Masa pregnant rina berkira kira nak beli medela freestyle ni. Mahal sangat harganya takut tak berbaloi je. Lagipun rina takde lah semangat sangat nak breastfeed. Masa tu bagi rina formula milk pun ok since i was given formula milk too hee..
Tapi after lahirkan dareesa segalanya berubah cewah! Thanks to Pantai Medical Centre! Sbab hospital ni sangat support breastfeed. Sebelum dicuci bersih2 dah disuruh rina susukan baby :) feeling dia sangat membahagiakan..walaupun takde setitik susu pon masa pregnant, baby still hisap macam ada susu.
Rupanya ada collestrum, warna jernih iaitu susu paling awal yang mengandungi pelbagai antibiotik dan khasiat. Lepas baby menyusu, barulahhh nurse ambil untuk dibersihkan.
Bermula dari tu rina hanya breastfeed dengan tunjuk ajar nurse di pantai hospital. Memang terbaiklah hospital tu. kalau nak bagi formula milk pihak hospital perlu mendapatkan tandatangan ibu dahulu. Bukan macam certain hosp yang teruss sumbat susu botol kan.
Then minggu pertama pantang. Huhu memang mencabar.. Dengan baby asyik nangis macam tak cukup susu, baby jaundice, rehat tak cukup, nipple luka, breast bengkak dan pelbagai pressure.. Dugaan betol, hampir nak give up.
Tapi alhamdulillah dengan support dari suami dan emak, juga rasa sayang pada dareesa, rina masih betahan sehingga hari ini.
Tapii rina dah start risau susu tak meriah untuk buat stok bila rina start kerja nanti huhu. Makan memang rina tak skip. Gemok pon gemoklah. Minum susu hari hari. Top up dengan milo or horlicks lagi. Tapi pam still sikit. Rina guna medela swing my cousin punya. Dah lama, rina takot rina tak rasi dengan pam tu huhu. Lepas tu try guna manual avent rina punya. Tapi entah kenapa bila rina pakai je avent tu mesti comot. Susu tumpah sana sini hoho..apsal eh?
Then tetiba last month ada rezeki lebih, rina buat keputusan beli medela freestyle. Bukan senang kot nak decide since harga medela fs ni mahal giler..hampir 2 ribu k.. Boleh buat macam macam dengan 2 ribu tu huhu.. Tapi demi nak menyusukan dareesa rina beli jugak..so dah beli pam mahal mahal kenalah susukan sepenuhnya atleast sehingga 6 bulan kan. Kalau boleh nak sampai 2 tahon aminnn moga murah rezeki dareesa.
Hari ni first time try medela fs. Tak meriah pun susu tapi lebih dari biasa, alhamdulillah..tapi cam sedey gak susu tak meriah cam orang lain..patut beli shaklee pulak ke huhu
Sebelum mengundur diri :p medela fs ni rina beli di little sofea collection ownernya, lin butterflynn. Nak buat link tapi guna tepon je update ni..search kat facebook k!
Rina beli dari dia sebab ada warranty lactaequip (tanya lynn apa beza warranty tu dengan yg lain k), harga rendah jugaklah dan sebab rina kenal dia..ye la.. Nak beli barang mahal perlu berhati hati huhuh..
Sekian bai
- Posted using BlogPress from my iPhone
Read more...