Showing posts with label Inai. Show all posts
Showing posts with label Inai. Show all posts

Sunday, June 10, 2012

Review Wedding Rina : Ukir Inai di Masjid India

Assalammualaikum :)

Hari ini rina nak cerita tentang inai pulak..
mula mula ingat nak dapatkan khidmat pengukir inai datang rumah
berlambak kot sekarang yang boleh datang rumah
tinggal sediakan duit je =P
mahal jugak RM100 ke atas gak lahhh
bila fikir balik macam pembaziran je terus tak jadi hee
inai jari rina pakai sendiri dengan bantuan my bestfriend, Dayod
malam sebelum nikah baru pakai..
pakai selama 3 jam

inai tu dibeli dari seorang rakan B2B bernama Faiz
dia tempah dari sorang kakak andam mana tah
inai daun yang ditumbuk pastu letak dalam tiub
memang merah cantik warnanya :)
1 tiub hanya RM5

rasanya sekarang ni, dia tak nak jual dah
sebab akak tu buat hal lak huhu

lepas tu, rina nak ukir kat tangan
rina ada share tentang majlis fatwa berkenaan inai di entry INI
memang banyak pendapat, tapi rina berpegang pada pendapat majlis fatwa
perkara macam ni memang banyak pendapat, dan kita wajib berpegang pada 1 pendapat dimana kita rasa betul dan memudahkan (en zauj penah cakap gini, kalau salah betulkan hehe)
jadi disebabkan nak sangat ukir, rina pun pegang pendapat boleh ukir la hihi

rina nak ukir sebab banyak parut dekat tangan 
lepas tu tangan rina jenis kurus sampai urat timbul =_="
so macam tak lawa sangat huhuhu
lepas tu teringin nak ukir ukir, tak pernah lagi =D

dipendekkan cerita,
rina ke masjid india untuk mengukir
atas bantuan Shakina Farhan,
rina dapat no contact one of the makcik yang kerja mengukir inai di area Mydin, Masjid India
makcik ni berada betul betul dekat depan kedai Hari-Hari di masjid India tu
ni no contact makcik tu : Shamalah Kanagaratnam - 0172724790

makcik ni start berniaga dari pukul 11 pagi tak silap
rina buat appointment sebab ingatkan nak datang pagi hari nikah tu (nikah lepas Asar)
last last lambat jugak, kelam kabut ok!

tapi korang tak payah lah nak buat appoinment. datang je, ramai kot makcik buat inai dekat situ..
boleh tawar..
rina tak boleh dah =(
1 tangan RM10, jadi RM20 semuanya
mahal pulak rasa!

rina bawak ukiran sendiri, rina search di internet
dan hasilnya 



bagi rina tak kemas dan inai yang digunakan sangat sangat tak asli
menyebabkan tangan jadi gatal
huhu
tapi kejap je dah kering..dan dari jauh nampak lawa kot
jadi rina bagi makcik ni 1 out of 5 stars =P
sorry makcik...kalau makcik bagi RM5 per tangan maybe boleh tambah lagi 2 bintang hehe!

satu lagi kesilapan rina, rina pegi buat inai ada bentuk rama rama huhuh
mana boleh ada gambar haiwan..
aiseh..anggap jelah bunga beguguran ek, bukan rama rama tau!


sekian~



Read more...

Thursday, March 01, 2012

Diet day 5 & Inai tube Rani Kone

Assalammualaikum semua =)

Hari ni rina tak diet, makan nasi 2 kali, makan mi kari dan chocolate ice blended
haha! waa..korang,..tengokla rina ni..camne nak kurus =(

tapi rina still tak makan after pukul 7 malam..

sebab tak diet, malas nak tunjuk makanan. nanti korang tekejut tengok nafsu raksasa rina ni kuikui

rina nak cerita tentang inai..
tadi kemas kemas..terjumpa inai tiub, makcik rina pernah bagi dulu..
ada 2..masih belum guna lagi..

jadi rina pun gatal tangan, nak try..

inai dia cairr jadi susah nak bercapuk.

tu selotep sekali bagi kemas.

tapi rina terselotep ketat..jadi lenguh jari hee

so dalam masa tak sampai sejam rina dah cuci =P

ini hasilnya


macam cantikkan?
baru sejam dah cantik.

tak becapuk.

nanti nak try kat jari lain, buat 2 jam pulak 

kalau lawa, nak stick to inai ni jelaaa


 

Read more...

Friday, October 07, 2011

Inai atau henna untuk pengantin

Hukum pemakaian inai bercorak mengikut Syarak

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
  1. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.
  2. Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan. Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalahdibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.
  3. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan



Source : www.e-fatwa.gov.my

Ohh..ingatkan haram terus..so bolehlaa rina nak inai nanti hehe..

tapikann..tangan rina sangat keding...mesti nanti serabut T__T

takpelah..nak berangan dulu..jom kita survey corak mana cantik (bagi rina la haha)!

ni simple je kan..macam sesuai la dengan tangan rina yang kurus
 
ni pon rina suka..tapi macam penuh sangat



ini cantikkan?? tapi tak boleh lebih dari pergelangan tangan tau!



ini pulak macam comel!


 palinggg rina sukaaa 

jeng jeng jengg


 sesuaii untuk tangan kurus kan??

dan lagii


oh my....cantiknyaaaa tangan dia :)

dan last sekali corak inai ter famoussss zaman ini



inai Ayu Raudhah!

so nak pilih mana?
tiba tiba rasa tak nak corak corak..
pakai kat kuku sudah

macam lagi manis jee






Read more...
Related Posts with Thumbnails

  © Rina Stories~* at Rinastories.Blogspot. All Rights Reserved. Powered by Blogger.

Goto Top