukung..


words yang pernah didengari ialah "Bai", "Bis = habis", "abah", "bau = ibu", "ya = Lia (panggilan mr zauj pada rina)"..

itu jela.tu pun jarang..lain lain bahasa german..takpe..slow-slow ye nak...

gigi garham dah tumbuh..macam pedih gak la masa menyusu...kadang2 dia ketap..memang pedih..yup..masih menyusu ibu..alhamdulillah..

makan pula macam macam masuk perut..huhu...tapi bubur harian masih homemade & #nosalt & #nosugar
sangat kagum pada ibu bapa yang dapat control makanan anak dia bagi yang sihat-sihat je..mungkin kelemahan diri rina..takut dengan pandangan orang dan memang sendiri pun malas..#jangandicontohi

actually menyusu ibu pun dah semakin malas..malas nak pump tapi cekalkan hati...nak sangat menyusu dareesa hingga 2 tahun..insyaAllah ganjaran dari Allah yang dicari..juga usaha untuk dareesa  dapat membesar dengan sihat dan bijak..

oklah tu je..ingat nak taip tentang sambungan umrah..tapi tertaip lain...sekarang baru nak pikir tajuk ape nak letak hahaha

ok..salam..

Read more...

Sunday, November 10, 2013

Weekend ketika Dareesa 8 bulan

Saje saje nak cerita weekend kali ni..takde ape yang menarik..masa time menarik tak sempat nak tulis blog sbab menarik sangat kan, tak sempat tengok hp =p


Semalam dari lepas breakfast rumah mak gerak ke rumah sendiri..singgah dekat kedai perabot area rumah kitorang..mulanya nak survey je almari yang ada yang sesuai untuk Dareesa..tetiba terr beli sekali hikhik


RM370..tak tahu mahal ke murah ke tapi memang puas hati..tinggi, banyak compartment..ada 3 laci, ada tempat gantung baju, dalam tu ada divider semua, muatlaa baju untuk Dareesa & adik dia nanti hehe! Cuma rina tak suka warna & kartun Angry bird tapi takpela, selamba je. 

Lepas tu sampai je rumah, buat bubur nasi dareesa bagi dia makan siap siap. Sebab hari ni nak ke Nilai! Lepas solat zohor terus ke nilai..tujuan nak cari carpet untuk bilik dareesa & frame Allah Muhammad untuk bilik tu..

Ni frame, sepasang RM50


Nak cari yg comel comel sesuai untuk budak3 tapi takde..sape tahu mana jual pls inform me..

Gambar carpet takde pulak..biasa biasa je.

Hii tak sabar nak decorate bilik Dareesa..ni semua demam playroom yang melanda group mommy gojes, tapi dorang anak anak dah besar, rina, anak baru 8 bulan :p so rina target playroom dareesa lengkap masa umur dia genap setahun..kiranya hadiah ibu buat birthday dareesa nanti ialah playroom! 

Ok balik kepada cerita..after dah beli semua, balik rumah singgah kedai makan jap sebab rina teringin nak makan mi bandung :p mr zauj makan nasi & tomyam poktek..dareesa makan angin sambil tengok video hehe

Sampai rumah, abeyie dtg nak ambik tulang daging, ktorang hidang air barli hehe..rina mandikan dareesa bagi makan, dia dah start lentok lentok kepala, pastu baring sesuka hati sampai gedebung bunyi lantai aiyo...so rina bagi susu & dia pon tidur lena...alhamdulillah buat masa ni dia masih disiplin tidor..dalam kol 8 malam dah tidor..paling lewat pukul 10 malam bangun pukul 5-6 pagi, kadang kol 7 pagi..

Hari ahad..

Dareesa bangun awal..takpela boleh turun bawah..mr zauj pun bangun awal buatkan sup tulang untuk rina sebab dia ada kelas hari ni..takut isteri dia kelaparan akibat failed bab masak hahaha..dah la failed, nak kejar dareesa lagi huhu..alhamdulillah dapat suami seperti mr zauj..

Sambil dia buat sup tulang, rina buat bubur dareesa, masak nasi, buat kicap cili & ayam goreng & basuh pinggan mangkuk, kemas dapur..saja nak cerita kang orang kata rina goyang kaki je =p

Bila mr zauj pegi kelas rina suapkan dareesa bubur sambil rina minum air barli..then mandikan dareesa dalam tub mandi dia kemudian susu kan dia then tdor..

