Sunday, March 02, 2014

sambutan hari jadi #zuhadareesa 1 tahun !

Alhamdulillah..semalam bersamaan dengan 1 mac 2014, genaplah baby girl rina yang bernama Zuha Dareesa binti Zulhilmi 1 tahun!





Ya Allah..cepat sungguh masa berlalu..macam tak sangka dah ada anak yang berusia 1 tahun..lepas ni kalau orang tanya baby umur berapa? Dah boleh jawab "dah setahun dah" sambil kembang kepis idung hehe..da besarrrr dah anak ibu! Tak sangkaaa. Rasanya baru je mengandung :p

Nanti rina macam nak repost semula pengalaman bersalin rina pada setahun yang lalu..its like a miracle..ajaib sangat...budak kecik yang aktif ini lahir dari perut aku! KUASA ALLAH! Allahhuakbar!

Ok. Cukuplah yang lepas. Rina dan mr zauj decide nak buat sedkit makan makan. Sempena harijadi dareesa juga doa selamat untuk ke umrah nanti insyaAllah, sekira dimurahkan rezeki. Then saje lah buat makan makan untuk saudara mara dan jiran jiran. Ada juga panggil kawan kawan rapat...buat 70 pax je tapi ramai yang datang. Tapi cukup. Alhamdulillah. Risau jugak nanti orang datang makanan takde hehe..



Niat di hati memang nak gembirakan dareesa walaupun dia tak faham pun sebenarnya hehe..tapi semalam memang seharian mood dia baik. Gelak sakan sambil jalan sana sini :)

Mula mula ingat taknak buat kek. Just nak hias buah buah jadi macam kek tapi takut tak jadi. So rina order lah kek rainbow..





Order kosong di atas. Sebab nak hias sendiri nak letak buah buah. So nanti boleh la dareesa "kek" tu hehe..tapi tu pun puas pegang dia sebab dia nak pegang lilin tu -_-

Hadiah dan duit pun dapat banyak..semoga Allah murahkan rezeki mereka yang memberi..amin!




Ada yang hadiah hadiah dari rina sendiri tu..rina kasi balut sebab takut takde hadiah..kesian pulak..hehehe mak yang over.


2nd cake dari cousin..baby dia pun 1 mac..tapi tak sempat ke sana..sebab tetamu masih ada sehingga pukul 6 hihi thanks korang yang datang :)



Hihi...birthday girl famous sangat. Dapat layanan mesra dari semua. Ibu dilupakan sobsss..time lapar je ingat ye!



Takde gambar proper sebab tengah kelam kelibut. Tapi waktu ni memang ramai budak. Rugi rasa tak suruh budak2 amik gambar sekali..cameraman aka mr zauj sebok nak berborak haih. Dareesa pulak sibuk nak capai lilin. Double haih.



Ok tu jelah cerita tentang kenduri. Nak cerita progress dareesa..

1) Dah boleh berjalan laju. Ingatkan tak dapat berjalan lagi tapi elok elok je setahun dah boleh jalan jauh dalam 20 lebih steps without support. So rina consider boleh jalan walaupun ada masa dia prefer merangkak.

2) dah boleh menari. Kibas kibas tangan sambil enjut ketapi haha

3) masih fully bf! Halfway to go! 

4) berat dan ketinggian taktahu tapi dia nampak kurus. Hakikatnya dia makan banyak giler ye.

5) dah ada 5 batang gigi. 3 atas. 2 bawah.

6) words still abah abu tu je..lambat bercakap nampak gayanya. Tapi jangan under estimate budak kecik ni. She has suprises everyday hihi

7) pandai naik tangga dah. Letih. Tapi rina dah pasang safety gate.

8) Dah faham arahan. Kadang follow kadang ketawa aje adoi..

Tu je la kot. Tak banyak tapi cukup membuatkan dia nampak besar sangat dah..rindu waktu dia takde gigi..waktu bau baby..ibu just keep missing you...walaupun depan mata..




Zuha Dareesa..pengerat kasih ibu dan abah..amanat Allah buat kami yang paling berharga..moga Dareesa membesar menjadi wanita yang solehah..yang berguna pada agama..bertemu jodoh dengan lelaki yang soleh dan dikurniakan kehidupan yang bahagia dunia dan akhirat..kami sayang kamu so much..

5 footprints here! Thanks! (◕‿◕):

genuine1224 3/3/14 9:26 AM  

hepy besday dareesa.. ibu siap doa jumpa jodoh yg baik lagi tuuu.. hehehe..

Gieya Empire 4/3/14 10:51 AM  

kek die sedap giloss

~MaMa RX SToRYMoRY~ 5/11/14 10:14 PM  

Gelongsor kanak-kanak 2-3tahun rm130
Tidak termasuk postage
Whatsapp fakhru 0139233431

Unknown 29/12/15 11:30 AM  

Salam Sejahtera ............
we provide kids table and chair for rental. Do SMS/Whatsapp at +60123288522 Let your child enjoy doing activity and dining in a GREAT setting table!!

Related Posts with Thumbnails

  © Rina Stories~* at Rinastories.Blogspot. All Rights Reserved. Powered by Blogger.

Goto Top