Wednesday, October 19, 2011

Idea : Doorgift untuk majlis perkahwinan

Assalammualaikum semua :)

Hari ni nak share sikit idea rina tentang doorgifts.
sebenarnya, rina malas nak ambil tahu pasal doorgifts ni since banyak lagi benda nak fikir.
so Person In Charge (PIC) untuk doorgift ialah mak dan En Tunang :p

 tapi ada kawan rina minta rina share kan entry tentang doorgift pulak
jadi rina pun buat entry ini..harap dapat membantu sedikit sebanyak :)
Mak rina awal awal lagi dah bagitau, yang dia nak Buku poket "40 Rabbana" sebagai doorgift.
ilham dari kenduri kawan rina, Qayyim

rina pon try tanya Qayyim, berapa harga sebuah buku tu kalau tempah 1000pcs
Qayyim kata RM1++ sebab kulit lincin
uish..cam mahal jugak ye

then, rina suruh En Tunang surveykan lagi
cari yang kertas biasa biasa..

so terjumpa satu website - SBS Kad Kahwin

yang menawarkan harga yang sangat rendah
RM980
1000pcs kad kahwin (kertas Artard Tebal dan lincin)
1000 pcs buku doa
termasuk kos penghantaran!

murah kann?
kebetulan, last week, en Tunang outstation ke utara, dia pon singgah kejap kedai ni
dan ambil satu contoh buku
walaupun bukan kertas lincin tapi still cantik :)
antara gambar buku 40 Rabbana tu

oleh sebab sangat berpuas hati, kami pon decide nak tempah :)

ada banyak lagi design.
maybe boleh tukar jadi Yassin atau pon Mathurat.


ataupon korang burn dalam CD
macam ni

cantik sesangat kan?
rina tak pastu pulak kat mana nak buat CD ni
dah google tapi tak jumpa
gambar atas ni yang rina dapat dari opismate punya anak :D

kebanyakannya ramai DIY (Do it Yourself)
memang jimat kan?
nak tengok DIY bolek klik blog INI dan INI

tapi doorgift ni limited to muslim only dan untuk yang dewasa.

so masih perlu fikir doorgift untuk kanak kanak dan non-muslim

untuk kanak kanak maybe makanan lah kan
jangan lah bagi gula gula..bagi lah muffin ke 
atleast boleh bagi pada non -muslim juga :)

doorgift makanan tu, google lah..banyak je ada hehe

sebenarnya dah malas nak menulis :p

so bakal bersambung hihi :D



Read more...

Lecturer hebak :p



Haha..malam tadi en tunang jadi lecturer kejap :p hebak kan en tunang saya kuikui..

Dan nak share gambar comel anak sedara rina yang super cute! tetibe

























Tengah berusaha nak cabut kulit tepi kuku tu. Kan kadang kadang ada kulit yang boleh cabut cabut tu kat tepi kuku hee



- Posted using BlogPress from my iPhone

Read more...

Tuesday, October 18, 2011

Kasut baru






Ada bunga kat tepi hehe! Tak tahu brand apa. Tapi sedap pakai dan sesuai di pakai dengan skin socks, juga masuk dengan semua kaler baju :p

Tadi rina singgah Mines jap after kerja. Semata mata nak cari kasut baru. Sebab kasut lama dah hancur..sedih lak nak pakai pegi kerja..

Ade je kasut lain tapi tak best pulak..

Rina jenis kalau best pakai 1 kasut tu, memang akan pakai kasut tu je sampai rosak. Takde masa nak matching2 baju kaler pink ngan kasut pink haha

Penah lah tapi jarang..:p

So kasut mesti cepat rosak huhu!

Kesimpulannya, setiap bulan mesti beli kasut baru eh? Hihihi

Tdo jom! Gudnite! Assalammualaikum :)

- Posted using BlogPress from my iPhone

Read more...

Dewan Masjid Abdul Rahman bin Auf : Booked!

Alhamdulillah..one of my dream come true :)

InsyaAllah..dengan izin Allah, 
majlis sanding rina nanti akan berlansung di dewan Masjid Abdul Rahman bin Auf, Jalan Puchong :)

panjang cerita camne boleh tetiba buat kenduri dekat sini..

sebenarnya, rina tak tahu pon ada dewan dekat masjid ni.
ingatkan masjid UNITEN je ada hehe!

mula mula, ingat nak buat dewan di TNB Bangsar.
tapi mahal betul!
hampir RM3000! 
gilo~

so cancel la.
mak pun try survey Dewan Komuniti Pantai.
tapi dah penuh sampai bulan Jun!
laju betul orang booked ye huhu

lepas tu, mak dan abah rina mula tanya tanya jiran, survey survey
dan akhirnya, ada sedara bagitau pasal dewan di Masjid ni.

mak dan abah pon tak sangka ada orang buat majlis di masjid ni huhu
pergi survey, macam best je
bayangkan, hanya RM700 termasuk kerusi banquet dan meja 4 segi.
tersangatlah murah untuk sewa dewan area Kuala Lumpur ni huhu

terus setuju dan booking :)
alhamdulillah..


*gambar lama dari Google* 

masjid ini terletak kira kira 5 minit lah dari rumah rina. kalau jalan kaki, maybe 5 jam haha :p
lepas tu, memang mudah nak cari..tepi jalan je :)

dewan bukan dalam masjid. tapi di tepi masjid ni.
so kalau yang uzur tu tak perlu lah risau :)






terdapat tempat beristirehat di ruang luar masjid.
bak kata ustaz, ni tempat orang rehat ataupun digunakan time solat Jumaat dan solat Raya je

ustaz siap kasi kebenaran kalau kami terlebih tetamu dan kalau tetamu nak makan di ruang ni.



parking bukan masalah lah..memang luas sangat tempat parking




dewan agak kecik. boleh muat hanya 200-300 orang dalam satu satu masa
tapi, ustaz benarkan letak meja dekat bahagian luar.
ada macam fountain dekat luar, so boleh letak meja di area situ

rina dah buat hall plan dah :p
semangat tak? semangat tak?
kihkihkih

hahaha..hodoh :p

pelamin atas pentas..
bawah tu meja beradab
yang meja hitam tu, meja untuk VIP
yang tepi pintu pulak..tempat letak guestbook dan hadiah :p

tu jela idea nye hehe..

kalau ada budget lebih atau dapat free sekali dengan mana mana pakej, nak buat macam pintu gerbang a.k.a arch

mesti cantik kan :)

 tak mau lah berlebih lebihan..
tapi tapi macam cantik..teringin.. :p
camne?

Read more...

Tips bagaimana mahu menjadi blogger yang dikenali secara cepat

hehe. panjangnya tajuk :p

kalau mahu tahu, klik SINI

rina malas nak cerita panjang. 
tapi konsepnya, install a software then ikut step seterusnya secara FREE.

rina nak pergi try, jadi ke tak hee..
bukan nak dikenali sangat pon..tapi if dapat menjadi one of my side income, why not? :)


Read more...
Related Posts with Thumbnails

  © Rina Stories~* at Rinastories.Blogspot. All Rights Reserved. Powered by Blogger.

Goto Top