Showing posts with label Dapur. Show all posts
Showing posts with label Dapur. Show all posts

Saturday, January 12, 2013

Kabinet dapur in progress








Hari ni pasang cabinet, maybe nexweek pasang table top granite. Nanti da full complete rina tunjuk lagi.

So far puas hati. Laju cina ni buat kerja. Kemas pun kemas. Tapi ada kena tambah RM350 huwaa mahal gila tambah.. Sebab macam ada space yang boleh buat storage so rina mintak tambah pintu dekat situ jadi boleh letak banyak barang.

Sekali kena tambah banyak gitu. Nangis. Tapi nak tambah tapi kedekut. Haiyaa..


- Posted using BlogPress from my iPhone

Read more...

Sunday, December 23, 2012

Kabinet dapur : Episod 1

Pasal ni pun nak berepisod hehe! =p tak kira.

So as mention in previous entry, rina & mr zauj adala dapat bonus sikit. Alhamdulillah. Jadi kami decide nak proceed with kitchen cabinet guna duit bonus tu huhu. Sebab macam tak lengkap tengok dapur yang dah renovate tu kosong..dengan sinki kayu je.



Nampak tak sinki kayu tersebut? Ini la dapur rina. Kotor sikit sebab ada sambung renovate.

Haritu renovate terbehenti sekejap sebab family in law datang kl dalam seminggu nak tinggal di rumah ni. So tangguh & sambung balik.

Hasil renovation dan cerita renovation rina cerita di entry lain ye. Bagi setel 100% dulu.

So kami pun surveylaa vendor cabinet dapur ni. Kalau boleh nak buat biar yang puas hati. Takmo guna khidmat indon dah..

1st vendor kami panggil ke rumah untuk proses ukur, bincang & beri quotation ialah Everskill Design.



Dapat tahu vendor ni hasil dari google & bloggers. Tq bloggersss tersebut! (tak save la pulak url dorang hihi) tapi if korang google 'Everskill Design Kitchen Cabinet' penuh la keluar kang. Ada facebook fan page lagi. Guna handphone susah nak buat buat link =p

So masa ni Sam datang wakil Everskill. Ukur-ukur dan dapat quotation yang diluar jangkaan kami. Which is within our budget! Suka suka! Tapi takpe, survey lagi. Jangan teburu buru.

2nd vendor, suggestion dari kawan mr zauj. Pendek cerita, almost double dari Everskill kot dia nak ambil. Pitam. Tapi dia baik hati buatkan design dalam bentuk 3D siap siap.







Comel ke idak??? Tapi sebenarnya nak lain sikitlaa.

3rd vendor, kami ke home deco id exhibition di stadium shah alam haritu. Pegi dekat salah satu vendor apetah nama then bagi ukuran dapur kami & contoh design. Ponnn mahal jugak.

Lepas tu mr zauj macam malas nak survey dah. Jom ambik Everskill katanya. Dah lah harga berpatutan..tapi maybe ada yang lagi murah. Tapi kami rasa if dapat murah pun, kurang RM1-2k je dari harga yang diorang offer. Tambahan Everskill dah banyak good review.

So kesimpulannya, Everskill anda terpilih! Hihi!

Semalam dah pegi booking date & bayar depo.










Sedih sedih habis duit :( bye bye beg baru, baju baru..Duit perlu disimpan demi barang baby dan rumah..no more for myself sobsob..tapi best jugak belanja untuk rumah & barang baby. Macam lagi happy rasanya hihik. Nampak sangat dah masuk fasa makcik makcik yay!

Dapur kami lebih kurang dalam 13 kaki kabinet + 5 kaki breakfast table. Termasuk ruang letak peti ais, oven, microwave.
Aluminum 3g glass & granite table top. Dapat Soft close hinges, heavy duty drawer set, spoon tray, built in handle, delivery & installation fee, end panel, frosted glass, dish rack, bottle rack. Harga tak sampai RM10k.

Nantikan episod 2, bila dapur dah siap hehe..

Btw entry pasal rumah ni bukan niat nak menunjuk ye. Bukan rumah banglo pon. Rumah biasa je untuk kami yang biasa biasa jugak.. hutang pon bertebaran sana sini haha..
Saja nak share. Sebab from bloggers jugak rina dapat macam macam info. Hopefully, entry rina ni pula dapat bantu orang lain..

Ok bai





- Posted using BlogPress from my iPhone

Read more...

Saturday, December 22, 2012

Dapur brand Elba

Salam semua :) saja nak share..hari ni rina dan husband keluar dari pagi sampai ke malam uruskan hal rumah.

Mula mula pergi beli lampu untuk plaster siling ruang tamu yang dah siap. Kemudian tengok rumah, alhamdulillah tinggal nak finishing je lagi. Lama okeh. Takpe, tu kita cerita lain entry.