Rina? Tengah taip blog la ni..japgi nak lipat baju. Kbai


Read more...

Friday, October 25, 2013

BELI MURAH : Philips Avent Combined Baby Food Steamer & Blender

Assalammualaikum,
Lagi 2 bulan Dareesa dah boleh makan hihi
so rina bercadang nak beli Philips Avent Combined Baby Food Steamer & Blender
senang nak buat puree.
boleh masukkan sayur/buah, steam then terus blend
boleh tengok video di bawah untuk demo

best kan?
lagi best, rina nak offer korang steamer & blender ni dengan harga 
hanya RM420 sahaja & free postage
(Currency UK naik, so barang naik harga..)
sesiapa berminat boleh  email rina_besh@yahoo.com
selagi stok masih ada!
TQ


Read more...

Saturday, October 05, 2013

Bubur nasi buat Dareesa

After sebulan lebih dareesa makan puree,  harini ibu intro bubur nasi buat dareesa.


Ibu letak lobak, brokoli, ikan bilis blend , ayam..oh ye ikan bilis tu ibu basuh rendam, sangai sampai kering then blend halus..pengganti garam..

Lepas masak semua, dalam sejam setengah jugaklah nunggu masak..ibu blend...

 
Sedappp dareesa kata..sambil tengok TVIQ. Elok lepas tu dareesa yak huhu

Esok ibu buat lagi ye..love you much my dear pwincess!

Read more...

Tuesday, October 01, 2013

#zuhadareesa 7 bulan


Alhamdulillah dah 7 bulan dah Zuha Dareesa..masih breastfeed & tak campur susu formula tapi haritu rina ada bagi cerelac beras merah sekali..dalam tu ada susu lembu..sebab stok puree papaya macam basi..tak sempat buat baru :p malas kikiki..

So far dareesa still makan puree rina buat. Belom introduce nasi lagi..dia dah makan puree epal, pear, papaya, banana, kurma, avocado, carrot, pumpkin, sweet potato..

Dah buat dah nasi..rendam semalaman, sangai..maybe lusa kot start buat bubur..sebab kalau boleh rina nak suap sendiri dulu hihi..best bagi dia makan..


Nyomot cangat!

Perkembangan dareesa setakat 7 bulan :-

1) meniarap kedepan dengan laju sangat..
2) still x boleh merangkap tapi tangan & montot dah boleh angkat
3) tak boleh manjat lagi
4) ada tanda tanda nak duduk
5) dah tahu orang marah..nanti menangis mengalir air mata
6) jarang nangis..cebik je
7) suara emas. Kalau nak dengar suara dia kena duduk berdua dalam bilik
8) suka main cak cak, geletek..suka tengok video
9) bangun pukul 5 pagi!!! Pastu sondol sondol, tendang tendang ibu.. Stress ibu
10) gatal gusi selalu tapi takde gigi lagi
11) poo poo macam keras sikit..kadang tu berair mata meneran..kesian..

Tu je kowt. Tak banyak sangat. Berat & tinggi tak measure. Tapi macam makin tinggi tapi berat sama huhu. Kurus je. Tapi badan tegap. Dan yang paling penting sihat. Tak selsema, tak batuk, tak demam..alhamdulillah..

Haritu da inject pneumocol 2nd injection..lagi 2 kali lagi, lengkaplah protection buat anak ibu..

I love you dareesa..i love you like a love song baby!

Read more...

Tuesday, August 13, 2013

#zuhadareesa raya di kelate

On the way balik kampung kelate selasa lepas






Pheww~ tak padan dengan kecik.

Malam pertama di kelate. Abah bising main mercun. Dareesa sikit pun tak terganggu.


Sambut besday cik su a.k.a adik bongsu kesayangan mr zauj


Kikiki..nasiblaa dapat kak ipar seorang blogger :p

Mr zauj beli kan kek & siap buat ayam panggang sempena birthday ira


Baju raya pertama dareesa hahah..


Kecian dia baju kurung tok umi tak sempat buat..tok umi bz sampai ke petang raya duk settlekan tempahan..tak cukup tidor tok umi & pembantu2 (adik ipar lain). 

