Wednesday, February 27, 2013

39 weeks sudah!

Pukul 4 pagi dah tejaga dari tidur. Pergi toilet untuk kali kedua pada pagi tu..lately ni, setiap kali ke toilet, mesti akan cek ada darah ke tak. Hihi. Ternanti nanti tanda nak beranak tau.

Tapi clean & clear. Hadui..bila nak tubik (keluar) ni baby?..duduk jap atas katil sambil usap usap perut. Mild contraction comes & go. Rasa cramp & rasa senggugut. Tapi masih boleh tahan & tak consistent. So no need ke hospital lagi. Nak tidur tak boleh dah. Otak ligat terbayang bayang kesakitan yang bakal dihadapi :p yeah..saya memang penakut sakit..berzikir..berselawat..menenangkan hati yang resah. Sambil ngadu dekat baby yang ibu takut..

Mr zauj kat sebelah turut tejaga..macam biasa dia akan tanya kenapa? Sakit ke?

Taklah..lia takut..

Jangan fikir..tidurlah..

Ok..

Still tak boleh tidur sampai la bila azan subuh baru nak ngantuk haha..teruk perangai. Jangan dicontohi ye!

Pagi, Mr zauj pegi keja. Rina rehat rehat dekat rumah ditemani mak. Makan makan jap. Sambung tido jap :p

Tengah hari, mr zauj balik ambil rina. Bawa ke hospital untuk check up minggu ke 39. Nervous hoi! Kena seluk ke hari ni??? Waaa..

Sampai hospital terus bagi card..then tanya giliran. Lambat lagi. Turun bawah, pegi lunch. Makan nasik dengan ayam tak sedap RM10 sorang. Pitam.

Teringin starbuck. Ada dekat hospital pantai. Beli 1 share dengan mr zauj :p teringin sangat, tak tipu hikhik..bagi chance pls..

Lepas solat, Pegi bilik Dr idora. Tunggu kejap dah kena panggil.
Macam biasa, terus Dr idora suruh baring untuk scan. Dia tanya ada masalah apa apa tak?
Cerita dekat dia tentang mild contraction & cramp. Dia kata normal.
Cerita lagi yang ada keputihan. Dia tanya gatal tak?
Tak. So normal again..
Cerita lagi kencing keruh sangat. Dia cakap memang normal kalau ada masalah keputihan. Dia suruh minum banyak air je..

Then scanning time!
Dia tunjuk kepala sangat sangat kebawah. Dah memang engaged betol. Tak nampak dah bukaan serviks. Kalau time check up 38 weeks hari tu nampak lagi serviks. Tapi hari ni kepala dah tutup.

Patutlah rasa tertekan je hihi. Dia cek jantung. Alhamdulillah kuat dan consistent. Brapa tah per minit? Rina tak ambik port :p janji normal. Ukur kepala, perut, kaki dan estimate berat badan. Still around 2.6 - 2.8 kg. dia kata susah dah nak ukur betul2 since baby dah ke bawah. Cek aliran darah dalam uri. Lancar. Alhamdulillah. Air ketuban banyak lagi. Muka dah tak nampak so tak dapat nak tatap wajah baby..

Alhamdulillah semua ok. Tapi bila nak keluar ni doktor?
Hihi..doktor kata if 5 hari selepas due date still takde tanda nak bersalin, doktor akan induce. Induce makan masa paling lama 2 hari untuk beranak.

Next appoinment, 6 mac 2013 which is my EDD! Doktor kata, selok menyelok tepaksa dilakukan pada hari tu..jadi sila besedia :p

Rina mintak tips nak bagi buka jalan dengan cepat. Ada 3 doktor bagi..

1) makan kurma
2) banyakkan berjalan
3) kerap bersama dengan suami

Lepas tu rina bagitahu doktor, rina tak pernah buat perineal massage..

Doktor kata, boleh start hari ni..belum terlambat..

Terusss lepas check up rina g mid valley dengan mr zauj. Beli cream perineal dekat mother care. Rm36 je. Sepatutnya kena pakai 6 minggu before edd. Yesss rina aware pasal ni dah lama..tapiiii rina adalah malas ok..dah dekat ni baru tetiba rasa takot amat, baru sibuk nak buat. Jangan contohi!