Then, pegi bincang & bayar depo kabinet dapur. Mula mula taknak buat lagi kabinet dapur. Duet tadak. Tapi bila tengok dapur kami kosong je dengan sinki kayu rasa macam tak lengkap. Lepas tahu akan dapat bonus, terus kami buat keputusan nak buat kabinet dapur.

Ok takpe, tu pun nak cerita entry lain huhu!

So, untuk buat kabinet dapur ni, perlu lah beli sinki, hood, dapur gas & oven untuk proses ukuran dan pemasangan.

Ok baru nak cerita huhu!

Untuk dapur, hood & oven ni memang dah lama kami survey. Mr zauj lebih tahu la kot. Dia macam semangat lebih sikit bab rumah ni. Rina macam malas fikir sangat hee..thats why kami saling melengkapi hihih keluar topic =p

Memula terpikat dengan brand Rinnai tapiii harga fuh fuh! Tapi memang terkenal la brand ni dan tahan lama. Lepas tu kami stick dengan brand Rubine pulak. Ni pon famous dan ramai guna.

So, harini kami ke Bfo di bandar kinrara




Mr zauj cakap kawan dia cakap kat sini paling murah dan ada offer untuk brand rubine. Tak tahula sejauh mana kebenarannya.

Tapi sampai sampai je tadi takde pun offer untuk rubine. Ada offer untuk elba je..

Elba?? Err..rina kurang sikit kot brand elba ni. Macam brand cheap. Takut lak beli beli cepat rosak.

Tapi entah macam mana salesperson dekat situ berjaya mempengaruhi mr zauj. Dan sebagai pemegang kuasa veto, dia pon memilih elba hehe. Terpaksalah diriku menerimanya.

Kami harap elba ni dapat lah bertahan at least 5 tahun kan..lagipun kami bukan heavy cook pon. Kot?

Ini yang kami beli,

Hood



Dapur gas 3 tungku


Oven



Dapat free 2 barang

Microwave




Blender



Semua sekali Dalam RM3100 kot termasuk warranty 4 tahun.

Dah bayar depo..jadi kami berserah je lah hee

Nanti one day rina akan review elba ni ok? Maybe in 2 years time ;) or maybe less kalau tetibe rosak awal :( huhuh! Harap tak lah..

Ok letih. Nak tdo. Bai

- Posted using BlogPress from my iPhone

Read more...

Tuesday, December 13, 2011

Our future Baitul Mawaddah | Part 1 : Dapur Idaman

 Alhamdulillah, en tunang telah pun membeli sebuah rumah untuk kami tinggal nanti :)
actually dia beli sebelum serius dengan rina lagi.
macam tahu tahu je dah nak kawin, tiba tiba beli rumah hehe!

so bila rina dah bertunang dengan dia,
rina terima je rumah yang sudah dibeli tu

takkan tak terima kot
rumah tu cantikkk sangat sangat!

cantik tak? ^__^
Our future home diberi nama Baitul Mawaddah (erti : Teratak kasih)
thanks en tunang..dapat jugak rina merasa hidup rumah atas tanah..
2 tingkat pulak tu
selama ni duk flat je kan hee..


 walaupun saya banyak complain sebenarnya saya suke giler tau rumah ni :p
saje carik gaduh :p

bila dah tengok rumah, mula lah sesi berangan.
tambah tambah en tunang bagi kebebasan untuk rina hias Baitul Mawaddah kami
YAY!

mula mula ialah DAPUR

antara ruangan terpenting lahh
lagi lagi untuk rina yang rajin masak ni *tangan didada mata keatas =P*

kalau boleh nak besarkan dapur, since dapur kami kecikk sangat..
tapi ada la space sikit kat belakang
bolehlaa renovate

rina nak dapur tu warna PINK hihi
baru lahhh semangat sikit nak masak lala


 nak macam atas ni!! sweeetnyee!

lepas tu, dapat pulak kitchen appliance yang warna pink


kalau macam ni, hari hari masak pun takpe :p

tapi masalahnya dapur kami walaupun selepas renovate tetap kecil..
lepas tu macam takde divider between dapur dan ruang tamu..

jadi rina nak buat divider..
nak guna akuarium macam ni

takpun


aquarium pun mesti pink


cantikkan?????
memang confirm masak hari hari, pagi petang siang malam
haha..yo yo je =P

tapi ada satu masalah lah..
kalau dah semua pink,
takut si suami segan nak tolong masak pulak
hehe!

pasal dapur pun dah berjela jela..
nanti rina sambung part lain pulak :p

best kan berangan kuikui..


Selamat malam semua, dan mimpi indah ^__^


Read more...
Related Posts with Thumbnails

  © Rina Stories~* at Rinastories.Blogspot. All Rights Reserved. Powered by Blogger.

Goto Top