Pengalaman bersalin puteri kedua - Zuha Deenina
Assalammualaikum semua. Dah tahap kena delete blog ni sebab tak berupdate haha. Rugi rasa tak update cerita dekat sini tapi apa boleh buat..mood berblogging tak datang lagi. Bz pulak tu dengan life cewah..tapi pengalaman bersalin ni memang kena tulis jugak sini. Wajibbb. Nak suruh anak anak baca hahaha..
Ok. Ringkas je la kot sebab nak cepat. Alhamdulillah rina selamat melahirkan anak ke-2, yang diberi nama Zuha Deenina binti Zulhilmi pada 2 jun 2015, jam 1.15 am iaitu malam nifsu syaaban dengan berat 2.95 kg dan panjang 50 cm. Secara normal dengan bantuan epidural dan sedikit jahitan akibat koyak. Tapi hari ke 4 dah rasa sembuh pada bahagian jahit. Syukur..
Ceritanya simple. 1 jun rina datang serah diri untuk di induce. Kenapa? Sebab 3 jun dr idora nak ke Kuching selama hampir seminggu. So memandangkan due date rina 2 jun (tepat 40weeks) rina takmau take risk takut bersalin waktu dr idora takde. Takmau dr lain please.
Anak 1st dulu 39weeks 2 days dah bersalin. Kali ni lama pulak menunggu. Best jugak boleh rehat2 layan main2 dengan si kakak dulu Zuha Dareesa.
Datang serah diri pada jam 10 pagi lepas breakfast berat dengan mr zauj. Makan lotong, telur separuh masak, milo ais. Nyumm. Sampai hospital sakit perut lol. Masuk wad, kena induce dalam jam 12 tghari. Dr idora VE baru 1cm. So dia masukkan half dose pil induce. Mild period pain datang sikit demi sedikit..boleh tahan sampai jam 8 malam..sepanjang tu just baca quran tengok tv layan cerita dia isteri luar biasa haha..sempat lagi..tak sakit pun.
Jam 8 malam lebih dr idora datang buat VE kata dah 2-3 cm. Dia kata good progress so dia x tambah dose induce. Dia target esok hari baru bersalin. Lepas je dr idora balik rasa ada air mengalir panas..pergi toilet basuh2. Masa tu xtahu yang tu air ketuban. Start dari tu datang dah sakit 15 minit sekali dengan laju jadi 2 minit sekali. Sakitnya Subhanallah..tak terluah dengan kata-kata..rina try tak baring. Rina buat squat
Goyang bontot jalan jalan macam macam tips gentle birth nak bagi kurangkan rasa sakit..tapi tu lah. 2 minit skali kot datang sakit..letihh nak berjoget hahaha..berpeluh walaupun aircond..
Oleh sebab rina memang jenis tak boleh nak tahan sakit kot..rina pun request epidural pada jam 10 malam. So kena transfer ke labour room. Sementara nak tunggu dr pakar bius datang nurse bagi gas..gas ni menyebabkan kita macam mamai. Bila sakit datang sedutt sedutt..nanti mr zauj akan letak topeng gas dekat muka rina pun pegang tangan dia sedut kuat kuat..sakit memang tak berkurang tapi gas tu memang menenangkan. 2 minit sekali sakit datang pening pulak asyik duk sedut gas hahaha..
Untuk prosedur epidural, kena pakai drip air dan ctg untuk monitor tekanan darah ibu dan jantung baby. Sakit oi nak masukkan jarum dekat tangan..bape kali cucuk tak kuar darah haha..sabar je..Dalam jam 11 malam doktor bius datang inject belakang..ada 2 suntikan kot..1 suntikan bius 1 baru masuk bius..kena tunduk sambil peluk bantal. Masa kontraksi takde baru doktor cucuk. Adoi. Terasa jugaklah. Then beransur ansur sakit hilang. Yayyy! Magic. Terus hilang. Terus bertenang. Lap peluh. Jom baca quran hehe..
Time ni doktor datang VE pun tak rasa apa. Tapi tetiba je progress laju. 4cm- 7cm..doktor tanya bila ketuban pecah? Rina xtahu haha..rupanya jam 8 malam tadi yang air panas keluar tu ketuban rupanya..
Then rina tidur kejap untuk tenaga..mr zauj pun tdur..ingat lama lah lagi nak teran..tapi dalam jam 12 lebih dr datang kata dah 10cm dan nampak dah baby nak keluar. So prepare nak push. Mula2 push rina macam tak reti sebab tak rasa sangat. Ada lah rasa macam nak berak sikitt.. Ikut arahan je bila contraction datang. Rina makan kurma minun air zam zam..zikir dan sepenuh tenaga rina teran sepanjang panjang nafas sampai biru muka *hyperbola*..
Alhamdulillah tepat 1.15 am baby keluar yay..dekat berbelas kali jugak meneran..tips meneran, tarik napas panjang2 bila sakit tu nak datang..then time sakit tu paling kuat, teran sampai nafas terakhirr gitu hahaha..tak payahla nak curik curik nafas 2 3 kali..tak jadi punya..kena sekali teran paling lama tu yang berkesan..
Keluar2 je baby rina pesan supaya doktor delay cord clamping. So depa bagi rina pegang dulu baby dan doc tunggu dalam 5-10 minit sampai nadi uri berhenti denyut..mr zauj pon potong tali pusat..mr zauj kata kali ni tali pusat tebal..2 3 kali zapp baru putus habis..masa tu baby lena aje dekat pelukan rina..dengan lendir2 dan tahi2..sempat dia berak atas mak dia ni ye hihi..no crying masa potong tali pusat so baby tak sakit la tu..
After tu teran utk plasenta..then kena sedikit jahitan akibat koyak..alhamdulillah semua selesai dengan selamat..
Antara perkara yang rina belajar untuk 2nd baby ni..1st, delay cord clamping around 3 min after nadi berhenti denyut is good for your baby health & brain..2nd, teran sekali nafas panjang2 10 harkat kalau boleh...3rd, angkat bontot mesti koyak hadui..4th, ambil epidural lewat sikit supaya tak lenguh sangat duduk terlalu lama nanti after birth tak rasa sakit pinggang sgt..5th, kena urut & tunku hari2 time pantang atleast 2weeks untuk badan lebih segar..
6th, balik je rumah terus start pump..jangan ditunggu susu masuk ketiak..7th, xpayah tuam dengan air panas nanti lagi banyak production susu..8th, betul2 belajar menyusu walaupun dah ada pengalaman sebelum ni sebab mesti terlupa cara2 menyusu newborn ..9th, makan ubat berak from day 1 lagi senang takde sembelit langsung.. 10th, cuci luka dengan air garam kemudian lap kering2..memang luka cepat sembuh...11th, set pantang nonaroguy terbaik..
Oklah tu aje..sekian