Wednesday, January 30, 2013

Beli Halford s8 pramette travel system di Sogo Card Day

Ambik kau panjang tajuk. Hihi. Sebabnya rina duk la google pasal Orang beli stroller di sogo. Berbaloi ke idak? Murah ke mahal? Ade stok ke takde stok? Google & survey susah lah nak jumpa. Time sogo card day pun takde orang cerita depa beli stroller. Semua cerita pasal baju. So rina berharap if ada orang google mencari info beli stroller di sogo card day lepaa ni, dapat lah rina membantu serba sedikit :)

Satu lagi, halford stroller ni pun jarang dengar review. Tapi once baca review sure review yang baik baik. Tapi susah lah nak buat keputusan since brand ni macam takde website sendiri je?

Ok, before ni rina pernah lah tulis beberapa entry tentang stroller. Nak letak link susah pulak, update guna henpon je ni..dipendekkan cerita halford s8 pramette ni ada la dalam pilihan tapi rina tak berapa berkenan sebab tak style...

Jadi sampai sudah rina tak tahu nak beli stroller apa. Until lastweek ada Sogo Card Day..rina macam ada instinct sure boleh dapat harga berbaloi time s-card day ni. Lagi lagi boleh dapat rebate Rm10 for every RM100 we spent on that day.

Sebelum tu rina ada ke sogo jugak survey stroller. Ada banyak pilihan dekat sogo. Dari semahal quinny, preg prego,combi, graco sampai lah sweet cherry pon ade. Warranty pulak ikut brand, boleh refer ke sogo or terus ke kilang.

Jadik, masa hari sogo card day tu, rina dan mr zauj bangun awal pagi. Nak pegi awalll sekali so x jem. FYI, sogo start pukul 9 am masa s-card day. Tapi kitorang terlewat sikit :p telajak tdo :p sampai dalam pukul 10 am. Dah jem nak masuk parking. So kitorang u turn balik masuk parking pertama complex. Banyak parking lagi. Ktorang park area senang nak keluar & masuk.

Masuk sogo tak ramai lagi orang. Terusss kami ke tingkat 4 bahagian stroller. Mula lah part paling payah dalam hidup - memilih stroller. Huhuh! Mula mula rina tunjuk Combi. Mr zauj reject. Katanya tak style tapi mahal. Rina cakap la ringan blablabla. Tapi dia tetap tak berkenan. Rina tunjuk pulak maclaren, dia kata huduh reject lagi. Dia tunjuk quinny buzz, rina plak reject sebab mahal sangat hehe. Then rina tunjuk halford s8 pramette, mr zauj tak suka jugak. Dia nampak halford zuzz, dia kata ini style. Tapi rina rasa tak berbaloi, style tapi berat dan besar? Huhu menyusahkan nanti. Last last kami ke bahagian sweet cherry. Mula lah pemilihan antara SCR6, SCR5, SCR9. Dan mr zauj suka pada SCR 6. Terus dia book. Lol. Laju!

Pastu nak pegi bayar rina rasa tak puas hati dah. Rina duk belek belek SCR 6. Nampak banyak kelemahan. Satu, besarr. Lepas fold susah nak tarik. Nak angkat memang tak larat lah untuk rina ni. Then padding tak selesa. Perlu lapik tilam. Lepas tu tak boleh recline sampai baring. Bakul bawah pulak kecikkkkk sangat! Dah lah takde tempat sangkut plastik since pemegang dia jenis macam tu. rina da nampak kesusahan yang bakal berlaku di kemudian hari :p

Ngadu la kat mr zauj. So kitorang sambung survey lagi. Rina tengok halford s8 pramette. Ada discount. Harga lebih kurang lah dengan SCR 6 tapi tak secantik SCR 6. Tapii bakul sangatt luas. Ade tempat sangkut plastik. Ada tempat toddler nak berdiri di belakang stroller. Bila lipat, umbrella fold, jimat ruang! Dan boleh tarik lepas fold. Padding pulak memang sangat selesa, tak perlu lapik tilam dah. Lepas tu boleh rear facing siap boleh recline 180 deg jadi macam katil baby (until 1y old). Try tolak, senang je. Fikir balik, memang banyak kelebihan lah sebenarnya.