Tapi tetap comel dimata ibu


Daghesa dibuli ayah ngah


Memey kuat genetik abah. Cepatlah tumbuh rambut nanti ibu ikat tocang biar nampak cam perempuan heheh

Ibu cover balik bagi pakai tudung


 
Sembunyi apam eh dalam mulut?

Cucu cucu tok ayah & tok umi sedang beristirehat


Raya ke dua baju gold. Ade buat makan makan di rumah.


Raya ke tiga tema purple


Dareesa pakai baju pocoyo. Nak balik KL dah


Bye bye kelate. Raya haji kita kelik lagi :)

Read more...

Tuesday, June 18, 2013

#ZuhaDareesa dah boleh meniarap




Genap 3 bulan 18 hari :) congrates anak ibu!

Read more...

Wednesday, June 12, 2013

#zuhadareesa berkhatan

Kami bawa Dareesa khatan di Pusat Rawatan Islam area PJ isnin lalu selepas pulang dari kerja. Jammed giler tapi kami redah jugak. Taknak tangguh tangguh lagi. Sampai dah maghrib, nasib baik situ ada tempat solat & kfc :p tapau kfc dan berbuka puasa dalam klinik.


Dareesa sikit pun tak nangis. Dia terkejut sentap kaki je. Tak bunyi pon. Anak ibu ni..baik betul..ni yang sayang lebih ni hhe. Ibu yang lebih lebih rasa nak pitam bila anak sendiri kena khatan. Ngeri uols.

Alhamdulillah dah besar anak ibu, boleh kawen dah. Eh! :p




Sesi mencapai mainan menggunakan kaki.



Kbai

Read more...

Saturday, June 08, 2013

#zuhadareesa 100 hari

Read more...

KL - Kelantan - Kedah -Langkawi - Kedah -KL (part 2)


30 Mei :

Hari ni bersiap siap nak ke Kedah. Konvoi lebih 5 buah kereta. Tak sure berapa kereta tapi hampir 40 orang huhu. Ore kelate memang cenggini kot. Kalau hntar menantu memang semua ikot. Sangat meriah tau. Tapi sebab terlalu ramai, boleh jadi lambat la sikit.


Pagi tu sempat lagi ke kedai Salamku. Tujuan nak beli cooler box je tapi ter shopping macam macam perkakas rumah pulak. Best giler ok kedai ni. Banyakkk pilihan pekakas rumah. Harga pun murah nak banding dengan harga di KL. Cooler box pun murah je. RM 30 plus je. Sangat tahan. Seharian ais tak cair. Rina beli cooler box ni untuk simpan susu yang telah di pump. Nak travel kan..

Tapi untuk susu beku memang tak tahan. Mesti akan cair separuh jadinya terpaksa buang. So sepanjang 10 hari travelling ni, rina hanya berani bawak balik susu yang 5 hari terakhir je. Means rina tak bekukan dulu. Yang 5 hari terawal rina buang tapi ada yang digunakan time rina tinggalkan dareesa untuk berdating dengan mr zauj :p

Kenapa perlu pump? Sebab malam malam memang bengkak susu lagipun nak pastikan demand sentiasa tinggi jadi production susu tak merundum. Alhamdulillah nasib baik ada mr zauj yang sudi jaga susu supaya tak rosak. Setiap masa dia cek ais & topup ais. Bawak cooler box tu merata rata. Terasa sangat dihargai :) support suami amat penting tau untuk seorang ibu menyusukan anaknye sehingga 2 tahub bukan 1 perkara yang mudah.



Parent in law naik kereta rina. 8 jam jugak perjalanan KB- Alor Setar. Sesat lah, tunggu orang lah. Huhu. Sampai pukul 2 pagi. Kesian Dareesa. Kecik kecik dah balik malam. Nasib baik dareesa good girl. Tidur jee dalam kereta. dia memang suka naik kereta. Senang bawak jalan.

Sampai Alor setar duduk dekat homestay, takde gambar tapi memang padatla 40 orang duduk 1 rumah double storey.

31 Mei :

Majlis bertandang hari ni. Jalan jalan sekali alor setar sambil mr zauj cerita kenangan kenangan dia time kecik kecik dulu. 7 tahun duduk kedah sebab abah mertua bertugas disini. Siap pergi melawat rumah kawan kawan dia. Saya follow je hehe

Oh ye, pagi tu boleh pulak air takde! Terpaksa la kitorang ni pegi mandi dekat masjid. 