Lepas tu jalan jalan dengan mr zauj. Peghhh semput sangat. Jalan sikit, stop. Senak betul rasa..jalan sikit punya slow..tapi ku gigihkan jua..harap harap dah tebukak lah 4 cm haha tetiba.

Best jugak. Dalam sakit sakit rasa happy dapat bedating dengan mr zauj hihi. Pasni kita ade orang ketiga dah, insyaAllah. We are really looking forward for you, my baby..

So itu jela citer pasal harini.

Sekarang letih sangatsangat..harap lepas ni contraction datang. Takpun air ketuban pecah :p ibu dah ready sayang!

Semoga Allah permudahkan segalanya..kita merancang dan berharap..hanya allah jua yang menentukan..








- Posted using BlogPress from my iPhone

Read more...

Sunday, February 24, 2013

Penantian

Penantian itu satu penyiksaan huhu..

Rina harap esok rina dah selamat lahirkan anak..boleh sama tarikh lahir dengan umi (ibu mertua) hehe..

Tapi cam rilek je..cam tak sakit sangat pun..tanda pun macam takde je?..

Sebenarnya tak dapat beza tanda dengan masalah keputihan..

Tak faham camne nak tahu tu contraction ke?..macam boleh tahan je setakat rasa senggugut sesikit tu..

So selagi takde tanda yang menakutkan dan sakit yang menyakitkan, rina duk rumah jela sampai next check up, rabu ni..

Huhu..makin tunggu makin debor rasa..

Tadi sempat rina white studio photoshoot dengan Jabbe Production (fb)..RM100 per hour. Jabbe memang best, memang asyik gelak je dan banyak bagi idea. Memang rina recommend sangat lah..


Satu jelah tunjuk hehe..mr zauj tak kasi tunjuk banyak2..macam "tak baik" kot. Takut dengan segala macam kemungkinan kot?

Takpelah..buat simpanan untuk diri sendiri. Nanti time sakit boleh tengok bagi semangat datang :)

Insyaallah sekiranya semua selamat rina share banyak banyak :)

Dengan penuh rasa rendah diri, rina mohon semua doakan rina dan bayi selamat dan dipermudahkan..

Tq semua..harap next entry dah boleh share gambar baby..

Huhu..hanya Allah yang tahu kerisauan dan keresahan dalam hati..

Wasalam..

- Posted using BlogPress from my iPhone

Read more...

Wednesday, February 20, 2013

Check up 38 weeks : Cuti

Assalammualaikum..

rina dah start cuti..bukan cuti bersalin, tapi cuti MC. Alhamdulillah, company & boss memang tolerate bab MC before bersalin ni..

Mula-mula dulu memang semangat nak cuti. Tapi sejak akhir akhir ni rasa malas nak cuti. Sebabnya duduk rumah adalah bosan. Mc 1 hari pun bosan..bukan boleh tidur pun. Tidur macam tak lena, tak selesa..biasa lah last trimester pregnancy ni, apepon tak boleh hihi.

Tapi husband minta rina duduk rumah je. Agaknye dia tengok isteri dia tekedek kedek jalan hee. Syukur, rina dipermudahkan sebab tak bengkak pun kaki. Lenguh lenguh & cramp waktu malam je. Tangan pun tak kembang. Orang nampak macam sihat je :)

Dalam tak tahu nak cuti awal ke idak, akhirnya rina ambil keputusan untuk start MC today~ sebab utama rina ambil keputusan ni sebab risau untuk drive sendiri..susah nak fokus bila perut asyik mengeras & senak..dan 1 lagi sebab nak prepare mentally since it is my first time..Sebab sebab lain, adalah cepat penat dan malas :p

So sekarang baru je lepas check up. Penat je nervous kot kot kena seluk ke lalala..rupanya tak pun. Doktor cek tru scanner tu je nampak bukaan serviks rina masih tertutup rapi hee.

Kepala dah engaged. Baby active sangat. Duk isap isap jari. Cecomey sangat. Idung besar dan kembang sangat jelas kelihatan hasil dari genetik mak pak yang kuat :p pipi nampak bam bam. Berat 2.8 kg. naik 0.1 kg dari check up 2 minggu lepas. Fuh fuh sebaik..ingat dah 3 kg. risau besau besau susah teran haha..

