Tuesday, December 20, 2011

Review Azam Tahun 2011

Assalammualaikum semua ^_^

Tahun 2011 hampir nak berakhir kan?
sekejap je masa berlalu..
alhamdulillah, kita masih dipanjangkan umur dan diberi peluang untuk bernafas di bumi Allah ini..

adakah kita telah mempersia siakan peluang kita ini?
setahun Allah beri,
apa yang telah kita lakukan??

yakin kah kita masih ada setahun lagi untuk kita?

mari lah renungkan bersama..

semangat nak masuk tahun baru memang berkobar kobar..
tapi sebelum tu, rina nak review dulu azam rina pada tahun ini..
tahun 2011
yang telah rina catatkan di sini dan sini

ok, jom review~
(dakwat merah ialah review)



Kerja

Azam rina untuk mengikhlaskan hati melakukan kerja. Semoga setiap hari rina pergi keja, niat kerja untuk ibadah tak pernah rina lupa.
dan rina harap rina di confirm kan after setahun ni. tak nak extend..
Seriously, kadang kadang rasa malas betul nak bekerja hehe! so rina berazam tak nak dah malas malas.
wake up rina! wake up!!

Review : Alhamdulillah..rina dah pun di confirm kan after setahun bekerja..tak extend ^_^
dan rina rasa rina sudah pun dapat menyesuaikan diri dengan tempat rina bekerja.. tapi mungkin minat itu masih belum memuncak hehe..maybe perlu try tempat baru :p
tapi rina rasa, rina ikhlas juga lah dalam melakukan kerja..mungkin ada masa masa, niat berubah..
tapi so far, setiap kali rina pergi kerja, rina akan berniat kerja yang rina bakal lakukan, semuanya kerana Allah..
mungkin berakhir hari tersebut dengan niat yang berbeza tetapi sekurang kurangnya, niat yang pertama kerana Allah..
bab malas pulak, memang ada je..makin lama makin malas pulak..rasa macam study lagi best huhu!

Attitude

Macam biasa, setiap manusia mesti nak berubah menjadi lebih baik..
termasuk lah rina..

rina rasa nak tutup aurat dengan sempurna..
lepas tu, taknak mengumpat langsung..
solat dengan lebih kusyuk..
taknak ketawa kuat kuat

hehehe
ok. tu jelah dulu. nanti tak tercapai ;p
 
Review : rasa nak menangis baca azam ni..macam langsung tiada perubahan T__T padahal sikit je target..itu pun tak tercapai...
aurat masih tak sempurna..ya Allah..
rina cuba pakai stokin tangan dan stokin kaki..
alhamdulillah kekal..
cuma baju je..
rina dah asingkan dulu, baju ketat..
tapi last last rina selongkar balik dan pakai T___T
ok..teruk kan..
apa yang susah sangat pun tak tahu lahhh....ee..
bab mengumpat tu..still mengumpat..tapi rasanya bila kerja ni, kurang sikit kot..sebab rina rasa malas nak ambil tahu hal orang..tapi kalau orang dah cerita tepi telinga..tak dapat nak elak lah..
solat kusyuk pulak memang tak lah.. T__T
ketawa..aiyakkk makin banyak ketawa hihi..
haish..ok, slow kan volume lepas ni.. :P


Money

Fine. tahun lepas, satu pun azam yang berkaitan dengan duet tak tercapai T___T
so tahun ni, rina nak berazam sikit dulu dan logik untuk dicapai dalam masa setahun.

rina nak bawa family bercuti (dah book tiket pon)
nak beli iphone dan beg Carlo Rino hehehe. kira azam la ni :p
nak kumpul duit untuk abah pergi haji, atleast RM5000 untuk tahun ni
Hujung tahun nak jual Kancil dan tukar kereta baru..nak kereta auto yang jimat minyak :p
 
Review : 
Alhamdulillah, rina berjaya bawa family ke Bandung pada bulan April lepas ^__^
dapat beli Iphone hehe!
beg Carlo rino tak jadi sebab terminat beg Fossil hihi..untuk hantaran
Tak dapat kumpul duit unntuk abah sebab nak kawin hee..
insyaAllah tukar kereta tahun depan ~_^

Love

Macam biasa, rina berazam tak nak couple dah..
kalau sampai jodoh, kawin jer dan bercinta lepas kahwin..
rina taknak berazam untuk kahwin sebab macam pelik je hehehehehe
tapi cuba perbaiki diri supaya jodoh yang baik sampai.

Review :
InsyaAllah, jodoh yang baik tu dah dekat dah hihi...

Gemuk

Nak kurus nak kurus!
nak turun 5 kg atleast hihi

Review : tak turun langsung..cis

private kan blog?

Review : taknak :p

ok dah habisss review~

so macam 50 % kot tercapai hehehe...

oklaa tu~



4 footprints here! Thanks! (◕‿◕):

Khumaera Ismail aka Mariam Ismail 20/12/11 2:58 PM  

wah..siap buat review. tp tula, tak semua yg kita azam akan terlaksana.same goes to me.huhu~

Liyana 20/12/11 3:59 PM  

kdg2 mls nk berazam... sbb tkt x terbuat..hihi

Unknown 20/12/11 8:47 PM  

Ok. tang nak kurus same okey. Hahaha

Mr feckry 20/12/11 10:19 PM  

si tahun ni camner

Related Posts with Thumbnails

  © Rina Stories~* at Rinastories.Blogspot. All Rights Reserved. Powered by Blogger.

Goto Top