1 jun : 

Oyeah ari ni pergi langkawi~ pagi pagi bangun dah bersiap. Separuh je yabg pergi, separuh lagi rombongan tak join. Cuaca tak baik pulak. Risau gak lah nak naik feri. 

Feri memang huyu hayang dek ombak. Ade yg muntah. Nasib baikdareesa ok je. Rina je rasa mual sikit. Sampai langkawi dah petang. Pakat sibuk nak masak. Family mr zauj memang camtu. Pergi mana mana pun masak sendiri & makan di rumah. 

Tapi petang tu, mr zauj sewa motor dan ajak rina round langkawi. Tinggalkan dareesa jap bagi umi jaga.


Besttt! First time naik motor dengan mr zauj :) macam budak muda je rasa rempit satu pulau haha..lepas minum minum ktorang pun pulang ke chalet balik.

Oh ye, kami semua tinggal di rumah peranginan TnB. Best ngadap laut. Macam rumah kampung ada 3 bilik, ruang tamu, ruang makan, dapur. Banyak lalat huhuh. Tandas bersih.

2 jun :

Sambung lagi :p

Read more...

Thursday, June 06, 2013

KL - Kelantan - Kedah - Langkawi - Kedah - KL

26 Mei :


Bertolak balik ke kelantan pada awal pagi. Tak berapa nak awal sangat la..hihi.  Ade jem sikit sikit, dalam 8 jam sampai rumah mertua. Alhamdulillah dareesa baik je sepanjang perjalanan. Tidur je. Tak nangis kuat pun. Good girl. 



27 Mei :

Masing masing busy kemas rumah. Sebab malam tu adik ipar akan menikah. Meriah rumah mertua. Semua dah balik. 

Petang tu sempat lagi rina & mr zauj keluar berdua. Tinggalkan dareesa jap hihi. Konon dating sempena anniversary la. Since ada ramai dayang dayang @ adik ipar yang suka mengasuh baby, kami ambil kesempatan untuk keluar bedua. Dating di Pantai Cahaya Bulan



Orang kata kadang kadang bagus gak keluar bedua untuk kekalkan kemesraan suami isteri. Tapi bagi rina & mr zauj, lagi best keluar bertiga. Dareesa takde macam tak lengkap lah. Asyik teringat dia je.


Bertiga lebih baik hehe :)
Menikah di masjid. Ambil gambar di pelamin yang dipasang di rumah. 
Sekali lafaz, simple, ringkas, adik ipar rina, anis selamat menjadi isteri orang. Suaminya orang kedah. Baik orangnye. Semoga mereka bahagia hingga syurga aminn.

28 Mei :

Hari ni adik ipar bersanding. Lagiii lah busy haha..baju pun tak siap jahit lagi hehe kelam kabut je masing masing tapi alhamdulillah semuanya bejalan lancar. 


Tema gold..

29 Mei :

Hari ni berehat rehat je. Pegi shopping sikit. Mak kirim keropok. Lepas tu pegi PCB lagi makan makan dengan adik beradik. Best tau adik beradik ramai..merasa jugak rina ada family yang besar hehe


 
Dareesa dengan cousin aka bestfriend, Dhia Maisarah. Omeyy angatt! Sebulan tua dari Dareesa.
Dhia mata besar bolatt, Dareesa pulak hidung besar bolatt kahhhhh :p 


Ini pulak kakak Dhia, Adelia Batrisya. Cucu sulung, cucu kesayangan niii. Baru nak masuk 2 tahun tapi bijakk sangat. Yang penting, jagung lagi besar dari tangan haha.

Malam tu, buat selawat sikit sempena aqiqah dareesa & dhia. Aqiqah kitorang sembeli lembu je. Join kenduri majlis kahwin tu.

 
Tudung kelabu tu, Mok. Nenek mr zauj, moyang dareesa. Masih kuat dan sihat.

Dareesa tidur je sepanjang selawat. Anak ibu memang juruh. Sayang dareesa sangat sangat muahhh!

30 Mei :

Sambung next entry :p

Read more...
Related Posts with Thumbnails

  © Rina Stories~* at Rinastories.Blogspot. All Rights Reserved. Powered by Blogger.

Goto Top