Wednesday, January 02, 2013

Azam tahun 2013

Assalammualaikum =)

Ok lepas review azam 2012, mari berazam untuk tahun 2013 pulak

1) Graduate!
So, rina perlu siapkan research & thesis by May...waa...susahnya rasa...malasnye nak fikir T__T tapi nak graduate sangat sangat tahun ni..nak graduate sama-sama dengan Mr. Zauj..mesti best kann? pakai jubah sama-sama, ambil gambar 1 family pakai jubah graduasi. Rina siap berangan nak tempah jubah graduasi untuk baby so nanti semua sepasang hihi...mesti comel...tapi macam susah nak tercapai T__T

2) Selamat melahirkan bayi yang sihat dan sempurna
InsyaAllah my EDD awal bulan 3...ada lagi 2 bulan untuk prepare mental dan fizikal..nervousnya hanya ALLAH yang tahu...tapi nak tak nak rina memang kena face it!...kena hadapi demi melahirkan zuriat yang bakal menjadi khalifah di bumi Allah ini...semoga rina dapat bersalin normal, cepat sihat dan baby pun sentiasa sihat..

3) Berdikari di rumah sendiri
Dah lebih 7 bulan kahwin tapi sejujurnya rina dan suami belum betul betul menjalani kehidupan suami isteri yang berdikari...yelaa...tinggal rumah mak...mak yang masak semua hikhik..lagi-lagi mengandung *alasan*, so rina still depends on mak...makin bertambah manja bila ada suami..pun asyik nak harapkan suami..jadi harap-harap after rumah fully siap & furnish bulan 2 ni, kami dapat pindah masuk dan rina dah boleh start practice menjadi isteri yang baik...dapat sebulan dulu pun jadi lah..sebab lepas tu berpantang rumah mak balik dalam sebulan...

4) Menjadi ibu yang terbaik & breastfeed until 6 months *at least*
Seperti pesanan Dr Muhaya, "jadikan tugas membesarkan zuriat itu sebagai tujuan hidup". pheww~ mendalam maksudnya...membesarkan amanah Allah ini bukan satu kerja yang mudah..rina harap rina dapat mendidik anak rina sebaik mungkin..dan sebagai permulaan rina nak breastfeed atleast 6 months, kalau boleh sampai 2 tahun seperti yang disuruh dalam Al-Quran, insyaAllah..hasil perkongsian dalam blog ibu-ibu, rina tahu ia bukan sesuatu yang mudah tapi rina perlu positif! 

5) Pandai masak 100 resipi
Hee..berkait kot dengan azam nombor (3)...rina failed lagi bab ni..jadi rina nak belajar at least 100 resipi tahun ni. Yay tak sabar nak main masak masak!! nanti rina share recipe dalam blog ni k! Cewah! =P

6) Menutup aurat dengan sempurna
Ok...dah banyak tahun azam yang sama..adeh! so tahun ni biar rina set target yang lebih terperinci. nak tukar pakai shawl labuh *ala ala Diana Amir kihkih koya* dan tudung 60". insyaAllah..
Nak jadi muslimah solehah bukan senang...solat sempurna, dihiasi dengan sifat-sifat mahmudah, diiiringi dengan amalan-amalan sunat etc. bukan senang...jadi rina start dengan menutup aurat sebab tu paling mudah sebenarnya. dan rina yakin dengan menutup aurat sebagai permulaan, insyaAllah lebih mudah untuk kita baiki dalaman... tapi ini pon susah! apekah?

7) Kurus balik bawah 50 kg
Dah gemok sekarang..dan pasti susah nak turun after bersalin if dilihat dari keturunan hihih...jadi azam rina nak dapatkan body masa zaman bujang atleast huhu..kalau mampu nak kurus sampai Mr Zauj susah hati haha!

8) Jalan-jalan pergi oversea
Since rina & mr zauj suka menjelajah jadi kami berazam nak jelajah sebuah lagi negara. Singapore pun jadila =)

9) Nak dapatkan CP
CP stands for Competence Person..salah satu requirement dalam TNB..so rina nak dapatkan..

10) Kemaskini logbook
Sama je azam dengan tahun lepas..penting sebenarnya..untuk rujukan masa depan..masa jadi lecturer nanti ke? so tak lupa ilmu-ilmu masa kerja ni

11) Lengkapkan rumah
Nak lengkapkan keperluan rumah, perabot etc...sedikit demi sedikit...so by 2014, rumah kami lengkap macam rumah yang sebenarnya...jadi rina rasa tahun ni, duit banyak habis untuk rumah hehe!

12) Belanja mak & abah honeymoon
Nak belanja mak & abah pergi honeymoon yang ada candle light dinner & pakej spa sekali haha! nak buat suprise nanti =)

ok tu je kot..
bagi rina..kebahagian yang rina ada sekarang ni berkekalan  pun dah lebih dari cukup..

semoga cinta antara rina dan mr zauj makin mekar..
kebahagiaan makin terasa dengan kehadiran cahaya mata sulung kami..
menjadi keluarga mukmin yang diredhai Allah..
kebahagiaan kami juga membahagiakan orang lain..

mak, abah, umi, abah
saudara mara,
keluarga ipar
diberikan kesihatan yang baik..
dimurahkan rezeki..
dikuatkan ukhuwah..
diberikan kebahagiaan dunia dan akhirat.

AMIN


7 footprints here! Thanks! (◕‿◕):

cha 2/1/13 2:02 PM  

happy new year u. good luck utk semua azam/target tu. hee ala bab masak tu senang je. i pun dulu tak pandai masak. alhamdulillah dh kawen ni dh boleh masak heee :D

Anonymous,  2/1/13 2:06 PM  

All the best akak!

Cik Puan Mimi 2/1/13 3:12 PM  

Yeay. Sume mimi suke azam rina. Eh. Suke azam org plak. Hahah

Rara Nasiha 2/1/13 3:45 PM  

moga semua impian tercapai. :)

Anak Lebah Comot 3/1/13 1:21 AM  

semoga rina selamat melahirkan baby yang chomelll...n semoga azam tahun baru akan tercapai.

dhiera 3/1/13 10:10 AM  

all the best rina! sweet ye la klo baby pun ada jubah convo. alahai~

Related Posts with Thumbnails

Follow by Email

✿Visitors ツ


✿NotaKaki ツ

+ Semua gambar adalah hak milik peribadi Rina.
+ Penyalahgunaan gambar akan dikenakan tindakan.
+ Plagiarism is not allowed.
+ Blog ini akan di updet hari2. (maybe :p)
+ Ok. Itu je kot buat masa ni. Thanks for visiting ya!


  © Rina Stories~* at Rinastories.Blogspot. All Rights Reserved. Powered by Blogger.

Goto Top