Tuesday, December 07, 2010

Azam tahun baru rina (1432 H & 2011)

Alhamdulillah....da pon masuk tahun baru!
Bermakna usia da makin meningkat.
mati pun semakin hampir.
jangan lupa ye..mati tu bukan time tua je...sekarang pun boleh mati.
hehehe..
peringatan untuk diri sendiri juga (especially) ^_^

Walaupunnn mati semakin menghampiri..masa hidup di dunia tak boleh lah di sia sia kan..
"Beribadah lah kamu seperti kamu akan mati pada esok hari dan bekerja lah seperti kamu akan hidup 1000 tahun lagi"

 Thats why, kita perlu ada azam agar hari hari yang kita bakal lalui akan menjadi lebih baik dari semalam, insyaAllah.
okey. back to the topic!

Kerja

Azam rina untuk mengikhlaskan hati melakukan kerja. Semoga setiap hari rina pergi keja, niat kerja untuk ibadah tak pernah rina lupa.
dan rina harap rina di confirm kan after setahun ni. tak nak extend..
Seriously, kadang kadang rasa malas betul nak bekerja hehe! so rina berazam tak nak dah malas malas.
wake up rina! wake up!!

Attitude

Macam biasa, setiap manusia mesti nak berubah menjadi lebih baik..
termasuk lah rina..

rina rasa nak tutup aurat dengan sempurna..
lepas tu, taknak mengumpat langsung..
solat dengan lebih kusyuk..
taknak ketawa kuat kuat

hehehe
ok. tu jelah dulu. nanti tak tercapai ;p

Money

Fine. tahun lepas, satu pun azam yang berkaitan dengan duet tak tercapai T___T
so tahun ni, rina nak berazam sikit dulu dan logik untuk dicapai dalam masa setahun.

rina nak bawa family bercuti (dah book tiket pon)
nak beli iphone dan beg Carlo Rino hehehe. kira azam la ni :p
nak kumpul duit untuk abah pergi haji, atleast RM5000 untuk tahun ni
Hujung tahun nak jual Kancil dan tukar kereta baru..nak kereta auto yang jimat minyak :p

Love

Macam biasa, rina berazam tak nak couple dah..
kalau sampai jodoh, kawin jer dan bercinta lepas kahwin..
rina taknak berazam untuk kahwin sebab macam pelik je hehehehehe
tapi cuba perbaiki diri supaya jodoh yang baik sampai.

Gemuk

Nak kurus nak kurus!
nak turun 5 kg atleast hihi


tu je lah kot azam rina..
semoga tercapai by the end of the year 2011, insyaAllah.



5 footprints here! Thanks! (◕‿◕):

hamzah ian 7/12/10 9:30 AM  

tak kurus lg??? hehe

delarocha 7/12/10 10:20 AM  

errr...kereta auto yg jimat minyak??

Rina (◕‿◕)✿ 7/12/10 12:36 PM  

hamzah : gemok woo

delarocha : a ah. any suggestion? hihi

cimon 7/12/10 12:37 PM  

wooo...azam yg bagus!!

moga tercapai !! (^v^)

p/s:tak cukup kurus da ke?

p/s/s:panda exercise camne skalipun tetap gebu (^_~)

Iszmir Nazmi 7/12/10 6:56 PM  

salam...

nice! semoga Allah permudahkan segala urusan dan cita <---skema gler :P

Related Posts with Thumbnails

Follow by Email

✿Visitors ツ


✿NotaKaki ツ

+ Semua gambar adalah hak milik peribadi Rina.
+ Penyalahgunaan gambar akan dikenakan tindakan.
+ Plagiarism is not allowed.
+ Blog ini akan di updet hari2. (maybe :p)
+ Ok. Itu je kot buat masa ni. Thanks for visiting ya!


  © Rina Stories~* at Rinastories.Blogspot. All Rights Reserved. Powered by Blogger.

Goto Top