Jadi rina cakap kat mr zauj, kalau nak stylo, baik beli quinny. Takyahla beli barang tiruan (SCR 6) hahaha. Ayat nak sedapkan hati mr zauj. Huhu. Lelaki ni memang nak stylo je kan? Perempuan pulak jenis fikir teliti pro & cons :p

Setelah bepikir pikir, kitorang decide nak beli travel system halford s8 pramette ni. Cancel ScR 6. Hihi. Yayy happy! Tapi mr zauj macam tak berapa nak happy haha..

After bayar stroller, ktorang nak beli baju baby sikit. Tengok2, baru sedar sogo dah dibanjiri dengan umat manusia yang ramaiiiii giler. Masing masing pilih baju macam pertandingan haha. So ktorang just beli dalam 5 pasang je baju lagi dan rembat sikit sikit barang keperluan yang tak cukup.

Lepas bayar terusss ke tingkat 7, nak redeem RM10 voucher for every RM100 tu. pregnant lady dapat fast lane so takyah beratur. Lepas tu, if berbelanja guna card credit over rM500, dapat lagi RM20 voucher.

Total voucher dapat RM120! Next time boleh datang sogo lagi beli tambah guna voucher :)

Then kitorang turun balik tingkat 4, ambil stroller, belajar sikit macam mana nak guna, pastu balikkk!

Jap je kat sogo. Dalam 2 jam. Sebab mr zauj nak solat jumaat. Tengok kat luar jalan dah banyak tutup. Parking sogo & pertama complex dah tutup. Phewww, sib baik datang awal..

So pastikan korang datang awal ok!

Berapa harga stroller? Yang rina tahu stroller tu RM599. Tapi kalau tolak rebate rM60, harga jadi RM540 je. Murahla kot. Selalu survey kat internet stroller halford s8 pramette ni RM799. Diskaun pun sampai RM699 je. Rina beli satu set dengan carrier sekali (boleh attach). Dalam RM800 kot, ni tak ingat pulak.
Tapi lagi murah sikit sebab beli satu set.

Ni dia my new brand stroller

Warna coklat tak cantik. Tapi warna apa pun tak cantik kot hihi



Merah takde stock huu



Sekian, tq

- Posted using BlogPress from my iPhone

Read more...

Monday, January 28, 2013

Set katil & sofa dari 99 home design

Set katil bilik utama










Teringinnn nak perabot warna putih..tapi mahal mahal. Ni je paling murah, RM1300+ . Selalu mesti nak RM4000 satu set. Tapi takde budget kita go with this first hihi. Cantik jugakkan?? Cuma dinding tak cat.. Putihhhh luasss bilik ni jadinya.

Set katil bilik tetamu






Hanya katil & almari. RM800. Tetiba rasa mahal masa tulis ni :p boleh dapat lagi murah kot?

Set sofa 3+2+1 dan meja kopi










Dalam 2.5k. Pilihan mr zauj. Kalau ikutkan rina, rina nak l-shape yang murah murah je huhu. Tapi yang ni pon murah kot. P.u leather. Okla, empuk la jugak. Besar. Boleh request color. Saja rina pilih warna hitam. Salah satu sebab tahan lama :p dan tak meroyan if anak conteng :p satu lagi sebab rina konon nak tema black+purple+white untuk ruang tamu hihi.

Berangan macam ni



Hihi.

Okla tu je yang termampu buat masa ni. Kalau ade rezeki nak beli set meja makan, aircond.. Rumah ngadap matahari.. Bilik kitorang bahang tahap mandi sambil berpeluh tu huhu!

Ya Allah...murahkanlah rezeki kami...