Berat rina pulak naik 1 kg. anak naik 0.1 kg, mak naik 1 kg..sila eksplain :p

Lepas tu tanya tentang epidural..doktor kata, belum ada kajian yang berjaya membuktikan epidural beri side effect kepada tulang belakang..ikut logik pun jarumnya kecil sahaja..dos pun sikit. So sepatutnya takde side effect. Maybe kebetulan sahaja..sakit belakang ni selalunya disebabkan lain contoh time meneran ketika contraction..telebih kuat ke..so boleh jela kalau nak ambil sekiranya betul tak tahan. Takpe, kita tengok dulu :)

Satu lagi tentang stem cell. Simpan cell anak yang di ambik dari uri untuk kegunaan perubatan sekiranya diperlukan pada masa akan datang. Doktor galakkan. Ramai dah buat termasuk Dr. Harlina. Rina macam berminat..maybe untuk anak kedua..siapa nak tahu lebih lanjut boleh google stem cell by cell safe.

Ok itu je..doakan baby rina keluar dalam minggu ni ke..minggu depan ke..sebab rina takot nak menunggu lama lama. Lagi lama, lagi tersiksa rasa, cewah!

Kbai!

- Posted using BlogPress from my iPhone

Read more...

Sunday, February 17, 2013

Episod akhir : kabinet dapur

Rasanya rina belum blog lagi gambar full kabinet dapur.. Upload kat facebook je kot..

Ok jom tengok tempat favourite rina & mr zauj



Tema hitam & touch up sikit dengan warna putih.



Sinki yang luas. Rak pinggan tinggi untuk rina yang renek huh! Kena jengket kaki sikit hehe!

Rak pinggan plastik tu sayang nak buang so mari kita guna.



Pandangan ke sana pulak. Oven tu tak pernah guna lagi. Peralatan buat kek takde lagi. Lagipun sekarang cam tak larat je nak buat huhu.



Ni breakfast bar. Tempat makan makan sementara nak beli meja makan hehe. Tapi rina & mr zauj suka makan depan tv :p

Tempat potong potong jugak. Letak barang barang, lauk lauk. Penting gak ada breakfast bar ni.



Suka ada bottle rack & spoon rack juga.

Overall, rina sangat puas hati. Walaupun keluar duit yang banyak..tapi memang kami guna semaksimum yang mungkin hehe. Tiap kali balik ke rumah ni mesti akan berasap dapur.

Selalu mr zauj la yang masak. Rina jadi tukang kemas #letih. Tak sangka mr zauj ni hebak bab masak masak. Dia betol minatlah, lepas tu, jadi pulak tu, sedap!

Rina pun eksaited gak nak masak masak tapi rina rasa rina banyak lagi kena belajar :p tak sedap pulak wuuu sedey..

Takpe, lepas kembali "sihat & cergas", rina sambung balik belajar masak haha..adoi..korang bayangkan makcik umor 25 taon baru terkial kial nak masak..

Tapi masak memang best. Kemas yang tak best! :p




Tetiba nak tunjuk anak buah terbaru. Kakak ipar dah selamat melahirkan anak ke-2 yang sangat sangat comel! Nur Dhia Zahra kot namanya kalau tak silap.




Melting..tak sabar nak tatap wajah anak sendiri pula.. :)

- Posted using BlogPress from my iPhone

Read more...

Saturday, February 16, 2013

37 weeks : Dah ready

Assalammualaikum anakku,

Ibu dah ready ni. Boleh la kalau rasa nak keluar tengok dunia hihihi. Sebelum ibu terlebih makan, nanti kita dua jadi mok mok, baik keluar cepat. Lagipun lately ni ibu asyik rasa sedih & stress je..mesti sayang pun rasa kan?? So better keluar lah cepat..lagipun ibu tak sabo nak gomol dia. Yelaa suka sangat golek golek main ginjal, pundi kencing dan segala organ dalaman ibu ye! Siap lah dia nanti! Hee..

Tapi anakku..andainya kita tak sempat jumpa di dunia..andai ibu pergi dulu..janganlah lupa ibumu ini..jadilah seorang wanita muslimah yang memperjuangkan agamaNya..cinta pada Allah & rasul..insyaallah pasti ibu akan rasa lebih tenang di sana..Jaga abah elok2 ye! Dia kuat makan! Hihi

Xoxo,
Ibu yang comel




- Posted using BlogPress from my iPhone

Read more...
Related Posts with Thumbnails

  © Rina Stories~* at Rinastories.Blogspot. All Rights Reserved. Powered by Blogger.

Goto Top