Sori gambo kecik hikss..

- Posted using BlogPress from my iPhone

Read more...

Thursday, January 24, 2013

Resipi 1# Nasi Lemak + ayam goreng

Salah satu azam rina tahun ni nak belajar masak 100 resipi. So ini resipi pertama :p






Dapat 3 out of 5 stars dari mr zauj hehehe! Katanye standard kedai. Belom capai "wow" lagi hihi! Tapi rina happy dah sebab ni 1st time rina masak. 1st time masak yg betul2 huhu menyedihkan kan? Tapi belum terlambat k :p

So for nasi lemak ni, nanti boleh minta resipi ibu mertua. Mr zauj kata nasi lemak umi terbaik :) kita sebagai isteri perlu la masak ikut tekak suami kan.

Ok, next nak masak apa pulak ek? Cewahhh :p

Kbai

- Posted using BlogPress from my iPhone

Read more...

Monday, January 21, 2013

Sebelum dan selepas renovate rumah

Salam. Dulu rina pernah cerita yang rina dan mr zauj nak renovate rumah baru kami if ada rezeki. Alhamdulillah hajat kami tercapai. Ada beberapa entry kot pasal rumah tapi ada 1 entry yang spesific pasal nak renovate ni. Boleh klik link bawah ni untuk baca :
http://rinastories.blogspot.com/2012/02/renovate-rumah-baru.html?m=0

Sorry Comot sebab updet guna tepon je.

Sebelum rupanya camnila rumah kami



Bulat merah tu dapur yang tah pape. Tak logic dapur besar tu. Bersambung terus dengan ruang tamu. Takkan masak dekat ruang tamu? Hoho. Nasib baik ada tanah kosong (bulat hijau) banyak kat belakang. Memang sengaja kot developer nak suruh pembeli renovate huhuh!


Jadi after berbulan lamanya, siap sudah renovation tu..
Rina ambil kontraktor indon. Pure indon. Bos nye pun indon. So memang sangat risky. Takot dia lari ke, kene tangkap polis ke..ape ape pon boleh jadi.

Kami take risk ni dan betawakal sebab budget kami ciput tapi keinginan besar haha!
Actually indon ni di rekemen kan oleh salah sorang jiran yang baru kami kenali dekat area tu, namanya kak diana. Dia buat dengan indon ni. Katanya,sebelum ni indon ni pernah buat rumah mak dia. Tu yang dia percaya. Seriously kak diana dapat harga yang sangat rendah la dengan indon ni.

Rina takdelah dapat harga yang sangat rendah tapi memang betul rendah kalau nak bandingkan dengan kontraktor lain. Serius. Ktorang dah survey sakan.

Tapiii, buat dengan indon memang kita perluuu sangat sangat hati hati. Perlu buat perjanjian hitam putih all that, perlu pantau kerja mereka sekerap yang mungkin! Kalau boleh pergi hari-hari, sila pergi pantau hari-hari! Kita tak boleh lah tidur rumah tu, since indon tu tidur situ huhu. Bila dah ade orang laun tidur situ, faham fahamla. Toilet jadi "bekas" dah dan tak nampak baru. Tapi pastikan jangan sampai rosak la. Lepas tu satu lagi kelemahan, memang lama ambik masa. Mana taknye, pekerja limited. 2 or 3 orang je. Lepas tu bagi rina banyak kerja tak kemas. Thats why, kita perlu pantau dengan teliti agar tak terlambat nak complain. Memang selalu la mr zauj pegi jenguk rumah dan perbetulkan kesalahan dorang. Memang sikit sikit complain sampai tahap yang kita nak. Penerangan pun perlu teliti sebab dorang kadang kadang tak faham. Nasib baik ada mr zauj yang rajin dan hebak hal hal ni hehe. Dia pun bagus dalam handle indon indon tu. pandai dia ambil hati dan buat macam kawan supaya pekerja indon tu tak stress dengan kami as majikan mereka :)

Ok tu jela. Lain lain alhamdulillah. Dorang baik dan boleh dipercayai la jugak..

Ini hasilnya :



Ni ruangan merah atas tadi. Dah dibesarkan jadi dining hall berwarna purple. Bilik bawah sebelah kiri tadi dipindahkan ke belakang. Nampak kan pintu tu? Tu la bilik bawah. Ada toilet dalam bilik bawah tu. toilet tu ada 2 pintu. Satu pintu masuk bilik, satu lagi masuk ikut dapur.











Kemudian bila masuk "pintu gerbang" tu, itulah dapur kami yang dah besar yay!







Masuk dapur, ada satu lagi ruangan belakang tu




Ini namanya ruang membasuh haha. Nak letak washing machine etc.

Selain tu, kami renovate tangga. Ni gambar sebelum




Dan selepas di renovate. Tadaaa



Buat stor bawah tangga. Pintu stor ada di bahagian dapur.




Lepas tu, kami kedepan kan sikit sliding door di ruang tamu sebab pada mulanya sliding door di buat kebelakang sikit. Konon nak bersegi. Tapi kami ratakan jadi camni




Tak payah nak bersegi sangat. Yang penting ruang tamu luas =p




Ruang tamu kami..plaster siling dah macam design office korang kan??




Siap ada lampu biru =_=" haha jangan tanya untuk apa. Sila tanya mr zauj ok!

Design rumah ni banyaknya idea mr zauj. Rina hanya beri komen dan pendapat je dari idea beliau. Sesungguhnya mr zauj sangat berbakat *tangan di dada mata ke atas* hihihi.

Selain ni, ada la benda benda tambahan lain yang kami add on bagi harga yang ditawarkan lebih berbaloi hehe. Kalau korang nak tahu harga yang kami dapat boleh la tanya rina personally. Nak tanya pasal renovation ni pun boleh tanya juga tapi nanti rina akan pass soalan ke mr zauj lah hehe..

Oh ye, tingkat atas kami tak renovate sebab tak mampu nak ambil loan banyak banyak. Yup kami ambil loan untuk renovate. Tak cukup kaya nak guna cash money huhu! So ini bukan entry menunjuk la ye.. Nak share je kepada mereka yang suka nak baca pasal rumah. manetahu dapat info from this entry :)

Apepon rina sangat berpuas hati dengan hasil kontraktor tersebut. Walaupun ada cacat cela sikit sikit tapi rina ok je. Puas hati dah, alhamdulillah. Memang pressure tempoh renovation ni tapi ia adalah satu pengalaman manis buat rina dan mr zauj :)

Okeh tu je alkisah renovation.

- Posted using BlogPress from my iPhone

Read more...

Friday, January 18, 2013

33 weeks check up

Ibu baby

Alhamdulillah sihat je. Cuma low blood pressure & keputihan. Normal kot. Perlu banyak rehat & jangan stress..

Maybe rina terlalu buat kerja kemas rumah on weekend.. Letih jugak..tapi enjoy kemas rumah ni hehe sebab tu tak kisah.

Berat 57 kg. ingat dah 60 kg. rupanya penimbang salah. Baru 57 kg. tapi rasa gemok sangat dah.

Baby

Alhamdulillah dah 1.8 kg. doktor estimate baby kecik je dalam 2.5 kg. doktor kata ok je baby kecik sebab tulang punggung kecik. Huhu! Ingat dah cukup besar, rupanya lemak je lebih hakhak!

Jantung, perkembangan fizikal semuanya normal. Kedudukan ok, plasenta tak tutup laluan. Kepala di bawah. Masih di atas, tak turun lagi.

Ok tu jek.




Me in my 33 weeks pregnancy ^_^



- Posted using BlogPress from my iPhone

Read more...
Related Posts with Thumbnails

  © Rina Stories~* at Rinastories.Blogspot. All Rights Reserved. Powered by Blogger.

Goto Top